You are on page 1of 5

1.

Institusi raja di negara kita diwujudkan pada

A. Zaman Prasejarah

B. Zaman Pentadbiran British

C. Zaman Kerajaan Melayu Awal

D. Zaman pemerintahan pada masa kini

2. Sebagai rakyat Malaysia, bagaimanakah kita menghargai institusi raja?

I. Meraikan Hari Keputeraan Sultan.

II. Menghina nama baik institusi raja.

III. Melantik Sultan sebagai Canselor Universiti.

IV. Menamai masjid, jalan, bangunan, sekolah bersempena dengan nama Sultan
dan Permaisuri.
A. I, II, III
B. I, III, IV
C. II, III, IV
D. I, II, IV

3. Institusi raja telah diwarisi oleh beberapa negara dari dulu sehingga kini. Negara-
negara berikut merupakan negara yang masih mengamalkan institusi raja pada
masa kini, kecuali…
A. Amerika Syarikat
B. Thailand
C. Malaysia
D. Jepun

4. Negara kita memerlukan pemimpin yang berwibawa untuk membolehkan negara


kita sentiasa maju dan harmoni. Terdapat seorang pemimpin, beliau bertugas untuk
menguruskan pentadbiran negara pada masa kini. Siapakah beliau?
A. Sultan
B. Ketua Menteri
C. Menteri Besar
D. Perdana Menteri

5. Pada pendapat anda, sebagai seorang rakyat Malaysia, apakah cara yang dapat
melambangkan kesetiaan kepada Yang di-Pertuan Agong?
A. Bendera negeri dikibarkan separuh tiang sebagai tanda berkabung atas

kemangkatan Sultan.
B. Mencemarkan nama baik insitusi raja.
C. Membuat perbuatan yang menjatuhkan maruah negara.
D. Mengingkar perintah Yang di-Pertuan Agong.

6. Apakah bukti kedatangan islam ke tanah Melayu?


A. Perlembagaan persekutuan

B. Istana Negara

C. Batu bersurat

D. Masjid Negara

7. Agama Islam telah berkembang di negara kita sejak Zaman Kerajaan Awal
Melaka seperti di Kedah Tua dan Terengganu sebelum sampai ke Melaka. Terdapat
beberapa negara yang dikaitkan dengan kedatangan Islam ke Tanah Melayu.
Pilihkan yang manakah negara yang bukan negara yang dikaitkan dengan
kedatangan Islam ke Tanah Melayu.

A. Tanah Arab

B. Brunei

C. India

D. Cina

8. Seni khat merupakan seni tulisan dalam bentuk khaligrafi dalam agama Islam.
Apakah kegunaan seni khat yang sesuai digunakan dalam kehidupan masyarakat?
A. Mereka bentuk grafik seperti logo, corak dan ukiran pada barang perhiasan,
sejata dan kad ucapan.

B. Membantu seseorang menjadi lebih bijak.

C. Menjadi seni pertahanankan diri

D. Mengukuhkan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia.

9. Penganut Islam akan menjalani amalan berpuasa semasa Bulan Ramahdan. Oleh
itu, sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum, bagaimanakah cara menghormati
terhadap penganut Islam yang sesuai pada Bulan Ramahdan?

A. Makan roti di hadapan penganut Islam sebelum waktu berbuka puasa.

B. Gelak penganut Islam yang berpuasa.

C. Belanja penganut Islam minum air sebelum waktu berbuka puasa.

D. Elakkan makan dan minum di hadapan penganut Islam sebelum waktu

berbuka puasa.

10. Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu saling menghormati amalan dan
kepercayaan agama lain?

A. Masyarakat akan hidup harmoni dan bersatu padu.

B. Rakyat akan menjadi kaya-raya.

C. Amalan dan budaya keagamaan lain tidak akan dihargai.

D. Masyarakat akan menjadi huru-hara.

11. Lingua franca merupakan bahasa ____________ antara masyarakat yang


berlainan bahasa.

A. Francis

B. Istana
C. Perantaraan

D. Kuno

12. Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi negara Malaysia. Apakah peranan
yang BUKAN dimainkan oleh Bahasa Melayu?

A. Bahasa pentadbiran

B. Bahasa perundangan

C. Bahasa ilmu

D. Bahasa rasmi seluruh dunia

13. Yang berikut merupakan cara untuk mengekalkan Bahasa Melayu sebagai
warisan kebanggaan negara. Pilihkan cara yang paling sesuai.

A. Tidak mementingkan Bahasa Melayu dalam pembelajaran.

B. Menguasai kemahiran membaca, menulis, mendengar Bahasa Melayu dengan


baik.
C. Hanya menggunakan Bahasa Melayu dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dan bukannya dalam kehidupan seharian.
E. Menyanjung bahasa Korea, bahasa Jepun berbanding menyanjung Bahasa
Melayu.

14. Bahasa Melayu merupakan bahasa ilmu yang perlu dipelajari oleh semua rakyat
Malaysia. Mengapakah pentingnya Bahasa Melayu sebagai Bahasa ilmu?

I. Bahasa pengantar di sekolah dan university.

II. Bahasa Melayu dijadikan subjek wajib lulus dalam peperiksaan SPM.

III. Terdapat university luar negara yang menawarkan pengajian dalam Bahasa
Melayu.
IV. Bahasa Melayu akan mendapatkan keuntungan kepada rakyat Malaysia.
A. I, II, IV
B. II, III, IV
C. I, II, III
D. I, II, III, IV

15. Pada pendapat anda, apakah kesan sekiranya Bahasa Melayu tidak lagi
dipentingkan dalam Malaysia.

A. Kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan akan tergugat.

B. Rakyat akan bersatu padu.

C. Bahasa Melayu akan diiktiraf menjadi bahasa rasmi di seluruh dunia.

D. Perang Dunia III akan berlaku.

You might also like