You are on page 1of 63

SI KANDUNGAN HALAMAN

Penghargaan 9

Abstrak 10

1.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu 11

2.0 Fokus Kajian /Isu Keperihatinan 11 - 12

3.0 Objektif Kajian 12

4.0 Kumpulan Sasaran 12

5.0 Tindakan yang dicadangkan :

5.1 Tinjauan Masalah 13

5.2 Analisis Tinjauan Masalah 13

5.3 Melaksanakan Tindakan 13 - 17

5.4 Penilaian 17

5.5 Refleksi Kajian 17

6.0 Cadangan untuk kajian seterusnya 17 - 18

7.0 Jadual Pelaksanaan Kajian 18

8.0 Rujukan 18

9.0 Lampiran 19 - 20
Penguasaan Kemahiran Membaca dan Menulis Jawi di Kalangan Pelajar Tahun 4: Kajian Kes di Sekolah
Kebangsaan Dusun Nanding

Bab 1: Pernyataan Masalah

1.1 Pengenalan

Tulisan Jawi adalah salah satu daripada warisan bangsa Melayu yang perlu dipertahan dan dipelihara.
Pada satu ketika dulu, tulisan jawi menjadi antara medium bagi penyampaian ilmu di kalangan umat
Islam di nusantara. Selain sebagai medium penyampaian ilmu, tulisan jawi juga digunakan bagi
menyelesaikan urusan harian seperti jual beli, undang-undang, politik dan perhubungan antarabangsa.

Antara bukti tulisan jawi digunakan secara meluas di nusantara ialah penemuan surat-surat perjanjian
jual beli yang ditulis dalam tulisan jawi, penemuan batu-batu bersurat yang dijumpai di Kedah dan
Terengganu, Kanun Undang-Undang Negeri seperti Hukum 44 di Kedah, Majallah Ahkam di Johor dan
Hukum Kanun Melaka yang dipraktikkan di Melaka semuanya ditulis dan dibukukan dalam tulisan jawi
lama.

Dalam penyebaran ilmu, tidak dinafikan tulisan jawi memainkan peranan yang sangat penting. Pada
zaman dahulu kita dapat lihat, ulama’-ulama’ tersohor di rantau alam Melayu menulis kitab semuanya
menggunakan bahasa Melayu dan tulisan jawi sebagai medium penyampaiannya. Antara penulisan
tersebut ialah Matla’ al-Badrain karangan Sheikh Ahmad al-Fathani, Furu’ Masail dan Munyatul Musalli
karangan Syeikh Daud al-Fathani, Durr al-Thamin karangan Syeikh Abdullah al-Fathani, Faridatul Fara’id
karangan Syeikh Abdussamad al- Palembangi dan Bahrul al-Mazhi karangan Syeikh Idris al-Marbawi.

Kebelakangan ini, kita dapati penguasaan dan minat masyarakat terhadap tulisan jawi agak
berkurangan. Sebagai bukti, Akhbar Utusan Melayu yang telah diterbitkan sejak sebelum merdeka lagi
telah diberhentikan pengeluarannya akibat daripada tidak mendapat sambutan yang menggalakkan
daripada masyarakat Melayu sendiri. Namun begitu, tindakan pantas Kementerian Kebudayaan dan
Kesenian menanggung sebahagian besar kos pencetakan akhbar ini menjadikan akhbar ini terus
diterbitkan namun bukan lagi sebuah akhbar tetapi hanya dalam bentuk sisipan yang diterbitkan
bersama Utusan Malaysia setiap hari Isnin.
Tulisan jawi juga terpinggir selepas kerajaan memutuskan bahawa tulisan rumi digunakan sebagai
medium bagi penyampaian bahasa Melayu dan pada satu ketika Pendidikan Islam juga menggunakan
tulisan rumi sebagai tulisan rasmi menyebabkan tulisan jawi semakin hilang daripada masyarakat
Melayu di Malaysia.

Namun begitu, tulisan jawi kembali diberi nafas baru apabila kerajaan mewajibkan pendidikan Islam
menggunakan tulisan jawi dan menyediakan buku teks Pendidikan Islam dalam tulisan Jawi. Selain
daripada itu, usaha bekas Perdana Mewnteri yang Kelima Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi
memperkenalkan program j-QAF di sekolah-sekolah rendah bermula pada tahun 2005 seolah
memberikan tulisan Jawi nafas baru bagi membugarkan semula kegemilangan tulisan Jawi pada satu
ketika dulu.

Selain daripada itu, kehadiran Kaedah Ejaan Dewan yang di susun secara teratur oleh pakar-pakar
bahasa menjadikan kaedah tulisan jawi semakin tersusun. Wujudnya Kamus Dewan bagi Ejaan Jawi
terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka memantapkan lagi usaha jitu kerajaan bagi memartabatkan tulisan
jawi. Diharapkan dengan usaha jitu daripada semua pihak dapat mengembalikan semula tulisan jawi
sebagai salah satu medium penyampaian ilmu pengetahuan.

Justeru itu, bagi memastikan warisan tulisan jawi ini terkubur, suatu usaha yang bersepadu dan
bersungguh secara berterusan perlu dilakukan bagi memastikan tulisan jawi kekal sebagai medium
kepada penyampaian ilmu di serata nusantara. Melihat kepada pengalaman semasa sebagai guru, perlu
ada kajian yang mendalam berkaitan masalah yang dihadapi oleh murid sehinggakan menghilangkan
minat untuk belajar tulisan jawi.

1.2 Latar belakang Kajian

Kajian ini dilakukan sebagai kajian tindakan bagi memastikan bahawa semua murid SKDN menguasai
tulisan jawi menjelang 2015 bertepatan dengan misi sekolah, SKDN Cemerlang Menjelang 2015. Kajian
ini juga mengambil kira aspek-aspek kelemahan P&P, kesediaan pelajar, motivasi rendah untuk setiap
pelajar dan sukatan pelajaran sedia ada.

Kajian ini juga sebagai perintis kepada kajian-kajian yang lebih terperinci dalam bidang pengajaran dan
pembelajaran jawi bagi memastikan tulisan jawi terus berkembang subur dalam masyarakat Malaysia
yang berbilang kaum dan agama.
Diharapkan kajian ini dapat menyelesaikan persoalan penguasaan jawi di kalangan pelajar Sekolah
Kebangsaan Dusun Nanding dan akan menjadikan SKDN sebagai sekolah sifar buta jawi menjelang 2015.

Selepas selesai kajian tindakan ini, kajian ini akan dipanjangkan ke Sektor Pendidikan Islam di Jabatan
Pelajaran Selangor dan Bahagian PendidIkan Islam di Kementerian Pelajaran Malaysia untuk rujukan dan
kajian kes bagi masalah pembelajaran jawi di salah sebuah sekolah di Malaysia.

Semoga kajian ini menjadi titik awal bagi memartabatkan tulisan jawi di peringkat sekolah rendah dan
diteruskan diperingkat yang lebih tinggi demi memastikan tulisan jawi terus menjadi pilihan dan
perhatian masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia.

1.3 Latarbelakang Permasalahan Kajian

Kajian ini akan memberikan penumpuan kepada penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi di
kalangan pelajar tahun empat. Antara sebab tahun 4 dipilih dan dijadikan penanda aras dalam penilaian
ini adalah berasaskan beberapa faktor; pertama, adalah kerana tahun 4 empat adalah fasa peralihan
daripada tahap satu kepada tahap dua. Sewajarnya murid telah menguasai kedua-dua asas ini sebagai
persediaan kepada kemahiran yang seterusnya pada tahap dua.

Kedua, adalah disebabkan tahun 4 adalah tahun pertama di Sekolah Kebangsaan Dusun Nanding yang
menerima program j-QAF di mana program ini membekalkan guru terlatih bersama dengan modul-
modul khas terutamanya Modul Pemulihan Jawi. Selain daripada itu, guru-guru ini adalah guru yang
dilatih khusus bagi tujuan pemulihan jawi. Justeru, inilah masa yang sesuai menilai keberkesanan
program ini dan jika terdapat kelemahan, kelemahan tersebut perlu ditampung mengikut kesesuaian
bagi menjamin program ini terlaksana dengan jayanya.

Ketiga, tahap perkembangan fisiologi murid juga berada dalam fasa yang berlainan daripada murid
tahun 1 hingga 3. Justeru, kajian ini diperlukan bagi mengkaji bagaimana perubahan fisiologi dan
kematangan murid mempengaruhi kemahiran sedia ada.

Kajian ini akan melibatkan semua murid tahun empat SKDN yang berjumlah 115 orang sebagai sampel
kajian (soal selidik dan pengumpulan data) dan 7 orang Guru Pendidikan Islam terlatih sebagai
responden untuk temubual dan 20 orang murid lemah jawi yang telah dikenalpasti melalui ujian yang
dilaksanakan oleh GPI sebagai sampel kepada aktiviti pemulihan jawi.

Kajian ini akan mengumpulkan semua data pelajar tahun empat untuk dianalisis tahap pencapaian
sebenar pelajar dalam tulisan jawi. Sumber kepada data-data ini ialah peperiksaan akhir tahun ketika
mereka berada di tahun 3, peperiksaan pertengahan tahun bagi tahun semasa dan penilaian jawi 6
bulan yang termasuk dalam instrument j-QAF. Setelah data ini dikenal pasti murid akan dikelaskan
mengikut tahap penguasaan jawi mereka seperti Amat baik, Sederhana dan Lemah. Murid yang lemah
akan dijadikan sampel bagi aktiviti pemulihan jawi. Manakala murid yang sederhana akan diberi latih
tubi di dalam kelas harian. Guru GPI yang mengajar kelas tersebut akan dimaklumkan tahap murid. Pada
akhir tahun akan diadakan penilaian sekali lagi sebagai persediaan kepada kajian tindakan selanjutnya.

1.4.1 Tujuan Kajian

Tujuan kajian yang utama adalah untuk mengenalpasti dan mengumpul data berkaitan penguasaan
kemahiran membaca dan menulis jawi yang bertujuan untuk memudahkan tindakan susulan dijalankan
bagi memastikan SKDN sifar buta jawi menjelang tahun 2015. Antara objektif mikro bagi kajian ini ialah:

1. Mengenalpasti dan mengumpul maklumat berkaitan latar belakang murid. Latar belakang murid juga
memainkan peranan penting dalam menentukan tahap pencapaian murid. Ini akan memudahkan guru
menggunakan pendekatan yang sesuai.

2. Mengenalpasti jumlah murid bagi pengkelasan yang ditetapkan iaitu baik, sederhana dan lemah.
Perincian data mengenai tahap penguasaan murid terhadap sesuatu kemahiran adalah perlu bagi
memudahkan guru melakukan aktiviti tambah nilai, pengayaan dan pemulihan di dalam dan luar kelas.

3. Mengenalpasti bagaimana kecenderungan pelajar terhadap tulisan jawi. Ini amat penting supaya
aktiviti jawi boleh disemarakkan dengan memahami secara jelas dan terang berkaitan minat murid
terhadap tulisan jawi.

4. Sebagai instrumen bagi menilai murid keupayaan asas jawi. Murid yang lemah akan diwajibkan
menyertai Kem Celik Jawi yang akan diadakan pada akhir bulan 12. Kem ini bertujuan melahirkan pelajar
yang mampu menguasai kemahiran asas bagi bacaan dan tulisan jawi.
5. Mengenalpasti tahap bantuan yang diberi oleh ibu bapa dan penjaga terhadap kemahiran menulis
dan membaca jawi.

1.4.2 Persoalan Kajian

Kajian ini cuba merungkaikan persoalan yang unik yang berlaku di kalangan pelajar SKDN. Kajian ini akan
cuba melihat kelemahan penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi daripada beberapa sudut
yang berbeza. Kajian ini akan cuba mendedahkan kepada masyarakat hubungkait antara kemahiran dan
penguasaan pelajar di sekolah dengan latarbelakang sosiobudaya dan sosioekonomi setempat. Kajian ini
dengan menggunakan instrumen yang dibina akan cuba memberikan jawapan terhadap hubungkait
yang telah dinyatakan.

Kajian ini juga cuba mengaitkan pencapaian murid dengan hubungan mesra antara guru dan murid.
Kajian ini akan cuba membina satu modul yang akan diterapkan dalam Kem Celik Jawi yang sudah
tentunya menggunakan pendekatan berbeza daripada apa yang murid pelajari dan dapat di dalam kelas.
Diharapkan dengan lahirnya modul tersebut dapat memudahkan pelajar menguasai kemahiran
membaca dan menulis jawi dalam masa yang telah ditetapkan.

Kajian ini juga cuba menjawab beberapa persoalan yang sering berlegar di fikiran masyarakat awam
berkaitan dengan hubungkait penguasaan pelajar dalam sesuatu matapelajaran dengan minat yang
telah dipupuk oleh ibu bapa daripada kecil lagi atau minat dan kecenderungan yang dibina oleh guru-
guru semasa pelajar berada di tahap yang lebih bawah. Justeru menggunakan instrument temubual dan
soal selidik, kajian ini pada akhirnya cuba menjelaskan kepada warga ibu bapa dan pendidik bagaimana
membina minat n kecenderungan lam sesuatu matapelajaran khususnya jawi dan pendidikan Islam
secara keseluruhannya.

Justeru itu, pada akhir kajian ini, kita akan mendapat beberapa rumusan berdasarkan persoalan kajian
yang telah diutarakan di atas dan selari dengan matlamat kajian ini dilaksanakan. Jika penyelidik
merasakan kajian ini sebagai kajian pertama dan memerlukan kajian lanjutan, penyelidik akan terus
membina hipotesis baru bagi memperincikan lagi aspek-aspek yang tidak diperincikan dalam kajian ini.

1.5 Hipotesis Kajian

Pandangan umum menyatakan bahawa kesediaan pelajar untuk menerima ilmu adalah perkara asas
dalam memastikan pelajar tersebut berjaya menguasai kemahiran-kemahiran yang diajar di sekolah.
Umum juga di sajikan dengan beberapa kajian yang menyatakan bahawa minat dan kecenderungan
murid adalah antara asas utama kejayaan murid dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Selain daripada
itu, kita sering mendengar, apabila pelajar gagal menguasai kemahiran asas gurulah orang pertama yang
dipersalahkan. Selain daripada itu, faktor kelemahan IQ dan EQ pelajar juga sering dijadikan alasan
kepada kegagalan penguasaan kemahiran asas.

Kajian ini bukanlah sebuah kajian yang cuba menafikan faktor-faktor yang dinyatakan di atas, tetapi cuba
mengutarakan penyelesaian daripada sudut berbeza. Dengan instrumen yang telah dibina kajian ini akan
cuba mencari adakah wujud hubungkait antara kemahiran dan penguasaan pelajar di sekolah dengan
latarbelakang sosiobudaya dan sosioekonomi setempat. Ini adalah berdasarkan kepada pemerhatian
dan pembacaan penulis berkaitan pencapaian UPSR di sekolah bandar, luar bandar, pedalaman dan
pinggir bandar. Penulis mendapati ada trend yang berbeza daripada sudut pencapaian pelajar.

Ini adalah berdasarkan pengalaman penulis sebagai GPI yang melihat bahawa adanya peningkatan
dalam pencapaian jika sesuatu matapelajaran itu diajar oleh guru yang disenangi oleh murid.

guru semasa pelajar berada di tahap yang lebih bawah. Kajian ini cuba mencari formula yang sesuai
terutamanya bagi GPI untuk menarik minat pelajar terhadap tulisan jawi.

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini perlu dilaksanakan atas beberapa sebab. Antaranya:

1. Dapat mengumpulkan data lengkap berkaitan maklumat murid antaraya latarbelakang murid dan
keluarga dan pencapaian semasa murid. Ini memudahkan GPI untuk lebih memahami masalah murid
dan cuba mencari pendekatan sesuai bagi mengatasi masalah tersebut.

2. Dapat mengenalpasti secara tepat jumlah murid yang lemah, sederhana dan baik. Bagi murid yang
lemah data sedia ada dapat membantu guru bagi melakukan pemantauan yang berterusan terhadap
murid apabila berada di dalam kelas dan di Kem Celik jawi manakala bagi murid yang tahap
penguasaannya sederhana akan memudahkan guru untuk membuat aktiviti tambah nilai dan dan
pengayaan yang sesuai dengan aras pencapaian murid tersebut.
3. Dapat Mengenalpasti bagaimana kecenderungan pelajar terhadap tulisan jawi. Ini amat penting
supaya aktiviti jawi boleh disemarakkan dengan memahami secara jelas dan terang berkaitan minat
murid terhadap tulisan jawi.

4. Dapat merungkai hubungan antara prestasi pelajar dengan latarbelakang sosiobudaya dan
sosioekonomi, perkaitan antara prestasi cemerlang dengan guru yang baik dan merungkai hubungan
dan perkaitan antara minat dan kecenderungan pelajar dengan prestasi semasa pelajar.

1.7 Batasan Kajian

Kajian ini hanya terbatas kepada penguasaan pelajar terhadap dua kemahiran asas tulisan jawi iaitu
kemahiran membaca dan menulis . Kemahiran membaca yang dimaksudkan adalah termasuk kemahiran
menyebut dan mengingat huruf tunggal, kemahiran membaca suku kata terbuka dan tertutup,
kemahiran membatangkan perkataan, kemahiran membaca ayat pendek yang terdiri daripada suku kata
terbuka, kemahiran membaca ayat pendek yang terdiri daripada suku kata terbuka dan tertutup dan
kemahiran membaca buku cerita pendek. Manakala Kemahiran menulis yang dimaksudkan ialah
kemahiran menulis huruf tunggal, kemahiran menulis suku kata terbuka dan tertutup dan kemahiran
membina dan menulis ayat pendek yang terdiri daripada suku kata terbuka serta kemahiran menulis
ayat pendek yang terdiri daripada suku kata terbuka dan tertutup. Kajian ini tidak menekankan
penulisan khat sebagai medium. Pelajar tidak diperkenalkan bentuk-bentuk khat kerana kemahiran itu
akan di ajar pada tahun 5 dan 6.

Kajian ini hanya melibatkan semua pelajar tahun 4 SKDN, ibu bapa dan penjaga pelajar dan 7 orang GPI
yang ditempatkan di SKDN.

1.8 Definisi Istilah

SKDN- Sekolah Kebangsaan Dusun Nanding

GPI - Guru Pendidikan Islam

j-QAF- Program pemantapan Pendidikan Islam yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran bermula
tahun 2005. J- Jawi Q-Quran A-Bahasa Arab dan F- Fardhu Ain.
Bab 2: Tinjauan Literatur

2.1 Pendahuluan

Pada dasarnya kajian ini akan memfokuskan berkaitan masalah penguasaan kemahiran membaca dan
menulis jawi di kalangan pelajar tahun 4 SKDN. Justeru kajian ini akan mengetengahkan hasil berkaitan
perkara yang dibincangkan. Namun sebelum memilih tajuk ini untuk diketengahkan sebagai kajian
tindakan, penulis telah menjalankan tinjauan literature berkaitan tajuk yang telah dipilih. Namun hasil
tinjauan yang dilakukan masih tiada kajian yang melibatkan masalah penguasaan kemahiran membaca
dan menulis jawi secara terperinci.

2.2 Kajian Yang berkaitan

1. Nik Rusila bt Yaakob.2001. Penguasaan Jawi dan Hubungannya dengan Minat dan Pencapaiannya
Dalam Pendidikan Islam. Kertas Kerja dalam Jurnal Pendidik dan Pendidikan, Kementerian Pelajaran
Malaysia.

Penulis mendapati kajian ini secara detail menghuraikan dengan tepat berkaitan dengan penguasaan
jawi di kalangan pelajar dan hubungannya dengan minat dan pencapaian pelajar. Namun begitu, kertas
kerja ini di dasarkan kepada pengkajian terhadap beberapa buah sekolah menengah yang sudah
tentunya agak berlainan dengan situasi dan keadaan yang berlaku di sekolah rendah. Namun begitu,
kajian ini menjadi rujukan penulis sebagai kajian awal yang dirujuk bagi menentukan hala tuju kajian
yang akan dilakukan oleh penulis.

2. Hassan Basri. 1991. Laporan Penguasaan Jawi di Sekolah-Sekolah Rendah. Kajian IRPA. Universiti
Malaya.

Penulis juga berkesempatan meneliti laporan kajian IRPA yang telah dilakukan oleh beberapa penyelidik
daripada Universiti Malaya yang diketuai oleh Dr. Hassan Basri. Apa yang dapat penulis simpulkan ialah
kajian ini secara detail menghuraikan berkaitan data dan fakta namun begitu kajian ini dilakukan sekitar
hujung tahun 80an dan awal 90an dan penulis berpandangan masih ada ruang untuk menyemak semula
kajian yang dilakukan kerana sifat dan sikap pelajar juga berubah mengikut peredaran masa dan suasana
setempat.

3. Amri Daud. 2005. Kajian Keberkesanan j-QAF di 2 Buah Sekolah Perintis di Terengganu. Tesis Sarjana
Pendidikan. Universiti Malaya.

Kajian yang baik yang dilakukan oleh penyelidik ini. Namun ia berkaitan dengan perlaksanaan
keseluruhan j-QAF di Terengganu. Ia melibatkan kajian terhadap modul-modul yang telah dilaksanakan
oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Jika diteliti, daripada aspek jawi, modul ini memperinci dan
menghuraikan keberkesanan aktiviti pemulihan jawi yang dilaksanakan oleh guru j-QAF yang hanya
melibatkan modul mengenal dan membaca huruf tunggal jawi. Ini kerana pada masa tersebut, j-QAF
baru diperkenalkan dan hanya bermula di tahun 1.

4. Ishak Haron dan Hassan Basri. 1998. Laporan Penguasaan Jawi di Sekolah-Sekolah Menengah. Kajian
IRPA. Universiti Malaya.

Kajian yang sangat berkualiti, namun ia dilakukan berdasarkan fakta-fakta yang dikumpulkan khusus
berkaitan penguasaan jawi di sekolah-sekolah menengah di Selangor. Justeru, sudah pasti terdapat
ruang dan jurang perbezaan yang amat luas dan ketara antara sekolah menengah dan sekolah rendah.

5. Mohd Azhan bin Abdul Halim. 2006. Kajian Tindakan Kepada Modul Senang Jawi. Kajian Tindakan
Jabatan Pelajaran Perak. Didapati dari atas talian http://jpnperak.edu.com.my.

Penulis juga sempat meneliti sebuah kajian tindakan yang dilakukan oleh seorang guru cemerlang yang
boleh didapati daripada laman web JPN Negeri Perak. Namun ia adalah berkaitan penilain terhadap
modul yang dibina dan dilaksanakan oleh guru cemerlang tersebut.

2.3 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, tiada kajian yang dilakukan khusus bagi menangani masalah murid berkaitan
kemahiran membaca dan menulis jawi. Justeru, penulis berpandangan bahawa tajuk yang diutarakan
oleh penulis adalah relevan dan memenuhi kriteria sebagai sebuah kajian baru bagi memantapkan lagi
pendidikan Islam di SKDN khususnya dan di Malaysia amnya.
Bab 3: Metodologi Kajian

3.1 Pendahuluan

Kajian ini adalah berbentuk kajian tindakan bagi membantu guru untuk membuat tindakan susulan sama
ada untuk aktiviti tambah nilai, pengayaan mahupun aktiviti pemulihan sama ada aktiviti tersebut
dilakukan di dalam kelas atau di luar daripada kelas. Justeru bagi mendapatkan kajian yang benar-benar
berkualiti, penulis akan membentangkan kepada pembaca berkaitan dengan metodologi kajian yang
diikuti oleh penulis bagi memastikan kajian ini benar-benar menepati kajian yang berbentuk ilmiah yang
menjadi rujukan di SKDN.

3.2 Reka bentuk Kajian

Kajian ini akan menggabungkan beberapa kaedah. Kaedah pertama akan menggunakan instrumen
penilaian yang melibatkan peperiksaan yang telah lepas iaitu peperiksaan akhir tahun bagi tahun lepas
(2008), peperiksaan awal tahun bagi tahun semasa (2009) dan instrumen penilaian 6 bulan Jawi. Kaedah
ini digunakan bagi menganalisis prestasi lalu dan semasa bagi setiap murid dan mengenal pasti
dimanakah kelemahan ketara bagi murid yang gagal untuk lulus.

Kaedah kedua adalah berasaskan kaedah soal selidik. Ia melibatkan pembinaan item untuk soal selidik
yang perlu diedarkan kepada ibu bapa bagi mengetahui latarbelakang responden bagi memudahkan
aktiviti penyesuaian dilakukan oleh GPI di dalam kelas atau diluar kelas.

Kaedah ketiga adalah berasaskan temubual atau perbincangan profesional bersama rakan GPI bagi
mengenalpasti aspek yang menyebabkan murid lemah dan kurang berminat untuk mengikuti P& P jawi
di SKDN.

Kaedah keempat, pembinaan modul khusus bagi murid yang lemah jawi, dan modul tersebut akan dinilai
keberkesanannya oleh GPI berdasarkan boring-borang penilaian yang telah disediakan. Hasil daripada
penilaian tersebut akan dirumus bagi menghasilkan dapatan kajian yang boleh digunakan sebagai
rujukan dan penambahbaikan pada masa-masa akan datang.

3.3 Populasi Kajian

Kajian ini tertumpu kepada semua murid tahun 4, Sekolah Kebangsaan Dusun Nanding, Hulu Langat,
Selangor yang merangkumi 144 murid. Ia juga melibatkan ibu bapa dan penjaga responden beserta 7
orang GPI.

3.4 Instrumen Kajian

Kajian ini berasaskan beberapa instrumen:

1. Kaedah Peperiksaan dan Penilaian

a. Peperiksaan akhir tahun 2008

b. Peperiksaan Pertengahan Tahun 2009

c. Instrumen Penilaian Jawi 6 bulan

2. Kaedah Soal Selidik

a. Borang A: dihantar kepada ibu bapa respondenbagi mengetahui latarbelakang sosiobudaya dan
sosioekonomi responden yang telah dipilih.

b. Borang B: diberi kepada murid bagi menilai hubungkait-hubungkait kepada persoalan yang diutarakan
dalam permasalahan kajian.

3. Kaedah Temubual dan Perbincangan Profesional: kaedah ini digunakan sebagai medium untuk
bertukar-tukar fikiran dan bagi melihat masalah yang berlaku daripada perspektif guru.

4. Pembinaan modul dan penilaian terhadap modul yang telah dilaksanakan. Hasil yang dirumus
daripada ketiga-tiga instrumen yang terdahulu, modul akan dibina berasaskan kepada kelemahan
pelajar sedia ada dan digunakan untuk memulihkan pelajar dan modul ini akan dinilai keberkesanannya
dari masa ke masa.

3.5 Lokasi Kajian

Kajian ini dilakukan di Sekolah Kebangsaan Dusun Nanding yang berada di bawah Pentadbiran Pejabat
Pelajaran Daerah Hulu Langat, Selangor.
Alamat sekolah ialah:

SK Dusun Nanding

KM 17, Jalan Hulu Langat

43100 Hulu Langat,

Selangor.

3.6 Pengurusan Data

Data akan dikumpul dan akan dianalisis menggunakan perisian SPSS bagi memudahkan dan memastikan
ketepatan rumusan yang dilakukan. Kaedah ini digunakan bagi menilai sesuatu data yang bersifat
kauntitatif. Namun jika melibatkan kualitatif, aktiviti menilai, mentafsir dan merumus akan dijalankan
oleh penulis sendiri.

3.7 Analisis Data

Analisis akan dibuat dalam beberapa bentuk: Pertama bagi data kualitatif, analisis akan dibuat dalam
bentuk mod, min dan median bagi memudahkan penyelidik merumus kajian yang telah dijalankan.

Kedua, bagi data yang bersifat kuantitatif atau kajian lapangan analisis data akan dibuat secara deskriptif
iaitu dalam bentuk jadual dan peratus dan juga dalam bentuk statistik iaitu dalam bentuk graf
bergantung kepada kesesuaian hasil dapatan.

3.8 Kesimpulan

Kajian ini memerlukan sokongan daripada semua pihak bagi memastikan semua objektif yang digariskan
dapat dicapai dengan jayanya. Semoga kajian ini menjadi kajian perintis kearah sifar buta jawi bagi
mencapai visi SKDN Cemerlang Menjelang 2015.
Rujukan

6. Abdul Majid Konting. 1997. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala
Lumpur.

7. Idris Awang. 2002. Kaedah Penyelidikan. Akademi Pengajian Islam Univerti Malaya: Kuala Lumpur.

8. Alis bin Puteh. 2008. Kajian Tindakan di Sekolah: Satu Pengenalan. Pure Honey Enterprise: Kuala
Lumpur.
PENGHARGAAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Satu Malaysia.

Terlebih dahulu saya ingin melafazkan syukur kepada hadrat ilahi kerana dapat menyiapkan kajian
tindakan mengikut masa yang telah ditetapkan. Semoga hasilan kajian tindakan ini menjadi titik tolak
kepada saya untuk melaksanakan lebih kajian tindakan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi
sewaktu P&P khususnya.

Pendidikan adalah sebahagian agenda penting Negara. Khususnya dalam usaha menjana pembangunan,
meningkatkan martabat dan maruah Negara, mewujudkan keadilan sosial serta menentukan hala tuju
generasi akan datang. Untuk merealisasikan objektif tersebut, sewajarnyalah guru bergerak cergas
dalam mencari maklumat dan menyelesaikan masalah sewaktu P&P dengan mengadakan kajian
tindakan .

Dalam menghadapi alaf baru dan merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara, guru seharusnya sentiasa
ingat tentang matlamat melahirkan pelajar yang seimbang serta harmonis. Dalam hal ini, tujuan
pendidikan di Malaysia juga adalah untuk menerapkan nilai moral dan rohani kea rah pembentukan
individu yang menyeluruh. Oleh itu, guru perlu melibatkan murid secara aktif dan memainkan peranan
penting dalam semua aktiviti sekolah kearah melahirkan modal insan cemerlang yang menjadi aspirasi
Negara. Semoga dengan kajian tindakan ini hala tuju pendidikan kea rah mencapai kegemilangan
pendidikan bertaraf dunia dapat dijayakan.
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENJAWAB SOALAN JAWI MELALUI PROGRAM

“BIJAK JAWI”

Pn. Faizah binti Haji Ahmad

SK. Dato’ Panglima Kinta, Jalan Tun Perak, 30200 Ipoh ,Perak.

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah kefahaman murid tahun 3 terhadap ejaan perkataan
pinjaman bahasa Arab. Seramai 25 orang pelajar tahun 3 , SK. Dato’ Panglima Kinta , Ipoh dan seorang
guru terlibat dalam kajian ini.

Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui ujian bulanan, peperiksaan penggal dan latihan harian. Hasil
tinjauan menunjukkan murid tidak mengingati ejaan perkataan pinjaman bahasa Arab kerana perkataan
pinjaman ini tidak dieja mengikut suku kata sebagaimana perkataan-perkataan jawi yang lain.
Perancangan tindakan difokuskan kepada teknik mengingati ejaan perkataan pinjaman bahasa Arab dan
membezakan perkataan pinjaman dan bukan perkataan pinjaman.

Teknik ‘Bijak Jawi’ – murid telah didedahkan kepada teknik ‘Bijak Jawi’ selama 60 minit dan kajian ini
telah diselesaikan dalam tempoh 8 minggu . Keputusan ujian telah menunjukkan peningkatan prestasi
murid. Dapatan soal selidik pula menunjukkan murid lebih mengingati dan dapat membezakan
perkataan pinjaman bahasa Arab dan seronok belajar jawi terutama di bawah tajuk perkataan pinjaman
bahasa Arab melalui teknik ‘Bijak Jawi’.
1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU.

Sepanjang menjadi guru matapelajaran Jawi , saya dapati masalah utama pelajar tidak dapat markah
penuh dalam mata pelajaran Jawi ialah ketidakmahiran mereka menjawab perkataan pinjman dalam
bahasa arab dan bahawa Inggeris.Walaupun soalan in hanya melibatkan 40 markah tetapi kebanyakan
pelajar tidak menjawab dengan lengkap soalan tersebut, malah terdapat pelajar yang tidak menjawab
langsung.Ramai pelajar yang menjawikan perkataan pinjaman mengikut kaedah ejaan jawi sedangkan
perkataan pinjaman tidak boleh dieja dengan kaedah ejaan jawi tapi dikekalkan ejaan pinjaman
tersebut. Justeru itu pelajar sukar mendapat markah A dalam matapelajaran Jawi. Implikasinya peratus
pelajar yang mendapat A dalam PKSR Matapelajaran Jawi masih kurang.

Berdasarkan perbualan dengan guru-guru yang terlibat mengajar mata pelajaran Jawi tahun 3
,mereka juga menghadapi masalah yang sama. Pelajar akan meninggalkan soalan bahagian ejaan jawi
pinjaman bahasa Arab atau Inggeris atau memberikan jawapa yang tidak betul ejaannya.Pelbagai alasan
yang mereka berikan contohnya , “….susah la ustazah”, “tak tau la….!”, tak reti ustazah!” dan
sebagainya .Ekoran daripada masalah itu, kadang-kadang saya menjadi keliru dengan keberkesanan
Pengajaran dan Pembelajaran saya.

Selain dari itu, saya juga risau dengan pandangan sesetengah pihak termasuk murid dan ibu bapa
sendiri yang masih menganggap mata pelajaran Jawi adalah senang sedangkan ada murid yang masih
tidak dapat menguasai ejaan jawi kerana tidak mengenali huruf jawi.Berdasarkan beberapa faktor di
atas, saya rasa terpanggil untuk membaiki keadaan ini dengan melaksanakan Kajian Tindakan
menggunakan Program yang saya namakan “Bijak Jawi”.
2.0 ISU KEPERIHATINAN / FOKUS KAJIAN

(a) Pelajar yang sering tidak menjawab langsung soalan jawi PKSR bahagian ejaan pinjaman .

(b) Pelajar yang sering menjawab tetapi tidak betul.

(c) Pelajar yang kurang keyakinan diri semasa menjawab soalan ujian dan peperiksaan.

Kajian tindakan yang dijalankan ini adalah berfokuskan kepada cara menjawab soalan matapelajaran
jawi bahagian ejaan perkataan pinjaman mengikut jadual dan masa yang telah ditetapkan oleh guru.
Kajian ini penting bagi menggalakkan murid dari tahun 3 yang menjawab matapelajaran jawi agar
sentiasa berkeyakinan tinggi ketika menjawab soalan tersebut dan seterusnya mendapat markah penuh
dan melayakkan mereka mendapat gred A.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Objektif Umum :

Tujuan kajian ini adalah untuk memastikan pelajar tahun 3 dapat menjawab soalan matapeajaran Jawi
dengan lengkap dan mendapat markah maksimum atau 35 hingga 40.

3.2 Objektif Khusus :

(a) Mengelakkan pelajar yang tidak menjawab langsung soalan jawi bahagian ejaan perkataan
pinjaman .

(b) Mengurangkan bilangan pelajar yang menjawab dengan tidak lengkap soalan tersebut.

(c) Membantu murid meningkatkan daya usaha untuk menjawab semua soalan dengan betul.

(d) Meningkatkan penglibatan pelajar di dalam kelas supaya lebih aktif semasa sesi perbincangan
atau P&P terutama aktiviti ejaan jawi bahagian perkataan pinjaman .

(e) Mengubah sikap pelajar bahawa ejaan jawi adalah senang.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 25 orang pelajar tahun 3. Sampel ini terdiri daripada 17 orang pelajar
perempuan dan 8 orang pelajar lelaki. Saya mengambil keputusan untuk mengadakan kajian ke atas
semua pelajar tahun 3 bagi membolehkan semua murid menikmati insentif ini dan dapat menunjukkan
hasil sebagaimana yang diharapkan.

5.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN

5.1 Tinjauan Masalah

Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil dalam menjalankan kajian ini, tinjauan terhadap
masalah yang dikenal pasti akan dibuat bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam masalah
tersebut. Tinjauan dilakukan dengan mengutip data seperti yang berikut :

· Ujian khas membina soalan daripada jawapan yang disediakan.

· Latihtubi menjawab soalan 4, bahagian B matapelajaran jawi.

· Ujian lisan berasaskan sekolah bagi mengesan ejaan pelajar.

5.2 Analisa Tinjauan Masalah

Keputusan akhir tahun 2010

1. Murid yang lulus menjawab soalan bahagian perkataan pinjaman bahasa Arab adalah 10% sahaja
dan markah yang diperolehi adalah rendah. Diandaikan mereka hanya meneka jawapan yang diberi.
2. Jawapan murid pada soalan tersebut menunjukkan murid-murid lemah pada mengenal perkataan
pinjaman bahasa Arab dan tidak boleh mengeja perkataan pinjaman tersebut.

3. 10% murid pula tidak dapat menyambung huruf kerana tidak mengenal huruf yang boleh disambung
dan tidak boleh disambung sebelum dan selepas.

5.3 Melaksanakan Tindakan

Aktiviti 1 : Program Kamus Ejaan Jawi

Cara Pelaksanaan :

· Guru menyediakan 5 perkataan pinjaman bahasa Arab sehari yang di ambil daripada buku teks
yang dipelajari dan menjadikannya kamus.

· Lima ejaan pinjaman bahasa Arab akan ditulis oleh guru dipapan kenyataan pada setiap hari dan
murid diminta menyalin lima ejaan pada setiap hari iaitu setiap hari isnin –jumaat.

· Pelajar akan menghafal ejaan tersebut dan akan ditasmik bacaannya oleh guru pada keesokan
harinya. Sebelum itu pelajar dikehendaki ditasmik terlebih dahulu oleh ibubapa mereka di rumah.

· Pelajar juga boleh juga meminta pelajar lain untuk mentasmik bacaan mereka .

· Setiap kali ditasmik samada oleh ibubapa/rakan/guru tandatangan mestilah di dapatkan apabila
pelajar berjaya atau gagal ditasmik sebagai bahan bukti.

· Guru menguji ingatan dan pengetahuan pelajar sebelum memulakan kelas dengan mengadakan
tasmik / ‘spelling’ setiap kali waktu pelajaran jawi (satu masa pada setiap minggu).

· Guru juga akan mengadakan permainan kuiz berpasangan , iaitu murid akan menyoal ejaan yang
telah dipelajari kepada rakan secara berpasangan dan ditulis markah . Permainan ini boleh diadakan
ketika P&P matapelajaran jawi atau sebagai pengayaan dan aktiviti waktu terluang seperti waktu rehat
dan waktu balik.

Pemerhatian
Saya merasa sungguh gembira apabila aktiviti 1 mendapat sambutan yang memberangsangkan
oleh pelajar. Semua murid bersungguh-sungguh untuk mengambil bahagian dan sokongan daripada
pihak ibubapa juga memberangsangkan dimana 20 daripada 25 pelajar telah disemak ejaan mereka
secara lengkap oleh ibubapa masing-masing. Perkataan pinjaman yang diberi susah untuk mereka
mengingatinya pada peringkat permulaan, tetapi akhirnya mereka meminta untuk ditambah perkataan
iaitu lebih daripada 5 perkataan sehari.

Refleksi

Hasil daripada aktiviti 1 didapati murid dapat menguasai ejaan tanpa dipengaruhi ejaan jawi
mengikut suku kata. Hasil program ini juga didapati markah bagi mengenal perkataan pinjaman
meningkat dan murid dapat membezakan antara ejaan pinjaman bahasa Arab, Inggeris dan bukan
pinjaman.

Aktiviti 2 : Pogram bijak kamus.

Cara Pelaksanaan ;

· Setelah pelajar dapat mengeja perkataan yang diberi pelajar diminta untuk mengingati cara
menulis perkataan tersebut . Penekanan diberikan cara menyambung perkataan dengan memberi
penekanan jenis huruf yang boleh disambung dan huruf yang tidak boleh disambung.

· Pelajar diajar cara-cara mencatat dan mengeja iaitu mencatat perkataan yang bersambung dan
perkataan yang bercerai .

· Latih tubi menulis ejaan dalam masa satu hari dan mengingati perkataan yang bersambung.

· Latih tubi menulis perkataan yang telah dieja iaitu menulis perkataan yang bersambung tanpa
melihat ejaan tersebut.
· Aktiviti ini memerlukan sebuah lagi buku , walau bagaimanapun murid boleh meggunakan buku
pada aktiviti 1 untuk menjimatkan kos dan buku tersebut akan disemak oleh guru.

· Murid juga boleh menjalankan aktiviti meneka ejaan dan tulis bersama pelajar lain.

Pemerhatian

Buku akan diberi kepada setiap murid untuk dijadikan kamus didapati digunakan dengan
sepenuhnya. Buku itu juga dijadikan oleh mereka sebagai buku latihan menulis setelah mengingati ejaan
perkataan pinjaman bahasa Arab yang telah diberi.

Ada murid menyediakan buku khas untuk mereka menjalankan latihan ejaan yang telah

diberi. Setelah mereka menguasai menulis didapati mereka dapat menyebut ejaan perkataan pinjaman
bahasa Arab dengan baik.

Refleksi

Saya sangat gembira apabila didapati murid bersemangat berlumba-lumba dengan rakan mereka
untuk memperbanyakkan ejaan dan seterusnya dapat menulis ejaan tersebut. Mereka juga
menggunakan waktu terluang mereka dengan menguji minda sesame rakan mereka mengenai ejaan
yang diberi. Pertandingan berpasangan banyak membantu mereka untuk lebih berusaha.

Bagi murid yang kurang mendapat mengeja kerana masalah tidak mengenal huruf , mereka akan
diberi tumpuan istimewa oleh guru iaitu mereka akan berjumpa guru pada setiap pagi (sebelum P&P)
untuk diberi bimbingan.

Aktiviti 3 : Program “Bijak Jawi”

Cara Pelaksanaan :

· Setelah aktiviti 1 dan 2 telah diikuti oleh murid, aktiviti 3 akan dijalankan oleh guru.

· Guru mengumpulkan soalan – soalan yang berkaitan untuk diedarkan kepada pelajar.

· 25 orang pelajar dibahagikan kepada 7 kumpulan iaitu cemerlang, sederhana dan berpotensi.

· Pelajar menjawab soalan dalam masa yang telah ditetapkan mengikut format masa sebenar
dalam kertas peperiksaan.
· Pelajar menjawab soalan dalam masa yang telah ditetapkan .

· Jawapan pelajar dianalisis dan disemak oleh guru dengan serta-merta dengan cara membuat
perbincangan bersama pelajar.

Pemerhatian

Setelah soalan diedarkan kepada mereka, didapati mereka bersemangat untuk menjawab .
Mereka juga dapat menjawab soalan tanpa mengambil masa yang lama .

Didapati mereka betul-betul memahami soalan yang diberikan kepada mereka dan dapat menjawabnya
dengan penuh yakin.

Refleksi

Selepas mereka menjawab soalan , didapati mereka lebih berkeyakinan untuk menjawab soalan
bagi perkataan pinjaman bahasa Arab dan tidak lagi keliru dengan kaedah ejaan tulisan jawi yang bukan
perkataan pinjaman.

Walau bagaimanapun masih ada yang salah cara menyambung ayat tapi dapat menyebut
perkataan pinjaman dengan baik. Ini adalah kerana mereka pada asalnya masih belum mengenal huruf-
huruf jawi dengan baik.Kumpulan murid ini akan diberi bimbingan pemulihan dan diadakan aktiviti yang
serupa secara pengulangan apabila mereka telah menguasai dan mengenali semua huruf jawi.

Apabila disemak didapati bilangan murid yang mendapat kelulusan adalah menggalakkan
berbanding sebelum ini iaitu 23 daripada 25 orang murid telah dapat menjawab soalan pinjaman bahasa
Arab tanpa gagal dan manakala 12 orang daripadanya didapati cemerlang

5.4 Penilaian

Keputusan Ujian Pra, Ujian Pertengahan Tahun disimpan dan dijadikan graf.

Kerja tulis mereka diperiksa supaya mereka dapat menguasai kemahiran menyambung huruf dan
memantau kekemasan tulisan dan tulisan boleh dibaca. Di dalam peperiksaan tidak ada yang mendapat
‘E’ , tetapi masih ada yang mendapat ‘D’ tetapi boleh diperbaiki . Kerja menulis murid mulai kemas dan
dapat menyiapkan kerja dengan cepat.

5.5 Refleksi Kajian

Tindakan intervensi yang dijalankan telah berjaya mengatasi masalah focus kajian iaitu telah membasmi
E dalam ujian. Saya berasa gembira kerana 23 orang murid telah lulus ujian itu dan tiada murid yang
mendapat E manakala bakinya mendapat D iaitu mendapat 35 dan 38 markah.Keberangkalian untuk
penambahan lulus adalah tinggi.

6.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA

Berdasarkan kajian ini, fokus program ini adalah untuk mendapatkan markah bagi bahagian
perkataan pinjaman bahasa Arab . Ini turut membantu peningkatan markah bagi matapelajaran Jawi .
Aspek pemasalahan yang lain adalah merangkumi kemahiran menyambung huruf menjadi perkataan.
Kemahiran ini harus ditekankan dan diberi masa yang lebih lama untuk menjalankan aktiviti tersebut.
Untuk menjalankan aktiviti ini dengan lebih berkesan dicadangkan diadakan kelas tambahan seperti
sebelah pagi (sebelum P&P) atau waktu balik (selepas P&P).Ini kerana masa untuk matapelajaran Jawi
hanya 1 waktu seminggu. Masa yang tidak mencukupi menyebabkan proses menjalankan aktiviti kurang
lancar.

Pada peringkat awal aktiviti, guru terpaksa mengingatkan murid untuk menyalin perkataan yang
ditulis dipapan kenyataan. Ada murid yang tidak menyalin dengan alasan lupa dan murid ini telah diberi
amaran dan denda. Denda yang saya gunakan adalah dengan menyuruhnya menyalin satu muka surat
setiap satu perkataan dan mengingat perkataan tersebut . Masanya adalah selepas P&P, murid ini
dipanggil dan diberitahu kepada ibubapa untuk lambat mengambil pelajar tersebut. Responnya selepas
itu tiada lagi pelajar yang tidak menyalin , mereka pasti menyalin di papan kenyataan atau menyalinnya
dengan kawan mereka.

7.0 JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN

Bil.

Aktiviti

Tempoh / Tarikh pelaksanaan

1.

Mengenal pasti masalah dan mengumpul data awal

28 April 2011

2.

Menulis kertas cadangan / proposal kajian

04 Mei 2011

3.

Merancang tindakan – (individu / panitia)

11 Mei 2011

4.

Melaksanakan tindakan – aktiviti 1

18 Me 2011

5.

Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 1

22 Mei 2011

6.

Melaksanakan tindakan – aktiviti 2

15 Jun 2011

7.

Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal

8 April 2011

8.

Menulis Proposal Kajian

22 Oktober 2011

9.

Merancang tindakan – (individu / panitia)

11 Mei 2011
10.

Melaksanakan tindakan – aktiviti 1

18 Mei 2011

11.

Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 1

2 Mei 2011

12.

Melaksanakan tindakan – aktiviti 2

15Jun 2010

13.

Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 2

22 Jun 2011

14.

Melaksanakan tindakan – aktiviti 3

18 Jun 2011

BIBLIOGRAFI

Othman Lebar., (2011). Kajian Tindakan Dalam Pendidikan: Teori dan Amalan, Tanjong Malim: Penerbit
UPSI

Lee Soon Guan et. Al (2006) Matra keluaran kedua , Jabatan Pendidikan Kedah.
Sektor Pengurusan Akademik. 2008. Koleksi Laporan Kajian Tindakan 2008(TUNTAS).Kedah: Jabatan
Pelajaran Negeri Kedah.

Penguasaan Kemahiran Membaca dan Menulis Jawi di Kalangan Pelajar Tahun 4: Kajian Kes di Sekolah
Kebangsaan Dusun Nanding

Bab 1: Pernyataan Masalah

1.1 Pengenalan

Tulisan Jawi adalah salah satu daripada warisan bangsa Melayu yang perlu dipertahan dan dipelihara.
Pada satu ketika dulu, tulisan jawi menjadi antara medium bagi penyampaian ilmu di kalangan umat
Islam di nusantara. Selain sebagai medium penyampaian ilmu, tulisan jawi juga digunakan bagi
menyelesaikan urusan harian seperti jual beli, undang-undang, politik dan perhubungan antarabangsa.

Antara bukti tulisan jawi digunakan secara meluas di nusantara ialah penemuan surat-surat perjanjian
jual beli yang ditulis dalam tulisan jawi, penemuan batu-batu bersurat yang dijumpai di Kedah dan
Terengganu, Kanun Undang-Undang Negeri seperti Hukum 44 di Kedah, Majallah Ahkam di Johor dan
Hukum Kanun Melaka yang dipraktikkan di Melaka semuanya ditulis dan dibukukan dalam tulisan jawi
lama.

Dalam penyebaran ilmu, tidak dinafikan tulisan jawi memainkan peranan yang sangat penting. Pada
zaman dahulu kita dapat lihat, ulama’-ulama’ tersohor di rantau alam Melayu menulis kitab semuanya
menggunakan bahasa Melayu dan tulisan jawi sebagai medium penyampaiannya. Antara penulisan
tersebut ialah Matla’ al-Badrain karangan Sheikh Ahmad al-Fathani, Furu’ Masail dan Munyatul Musalli
karangan Syeikh Daud al-Fathani, Durr al-Thamin karangan Syeikh Abdullah al-Fathani, Faridatul Fara’id
karangan Syeikh Abdussamad al- Palembangi dan Bahrul al-Mazhi karangan Syeikh Idris al-Marbawi.

Kebelakangan ini, kita dapati penguasaan dan minat masyarakat terhadap tulisan jawi agak
berkurangan. Sebagai bukti, Akhbar Utusan Melayu yang telah diterbitkan sejak sebelum merdeka lagi
telah diberhentikan pengeluarannya akibat daripada tidak mendapat sambutan yang menggalakkan
daripada masyarakat Melayu sendiri. Namun begitu, tindakan pantas Kementerian Kebudayaan dan
Kesenian menanggung sebahagian besar kos pencetakan akhbar ini menjadikan akhbar ini terus
diterbitkan namun bukan lagi sebuah akhbar tetapi hanya dalam bentuk sisipan yang diterbitkan
bersama Utusan Malaysia setiap hari Isnin.

Tulisan jawi juga terpinggir selepas kerajaan memutuskan bahawa tulisan rumi digunakan sebagai
medium bagi penyampaian bahasa Melayu dan pada satu ketika Pendidikan Islam juga menggunakan
tulisan rumi sebagai tulisan rasmi menyebabkan tulisan jawi semakin hilang daripada masyarakat
Melayu di Malaysia.

Namun begitu, tulisan jawi kembali diberi nafas baru apabila kerajaan mewajibkan pendidikan Islam
menggunakan tulisan jawi dan menyediakan buku teks Pendidikan Islam dalam tulisan Jawi. Selain
daripada itu, usaha bekas Perdana Mewnteri yang Kelima Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi
memperkenalkan program j-QAF di sekolah-sekolah rendah bermula pada tahun 2005 seolah
memberikan tulisan Jawi nafas baru bagi membugarkan semula kegemilangan tulisan Jawi pada satu
ketika dulu.

Selain daripada itu, kehadiran Kaedah Ejaan Dewan yang di susun secara teratur oleh pakar-pakar
bahasa menjadikan kaedah tulisan jawi semakin tersusun. Wujudnya Kamus Dewan bagi Ejaan Jawi
terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka memantapkan lagi usaha jitu kerajaan bagi memartabatkan tulisan
jawi. Diharapkan dengan usaha jitu daripada semua pihak dapat mengembalikan semula tulisan jawi
sebagai salah satu medium penyampaian ilmu pengetahuan.

Justeru itu, bagi memastikan warisan tulisan jawi ini terkubur, suatu usaha yang bersepadu dan
bersungguh secara berterusan perlu dilakukan bagi memastikan tulisan jawi kekal sebagai medium
kepada penyampaian ilmu di serata nusantara. Melihat kepada pengalaman semasa sebagai guru, perlu
ada kajian yang mendalam berkaitan masalah yang dihadapi oleh murid sehinggakan menghilangkan
minat untuk belajar tulisan jawi.

1.2 Latar belakang Kajian

Kajian ini dilakukan sebagai kajian tindakan bagi memastikan bahawa semua murid SKDN menguasai
tulisan jawi menjelang 2015 bertepatan dengan misi sekolah, SKDN Cemerlang Menjelang 2015. Kajian
ini juga mengambil kira aspek-aspek kelemahan P&P, kesediaan pelajar, motivasi rendah untuk setiap
pelajar dan sukatan pelajaran sedia ada.

Kajian ini juga sebagai perintis kepada kajian-kajian yang lebih terperinci dalam bidang pengajaran dan
pembelajaran jawi bagi memastikan tulisan jawi terus berkembang subur dalam masyarakat Malaysia
yang berbilang kaum dan agama.

Diharapkan kajian ini dapat menyelesaikan persoalan penguasaan jawi di kalangan pelajar Sekolah
Kebangsaan Dusun Nanding dan akan menjadikan SKDN sebagai sekolah sifar buta jawi menjelang 2015.

Selepas selesai kajian tindakan ini, kajian ini akan dipanjangkan ke Sektor Pendidikan Islam di Jabatan
Pelajaran Selangor dan Bahagian PendidIkan Islam di Kementerian Pelajaran Malaysia untuk rujukan dan
kajian kes bagi masalah pembelajaran jawi di salah sebuah sekolah di Malaysia.

Semoga kajian ini menjadi titik awal bagi memartabatkan tulisan jawi di peringkat sekolah rendah dan
diteruskan diperingkat yang lebih tinggi demi memastikan tulisan jawi terus menjadi pilihan dan
perhatian masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia.

1.3 Latarbelakang Permasalahan Kajian

Kajian ini akan memberikan penumpuan kepada penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi di
kalangan pelajar tahun empat. Antara sebab tahun 4 dipilih dan dijadikan penanda aras dalam penilaian
ini adalah berasaskan beberapa faktor; pertama, adalah kerana tahun 4 empat adalah fasa peralihan
daripada tahap satu kepada tahap dua. Sewajarnya murid telah menguasai kedua-dua asas ini sebagai
persediaan kepada kemahiran yang seterusnya pada tahap dua.

Kedua, adalah disebabkan tahun 4 adalah tahun pertama di Sekolah Kebangsaan Dusun Nanding yang
menerima program j-QAF di mana program ini membekalkan guru terlatih bersama dengan modul-
modul khas terutamanya Modul Pemulihan Jawi. Selain daripada itu, guru-guru ini adalah guru yang
dilatih khusus bagi tujuan pemulihan jawi. Justeru, inilah masa yang sesuai menilai keberkesanan
program ini dan jika terdapat kelemahan, kelemahan tersebut perlu ditampung mengikut kesesuaian
bagi menjamin program ini terlaksana dengan jayanya.
Ketiga, tahap perkembangan fisiologi murid juga berada dalam fasa yang berlainan daripada murid
tahun 1 hingga 3. Justeru, kajian ini diperlukan bagi mengkaji bagaimana perubahan fisiologi dan
kematangan murid mempengaruhi kemahiran sedia ada.

Kajian ini akan melibatkan semua murid tahun empat SKDN yang berjumlah 115 orang sebagai sampel
kajian (soal selidik dan pengumpulan data) dan 7 orang Guru Pendidikan Islam terlatih sebagai
responden untuk temubual dan 20 orang murid lemah jawi yang telah dikenalpasti melalui ujian yang
dilaksanakan oleh GPI sebagai sampel kepada aktiviti pemulihan jawi.

Kajian ini akan mengumpulkan semua data pelajar tahun empat untuk dianalisis tahap pencapaian
sebenar pelajar dalam tulisan jawi. Sumber kepada data-data ini ialah peperiksaan akhir tahun ketika
mereka berada di tahun 3, peperiksaan pertengahan tahun bagi tahun semasa dan penilaian jawi 6
bulan yang termasuk dalam instrument j-QAF. Setelah data ini dikenal pasti murid akan dikelaskan
mengikut tahap penguasaan jawi mereka seperti Amat baik, Sederhana dan Lemah. Murid yang lemah
akan dijadikan sampel bagi aktiviti pemulihan jawi. Manakala murid yang sederhana akan diberi latih
tubi di dalam kelas harian. Guru GPI yang mengajar kelas tersebut akan dimaklumkan tahap murid. Pada
akhir tahun akan diadakan penilaian sekali lagi sebagai persediaan kepada kajian tindakan selanjutnya.

1.4.1 Tujuan Kajian

Tujuan kajian yang utama adalah untuk mengenalpasti dan mengumpul data berkaitan penguasaan
kemahiran membaca dan menulis jawi yang bertujuan untuk memudahkan tindakan susulan dijalankan
bagi memastikan SKDN sifar buta jawi menjelang tahun 2015. Antara objektif mikro bagi kajian ini ialah:

1. Mengenalpasti dan mengumpul maklumat berkaitan latar belakang murid. Latar belakang murid juga
memainkan peranan penting dalam menentukan tahap pencapaian murid. Ini akan memudahkan guru
menggunakan pendekatan yang sesuai.

2. Mengenalpasti jumlah murid bagi pengkelasan yang ditetapkan iaitu baik, sederhana dan lemah.
Perincian data mengenai tahap penguasaan murid terhadap sesuatu kemahiran adalah perlu bagi
memudahkan guru melakukan aktiviti tambah nilai, pengayaan dan pemulihan di dalam dan luar kelas.
3. Mengenalpasti bagaimana kecenderungan pelajar terhadap tulisan jawi. Ini amat penting supaya
aktiviti jawi boleh disemarakkan dengan memahami secara jelas dan terang berkaitan minat murid
terhadap tulisan jawi.

4. Sebagai instrumen bagi menilai murid keupayaan asas jawi. Murid yang lemah akan diwajibkan
menyertai Kem Celik Jawi yang akan diadakan pada akhir bulan 12. Kem ini bertujuan melahirkan pelajar
yang mampu menguasai kemahiran asas bagi bacaan dan tulisan jawi.

5. Mengenalpasti tahap bantuan yang diberi oleh ibu bapa dan penjaga terhadap kemahiran menulis
dan membaca jawi.

1.4.2 Persoalan Kajian

Kajian ini cuba merungkaikan persoalan yang unik yang berlaku di kalangan pelajar SKDN. Kajian ini akan
cuba melihat kelemahan penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi daripada beberapa sudut
yang berbeza. Kajian ini akan cuba mendedahkan kepada masyarakat hubungkait antara kemahiran dan
penguasaan pelajar di sekolah dengan latarbelakang sosiobudaya dan sosioekonomi setempat. Kajian ini
dengan menggunakan instrumen yang dibina akan cuba memberikan jawapan terhadap hubungkait
yang telah dinyatakan.

Kajian ini juga cuba mengaitkan pencapaian murid dengan hubungan mesra antara guru dan murid.
Kajian ini akan cuba membina satu modul yang akan diterapkan dalam Kem Celik Jawi yang sudah
tentunya menggunakan pendekatan berbeza daripada apa yang murid pelajari dan dapat di dalam kelas.
Diharapkan dengan lahirnya modul tersebut dapat memudahkan pelajar menguasai kemahiran
membaca dan menulis jawi dalam masa yang telah ditetapkan.

Kajian ini juga cuba menjawab beberapa persoalan yang sering berlegar di fikiran masyarakat awam
berkaitan dengan hubungkait penguasaan pelajar dalam sesuatu matapelajaran dengan minat yang
telah dipupuk oleh ibu bapa daripada kecil lagi atau minat dan kecenderungan yang dibina oleh guru-
guru semasa pelajar berada di tahap yang lebih bawah. Justeru menggunakan instrument temubual dan
soal selidik, kajian ini pada akhirnya cuba menjelaskan kepada warga ibu bapa dan pendidik bagaimana
membina minat n kecenderungan lam sesuatu matapelajaran khususnya jawi dan pendidikan Islam
secara keseluruhannya.

Justeru itu, pada akhir kajian ini, kita akan mendapat beberapa rumusan berdasarkan persoalan kajian
yang telah diutarakan di atas dan selari dengan matlamat kajian ini dilaksanakan. Jika penyelidik
merasakan kajian ini sebagai kajian pertama dan memerlukan kajian lanjutan, penyelidik akan terus
membina hipotesis baru bagi memperincikan lagi aspek-aspek yang tidak diperincikan dalam kajian ini.

1.5 Hipotesis Kajian

Pandangan umum menyatakan bahawa kesediaan pelajar untuk menerima ilmu adalah perkara asas
dalam memastikan pelajar tersebut berjaya menguasai kemahiran-kemahiran yang diajar di sekolah.
Umum juga di sajikan dengan beberapa kajian yang menyatakan bahawa minat dan kecenderungan
murid adalah antara asas utama kejayaan murid dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Selain daripada
itu, kita sering mendengar, apabila pelajar gagal menguasai kemahiran asas gurulah orang pertama yang
dipersalahkan. Selain daripada itu, faktor kelemahan IQ dan EQ pelajar juga sering dijadikan alasan
kepada kegagalan penguasaan kemahiran asas.

Kajian ini bukanlah sebuah kajian yang cuba menafikan faktor-faktor yang dinyatakan di atas, tetapi cuba
mengutarakan penyelesaian daripada sudut berbeza. Dengan instrumen yang telah dibina kajian ini akan
cuba mencari adakah wujud hubungkait antara kemahiran dan penguasaan pelajar di sekolah dengan
latarbelakang sosiobudaya dan sosioekonomi setempat. Ini adalah berdasarkan kepada pemerhatian
dan pembacaan penulis berkaitan pencapaian UPSR di sekolah bandar, luar bandar, pedalaman dan
pinggir bandar. Penulis mendapati ada trend yang berbeza daripada sudut pencapaian pelajar.

Kajian ini juga cuba mengaitkan pencapaian murid dengan hubungan mesra antara guru dan murid.
Kajian ini akan cuba membina satu modul yang akan diterapkan dalam Kem Celik Jawi yang sudah
tentunya menggunakan pendekatan berbeza daripada apa yang murid pelajari dan dapat di dalam kelas.
Ini adalah berdasarkan pengalaman penulis sebagai GPI yang melihat bahawa adanya peningkatan
dalam pencapaian jika sesuatu matapelajaran itu diajar oleh guru yang disenangi oleh murid.

Kajian ini juga cuba menjawab beberapa persoalan yang sering berlegar di fikiran masyarakat awam
berkaitan dengan hubungkait penguasaan pelajar dalam sesuatu matapelajaran dengan minat yang
telah dipupuk oleh ibu bapa daripada kecil lagi atau minat dan kecenderungan yang dibina oleh guru-
guru semasa pelajar berada di tahap yang lebih bawah. Kajian ini cuba mencari formula yang sesuai
terutamanya bagi GPI untuk menarik minat pelajar terhadap tulisan jawi.

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini perlu dilaksanakan atas beberapa sebab. Antaranya:

1. Dapat mengumpulkan data lengkap berkaitan maklumat murid antaraya latarbelakang murid dan
keluarga dan pencapaian semasa murid. Ini memudahkan GPI untuk lebih memahami masalah murid
dan cuba mencari pendekatan sesuai bagi mengatasi masalah tersebut.
2. Dapat mengenalpasti secara tepat jumlah murid yang lemah, sederhana dan baik. Bagi murid yang
lemah data sedia ada dapat membantu guru bagi melakukan pemantauan yang berterusan terhadap
murid apabila berada di dalam kelas dan di Kem Celik jawi manakala bagi murid yang tahap
penguasaannya sederhana akan memudahkan guru untuk membuat aktiviti tambah nilai dan dan
pengayaan yang sesuai dengan aras pencapaian murid tersebut.

3. Dapat Mengenalpasti bagaimana kecenderungan pelajar terhadap tulisan jawi. Ini amat penting
supaya aktiviti jawi boleh disemarakkan dengan memahami secara jelas dan terang berkaitan minat
murid terhadap tulisan jawi.

4. Dapat merungkai hubungan antara prestasi pelajar dengan latarbelakang sosiobudaya dan
sosioekonomi, perkaitan antara prestasi cemerlang dengan guru yang baik dan merungkai hubungan
dan perkaitan antara minat dan kecenderungan pelajar dengan prestasi semasa pelajar.

1.7 Batasan Kajian

Kajian ini hanya terbatas kepada penguasaan pelajar terhadap dua kemahiran asas tulisan jawi iaitu
kemahiran membaca dan menulis . Kemahiran membaca yang dimaksudkan adalah termasuk kemahiran
menyebut dan mengingat huruf tunggal, kemahiran membaca suku kata terbuka dan tertutup,
kemahiran membatangkan perkataan, kemahiran membaca ayat pendek yang terdiri daripada suku kata
terbuka, kemahiran membaca ayat pendek yang terdiri daripada suku kata terbuka dan tertutup dan
kemahiran membaca buku cerita pendek. Manakala Kemahiran menulis yang dimaksudkan ialah
kemahiran menulis huruf tunggal, kemahiran menulis suku kata terbuka dan tertutup dan kemahiran
membina dan menulis ayat pendek yang terdiri daripada suku kata terbuka serta kemahiran menulis
ayat pendek yang terdiri daripada suku kata terbuka dan tertutup. Kajian ini tidak menekankan
penulisan khat sebagai medium. Pelajar tidak diperkenalkan bentuk-bentuk khat kerana kemahiran itu
akan di ajar pada tahun 5 dan 6.

Kajian ini hanya melibatkan semua pelajar tahun 4 SKDN, ibu bapa dan penjaga pelajar dan 7 orang GPI
yang ditempatkan di SKDN.

1.8 Definisi Istilah

SKDN- Sekolah Kebangsaan Dusun Nanding

GPI - Guru Pendidikan Islam

j-QAF- Program pemantapan Pendidikan Islam yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran bermula
tahun 2005. J- Jawi Q-Quran A-Bahasa Arab dan F- Fardhu Ain.

Bab 2: Tinjauan Literatur

2.1 Pendahuluan

Pada dasarnya kajian ini akan memfokuskan berkaitan masalah penguasaan kemahiran membaca dan
menulis jawi di kalangan pelajar tahun 4 SKDN. Justeru kajian ini akan mengetengahkan hasil berkaitan
perkara yang dibincangkan. Namun sebelum memilih tajuk ini untuk diketengahkan sebagai kajian
tindakan, penulis telah menjalankan tinjauan literature berkaitan tajuk yang telah dipilih. Namun hasil
tinjauan yang dilakukan masih tiada kajian yang melibatkan masalah penguasaan kemahiran membaca
dan menulis jawi secara terperinci.

2.2 Kajian Yang berkaitan

1. Nik Rusila bt Yaakob.2001. Penguasaan Jawi dan Hubungannya dengan Minat dan Pencapaiannya
Dalam Pendidikan Islam. Kertas Kerja dalam Jurnal Pendidik dan Pendidikan, Kementerian Pelajaran
Malaysia.

Penulis mendapati kajian ini secara detail menghuraikan dengan tepat berkaitan dengan penguasaan
jawi di kalangan pelajar dan hubungannya dengan minat dan pencapaian pelajar. Namun begitu, kertas
kerja ini di dasarkan kepada pengkajian terhadap beberapa buah sekolah menengah yang sudah
tentunya agak berlainan dengan situasi dan keadaan yang berlaku di sekolah rendah. Namun begitu,
kajian ini menjadi rujukan penulis sebagai kajian awal yang dirujuk bagi menentukan hala tuju kajian
yang akan dilakukan oleh penulis.
2. Hassan Basri. 1991. Laporan Penguasaan Jawi di Sekolah-Sekolah Rendah. Kajian IRPA. Universiti
Malaya.

Penulis juga berkesempatan meneliti laporan kajian IRPA yang telah dilakukan oleh beberapa penyelidik
daripada Universiti Malaya yang diketuai oleh Dr. Hassan Basri. Apa yang dapat penulis simpulkan ialah
kajian ini secara detail menghuraikan berkaitan data dan fakta namun begitu kajian ini dilakukan sekitar
hujung tahun 80an dan awal 90an dan penulis berpandangan masih ada ruang untuk menyemak semula
kajian yang dilakukan kerana sifat dan sikap pelajar juga berubah mengikut peredaran masa dan suasana
setempat.

3. Amri Daud. 2005. Kajian Keberkesanan j-QAF di 2 Buah Sekolah Perintis di Terengganu. Tesis Sarjana
Pendidikan. Universiti Malaya.

Kajian yang baik yang dilakukan oleh penyelidik ini. Namun ia berkaitan dengan perlaksanaan
keseluruhan j-QAF di Terengganu. Ia melibatkan kajian terhadap modul-modul yang telah dilaksanakan
oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Jika diteliti, daripada aspek jawi, modul ini memperinci dan
menghuraikan keberkesanan aktiviti pemulihan jawi yang dilaksanakan oleh guru j-QAF yang hanya
melibatkan modul mengenal dan membaca huruf tunggal jawi. Ini kerana pada masa tersebut, j-QAF
baru diperkenalkan dan hanya bermula di tahun 1.

4. Ishak Haron dan Hassan Basri. 1998. Laporan Penguasaan Jawi di Sekolah-Sekolah Menengah. Kajian
IRPA. Universiti Malaya.

Kajian yang sangat berkualiti, namun ia dilakukan berdasarkan fakta-fakta yang dikumpulkan khusus
berkaitan penguasaan jawi di sekolah-sekolah menengah di Selangor. Justeru, sudah pasti terdapat
ruang dan jurang perbezaan yang amat luas dan ketara antara sekolah menengah dan sekolah rendah.

5. Mohd Azhan bin Abdul Halim. 2006. Kajian Tindakan Kepada Modul Senang Jawi. Kajian Tindakan
Jabatan Pelajaran Perak. Didapati dari atas talian http://jpnperak.edu.com.my.

Penulis juga sempat meneliti sebuah kajian tindakan yang dilakukan oleh seorang guru cemerlang yang
boleh didapati daripada laman web JPN Negeri Perak. Namun ia adalah berkaitan penilain terhadap
modul yang dibina dan dilaksanakan oleh guru cemerlang tersebut.

2.3 Kesimpulan
Secara keseluruhannya, tiada kajian yang dilakukan khusus bagi menangani masalah murid berkaitan
kemahiran membaca dan menulis jawi. Justeru, penulis berpandangan bahawa tajuk yang diutarakan
oleh penulis adalah relevan dan memenuhi kriteria sebagai sebuah kajian baru bagi memantapkan lagi
pendidikan Islam di SKDN khususnya dan di Malaysia amnya.

Bab 3: Metodologi Kajian

3.1 Pendahuluan

Kajian ini adalah berbentuk kajian tindakan bagi membantu guru untuk membuat tindakan susulan sama
ada untuk aktiviti tambah nilai, pengayaan mahupun aktiviti pemulihan sama ada aktiviti tersebut
dilakukan di dalam kelas atau di luar daripada kelas. Justeru bagi mendapatkan kajian yang benar-benar
berkualiti, penulis akan membentangkan kepada pembaca berkaitan dengan metodologi kajian yang
diikuti oleh penulis bagi memastikan kajian ini benar-benar menepati kajian yang berbentuk ilmiah yang
menjadi rujukan di SKDN.

3.2 Reka bentuk Kajian

Kajian ini akan menggabungkan beberapa kaedah. Kaedah pertama akan menggunakan instrumen
penilaian yang melibatkan peperiksaan yang telah lepas iaitu peperiksaan akhir tahun bagi tahun lepas
(2008), peperiksaan awal tahun bagi tahun semasa (2009) dan instrumen penilaian 6 bulan Jawi. Kaedah
ini digunakan bagi menganalisis prestasi lalu dan semasa bagi setiap murid dan mengenal pasti
dimanakah kelemahan ketara bagi murid yang gagal untuk lulus.

Kaedah kedua adalah berasaskan kaedah soal selidik. Ia melibatkan pembinaan item untuk soal selidik
yang perlu diedarkan kepada ibu bapa bagi mengetahui latarbelakang responden bagi memudahkan
aktiviti penyesuaian dilakukan oleh GPI di dalam kelas atau diluar kelas.

Kaedah ketiga adalah berasaskan temubual atau perbincangan profesional bersama rakan GPI bagi
mengenalpasti aspek yang menyebabkan murid lemah dan kurang berminat untuk mengikuti P& P jawi
di SKDN.
Kaedah keempat, pembinaan modul khusus bagi murid yang lemah jawi, dan modul tersebut akan dinilai
keberkesanannya oleh GPI berdasarkan boring-borang penilaian yang telah disediakan. Hasil daripada
penilaian tersebut akan dirumus bagi menghasilkan dapatan kajian yang boleh digunakan sebagai
rujukan dan penambahbaikan pada masa-masa akan datang.

3.3 Populasi Kajian

Kajian ini tertumpu kepada semua murid tahun 4, Sekolah Kebangsaan Dusun Nanding, Hulu Langat,
Selangor yang merangkumi 144 murid. Ia juga melibatkan ibu bapa dan penjaga responden beserta 7
orang GPI.

3.4 Instrumen Kajian

Kajian ini berasaskan beberapa instrumen:

1. Kaedah Peperiksaan dan Penilaian

a. Peperiksaan akhir tahun 2008

b. Peperiksaan Pertengahan Tahun 2009

c. Instrumen Penilaian Jawi 6 bulan

2. Kaedah Soal Selidik

a. Borang A: dihantar kepada ibu bapa respondenbagi mengetahui latarbelakang sosiobudaya dan
sosioekonomi responden yang telah dipilih.

b. Borang B: diberi kepada murid bagi menilai hubungkait-hubungkait kepada persoalan yang diutarakan
dalam permasalahan kajian.

3. Kaedah Temubual dan Perbincangan Profesional: kaedah ini digunakan sebagai medium untuk
bertukar-tukar fikiran dan bagi melihat masalah yang berlaku daripada perspektif guru.

4. Pembinaan modul dan penilaian terhadap modul yang telah dilaksanakan. Hasil yang dirumus
daripada ketiga-tiga instrumen yang terdahulu, modul akan dibina berasaskan kepada kelemahan
pelajar sedia ada dan digunakan untuk memulihkan pelajar dan modul ini akan dinilai keberkesanannya
dari masa ke masa.
3.5 Lokasi Kajian

Kajian ini dilakukan di Sekolah Kebangsaan Dusun Nanding yang berada di bawah Pentadbiran Pejabat
Pelajaran Daerah Hulu Langat, Selangor.

Alamat sekolah ialah:

SK Dusun Nanding

KM 17, Jalan Hulu Langat

43100 Hulu Langat,

Selangor.

3.6 Pengurusan Data

Data akan dikumpul dan akan dianalisis menggunakan perisian SPSS bagi memudahkan dan memastikan
ketepatan rumusan yang dilakukan. Kaedah ini digunakan bagi menilai sesuatu data yang bersifat
kauntitatif. Namun jika melibatkan kualitatif, aktiviti menilai, mentafsir dan merumus akan dijalankan
oleh penulis sendiri.

3.7 Analisis Data

Analisis akan dibuat dalam beberapa bentuk: Pertama bagi data kualitatif, analisis akan dibuat dalam
bentuk mod, min dan median bagi memudahkan penyelidik merumus kajian yang telah dijalankan.

Kedua, bagi data yang bersifat kuantitatif atau kajian lapangan analisis data akan dibuat secara deskriptif
iaitu dalam bentuk jadual dan peratus dan juga dalam bentuk statistik iaitu dalam bentuk graf
bergantung kepada kesesuaian hasil dapatan.
3.8 Kesimpulan

Kajian ini memerlukan sokongan daripada semua pihak bagi memastikan semua objektif yang digariskan
dapat dicapai dengan jayanya. Semoga kajian ini menjadi kajian perintis kearah sifar buta jawi bagi
mencapai visi SKDN Cemerlang Menjelang 2015.

Rujukan

1. Nik Rusila bt Yaakob.2001. Penguasaan Jawi dan Hubungannya dengan Minat dan Pencapaiannya
Dalam Pendidikan Islam. Kertas Kerja dalam Jurnal Pendidik dan Pendidikan, Kementerian Pelajaran
Malaysia.

2. Hassan Basri. 1991. Laporan Penguasaan Jawi di Sekolah-Sekolah Rendah. Kajian IRPA. Universiti
Malaya.

3. Amri Daud. 2005. Kajian Keberkesanan j-QAF di 2 Buah Sekolah Perintis di Terengganu. Tesis Sarjana
Pendidikan. Universiti Malaya.

4. Ishak Haron dan Hassan Basri. 1998. Laporan Penguasaan Jawi di Sekolah-Sekolah Menengah. Kajian
IRPA. Universiti Malaya.

5. Mohd Azhan bin Abdul Halim. 2006. Kajian Tindakan Kepada Modul Senang Jawi. Kajian Tindakan
Jabatan Pelajaran Perak. Didapati dari atas talian http://jpnperak.edu.com.my.

6. Abdul Majid Konting. 1997. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala
Lumpur.

7. Idris Awang. 2002. Kaedah Penyelidikan. Akademi Pengajian Islam Univerti Malaya: Kuala Lumpur.

8. Alis bin Puteh. 2008. Kajian Tindakan di Sekolah: Satu Pengenalan. Pure Honey Enterprise: Kuala
Lumpur.
Perkara

Tajuk / Perkara

Muka surat

1.

PENGENALAN

2.

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

3.

FOKUS KAJIAN

4 –5

4.

OBJEKTIF KAJIAN

5.

KUMPULAN SASARAN

6.
PELAKSANAAN KAJIAN

7.

ANALISIS TINJAUAN MASALAH

8.

UJIAN PRA

9.

TINDAKAN YANG DIJALANKAN

10

PELAKSANAAN TINDAKAN

10

10.

11

REFLEKSI KESELURUHAN

CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

14

15

12

BIBLIOGRAFI

16
MENINGKATKAN PENGGUNAAN IMBUHAN AWALAN DALAM PELAJARAN JAWI

DENGAN KAEDAH BAHAN DAN IMLAK

1.0 PENGENALAN

Imbuhan merupakan salah satu komponen tatabahasa yang penting kerana melalui proses
pengimbuhan perkataan baru akan dibina. Sifat imbuhan seperti ini menyebabkan imbuhan sering
digunakan dalam penggunaan bahasa seharian sama ada melalui percakapan mahupun penulisan.
Namun begitu, proses pengimbuhan bukanlah satu proses yang mudah difahami kerana proses ini
merangkumi banyak aspek lain dan bersifat kompleks. Saya memfokuskan kajian ini terhadap
imbuhan awalan dan memilih 16 orang murid tahun 3 sebagai kumpulan sasaran kajian. Tinjauan
awal telah dilaksanakan melalui ujian pra. Hasil tinjauan mendapati bahawa masih terdapat
sebilangan murid yang belum dapat menguasai dan kurang memahami pembinaan imbuhan
awalan bagi kata dasar. Perancangan tindakan difokuskan kepada mengenal pasti murid kepada
perkataan –perkataan imbuhan awalan yang terdapat dalam gambar tingkah laku yang ditayangkan
kepada mereka. Murid juga didedahkan dengan kaedah bahan dan imlak selama satu jam dan
kajian ini telah selesai dalam tempoh sebulan. Dapatan kajian juga mendapati bahawa murid
lebih seronok belajar mata pelajaran Jawi ini jika sentiasa dirangsang dengan bahan, pujian positif dan
aktiviti yang pelbagai.

2.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU

Sekolah Kebangsaan Sungai Siput merupakan sekolah yang digolongkan dalam kategori sekolah
luar Bandar dan juga sekolah kurang murid. Apa yang hendak dikongsikan disini adalah mata
pelajaran pendidikan islam sering di ambil mudah dan dipandang sebagai mata pelajaran elektif
oleh sebilangan ibu bapa dan murid-murid. Ini kerana pada anggapan mereka mata pelajaran
pendidikan islam Adalah satu mata pelajaran yang kurang penting kerana mata pelajaran ini tidak
termasuk di dalam senarai mata pelajaran yang akan di jawab dalam peperiksaaan Ujian Penilain
Sekolah rendah atau UPSR.

Mereka juga beranggapan bahawa mata pelajaran Pendidikan Islam sukar dikuasai kerana mereka
terpaksa berhadapan dengan beberapa pecahan bidang dan tajuk serta kemahiran yang perlu
dikuasai.Pecahan bidang yang terdapat dalam mata pelajaran Pendidikan Islam seperti akidah,
ibadah, sirah, tilawah, adab, akhlak, jawi dan amali.

Misalnya dalam bidang pelajaran jawi guru perlu memberi tumpuan kepada menulis
tulisan jawi, membaca tulisan jawi dan juga mempelajari asas seni tulisan jawi. Manakala dalam sukatan
pelajaran jawi murid perlu menguasai beberapa kemahiran dan pecahan kemahiran tersebut seperti
berikut:

· Mengenal, menyebut, dan menulis jawi tunggal

· Mengenal, menyebut dan menulis jawi sambung

· Mengenal, menyebut, membaca dan menulis suku kata terbuka

· Mengenal, menyebut, membaca dan menulis suku kata tertutup

· Membaca dan menulis rangkai kata dan ayat

· Mengenal, menulis dan membaca perkataan pinjaman

· Mengenal, membaca perkataan berimbuhan dan ayat pendek

· Menggunakan tanda baca

· Membaca pelbagai jenis bahan bacaan

· Menulis pelbagai jenis teks

· Mengenal dan menulis khat nasakh dan rikuah.

Dalam pelajaran jawi yang di ajar oleh saya bagi murid Tahun 3 ini saya dapati ramai daripada mereka
kurang mahir dalam mengeja perkataan berimbuhan dengan menggunakan sistem ejaan
jawi.Pengajaran dan pembelajaran melalui penerangan melalui buku teks kurang berkesan kerana murid
tidak menguasai kemahiran mengeja ejeen jawi. Keputusan ujian bulanan Julai merosot dan murid tidak
dapat menjawab soalan tentang tajuk ini dengan tepat. Faktor dari kelemahan tersebut, saya cuba
melakukan perubahan untuk member kefahaman terhadap mereka tentang penggunaan perkataan
berimbuhan seterusnya mengurangkan kelemahan mereka dalam menggunakan sistem ejaan jawi.

3.0 FOKUS KAJIAN

Daripada refleksi di atas didapati murid tidak menjawab soalan di dalam kelas dan markah ujian bulan
julai rendah kerana

1. Murid kurang mahir tentang cara untuk menggunakan ejaan jawi menyebabkan mereka sukar untuk
mengeja dalam perkataan jawi ketika pengajaran dan pembelajaran.

2. Masih terdapat 2 orang murid yang belum dapat mengenali huruf-huruf jawi
3. Sebilangan murid juga sukar untuk mengeja satu persatu huruf-huruf tersebut sekiranya
bersambung dengan huruf lain.

4. Murid-murid tidak dapat memberikan imbuhan yang tepat dan betul kepada sesuatu perkataan.

5. Kesilapan penggunaan perkataan berimbuhan dalam ayat.

6. Murid-murid tidak dapat membezakan perkataan berimbuhan yang terdapat dalam ayat atau teks
petikan.

Masalah ini berlaku kerana sebilangan murid tersebut mempunyai sikap yang malas dan tidak
mengulangkaji pelajaran yang lepas. Jika masalah ini tidak diatasi, murid akan terus tidak memahami
dan menguasai bacaan jawi dan menghadapi masalah jangka panjang untuk menguasai pelajaran jawi.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN

i. Objektif Am

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan dalam menggunakan system ejaan jawi dengan
mengaplikasikan persembahan tayangan Powerpoint yang mudah, ringkas dan menarik. Oleh itu, murid
akan dapat menguasai bacaan perkataan berimbuhan dan juga ejaan jawi.

ii. Objektif Khusus

Objektif Khusus kajian ini adalah supaya :

· Murid dapat memahami cara menggunakan ejaan jawi

· Murid dapat menjawab soalan peperiksaan dalam tulisan jawi

· Murid dapat membaca jawi dengan lancardalam petikan

· Murid dapat mengelaskan perkataan-perkataan imbuhan

· Murid dapat mengenal pasti perkataan berimbuhan yang terdapat awalan, akhiran dan apitan

· Murid dapat menggunakan pengimbuhan yang betul dalam membina ayat.

· Mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran guru.

· Guru dapat membuka minda murid bahawa pelajaran jawi adalah pelajaran yang menyeronokkan
untuk dikuasai dan diterokai.

5.0 KUMPULAN SASARAN

Murid-murid yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada 16 orang murid dalam tahun 3 yang terdiri
daripada 6 orang murid lelaki dan juga 10 orang murid perempuan.

6.0 PELAKSANAAN KAJIAN

6.1 Tinjauan Masalah

Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk mengumpul maklumat awal bagi kajian ini

6.1.1 Ujian Pra

Ujian pra diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan kefahaman murid mengenai penggunaan
imbuhan awalan, akhiran dan apitan. Melalui ujian tersebut didapati pencapaian sebilangan murid di
tahap sederhana dan juga di tahap yang lemah.

6.1.2 Pemerhatian

Saya telah membuat pemerhatian terhadap tingkahlaku murid semasa proses pengajaran dan
pembelajaran berlangsung sebelum dan selepas kajian. Daripada pemerhatian tersebut saya dapati
murid perempuan lebih bersedia dan member kerjasama dalam aktiviti pembelajaran. Sebaliknya
terdapat murid lelaki kurang member perhatian dan kurang mengambil bahagian dalam pengjaran dan
pembelajaran yang dijalankan.

6.1.3 Temu bual

Saya melakukan temu bual dengan murid –murid yang menghadapai masalah untuk menguasai
pembacaan jawi bagi mengetahui masalah yang dihadapi oleh mereka. Dalam masa yang sama juga,
saya mengadakan temubual dengan saudara yang terdekat dengan murid yang belajar di sekolah yang
sama bagi mengetahui keadaan pembelajaran mereka di rumah.

6.1.4 Perbincangan dengan guru

Saya juga meminta beberapa orang guru menganalisis kekuatan dan kelemahan pengajaran saya bagi
mata pelajaran pendidikan islam ini.

6.1.5 Semakan buku latihan

Melalui semakan buku latihan saya dapat menilai sejauh mana tahap penguasaan murid dalam
penggunaan system ejaan jawi dari semasa ke semasa. Oleh itu saya akan dapat mengetahui tahap
penguasaab murid sama ada mereka mahir atau tidak mahir dalam pelajaran jawi ini.

7.0 ANALISIS TINJAUAN MASALAH

Saya membuat analisis berdasarkan kaedah yang dijalankan untuk meninjau masalah yang
menyebabkan murid gagal menguasai kemahiran menggunakan sistem ejaan jawi.

8.0 UJIAN PRA

8.1 Analisis Ujian Pra

Pencapaian (Gred)

Bilangan Sampel
Peratus

A (80-100)

12.5

B ( 60-79)

18.75

C (40-59)

D (20-39)

31.25

25

E (0-19)

12.5

Jumlah

16

100

Jadual 1: Pencapaian Pra Ujian

Berdasarkan Jadual 1, 62.5% (10 orang) murid telah lulus dan 37.5% (6 orang) murid telah gagal.
Daripada analisis yang dibuat masalah yang menyebabkan murid gagal adalah kerana tidak mahir
membaca jawi dan memahami penggunaan imbuhan dalam pembinaan perkataan. Mereka juga tidak
dapat membezakan penggunaan imbuhan ber dan be serta bel.

8.2 Analisis Pemerhatian

Pemerhatian dalam kajian adalah untuk mengenal pasti masalah pasti sikap belajar murid-murid semasa
pengajaran dan pembelajaran.

Jadual 2: Mengenal pasti tingkah laku murid

TINGKAH LAKU MURID

PERATUS

Kesungguhan

30

Aktif dalam pembelajaran

30

Kurang memberi tumpuan

20

Tidak memberi tumpuan

20

Jumlah

100

8.3 Analisis Temu Bual Dengan Murid

Jadual 3: Analisis Temu Bual Dengan Murid

Bil

Deskriptor

Tidak setuju

setuju

Amat setuju

Suka belajar
/

Suka pada Guru pendidikan Islam

Rasa diri pandai

Suka datang ke sekolah

Bercita-cita tinggi untuk Berjaya

Mesra dengan rakan

/
Merasa malu kerana tidak tahu membaca

Mahu berubah untuk membaca jawi

Mahu ke kelas pemulihan jawi

8.4 Analisis temu bual dengan abang dan kakak

Jadual 4: Analisis Temu Bual Dengan Abang dan Kakak Murid

Bil

Deskriptor

Tidak setuju

setuju

Amat setuju
1

Membaca buku di rumah

Mengulangkaji pelajaran jawi bersama abang dan kakak

Bertanya kepada ibu bapa apabila tidak tahu membaca

Belajar bersama ibu bapa

Ibu bapa memarahi murid apabila tidak tahu membaca

/
8.5 Perbincangan dengan guru lain seramai 5 orang diambil sebagai sampel( Mengetahui kekuatan
dan kelemahan pengajaran)

Jadual 5: Analisis Kekuatan dan Kelemahan Guru Mengajar

Skala

Sebab

Sangat setuju

setuju

Tidak setuju

Sangat tidak setuju

Jumlah

Pengajaran guru tidak menarik

40%

60%

Guru tidak menggunakan BBM yang sesuai

1
20%

80%

Banyak buku yang perlu dibaca

40%

60%

Tidak mengetahui penggunaan perkataan imbuhan awalan dengan kemahiran membaca jawi dan
membina ayat

40%

60%

Daripada perbincangan dengan guru-guru lain bagi mengetahui kekuatan dan kelemahan saya dalam
pengajaran didapati 40% guru berpendapat bahawa murid tidak mengetahui penggunaan perkataan
imbuhan awalan dalam membina ayat dan juga membaca dengan betul.Selain itu guru juga
berpendapat bahawa dalam Mata Pelajaran Pendidikan Islam terdapat banyak penggunaan buku latihan
dan buku aktiviti iaitu 40%. Tujuan penggunaan buku aktiviti yang banyak ini sebagai memudahkan guru
untuk menyemak buku latihan kerana dalam Mata Pelajaran Pendidikan Islam ini terbahagi kepada
beberapa bidang seperti bidang Al Quran, bidang Akhlak, bidang Jawi dan sebagainya.

9.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Daripada pemerhatian yang telah dibuat berdasarkan permasalahan yang dihadapi oleh murid, saya
menjalankan aktiviti seperti dibawah yang dianggap bersesuaian bagi memastikan murid-murid dapat
menguasai jawi dengan sebaik-baiknya. Aktiviti-aktiviti tersebut ialah:

9.1 Membaca perkataan imbuhan awalan yang mudah dengan menggunakan slaid power point dan
membuat penerangan imbuhan awalan.

9.2 Kaedah menekap perkataan Imbuhan awalan

9.3 Kaedah Flash Kad dan Imlak

9.4 Membina ayat berdasarkan gambar

9.5 Ujian Pos

10.0 PELAKSANAAN TINDAKAN

10.1 Aktiviti 1

I. Saya mempamerkan gambar tingkah laku orang tua sedang berjalan dan seorang
kakak yang berada di dapur serta seoprang adik sedang membaca. Guru meminta semua murid
menyatakan perlakuan yang dilihat oleh mereka.Terdapat beberapa imbuhan awalan yang terdapat
dalam tayangan slaid power point yang dinyatakan oleh murid, iaitu;

* Berjalan- imbuhan awalan ber yang hadir sebelum kata dasar

* Bersukan- imbuhan awalan ber yang hadir sebelum kata dasar

* Bersenam- imbuhan awalan ber yang hadir sebelum kata dasar

* Memasak- imbuhan awalan me yang hadir sebelum kata dasar

* Membasuh - imbuhan awalan mem yang hadir sebelum kata dasar

* Membaca - imbuhan awalan mem yang hadir sebelum kata dasar

* Menulis- imbuhan awalan me yang hadir sebelum kata dasar

* Belajar- imbuhan awalan be yang hadir sebelum kata dasar

II. Saya menerangkan dan memberi contoh mengenai perkataan berimbuhan.

Imbuhan adalah proses yang memberikan imbuhan atau penambahan kepada sesuatu perkataan. Hasil
daripada proses pengimbuhan akan terbentuk kata terbitan. Contohnya terasa, terlaris, tercantik,
berlari, makanan.

III. Murid mencatat perkataan berimbuhan tersebut.

IV. Pemerhatian:

Saya dapati murid lebih seronok belajar pelajaran jawi apabila menggunakan bahan sebagai rangsangan.
Semua berlumba-lumba untuk memberi jawapan walaupun ada di antara jawapan yang diberikan tidak
tepat.

V. Refleksi:

Saya mula sedar bahawa selama ini masalah timbul adalah disebabkan murid-murid tidak diberikan
bimbingan untuk menggunakan perkataan berimbuhan dengan tepat.

10.2 Aktiviti 2

I. Saya mengedarkan beberapa kad yang mengandungi perkataan imbuhan awalan yang
mempunyai tulisan jawi kepada semua murid yang telah dibahagikan kepada 8 kumpulan. Setelah itu
saya telah meminta setiap murid didalam kumpulan menekap perkataan imbuhan awalan dengan
tulisan jawi yang cantik dan mewarnakan serta membacanya sehingga lancar. Setiap kumpulan yang
diwujudkan terdapat dua orang murid. Seorang murid pandai bacaan jawi dan seorang lagi murid lemah
dalam bacaan jawi.Murid yang pandai bacaan jawi akan membantu murid yang lemah bacaan untuk
membaca sehingga lancar.

II. Pemerhatian:

Saya dapati semua ahli kumpulan bekerjasama dalam membuat tugasan yang diberikan.

III. Refleksi:

Saya dapati masih terdapat beberapa orang murid yang masih belum menguasai bacaan jawi dengan
lancar.

10.3 Aktiviti 3

I. Saya menunjukkan kad flash atau kad imbasan yang mengandungi perkataan imbuhan
awalan yang mana mempunyai tulisan yang cantik, jelas dan warna yang menarik. Saya meminta murid
membaca perkataan imbuhan awalan yang terdapat pada kad imbasan atau kad flash. Bacaan tersebut
dibaca secara kelas dan individu.

II. Setelah aktiviti bacaan dibuat, murid dikehendaki mengelaskan perkataan berimbuhan
awalan mengikut jenis imbuhan awalan pada lembaran yang diberikan melalui bacaan guru pada kad
yang telah digunakan pada aktiviti bacaan ( kaedah imlak)
III. Contohnya,

ber

be

ter

te

me

mem

men

berlari

berasa

terlaris

terasa

memasak

membaca

mendapat

bersukan

belajar

tersepak

terendam

menulis

memberitahu

mencatat

bersenam

terminum
terancang

memukul

Jadual 6: Pengkelasan Imbuhan Awalan

IV. Pemerhatian

Aktiviti 3 menghasilkan keputusan berikut;

Markah

Peratus

A ( 80-100)

25

B( 60-79)

62.5

C( 40-59)

12.5

D (20-39)

E (0-19)

Jadual 7: peratus lulus murid menkelaskan perkataan berimbuhan

Saya dapati dengan kaedah kad imbasan ini murid masing-masing berlumba untuk membacanya dengan
betul. Selain itu juga mereka amat teruja untuk mengecam perkataan berimbuhan yang dibaca oleh guru
untuk dicatat pada ruangan yang betul.

V. Refleksi:

Saya berpuas hati dengan peningkatan pemahaman murid apabila Berjaya mengelaskan perkataan
imbuhan awalan mengikut jenisnya.

10.3 Aktiviti 4
I. Gambar dipamerkan oleh guru melalui slaid power point. Murid melihat gambar dan
memahami perlakuan gambar tersebut.

II. Murid membina ayat berdasarkan gambar yang dilihat.Contohnya; Ali terpijak ular di
kebun pisang ayahnya.

III. Guru mencatat ayat-ayat yang dibina oleh murid.

IV. Perbincangan – mengenal pasti imbuhan awalan dan kata dasar yang terdapat dalam
ayat yang dibina.

V. Latih tubi membaca ayat yang telah dibina oleh murid.

VI. Guru membuat pemerhatian terhadap respon murid ketika aktiviti ini dilaksanakan.

Aktiviti

Bilangan Murid

Peratus pencapaian

Membina ayat

10

62.5

Perbincangan

12

75

Membaca ayat

16

100

VII. Pemerhatian :

Saya dapati merasa sangat teruja dan seronok dalam aktiviti-aktiviti yang dilakukan. Ini terbukti bahawa
menggunakan bahan yang menarik akan membantu guru untuk merangsang murid terlibat secara aktif
dalam aktiviti selain daripada dapat mengawal tingkah laku murid yang negative di dalam kelas.

VIII. Refleksi
Saya mula menyedari bahawa sumber bahan adalah aspek penting yang perlu dititikberatkan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Sumber bahan berperanan dalam semua aspek dan langkah iatu
dari set induksi, langkah penerangan, perkembangan dan penutup.

10.4 Ujian Pos

I. Ujian ini dilakukan adalah bertujuan untuk melihat pencapaian murid. Kertas ujian pos
disediakan, murid menjawab soalan-soalan serupa dengan soalan ujian pra tetapi diubah ayatnya dan
imbuhan awalan bagi perkataan.

II. Saya mengedarkan kertas soalan terlebih dahulu. Murid dikehendaki menjawab semua
soalan yang mengandungi markah sebanyak 100 markah. Kertas ujian ini terbahagi kepada 5 bahagian
iaitu

* Bahagian A : Objektif.

* Bahagian B: Menggariskan perkataan imbuhan awalan pada teks.

* Bahagian C: Mengkelaskan perkataan imbuhan awalan mengikut kategori.

* Bahagian D: Menyesuaikan ayat yang betul dengan gambar yang sesuai.

* Bahagian E: Membina ayat berdasarkan gambar.

III. Masa yang diberikan kepada murid untuk menjawab solan adalah selama 45 minit.

IV. Pemerhatian:

Saya dapati semua murid tekun membaca setiap solan yang diberikan. Walaubagaimanapun terdapat 2
orang murid tidak dapat membaca dengan lancar oleh itu guru membantu murid tersebut dari segi
memahami soalan untuk dijawab.

Jadual 9 : Jadual Pencapaian Ujian Pos berdasarkan bilangan dan peratus.

Pencapaian ( Gred)

Bilangan Murid

Peratus

A (80-100)

25

B (60-79)
8

50

C (40-69)

18.75

D ( 20-39)

6.25

E (0-19)

V. Refleksi:

Dapatan Ujian Pos menunjukkan bahawa terdapat peningkatan pencapaian dikalangan murid.
Walaubagaimanapun masih terdapat seorang murid yang gagal dalam Ujian Pos ini. Murid yang gagal
ini adalah murid pemulihan khas jawi bagi kelas jQAF.

11.0 REFLEKSI KESELURUHAN

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan saya membuat beberapa rumusan tentang proses pengajaran
dan pembelajaran di kelas bagi tajuk kajian tindakan imbuhan awalan ini. Rumusan tersebut ialah;

* Pencapaian murid dalam Ujian Pra dan Ujian Pos.

Pencapaian murid dalam ujian Pos amat ketara yang menunjukkan peningkatan yang amat
memberangsangkan. Kebolehan murid menguasai penggunaan imbuhan awalan yang betul merupakan
salah satu peningkatan yang menyumbang kepada peningkatan markah dalam ujian pos. Pada
keseluruhan dapat disimpulkan bahawa pencapaian murid meningkat apabila kajian tindakan diambil
oleh guru.

Jadual 10: Perbandingan Pretasi Murid dalam ujian Pra dan Ujian pos

Pencapaian

Ujian Pra
Ujian Pos

Lulus

62.50

93.75

Gagal

37.50

6.25

Jumlah

100

100

Berdasarkan jadual di atas , 62.50% murid lulus dan 37.50 murid gagal dalam ujian pra. Manakala dalam
ujian pos menunjukkan 93.75% murid telah lulus dan seorang murid gagal dengan peratusan
6.25%.Hasil kajian ini menunjukkan bahawa tindakan yang diambil berkesan untuk meningkatkan
penguasaan dalam menggunakan imbuhan awalan.

* Pemerhatian

Sikap kurang berminat, malas, tidak member tumpuan, dan tidak memiliki kemahiran membaca jawi
nampak berkurangan. Semua murid menunjukkan reaksi yang positif dalam menyertai dengan aktif
dalam setiap aktiviti yang dirancang oleh guru.

12.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Saya bercadang akan meneruskan kaedah bahan dan imlak ini dalam membantu murid-murid untuk
menguasai bacaan jawi dan penulisan jawi yang betul. Dalam kajian yang telah dijalankan ini ternyata
kaedah bahan dan imlak ini banyak membantu murid menguasai penggunaan imbuhan walaupun masih
terdapat kelemahan dalam membina struktur ayat. Seterusnya saya akan menggunakan kaedah imlak ini
dalam bidang lain bagi mata pelajaran Pendidikan Islam seperti bidang Al Quran. Saya juga akan
mencadangkan kaedah ini untuk diaplikasikan oleh guru –guru mata pelajaran lain terutamanya Bahasa
Melayu dan Bahasa Inggeris bagi memantapkan lagi penggunaan bahasa di kalangan murid –murid
dalam mata pelajaran tersebut. Selain itu juga saya juga akan menyarankan supaya semua guru sentiasa
menggunakan sumber bahan supaya dapat menarik perhatian murid dalam pelajaran yan diajar
disamping dapat mengukuhkan ingatan mereka terhadap pembelajaran bagi mata pelajaran yang diajar
oleh guru.

13.0 BAHAN YANG DIPERLUKAN

Bahan –bahan yang diperlukan untuk menjalankan kajian ini adalah:

* Kad Flash atau Kad Imbasan Imbuhan Awalan -20 keping

* Marker pen

* Gunting

* Pembaris

* Kertas A4

* Set Soalan Pendidikan Islam –pra ujia -16 set

* Set Soalan Pendidikan Islam – ujian pos- 16 set

* Komputer riba

* Lcd Projektor

14.0 ANGGARAN KOS

Anggaran kos untuk bahan-bahan yang saya perlukan :

Kad Imbasan : RM15.00

Marker Pen : RM6.00

32 set Soalan Ujian x RM1.00 : RM32.00

BIBLIOGRAFI

Jauharah Hj. Tak & Saliha Hj. Md. Amin. (1992). Asas Kemahiran Berbahasa KBSR.Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kamarudin Hj. Husin & Siti Hajar Bt. Abdul Aziz. (1996). Permainan Bahasa (untuk sekolah rendah

dan menengah) Selangor : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Othman Lebar. (2011). Kajian Tindakan Dalam Pendidikan: Teori dan Amalan. Tanjong Malim:

Penerbit UPSI.

Mohd. Radzi Misran & Haris Yusof. (1997). Siri Celik Bacaan: Bacaan Berpandu (KVKV).Selangor:
Edusystem Sdn. Bhd. Selayang.
Laman Web

wannoorainiwmp51992.blogspot.com/

http://www.ppdsetiu.net/index.php?option=com_content&view=article&id=197%3Acontoh-kajian-
tindakan&catid=105%3Amakluman&Itemid=137

http://selubc.wikispaces.com/file/view/Buku+Manual+Kajian+Tindakan.pdf

http://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=8&ved=0CGsQFjAH&url=http
%3A%2F%2Fsktu4jb.50webs.com%2FKajian_tindakan%2FPanduan-asas-eprd-dan-contoh-
pelaporan.doc&ei=zQ2iUMqzJ4bwrQfOu4HQCQ&usg=AFQjCNGOmv3FqjeaGRE4igiD6InRxP-
yBg&sig2=73yXugYG-RVxiLJb6AS0Cg

LAMPIRAN 1

GAMBAR PERLAKUAN DATUK SEDANG BERJALAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MURID MENCIPTA
IMBUHAN AWALAN BERDASARKAN PEMERHATIAN MEREKA.

MURID MEMBINA AYAT BERDASARKAN GAMBAR YANG DILIHAT.

LAMPIRAN 2 :

You might also like