You are on page 1of 6

TUGASAN BM TAHUN 3

SEPANJANG PKPP/PASCA COVID-19

#STAYATHOME #STAYSAFE
NAMA : ___________________________

ISNIN, 22 JUN 2020

KATA NAFI:
1. Kata Nafi ialah perkataan yang digunakan untuk menafikan sesuatu
pernyataan pada predikat ayat.
2. Terdapat dua kata nafi : BUKAN dan TIDAK
3. Kata Nafi BUKAN digunakan sebagai unsur nafi bagi frasa nama dan frasa
sendi nama.
4. Walaubagaimanapun, kata nafi BUKAN juga boleh digunakan sebagai
unsur nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektif jika frasa-frasa predikatnya
membawa maksud yang bertentangan.
5. Kata nafi TIDAK digunakan sebagai unsur nafi bagi frasa kerja dan frasa
adjektif.

Lengkapkan ayat di bawah dengan KATA NAFI yang sesuai.

1. “Orang itu ____________ jiran saya,” kata Jacinta kepada Roni.
2. Lahuma dan isterinya Jeha _______________ pergi ke sawah kerana anaknya sakit
kuat.
3. Kejayaan pasukan __________________ kerana usaha seorang pemain sahaja.
4. Kata - kata Logan ___________________ benar sama sekali.
5. Bas itu __________________ ke Seremban, tetapi ke Johor Bahru.
6. Azmi ___________________ hadir ke sekolah hari ini kerana dia demam.

[Pasport UPSR Sistem Bahasa]

SELASA, 23 JUN 2020

dapat akan boleh mesti mahu
masih hendak telah belum sedang

1. Saya _______________ sampai kira-kira setengah jam lagi.

2. Kita ___________________ sampai di sana sebelum pukul tiga petang.
3. Fatihah _______________ belum pulang walaupun hari telah dekat senja.
4. Kereta api itu ________________ bertolak sebentar tadi.
5. Adik saya __________________ mandi lagi.
6. Lee Lee __________________ mencuba nasib dalam peraduan itu.
7. Mereka ___________________ durian sewaktu kami tiba.
8. Anak-anak sekarang _______________________ semua kehendak mereka dipenuhi.
[Pasport UPSR Sistem Bahasa]
RABU, 24 JUN 2020

KATA BILANGAN
1. KATA BILANGAN ialah kata yang menyatakan bilangan atau jumlah sesuatu.
2. Kata bilangan yang menunjukkan jumlah yang tentu sifatnya.
Satu, dua, tiga, empat, dua puluh, tiga puluh.
3. Kata bilangan yang menunjukkan bilangan tak tentu.
Beberapa, seluruh, setengah, semua.
4. Kata bilangan yang menunjukkan himpunan.
Kedua-dua, keempat-empat, berpuluh-puluh.
5. Kata bilangan yang membawa maksud pecahan.
Setengah, separuh, sepertiga.
6. Kata bilangan yang menunjukkan kedudukan.
Pertama, kedua, kesepuluh.

Isi tempat kosong dengan kata bilangan yang paling sesuai.

1. “Kelvin anak ___________________ Datuk Lau,” kata Cikgu Serina.

2. Ada _______________________ soalan yag tidak dapat saya jawab.

3. Sudah ______________________ hari Budi tidak hadir ke sekolah.

4. Datuk Sri Siti Nurhaliza mempunyai _______________ peminat.

5. Setiap kumpulan terdiri daripada ________________ orang ahli.

kedua tiga ribuan beberapa sepuluh

[Pasport UPSR Sistem Bahasa]

KHAMIS, 25 JUN 2020

Salin semula karangan di bawah dengan ejaan yang BETUL dan tulisan yang KEMAS.
RASA BELAS KASIHAN TERHADAP HAIWAN

Cuaca agak mendung pada petang itu. Aku dan abangku dalam perjalanan pulang dari kedai

Pak Leman membeli barang yang dipesan oleh ibu. Tiba-tiba, aku terdengar bunyi anak

kucing sedang mengiau-ngiau.

Aku segera mengajak abang untuk melihat ke arah bunyi itu. Alangkah terkejutnya

kami apabila mendapati seekor anak kucing yang tercungap-cungap di dalam longkang.

Badannya kotor dan basah.

Abang terus menyelamatkan anak kucing itu lalu membalut tubuhnya dengan sapu

tanganku yang aku bawa ke mana- mana sahaja.

Mujurlah hujan turun selepas kami selamat tiba di rumah. Aku membersihkan

badannya yang kelihatan sangat kotor. Setelah dibersihkan, aku membalut badannya dengan

sehelai tuala kering.

Ibu membawa sepiring susu buat si anak kucing. Anak kucing itu sangat comel. Mama

dan papa membenarkan aku menjaga anak kucing itu sebagai haiwan peliharaanku.

Aku memanggilnya Comel. Kini, sudah hampir sebulan aku menjaga Comel. Comel

selalu menjadi penemanku di kala suka mahupun duka. Aku bersyukur kerana memiliki

keluarga yang memahami keinginanku.

JUMAAT, 26 JUN 2020

Salin semula karangan di bawah dengan ejaan yang BETUL dan tulisan yang KEMAS.
SEORANG SAHABAT YANG BAIK
Hatiku sebak dan pilu setiap kali aku terpandang foto di atas meja belajarku. Foto kenangan

aku bersama Naili, sewaktu di sekolah lamaku.

Naili merupakan sahabat karibku ketika di sekolah. Walaupun usia aku masih kecil

ketika foto itu diambil, namun aku faham akan erti sebuah persahabatan.

Aku masih ingat, disebabkan wang belanjaku tercicir, aku tidak dapat membeli

makanan ketika waktu rehat. Sifat prihatin Naili, menyebabkan dia sanggup berkongsi

makanan denganku. Sejak itu, kami berkawan baik.

Naili seorang sahabat yang sangat mengambil berat terhadap kesusahan orang lain.

Kami sering belajar, makan dan bersiar-siar bersama. Aku juga mempunyai hobi yang sama,

iaitu berbasikal di waktu petang.

Kini, kenangan itu menjadi mimpi apabila Naili dilanggar oleh sebuah kereta semasa

kami sama-sama menunggang basikal pulang dari sekolah. Kemalangan itu menyebabkan

Naili meninggal dunia.

Sejak peristiwa itu, aku mengambil keputusan untuk berpindah ke sekolah asrama.

Aku ingin melupakan setiap tragedi yang berlaku di depan mataku. Kini, aku juga tidak berani

menunggang basikal lagi kerana berasa trauma dengan apa yang telah berlaku.

.......................................................................................................................................................

...........

You might also like