You are on page 1of 3

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

BAHAGIAN PENGURUSAN LATIHAN ,


ARAS 3 & 6, MENARA PRISMA,
NO 26, JALAN PERSIARAN PERDANA,
PRESINT 3,
PUSAT PENTADBIRAN PERSEKUTUAN, TEL:600-8000-8000
62590 PUTRAJAYA. FAKS:603-88850748

BORANG CADANGAN ‘HEALTH SYSTEM RESEARCH’


NamaPelatih: NO. K/P :
Azizah Nadiya Binti Abu Hari 920226-01-5080
Tajuk Penyelidikan:
Kajian mengenai tahap pengetahuan tentang skabies dalam kalangan masyarakat di Lorong Desa
Ehsan, Felda Keratong 6, Muadzam Shah, Pahang.

Huraian Ringkas:
Kajian dilakukan untuk mengkaji tahap pengetahuan tentang skabies dalam kalangan masyarakat
di Lorong Desa Ehsan, Felda Keratong 6, Muadzam Shah, Pahang. Pada masa kini, masyarakat
mempunyai kurang pengetahuan dan pendedahan berkenaan tentang skabies dan boleh
menyebabkan bilangan pesakit di jangkiti skabies semakin meningkat. Jangkitan skabies
merupakan satu penyakit kulit yang cepat merebak dan menjadi salah satu penyakit kulit yang
kerap menjangkiti manusia. Hal ini dapat dibuktikan dalam kenyataan Megan Barry melalui
bukunya yang bertajuk “scabies” 2009, Skabies adalah penyakit kulit yang disebabkan oleh kutu /
tungau / mite (Sarcoptes scabei). Kira-kira 300 juta kes kudis dilaporkan di seluruh dunia setiap
tahun. Selain itu, Humphrey D, Dis. 2013 pernah mengatakan bahawa jangkitan skabies
dipengaruhi oleh kehidupan sosial, penjagaan kesihatan, keadaan perumahan, kebersihan, dan
kesesakan persekitaran. Jadi, kajian terdorong untuk mengenalpasti tahap pengetahuan tentang
skabies dalam kalangan masyarakat di Lorong Desa Ehsan, Felda Keratong 6, Muadzam Shah,
Pahang.

Skop Kajian:
Kajian ini tertumpu kepada masyarakat yang menetap di Lorong Desa Ehsan, Felda Keratong 6,
Muadzam Shah, Pahang mengenai tahap pengetahuan tentang skabies dalam kalangan
masyarakat di Lorong Desa Ehsan, Felda Keratong 6, Muadzam Shah, Pahang. Seramai 30 orang
responden akan dipilih secara rawak.

Objektif Kajian:

Objektif Am:
1. Kajian ini dilakukan untuk menilai tahap pengetahuan tentang skabies dalam kalangan
masyarakat di Lorong Desa Ehsan, Felda Keratong 6, Muadzam Shah, Pahang.

Objektif spesifik:
1. Mengenalpasti tahap pengetahuan tentang skabies dalam kalangan masyarakat di Lorong
Desa Ehsan, Felda Keratong 6, Muadzam Shah, Pahang.
2. Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi tahap pengetahuan tentang skabies dalam
kalangan masyarakat di Lorong Desa Ehsan, Felda Keratong 6, Muadzam Shah, Pahang.
3. Mencadangkan langkah-langkah bagi meningkatkan tahap pengetahuan tentang skabies
dalam kalangan masyarakat di Lorong Desa Ehsan, Felda Keratong 6, Muadzam Shah,
Pahang.
Huraian Ringkas:

Rekabentuk kajian:
1. Kajian dilakukan dengan temubual responden melalui borang soal selidik
2. Teknik borang soal selidik ini mengandungi tiga bahagian iaitu Bahagian A dan juga
Bahagian B.
3. Sebanyak 4 soalan tentang demografi responden seperti jantina, umur, tahap pendidikan
dan bangsa disoal di Bahagian A.
4. 14 soalan mengenai tahap pengetahuan responden mengenai skabies dalam kalangan
masyarakat akan disoal di Bahagian B.
5. Bentuk borang soal selidik dibuat secara ”closed questionnaire” di mana soalan dan
jawapan disediakan oleh pengkaji dalam kajian ini.

Metodologi kajian:
1. Responden bagi kajian ini adalah seramai 30 orang dalam kalangan masyarakat di Lorong
Desa Ehsan, Felda Keratong 6, Muadzam Shah, Pahang.
2. Kajian ini dilakukan menggunakan kaedah diskriptif dan kuantitatif. Pengumpulan data akan
dilakukan dengan menggunakan borang soal selidik yang mengandungi 18 soalan mudah
yang akan diedarkan secara rawak di sekitar Lorong Desa Ehsan, Felda Keratong 6,
Muadzam Shah, Pahang.
Jadual Perlaksanaan: Seperti yang dilampirkan.
Disokong Oleh Pengajar Yang Menyelia: TarikhPenerimaan:

Kelulusan Oleh Ketua Program Diploma Ulasan:Lulus/TidakDiluluskan.


Pembantu Perubatan:

TandatanganPenyelia: TandatanganPelatih:

You might also like