You are on page 1of 2

10/20/2020 Rasuah punca tanah simpanan Melayu berkurang, kata bekas speaker | Free Malaysia Today

Rasuah punca tanah simpanan Melayu berkurang,


kata bekas speaker
By Bernama - August 15, 2018 10:06 PM

75 62 11
Shares

KUALA LUMPUR: Penyalahgunaan kuasa dan rasuah merupakan antara punca utama pengurangan
Tanah Simpanan Melayu (TSM).

Ketika mendedahkan perkara itu, bekas speaker Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang lantas
menggesa kerajaan Pakatan Harapan agar memainkan peranan bagi mengekang hal tersebut dan
memastikan tanah rizab Melayu dipelihara.

Menurutnya penyalahgunaan kuasa berlaku di semua peringkat kerajaan negeri menyebabkan


penyusutan tanah rizab Melayu tidak dapat dibendung meskipun terdapat dasar dan undang-undang
berkaitan tanah itu di setiap negeri.

“Kuasa menukar dan membatalkan status rizab Melayu terletak di tangan eksekutif di setiap negeri,
malangnya penyalahgunaan berlaku di setiap peringkat dari peringkat atasan hingga bawahan,”
katanya ketika persidangan Meja Bulat Majlis Perundingan Melayu (MPM) 2018 hari ini.

“Kerajaan perlu memandang serius perkara ini kerana kita nak sekurang-kurangnya 50% pemilikan
TSM seperti yang telah diwasiatkan raja-raja Melayu dicapai. Rasuah perlu sentiasa dielakkan. Kalau
tidak, ia akan menjadi barah dan memberi kesan negatif,” kata Abu Zahar.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur Universiti Teknologi Mara
(UiTM) Perak Dr Mohd Hasrol Haffiz Aliasak berkata keseragaman undang-undang berkaitan tanah
rizab Melayu perlu diwujudkan bagi mencapai 50% pemilikan tanah rizab Melayu daripada jumlah
yang ditetapkan.

“Sekarang ini ada 6 undang-undang yang berbeza antara negeri-negeri berkaitan TSM dan ini
menyukarkan keseragaman undang-undang dibuat…kerajaan perlu semak balik hal ini dengan
memanggil semua menteri besar untuk memperkenankan supaya pentadbiran tanah dibawa ke
persekutuan.

“Mungkin boleh juga diadakan perbincangan bagaimana nak memperkasakan tanah rizab Melayu
dengan mereka,” katanya ketika ditemui pemberita selepas persidangan tersebut.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/08/15/rasuah-punca-tanah-simpanan-melayu-berkurang-kata-bekas-speaker/ 1/2
10/20/2020 Rasuah punca tanah simpanan Melayu berkurang, kata bekas speaker | Free Malaysia Today

Mohd Hasrol Haffiz berkata berdasarkan analisis pihaknya, jumlah TSM kini dianggarkan mencapai
sebanyak 31.12% (daripada jumlah ditetapkan) berbanding hanya 12% pada 2013 seperti yang
dilaporkan menerusi laporan Ketua Audit Negara pada 2013.

“Apabila laporan audit dikeluarkan mengenai penyusutan TSM, negeri-negeri mengambil tindakan
masing-masing untuk meningkatkan tanah rizab Melayu dan saya jangka kesedaran ini telah
meningkat berbanding sebelum ini,” katanya.

75 62 11
Shares

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

Email

SUBSCRIBE

You May Like Sponsored Links by Taboola

Amazon Shares: just $200 could be enough to get additional income…


Markets Guide

1/2 cawan (setiap hari), perhatikan lemak perut anda cair seperti orang gila
Shinyakoso Enzyme

The cost of hearing aids in Malaysia might surprise you


hear.com

Do you have age spots on your skin? This simple trick can help you reduce them in no
time!
Tips and Tricks

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/08/15/rasuah-punca-tanah-simpanan-melayu-berkurang-kata-bekas-speaker/ 2/2

You might also like