You are on page 1of 4

MAJLIS PERSARAAN PN MARIATOLKHAFTIAH GURU SK PUCHONG

INDAH, 5 0KTOBER 2018

1. ALU-ALUAN
Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan Pn. Mariatolkhaftiah bt Mohd Sharif,
diiringi........................... ke dalam dewan.

Petang yang indah penuh ceria


Hari yang berbahagia penuh bermakna
Kami bawakan kepada anda Majlis “Junjungan Budi Lambaian Kasih” sempena
perpisahan Pn. Mariatolkhaftiah bt Mohd Sharif , Guru SK Puchong Indah

BismilLahir Rahmanir Rahim


Assalamu `Alaikum W.B.T.

Yang Berusaha, Cik Noor Zilah bt Mohd Rejab Guru Besar SK Puchong Indah

Yang Diraikan Pn. Mariatolkhaftiah bt Mohd Sharif, Guru SK Puchong Indah

Seterusnya
Barisan guru, murid-murid, yang dikasihi sekalian.

Selamat datang ke Majlis “Junjungan Budi Lambaian Kasih” sempena persaraan


Yang Diraikan . Pn. Mariatolkhaftiah bt Mohd Sharif,

Sirih berlipat sirih pinang


Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal BismilLah pembuka bicara

Sarung ketupat berisi inti


Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri

Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

2. BACAAN DOA

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini,
marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan
dibacakan oleh _________

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada


___________atas bacaan doa itu tadi.
3. PERSEMBAHAN SILAT
Aturcara majlis dimulakan dengan persembahan silat yang dibimbing oleh Cikgu
Muhd Fuad.

Majlis dengan ini mempersilakan....

Majlis merakamkan ucapan terima kasih di atas persembahan silat yang menarik
itu tadi.

4. UCAPAN GB
Tak molek jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang Berusaha, Guru Besar SK


Puchong Indah, Cikgu Noor Zilah bt Mohamed Rejab. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan....

Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Noor Zilah diatas ucapan beliau sebentar
tadi.

5. UCAPAN YANG DIRAIKAN


Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang
Diraikan Pn. Mariatolkhaftiah bt Mohd Sharif. Majlis dengan segala hormatnya
ingin menjemput dan mempersilakan.

Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang


Diraikan Pn. Mariatolkhaftiah bt Mohd Sharif atas ucapan itu tadi.

6. TAYANGAN MULTIMEDIA

Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Jasamu gemilang

Majlis diteruskan lagi dengan tayangan multimedia kenang kenangan


sepanjang Pn. Mariatolkhaftiah sepanjang berkhidmat di SK Puchong Indah.
marilah sama-sama kita saksikan

Itulah sebentar tadi dapat kita saksikan persembahan multimedia sempena


persaraan Yang Diraikan Pn Mariatolkhaftiah . Mudah-mudahan ianya dapat
memberi sumber inspirasi buat kita semua.
7. PENYAMPAIAN CENDERAMATA

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai tanda


kenang-kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini iaitu Yang Diraikan
Pn. Mariatolkhaftiah bt Mohd Sharif.
Sebelum itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan
mempersilakan kepada untuk mengiringi Yang Diraikan
Pn Mariatolkhaftiah untuk menerima cenderamata kenang-kenangan. Dengan
segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan Pn


Mariatolkhaftiah kesudian menerima cenderamata itu tadi.

Itu adat, itu lumrah kehidupan


Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan

8. POTONG KEK

Majlis diteruskan lagi dengan upacara pemotongan kek sempena majlis


persaraan. Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan
mempersilakan yang diraikan Pn. Mariatolkhaftiah bt Mohd Sharif diringi oleh
Tuan Guru Besar serta rakan-rakan guru lain bagi melancarkan acara ini.
Dipersilakan

Terima kasih diucapkan.

Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan jasa yang dilakukan
oleh Yang Diraikan Pn. Mariatolkhaftiah bt Mohd Sharif, sepanjang perkhidmatan
beliau di SK Puchong Indah.
Majlis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan Pn.
Mariatolkhaftiah kerana sudi untuk bersama kita pada hari yang penuh
bermakna ini dan kami semua mendoakan agar Yang Diraikan bertambah ceria
dan bahagia di dalam kehidupan seharian.

9. LAMBAIAN

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian


Tiap pertemuan pasti ada perpisahan
Sudah teradat si anak lelaki
Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat
Guru-guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian,kita kini sudah di penghujung
acara. seterusnya , marilah kita sama-sama bersalam-salaman dan memberi
lambaian kasih kepada Pn Mariatolkhaftiah sempena hari terakhir beliau
berkhidmat sebagai seorang guru.

PENUTUP
Kuning emas masaknya padi
Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan

Tuai padi antara nampak


Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini.

Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah
dan silap sepanjang kami mengacarakan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa


Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu


`Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.

You might also like