Nota

You might also like

You are on page 1of 2

Setelah anda mengikuti pelajaran ini, anda seharusnya

boleh:
1.Membezakan antara klasifikasi tunai dan sekuriti
boleh pasar.
2.Menerangkan maksud terma kecairan dalam pegangan
tunai dan sekuriti bolehpasar.
3.Menerangkan objektif pengurusan tunai dan sekuriti
boleh pasar.
4.Menjelaskan rasional di sebalik pemegangan tunai
oleh syarikat.
5.Menjelaskan konsep pengapungan serta
kepentingannya dalam pengurusan tunai.
6.Menghuraikan kepentingan pengurusan dana terbiar.
7.Menerangkan kaedah yang biasa digunakan untuk
mempercepatkan aliran tunaimasuk syarikat.
8.Menerangkan kaedah yang biasa digunakan untuk
mengawal aliran tunai keluarsyarikat.
9.Menjelaskan ciri-ciri dan kepelbagaian sekuriti boleh
pasar.
10.Menghuraikan tujuan pemegangan sekuriti boleh
pasar dalam pengurusan
tunaisyarikat.11.Menerangkankriteria pemilihan sekuriti
boleh pasar.
Bab 5 akan memberi tumpuan khusus kepada
pengurusan aset syarikat yang paling cair iaitu tunai dan
sekuriti boleh pasar. Pengurusan tunai dan sekuriti boleh
pasar merupakan salah satu komponen utama dalam
pengurusan modal kerja syarikat. Kita mungkin biasa
dengan pepatah“tunai adalah raja”.Dari perspektif
syarikat, tunai adalah aset semasa yang paling cair dan
merupakan nadi utama untuk syarikat melabur dan
berkembang. Antara contoh tunai ialah simpanan tunai
runcit, baki dalam bentuk bank, cek, draf bank dan
kiriman pos. Manakala bagi sekuriti boleh pasar
antaranya adalah bil perbendaharaan, kertas
perdagangan dan penerimaan jurubank yang mana
secara umumnya adalah merujuk kepada instrumen
pelaburan jangka pendek. Instrumen ini digunakan oleh
syarikat sebagai alternatif kepada tunai bagi
mengekalkan tahap kecairannya di samping untuk
memperolehi pulangan ke atas lebihan dana yang belum
digunakan buat sementara waktu.

You might also like