You are on page 1of 31

TOPIK 2.

MENJANA IDEA
PERNIAGAAN
HASIL PEMBELAJARAN

Menjana Idea Perniagaan


PEMILIHAN IDEA DAN
PELUANG PERNIAGAAN

•Apakah produk atau perkhidmatan yang akan ditawarkan kepada


pelanggan?

•Adakah produk atau perkhidmatan ini boleh mendatangkan keuntungan?


PELUANG PERNIAGAAN

Peluang ialah satu keadaan yang boleh


memberi faedah atau membawa kejayaan
kepada seseorang.

Peluang biasanya menghampiri seseorang itu


dalam keadaan yang samar-samar dan tidak
pasti. Cuma seseorang yang cekap dan
bersedia sahaja yang dapat mengambil peluang
yang wujud di hadapannya. Peluang yang
lambat direbut akan terlepas ke tangan orang
lain
PELUANG PERNIAGAAN
Samb….
Cara yang digunakan untuk mengenal pasti peluang perniagaan:

i. Daya Fikiran

Setiap usahawan perlu sentiasa berfikiran kehadapan. Para


usahawan yang sentiasa berfikir ke hadapan sememangnya
mempunyai banyak idea dan perancangan yang hebat.

Mereka harus menggunakan daya fikiran untuk berfikir setiap masa,


tumpukan fikiran terhadap perniagaan, cuba ubahkan apa yang
dilihat dan dijadikan ianya sebagai idea perniagaan.

Sumbangsaran (brainstorming) adalah merupakan satu


teknik perbincangan untuk mendapatkan idea baru.
PELUANG PERNIAGAAN
Samb….
Cara yang digunakan untuk mengenal pasti peluang
perniagaan:

ii. Melalui Masalah Yang Ada

Penyelesaian kepada masalah merupakan peluang


perniagaan, gunakan daya pemikiran untuk
menyelesaikan masalah-masalah yang ada dan fikirkan
apakah perniagaan yang sesuai ditawarkan sebagai
penyelesaian masalah.
PELUANG PERNIAGAAN Samb….

Cara yang digunakan untuk mengenal pasti peluang perniagaan:

iii. Memenuhi Keperluan Manusia


PELUANG PERNIAGAAN
Samb….

Cara yang digunakan untuk mengenal pasti peluang perniagaan:

iii. Memenuhi Keperluan – Keperluan Lain Manusia


PELUANG PERNIAGAAN
Samb….

Cara yang digunakan untuk mengenal pasti peluang perniagaan:

iii. Memenuhi kehendak Manusia


PELUANG PERNIAGAAN
Samb….

Cara yang digunakan untuk mengenal pasti peluang


perniagaan:

iv. Mengkaji Selidik Pasaran Sedia Ada

Produk dan perkhidmatan yang sedia ada sekarang


merupakan hasil daya cipta dan inovasi usahawan terdahulu
supaya bersesuaian dengan keadaan sekarang. Oleh kerana
aktiviti kehidupan manusia terus berubah, produk dan
perkhidmatan sedia ada juga perlu dibuat penambahbaikan.
Setiap perubahan kepada produk sedia ada akan mendapat
perhatian pengguna dan memberi peluang perniagaan
kepada sesiapa yang mengubah atau merekanya.
PELUANG PERNIAGAAN
Samb….

Cara yang digunakan untuk mengenal pasti peluang


perniagaan:

v. Mengikuti Tren Pasaran Semasa

Kehendak dan keperluan pasaran berubah dari semasa ke


semasa. Bakal usahawan terpaksa meneliti permintaan
pasaran yang baru jika mahu mendapat peluang
perniagaan.
PELUANG PERNIAGAAN
Samb….
Cara yang digunakan untuk mengenal pasti peluang
perniagaan:

vii.Melalui Jaringan Perhubungan

Sesuatu peluang perniagaan yang wujud akan menjadi


sukar dimajukan oleh seseorang usahawan sekiranya
jaringan perhubungan dengan orang lain sangat terhad.
Perhubungan dan pergaulan harian dapat memberi peluang
perniagaan kepada usahawan dengan cara maklumat yang
diberi dan dikongsikan mungkin dapat diubah kepada satu
perniagaan dan kadangkala tawaran terus kepada kita
sebagai peluang perniagaan.
PELUANG PERNIAGAAN
Samb….

Cara yang digunakan untuk mengenal pasti peluang


perniagaan:

viii.Melalui Bacaan

Idea dan maklumat perniagaan juga boleh diperolehi daripada


sumber bacaan samaada media cetak (buku, majalah,
suratkhabar, artikel) dan media elektronik (e-book, blog).
PELUANG PERNIAGAAN
Samb….

Cara yang digunakan untuk mengenal pasti peluang perniagaan:

viiii. Melalui Pengetahuan dan Kemahiran Yang Ada

Kemahiran seseorang merupakan punca perniagaan, di mana


kemahiran ini boleh dijual sebagai perkhidmatan. Seseorang
yang berbakat dalam apa jua kemahiran boleh merekacipta
produk untuk dijual dan ianya dijadikan sebagai peluang
perniagaan.
PELUANG PERNIAGAAN
Samb….

Cara yang digunakan untuk mengenal pasti peluang perniagaan:

ix. Melalui Pengalaman Yang Ada

Ramai usahawan menjalankan perniagaan yang sesuai dengan


pengalaman yang dimiliki terutamanya melalui pengalaman
kerjaya. Peluang yang diperolehi melalui pengalaman kerja yang
berkaitan dengan sesuatu kemahiran atau pengetahuan
menyeluruh berkaitan perniagaan yang bakal dijalankan
membantu seseorang usahawan
PELUANG PERNIAGAAN
Samb….
Cara yang digunakan untuk mengenal pasti peluang
perniagaan:

x. Kedudukan Kewangan

Kedudukan kewangan adalah faktor penting sama ada peluang


perniagaan itu dapat dimajukan atau sebaliknya. Sumber kewangan
yang mencukupi sama ada dalam bentuk wang tunai atau aset tetap
akan menjadi penentu kepada jenis perniagaan dan saiz pelaburan
yang terlibat dalam sesebuah perniagaan yang terpilih.

Walaupun seseorang usahawan boleh memikirkan sumber-sumber


lain seperti pinjaman dari institusi-institusi kewangan tetapi
sebahagian daripada kos projek adalah daripada usahawan itu
sendiri. Justeru itu perniagaan yang dicadangkan mesti sesuai
dengan kemampuan
pelaburan yang boleh disediakan.
PELUANG PERNIAGAAN
Samb….

Cara yang digunakan untuk mengenal pasti peluang perniagaan:

iix. Minat

Sesetengah usahawan memilih bidang perniagaan berdasarkan


kepada minatnya. Minat dapat memberikan keyakinan dan rasa
tanggungjawab yang lebih ke atas perniagaan yang akan dimajukan.
Bidang perniagaan dianggap sebagai satu profesyen yang
memerlukan disiplin dan peraturan-peraturan yang mesti dipatuhi.
PEMILIHAN IDEA

Setiap perniagaan bermula daripada peluang yang dapat


dikenalpasti dan diambil kesempatan untuk dimajukan.

Kewujudan peluang perniagaan untuk menawarkan


barangan dalam pasaran tertentu bergantung kepada
perubahan dan arah aliran dalam faktor-faktor persekitaran
yang meliputi suasana Politik, Ekonomi, Sosiobudaya,
Teknologi, Persekitaran dan Undang-undang.
PEMILIHAN IDEA
Samb…

PESTEL
(Political, Economical, Social, Technological,
Environmental, Legal)

olitical (Politik)
conomical (Ekonomi)
ocial (Sosio Budaya)
echnological (Teknologi)
nvironmental (Persekitaran)
egal (Undang – Undang)
Keputusan politik boleh memberi kesan kepada
banyak bidang penting untuk perniagaan seperti
pendidikan, tenaga kerja, kesihatan negara dan kualiti
infrastruktur ekonomi seperti jalan dan sistem kereta
api.

Persekitaran politik mempengaruhi perniagaan apabila


pihak kerajaan mengawal aktiviti perniagaan melalui
kuasa politik dan undang-undang yang dibuat.
Kestabilan politik menjamin suasana yang baik untuk
perniagaan terus berkembang maju.
Perkembangan dan perubahan ekonomi boleh menimbulkan peluang-peluang
perniagaan yang baru. Perubahan keadaan ekonomi daripada keadaan
meleset kepada keadaan yang baik, boleh membuka banyak peluang
perniagaan sejajar dengan perkembangan di dalam sektor ekonomi seperti
kewujudan industri pembuatan, pembinaan, perkhidmatan, peruncitan dan
pertanian.

Ianya juga merujuk kepada keadaan dan jenis sistem ekonomi di mana
perniagaan beroperasi. Sekiranya ekonomi stabil, maka perniagaan akan
berkembang tetapi jika ekonomi lembab, kuasa beli pengguna akan menurun.
Jika permintaan meningkat keuntungan syarikat juga meningkat. Begitu juga
jika permintaan menurun maka keuntungan syarikat juga akan menurun.
Keadaan ekonomi yang baik meningkatkan aktiviti perniagaan dan menjamin
peluang perniagaan.
Perubahan struktur penduduk, peningkatan pendapatan dan perubahan
citarasa masyarakat boleh membuka peluang-peluang perniagaan.

Contohnya, jika terdapat perubahan struktur penduduk, sekiranya peratusan


golongan belia lebih besar daripada golongan tua dan kanak-kanak, maka
keadaan ini akan mewujudkan lebih banyak peluang perniagaan yang berkaitan
dengan keperluan dan kehendak golongan remaja.
Jika pendapatan pengguna meningkat, maka kuasa membeli dan
kemampuan pengguna turut meningkat. Ini membuka peluang dalam
pelbagai bidang perniagaan yang sesuai dengan taraf pendapatan
masyarakat setempat. Begitu juga dengan perubahan citarasa pelanggan
yang mewujudkan berbagai peluang perniagaan.

Namun begitu, usahawan juga perlu menentukan sama ada peluang yang
akan diambil itu selaras dengan nilai-nilai masyarakat setempat.
Usahawan perlu memastikan supaya perniagaan yang bakal dijalankan
tidak bertentangan dengan nilai masyarakat setempat kerana setiap individu
mempunyai corak kehidupan budaya yang berbeza dari segi agama, adat
resam dan cara hidup.
Perubahan teknologi juga boleh mewujudkan peluang-peluang
perniagaan di mana pengenalan teknologi baru membolehkan
pengeluaran dihasilkan pada kos yang lebih rendah dan membuka
pasaran yang lebih luas.
Selain daripada itu, maklumat tidak formal juga dapat memainkan peranan
penting dalam menyediakan maklumat-maklumat mengenai peluang-peluang
perniagaan. Dalam konteks ini, media massa memainkan peranan memberikan
maklumat mengenai peluang-peluang perniagaan sama ada secara langsung
ataupun tidak langsung. Kebiasaannya media massa, sama ada media cetak atau
elektronik, mempunyai ruangan khusus untuk menyiarkan maklumat mengenai
dunia perniagaan yang membolehkan kita, secara tidak langsung, mengikuti
perkembangan pelbagai bidang usaha niaga. Melalui maklumat ini kita boleh
memilih bidang perniagaan yang bersesuaian dengan diri sendiri.
Faktor persekitaran turut memainkan peranan penting di dalam
menyediakan peluang-peluang perniagaan. Pengamatan dan pemerhatian
tentang persekitaran akan memberi ilham kepada usahawan untuk
mencipta keluaran atau perkhidmatan baru yang bertujuan memberikan
kepuasan yang lebih baik kepada pengguna.

Pemerhatian terhadap fungsi dan faedah sesuatu barang dan perkhidmatan


akan membolehkan usahawan memikirkan bagaimana dapat
memperbaikinya dari segi kos, jenama, reka bentuk, cita rasa, saiz dan
juga prestasi.
Seseorang usahawan perlu memastikan peluang-peluang perniagaan yang
ingin dimajukan itu sah dari segi undang-undang perdagangan.

Kerajaan menggubal undang-undang dan peraturan untuk kepentingan semua


bagi memastikan wujud persaingan yang sihat di kalangan perniagaan,
melindungi pengguna dan mengawal aktiviti perniagaan daripada melakukan
penyelewengan.
TUGASAN TEORI
Pelajar perlu mencari idea perniagaan berdasarkan kehendak atau
keperluan pengguna di kolej

PEMBENTANGAN
Pelajar dikehendaki membentangkan idea perniagaan mereka di
depan kelas
TAYANGAN VIDEO
http://www.youtube.com/watch?v=PiruMuq7u5E

http://www.youtube.com/watch?v=FZNlK3HA-m8

http://www.youtube.com/watch?v=2SgSMjUWoGA

http://www.youtube.com/watch?v=4eJDf85Zmjw
RUMUSAN

Proses mengenalpasti , mengkaji dan memilih


peluang perniagaan adalah langkah awal
yang harus diambil oleh setiap usahawan
atau bakal usahawan dalam menentukan
perniagaan yang bakal diceburi
RUJUKAN

Philip Kotler (2012) Kotlet on Marketing. Pearson Education

UiTM Entrepreneurship Study Group (2010) Fundamentals


of Entrepreneurship Study Group. Pearson Prentice Hall

You might also like