You are on page 1of 2

SOALAN

1) Berdasarkan artikel yang diberi nyatakan aspek-aspek yang penting diberi


perhatian semasa perkembangan fizikal kanak-kanak?

Aspek perkembangan fizikal kanak-kanak terdiri daripada perubahan berat badan,


ketinggian, lilitan kepala dan lengan, nisbah badan, kaki, kandungan lemak dalam badan,
pertumbuhan gigi dan rangka tulang.

2) Mengapa kanak-kanak lelaki mempunyai pergerakan psikomotor yang lebih agresif


daripada kanak-kanak perempuan?

Terdapat perbezaan antara kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan dari aspek
struktur otak. Bahagian amygdala adalah termasuk dalam sistem limbik di mana ianya
terlibat di dalam proses emosi manusia. Bahagian Lebih besar dan aktif menggerakan darah
ke ‘brain stem’ untuk pergerakan fizikal dan agresif (lawan atau lari). Tiada fungsi untuk
mendengar dan berfikir panjang. Oleh sebab itu, kanak-kanak lelaki cenderung untuk
bersifat panas baran. Maka, kanak-kanak lelaki cenderung lebih agresif daripada kanak-
kanak perempuan.

Kanak-kanak lelaki perlu untuk memanfaatkan tenaga yang ada dalam badan mereka agar
boleh berasa tenang dan berada dalam keadaan rehat. Kanak-kanak lelaki lebih agresif
kerana kandungan hormon testosteron adalah sepuluh hingga dua puluh kali ganda
berbanding perempuan

3) Mengapa kanak-kanak perempuan lebih matang dan cekap dalam kemahiran motor
halus?
4) Sebagai bakal seorang guru berikan pandangan anda untuk menangani masalah
murid lelaki yang berperwatakan seperti perempuan.

Guru sewajarnya memiliki kemahiran melayan, membimbing, dan menasihati. Guru bukan
sahaja perlu memiliki kemahiran mengajar malah guru perlu memiliki kemahiran mendidik.
guru berperanan membentuk insan yang bukan sahaja berpengetahuan dan
berketerampilan, tetapi juga mempunyai personaliti yang sihat. Seorang guru terutamanya
guru lelaki wajarlah menunjukkan personaliti yang bagus. Maka, pemilihan calon guru lelaki
hendaklah daripada kalangan yang tidak berperwatakan perempuan. Perkara ini penting
kerana guru akan dijadikan sebagai idola oleh murid dalam setiap hal termasuk dalam hal
personaliti diri. Seorang guru haruslah menegur pelajar lelaki yang menunjukkan
kecenderungan ke arah berperwatakan wanita ini. Guru mestilah menegur dengan cara
yang berhemah dan bijak dan bukannya dengan cara yang mengejek atau menghina pelajar
tersebut. Di sinilah letaknya perbezaan sebagai seorang guru berbanding anggota
masyarakat yang lain kerana seorang guru yang baik merupakan seorang yang sentiasa
sabar dan tertib dalam setiap tutur kata. Malah, seorang guru yang bijak juga wajarlah
mengkaji sebab seseorang murid lelaki itu berperwatakan perempuan terlebih dahulu.
Misalnya, seorang guru hendaklah menyiasat dan memerhatikan setiap gerak geri murid
tersebut bermula dari perwatakannya di rumahnya sehingga rakan sebayanya. Malah,
seorang guru wajarlah sedar bahawa seseorang murid lelaki itu berperwatakan perempuan
disebabkan oleh masalah-masalah hormon tertentu.

You might also like