You are on page 1of 15

1.

0 Pendahuluan

1.1Pengenalan PKM

Secara hakikinya, gerakan komunis di Tanah Melayu telah lama bertapak sejak 1920
an lagi dan dipengaruhi Indonesia (Zainal Abidin, 1971). Buktinya, Sultan Perpatih telah
melawat Kedah dan Perak Utara untuk menyebarkan ideologi komunis dalam kalangan
penduduk Melayu (Kamaruddin, 2014). Gerakan ini bergerak secara bawah tanah dan aktif
di sekolah-sekolah malam1. Pada 1930, Parti Komunis Malaya (PKM) ditubuhkan sebagai
respons terhadap kegagalan Parti Komunis Nanyang (PKN) 2. Hal ini kerana, PKN gagal
mengkoordinasi pergerakan ideologi komunis di Asia Tenggara pada masa itu. Penubuhan
PKM bermatlamatkan untuk menubuh kerajaan komunis yang dikenali sebagai Republik
Rakyat Malaya3. Pada zaman pendudukan Jepun, gerakan PKM ini semakin berkembang.
Menurut Short (1977), pada zaman pendudukan Jepun, PKM mempunyai kekuatan dari segi
jumlah ahli dan juga logistik. Hal ini kerana, PKM telah diberikan bantuan dari segi senjata
oleh British bagi menghadapi kemaraan tentera Jepun dan menentang pendudukan Jepun
menerusi peperangan gerila (Hanrahan, 1971).

1.2 Keganasan PKM

Selepas Jepun menyerah kalah pada 15 Ogos 1945, berlaku kekosongan politik di
Tanah Melayu. Keadaan ini telah digunakan oleh PKM untuk berkuasa di Tanah Melayu.
Peluang tersebut mereka gunakan bagi menghukum tali barut-tali barut Jepun. Dianggarkan
MPAJA telah membunuh lebih kurang 2,542 orang Cina, Melayu dan India 4. PKM juga
dikatakan merancang sejak awal lagi untuk menentang British pada bulan September 1948
(Chin ,2009). Pada mulanya, PKM hanya menggunakan kaedah sederhana dengan menaja
penubuhan parti politik dan menyusup masuk ke dalam gerakan kiri dan kesatuan pekerja.
Melaluinya, pelbagai agenda telah dijalankan seperti penganjuran mogok umum dan
mewujudkan kekacauan ekonomi bagi melemahkan pentadbiran British. Namun begitu,
usaha tersebut tidak berjaya (O’Ballance, 1966). Akibatnya, PKM membuat keputusan
drastik untuk bertindak lebih ektremis. Hal ini menyebabkan PKM telah meniru pendekatan
yang dilaksanakan oleh Parti Komunis China iaitu menentang British melalui penggunaan
senjata (Pye, 1956). Persoalannya, apakah langkah-langkah yang diambil bagi
membanteras komunis di Tanah Melayu.

1
Khoo, K. K. "Kominisma di Tanah Melayu." Jurnal Sejarah x.72 (1971): 94.
2
Ho, H. L. Darurat 1948-1960: Keadaan sosial di Tanah Melayu. Kuala Lumpur: Penerbit UM, 2004.
3
Ho, H. L. Darurat 1948-1960: Keadaan sosial di Tanah Melayu. Kuala Lumpur: Penerbit UM, 2004.
4
Raj J. J. The wars years & after . Subang Jaya: Pelanduk Publications, 2000.

1
Strategi kerajaan dalam membanteras komunis di Tanah Melayu

2.1 Pembinaan Kampung Baru Cina

Penempatan semula kampung baru ini dilaksanakan bagi menyekat komuniti Cina
daripada membantu gerakan “Min Yuen”(Colonial Office, 1952). “Min Yuen” bertugas dalam
mengumpulkan dana, bekalan makanan dan juga maklumat kepada komunis5. Pelaksanaan
langkah ini sekali gus menghalang sebarang bentuk bantuan daripada disalurkan kepada
pihak komunis (Ho, 2004). Proses pemindahan penduduk pula telah dijalankan secara
mengejut pada waktu subuh tanpa notis awal kepada penduduk bagi, mengelakkan
penyokong komunis dalam kalangan penduduk lari ke dalam hutan. Selain itu, pihak British
telah mengenakan catuan makanan kerana penduduk komuniti kampung baru Cina masih
membekalkan makanan kepada pihak komunis (Short, 1974). Melalui cara ini, penduduk
hanya dibenarkan membeli makanan yang telah disediakan oleh British di kedai tertentu.
Malah, pergerakan keluar masuk bekalan makanan perlu diperiksa oleh pihak pasukan
keselamatan terlebih dahulu6. Seterusnya, pergerakan keluar masuk penduduk di pintu-pintu
kawasan kampung baru dikawal ketat pihak pasukan keselamatan. Kesannya, komunis
sukar untuk mendapatkan bantuan daripada penduduk.

2.2 Pendaftaran Penduduk

Proses pendaftaran ini dilaksanakan secara peringkat-berperingkat yang dimulai dengan


Melaka, Negeri Sembilan, Selangor , Perak, Perlis, Pahang dan akhir sekali adalah
Terengganu. Berdasarkan langkah ini, setiap lelaki, wanita dan kanak-kanak yang berumur
12 tahun dan ke atas dikehendaki mendaftarkan diri dengan pihak berkuasa dan mereka
akan dibekalkan kad pengenalan (Mahdi & et. al, 2008). Tujuannya adalah untuk
menyediakan suatu senarai lengkap penduduk yang mempunyai keterangan penting seperti
nama, keturunan, bangsa, dialek/bahasa, pekerjaan, tempat lahir dan alamat tempat
tinggal7. Malah ianya bertujuan untuk membezakan antara komunis dengan penduduk yang
mematuhi undang-undang (Ho, 2010). Kesannya, ia membantu pihak berkuasa dalam
mengesan kehadiran komunis dalam kalangan penduduk. Selain itu, pihak komunis juga
sukar melepasi pemeriksaan jalan, kenderaan dan orang yang sering diadakan oleh
pasukan keselamatan kerana kebebasan bergerak hanya terhad kepada pemegang kad
pengenalan pada waktu itu8. Akibatnya, penyokong komunis menjadi sulit untuk

5
Kumar Krishna. Emergency propaganda: The winning of Malayan hearts and minds 1948-1958.
Richmond: Curzon, 2002.
6
British Adviser’s office Selangor. Minuttes of the First Meeting. Kuala Lumpur: Government Press, 1952.
7
Jayakumary Marimuthu. Zaman darurat 1948-1960: Kajian keadaan sosio ekonomi di Sungai Siput. n.d. 7
March 2020
8
Alzahrin Alias. “Evolusi kad pengenalan.” Berita Harian, 10 March, 2015, p. 5.

2
menyampaikan maklumat dan memberi bekalan makanan kepada komunis. Berikutan
daripada itu, komunis menghadapi banyak kesukaran dalam gerakan mereka. Mereka
menghadapi kekurangan bekalan makanan, ubat-ubatan dan kelengkapan senjata (Ho,
2013). Hal ini menyebabkan komunis tidak mampu bertahan hidup dari segi “survival” sekali
gus melemahkan lagi pergerakan komunis.

2.3 Penubuhan pasukan Homeguard

Pasukan Home Guard merupakan sebuah pasukan yang dianggotai rakyat biasa dan
terletak di bawah bidang kuasa Home Guard Regulations 1950 dan Home Guard
Regulations 1951. Pasukan ini berperanan besar dalam menyekat ideologi komunis dan
menghapuskan gerakan tersebut. Buktinya, seramai 605 pemberontak komunis berjaya
dibunuh dan 123 orang yang berjaya ditangkap oleh pasukan tersebut pada tahun 1952
(Abdul Razak, 1999). Pasukan Home Guard juga turut bertugas untuk mengawal dan
meronda kampung-kampung, sekali gus menyekat pergerakan komunis. Hal ini kerana,
terdapat segelintir penduduk kampung yang berkerjasama dengan pihak komunis (Siti
Aminah, 2018). Kawalan dan rondaan tersebut menyukarkan pengganas komunis untuk
menyusup masuk ke kampung sekali gus menghalang mereka daripada memperoleh
bekalan dan maklumat berkaitan pasukan keselamatan9. Pasukan Home Guard yang
diketuai Hamid telah berjaya membongkar kegiatan seorang peruncit, Ah Soon yang telah
membekalkan beras kepada pihak komunis di kampung Liang Batu10. Berikutan tersebut,
pasukannya berjaya menumpaskan sekelompok komunis yang sedang dalam perjalanan
mendapatkan beras tersebut. Selain itu, pasukan Home Guard juga turut berperanan
membantu pihak keselamatan lain. Dengan wujudnya pasukan Home Guard ini, tugas-tugas
kawalan dapat dijalankan oleh mereka manakala pasukan polis dan tentera boleh
digerakkan bagi tujuan pertahanan dalam membendung ancaman pihak komunis (Mohd
Razali, 2010)

2.4 Perang Saraf

Strategi berdasarkan psikologi ini adalah salah satu langkah bijak British untuk
memadam komunis dari Tanah Melayu. Strategi ini dikendalikan oleh tiga badan iaitu
Malayan Film Unit, Emergency Information Service dan Department of Information. C. C.
Too adalah antara pakar strategi propaganda dan perang saraf yang penting ketika
menghadapi ancaman komunis di Tanah Melayu pada masa tersebut. Menurutnya, proses
pembujukan yang sempurna pasti berjaya menarik hati gerila komunis untuk menyerah diri
9
Mohd Razali Yaakob. “Pasukan Home Guard Persekutuan Tanah Melayu.” Jurnal Sejarah, Anyflip, 2010,
ejournal.um.edu.my/index.php/SEJARAH/article/view/9219/6528.
10
Jabatan Penerangan Malaysia. Negaraku 60 tahun merdeka. Putrajaya: Kementerian Komunikasi dan Multi
media Malaysia, 2017.

3
dan kembali ke pangkuan masyarakat kerana tidak semua ahli PKM faham dengan
perjuangan komunisme11 . Hal ini kerana, ahli PKM hanya menjadi “pak turut” kepada
arahan pihak atasan mereka tanpa memahami tujuan sebenar perjuangan mereka. Antara
taktik yang diguna pakai melalui strategi perang saraf adalah penyebaran risalah paparan
mayat anggota komunis dan tawaran pengampunan komunis melalui pesawat C4 Dakota
(Jabatan Penerangan Malaysia, 2017). Hal ini bertujuan untuk melemahkan semangat ahli-
ahli komunis agar mereka terdorong untuk menyerah kalah. Menurut Clausewitz (1968),
kejatuhan moral dan semangat yang rendah menyebabkan sesuatu tindakan menjadi tidak
berkesan.Buktinya, seramai 97 pengikut komunis telah menyerah diri dan kembali ke
pangkuan masyarakat pada Jun 197312. Selain itu, penyebaran risalah berkenaan ganjaran
lumayan terhadap sesiapa yang berjaya menangkap atau membunuh puak komunis bukan
sahaja berjaya menarik minat rakyat malah ahli komunis sendiri. Buktinya, Mat Indera iaitu
ketua komunis di Muar berjaya ditangkap oleh beberapa orang Melayu termasuk rakan
karibnya sendiri setelah mabuk akibat diperdayakan dengan minuman kopi yang bercampur
buah kecubung (Jabatan Kajian Sebaran Am, 1993).

3.0 Rumusan

Kesimpulannya, kerajaan British telah melaksanakan pelbagai strategi seperti


pembinaan Kampung Baru, pendaftaran penduduk, penubuhan Home Guard serta
melaksanakan perang saraf bagi menghapuskan gerakan komunis di Tanah Melayu. Hal ini
kerana, komunis telah banyak melakukan kerosakan dan kerugian kepada negara. Buktinya,
hampir setiap hari terdapat harta benda dan harta awam yang tidak ternilai telah musnah
disebabkan komunis (Ho, 2015). Di samping itu, usaha membanteras komunis
sememangnya tidak akan berjaya tanpa adanya kerjasama di antara penduduk Tanah
Melayu. Bukti yang jelas adalah melalui peranan Home Guard yang dianggotai oleh kaum
Cina, India dan Melayu dalam menumpaskan dan melemahkan komunis. Malah jasa C. C.
Too adalah antara penyumbang utama kepada keamanan yang dikecapi hari ini. Justeru,
kunci kepada keharmonian dan kedamaian sesebuah negara sebenarnya adalah perpaduan
(Berita Harian, 2019). Oleh itu, menjadi tanggungjawab semua untuk terus menjalinkan
hubungan yang baik dengan semua kaum supaya tidak timbulnya perasaan prejudis yang
merupakan bara kepada api perkauman. Malah, kepatuhan kepada rukun negara adalah
satu kemestian bagi setiap rakyat Malaysia kerana ianya adalah wahana penyatuan rakyat
(Md Farid, 2019).

11
Barber & Noel. The War of running dogs: How Malaya defeated thevcommunist guerilla 1948-1960. London:
William Collins & Sons, 1972.
12
Mohd Shamsuddin & Nararossa Peter Ballak. "Kaedah perang saraf dalam membanteras gerakan komunis."
Journal of Social Sciences and Humanities 13.3 (2018): 158-172.

4
4.0 Rujukan

Abdul Razak A. Ibrahim. (1999). Peranan pasukan keselamatan semasa darurat Malaysia
pertama: Satu analisis. Latihan Ilmiah. Universiti Malaya.

Alzahrin Alias. (2020, Mac 10). Evolusi kad pengenalan. Berita Harian, 5.
Barber & Noel. (1972). The War of running dogs: How Malaya defeated the communist
guerilla 1948-1960. London: William Collins & Sons.
Berita Harian. (2019, Februari 17). Perpaduan kaum penting untuk Malaysia jadi negara
maju, 10.
British Adviser’s office Selangor. (1952). Minuttes of the First Meeting. Kuala Lumpur:
Government Press.
Cheah, B. K. (2012). Red star over Malaya: Resistance & social conflict during and after the
Japanese occupation, 1941-1946 (4th ed.). Singapore: Singapore University Press.

Chin, C. C. & Hack, K. (2004). Dialogues with Chin Peng: New light on the Malayan
Communist Party. Singapore: Singapore University Press.
Ho, H. L. (2001). Bintang tiga dan darurat di negeri Selangor: Satu perbincangan
umum. Jurnal Sejarah Negeri Selangor Darul Ehsan, 1(4), 34.

Chin, C. C. (2009). Re-examining the 1948 revolt of the Malayan Communist Party in
Malaya. Kajian Malaysia, 27(1&2), 11–36.

Clausewitz, C. V. (1968). On war. London: Penguin Book.

Colonial Office. (1952). The Enemy in Malaya. Kuala Lumpur: Government Press.

Hanrahan, G. Z. (1971). Communist struggle in Malaya. Kuala Lumpur: University of Malaya


Press.

Ho, H. L. (2004). Darurat 1948-1960 : Keadaan sosial di Tanah Melayu. Kuala Lumpur:
Penerbit Universiti Malaya.

Ho, H. L. (2004). Darurat 1948-1960: Keadaan sosial di Tanah Melayu. Kuala Lumpur:
Penerbit UM.
Ho, H. L. (2010). Kegagalan gerakan bersenjata Parti Komunis Malaya (PKM): Satu
analisis. Retrieved March 7, 2020, from
https://myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3663/1/MDSS_2010_38_05.
pdf

5
Ho, H. L. (2013). Orang cina dan gerakan komunis di Sarawak, 1927-1974. Retrieved March
8, 2020, from https://umcms.um.edu.my/sites/department-of-history/Scholarly/ho-
orang-cina-dan-komunis.pdf

Ho, H. L. (2015). Gerakan komunis dan PKM. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu, 8(1), 63-
93. Retrieved March 9, 2020, from http://jurnalmelayu.dbp.my/wordpress/wp-
content/uploads/2014/12/4-Gerakan.pdf

Jabatan Kajian Sebaran Am. (1993). Maklumat lisan johor. Shah Alam: Biroteks Institut
Teknologi Mara.

Jabatan Penerangan Malaysia. (2017). Negaraku 60 tahun merdeka. Putrajaya:


Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Jayakumary Marimuthu. (n.d.). Zaman darurat 1948-1960: Kajian keadaan sosio ekonomi di
Sungai Siput. Retrieved March 7, 2020, from
http://www.myjurnal.my/filebank/published_article/22945/119_146.PDF
Kamaruddin M. Said. (2014). Minda pemimpin komunis Melayu: Rashid Maidin dan Abdullah
C. D. International Journal of Politics, Defence & Security, 1(7), 37-50. Retrieved
March 6, 2020, from
http://lib.perdana.org.my/PLF/PLF2/Digital_Content/PLF/000015/1008719.pdf

Khoo, K. K. (1971). Kominisma di Tanah Melayu. Jurnal Sejarah, x(72), 94.


Kumar Krishna. (2002). Emergency propaganda: The winning of Malayan hearts and minds
1948-1958. Richmond: Curzon.

Mahdi Shuid, Mohd Fauzi Yunus, Hashim Ismail & Rosle Yasin. (2008). Sejarah PMR. Shah
Alam: Arah Pendidikan. Retrieved March 8, 2020, from
https://books.google.com.my/books?
id=NJwkGzNAZnoC&printsec=frontcover&source=gbs_ge_summary_r&cad=0#v=o
nepage&q&f=false

Md Farid. (2019, September 15). Rukun negara wadah penyatuan masyarakat. Harian
Metro, 6. Retrieved March 9, 2020, from
https://www.hmetro.com.my/utama/2019/09/496829/rukun-negara-wadah-
penyatuan-masyarakat

Mohd Razali Yaakob. (2010). Pasukan Home Guard Persekutuan Tanah Melayu. Retrieved
March 7, 2020, from
https://ejournal.um.edu.my/index.php/SEJARAH/article/view/9219/6528

6
Mohd Shamsuddin & Nararossa Peter Ballak. (2018). Kaedah perang saraf dalam
membanteras gerakan komunis. Journal of Social Sciences and Humanities, 13(3),
158-172.
O’Ballance, E. (1966). Malaya: The communist insurgent war. London: Faber and Faber.

Ovendale, R. (1982). Britain, the United States and the Cold War in South-East Asia, 1949–
1950. International Affairs, 58(3), 447–464.

Pye, L. W. (1956). Guerilla communism in Malaya: Its social and political meaning. New
Jersey: Princeton University Press.

Raj J. J. (2000). The wars years & after . Subang Jaya: Pelanduk Publications.
Short, A. (1975). The communism Insurrection in Malaya 1948-1960. London: Frederick
Muller Ltd

Short, A. (1977). Communist insurrection in Malaya 1948- 1960. London: Frederick Muller
Limited.

Siti Aminah Abdul Ghani. (2018). Peranan dan sumbangan Home Guard di Temerloh. Ph. D
Dissertation, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Retrieved March 8, 2020, from
http://ir.upsi.edu.my/3563/1/Peranan%20dan%20sumbangan%20Home%20Guard
%20di%20Temerloh%201948_1956.pdf

Zainal Abidin Abdul Wahid. (1971) Jabatan sejarah Universiti Kebangsaan: Sekarang dan
masa depan-nya. Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 3(1),
1-3.

7
5.0 Lampiran

8
9
10
11
12
13
14
15

You might also like