You are on page 1of 6

Pendidikan Khas telah bertapak di Malaysia semenjak sebelum era kemerdekaan lagi.

Program pendidikan khas ini merupakan satu program yang telah dirancang khusus
bagi memenuhi keperluan murid-murid bekeperluan khas selari dengan Falsafah
Pendidikan Negara secara menyeluruh dan bersepadu bagi melahirkan insan yang
seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani (JERIS) . Setiap
pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan dalam pendidikan khas telah
dirancang khusus agar bersesuaian dengan tahap keupayaan murid untuk diaplikasikan
dalam kehidupan seharian mereka.

Dalam negara kita Malaysia, program ini telah bermula dengan pembukaan
Sekolah Cacat Penglihatan pada tahun 1926 melalui penglibatan para sukarelawan.
Sekolah St. mula ditubuhkan pada tahun 1926 oleh Gereja Anglican di Melaka.
Kemudian, Sekolah ini telah dipindahkan ke Pulau Pinang pada tahun1931. Pada tahun
1948 sebuah sekolah Rendah Pendidikan Khas Princess Elizabeth di Johor Bahru
untuk murid dalam masalah penglihatan. Pendidikan khas semakin berkembang dalam
dan diberi perhatian oleh masyarakat dengan pembukaan Institut Taman Harapan oleh
Pusat Pertanian, Temerloh pada tahun 1953 dan Pembukaan Institusi Taman Cahaya
di Pusat Pertanian, Sandakan pada tahun 1958. Pada sekitar tahun 1960-an,
rancangan penggabungan bagi pendidikan kanak-kanak cacat penglihatan dan kanak-
kanak cacat pendengaran di sekolah rendah serta menengah biasa telah dilaksanakan
oleh kerajaan. Perkara ini memberi impak yang sangat baik dalam kalangan
masyarakat.

Bagi memantapkan lagi program pembelajaran pendidikan khas di negara


ini,pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil inisiatif menunbuhkan
sebuah latihan khas untuk para guru yang mula beroperasi pada tahun 1977 yang
terletak di Maktab Perguruan Ilmu Khas , Cheras. Diikuti pula pada tahun 1978,
penubuhan jawatankuasa utama Pembentukan Kod Braille Bahasa Melayu bagi
mengembangkan sistem kod braille bagi bahasa melayu sendiri. Kementerian
Pendidikan telah menambah baik sistem pembelajaran pendidikan khas dengan
menyediakan bahan keperluan seperti bahan bacaan, buku teks dan bahan-bahan
kegunaan untuk braille.pada tahun yang sama, sebuah sekolah menengah berasrama
penuh bagi murid bermasalah penglihatan telah ditubuhkan di Setapak, Kuala Lumpur.

Selari dengan perkembangan Pendidikan Khas telah tertubuhnya Unit Pelajaran


Khas di Bahagian Sekolah di peringkat Kemeterian Pelajaran Malaysia pada tahun
1964. Perkembangan Pendidikan Khas kian meningkat pada 1 Oktober 1995, dengan
penaiktarafan Unit Pelajaran Khas kepada Jabatan Pendidikan Khas. Jabatan
Pendidikan Khas ini telah diterajui oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran dan tiga
orang Pengarah bagi tiga Bahagian di Jabatan tersebut iaitu Bahagian Perancangan
dan Penyelidikan, Bahagian Pengurusan Sekolah dan Bahagian Latihan dan Khidmat
Bantu. Melalui penstrukturan semula Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2008,
Jabatan Pendidikan Khas telah diubah menjadi Bahagian Pendidikan Khas. Perubahan
ini melibatkan perubahan kepada seorang Pengarah dan tiga Timbalan Pengarah bagi
tiga cawangan iaitu Cawangan Perancangan dan Penyelidikan, Cawangan Pengurusan
Pendidikan Khas dan Cawangan Latihan dan Khidmat Bantu, serta seorang Ketua
Penolong Pengarah di Cawangan Pengurusan dan Perhubungan. Pada tahun 2019,
Kementerian Pelajaran Malaysia turut distruktur semula menyebabkan perubahan
dalam struktur organisasi Bahagian Pendidikan Khas yang kini diterajui oleh seorang
Pengarah dan tiga Timbalan Pengarah bagi tiga sektor iaitu Sektor Pembangunan
Instruksional, Sektor Perancangan dan Penyelidikan dan Sektor Pembangunan
Kemanusiaan. Cawangan Latihan dan Khidmat Bantu pula telah ditukar menjadi Sektor
Perkhidmatan Sokongan Pendidikan Khas serta Cawangan Pengurusan dan
Perhubungan ditukar status menjadi Sektor Khidmat Pengurusan.

Pada tahun 1996, Akta Pendidikan Khas telah diperkenalkan. Akta ini khusus
buat murid berkeperluan khas yang didefinasikan sebagai murid-murid yang mepunyai
kecacatan dari segi penglihatan, pendengaran atau masalah pembelajaran. Melalui
pengenalan akta ini, terdapat tiga program yang ditekankan iaitu iaitu program di
sekolah khas bagi murid –murid yang mengalami kecacatan penglihatan atau
pendengaran, program pencantuman di sekolah biasa bagi murid-murid mengalami
kecacatan penglihatan, pendengaran atau masalah pembelajaran dan program
pendidikan Inklusif bagi murid-murid keperluan khas yang boleh turut serta dalam kelas
aliran perdana.

Pada tahun 2013, akta Akta Pendidikan Khas 1996 telah dipinda menjadi Akta
Pendidikan 2013. Melalui akta ini, definisi murid berkeperluan khas turut diperluaskan
menjadi murid yang diperakukan oleh pengamal perubatan, ahli optik, ahli audiologi,
mengikut mana-mana yang berkenaan sama ada dalam perkhidmatan kerajaan atau
tidak, sebagai murid yang mempunyai ketidakupayaan penglihatan, ketidakupayaan
pendengaran, ketidakupayaan pertuturan, ketidakupayaan fizikal, masalah
pembelajaran; atau mana-mana kombinasi ketidakupayaan, atau ketidakupayaan dan
masalah yang disebut dalam diatas. Di bawah pindaan ini terdapat dua jenis pendidikan
khas iaitu Program Pendidikan Khas Integrasi atau Program Pendidikan Inklusif.
Program ini ditawarkan pada peringkat pendidikan Prasekolah, pendidikan Rendah,
pendidikan Menengah atau pendidikan Lepas Menengah. Rancangan Pengajaran
Individu turut diperkenalkan dalam pindaan kali ini.

Perkembangan pendidikan khas diluar negara pula mula diberi perhatian apabila
wujud satu akta di Amerika Syarikat iaitu dibawah Public Law 92-142 (USA)
menetapkan bahawa salah satu undang-undang yang penting untuk kanak-kanak khas.
Sebelum pengenalan akta Public Law 92-142, Amerika Syarikat hanya menggunakan
akta pendidikan untuk semua kanak-kanak cacat (Education For All Handicapped
Children Act of 1975). Akta ini ini telah diperkenalkan pada 29 November 1975 melalui
kelulusan kongres Amerika Syarikat. Dalam Akta ini menekankan tentang kanak-kanak
khas mempunyai hak yang tersendiri yang harus dipatuhi dan wajib menerima
pendidikan. Tindakan akan dikenakan sekiranya ibu bapa gagal mematuhi undang-
undang ini. Justeru, impak akta Public Law 92-142 ini telah memberi peluang kepada
kanak-kanak yang menghadapi masalah penglihatan untuk belajar bersama-sama
dengan kanak-kanak yang lain.

Negara-negara di Asia Tenggara pula telah memulakan program pendidikan


khas iaitu The Framework for Action on Special Needs Education (Salamanca
Statement) 1994. Pada tahun 1994, Salamanca Statement ini telah diperkenalkan dan
menjadi dasar, polisi dan amalan pendidikan untuk kanak-kanak dan golongan yang
berkeperluan khas. Program ini mementingkan tentang hak dan peluang kanak-kanak
berkeperluan khas supaya mereka mendapat pendidikan. Jepun telah menubuhkan
sebuah Institusi Pendidikan Berkeperluan Khas Kebangsaan atau National Instituse Of
Special Needs Education (NISE). Tujuan NISE ini ditubuhkan adalah bagi menjayakan
matlamat dalam pendidikan khas dalam mengamalkan pendidikan inklusif.Dari segi
perkembangan kurikulum di Jepun, penyediaan kurikulum ini lebih bersifat fleksibel
yang dapat diubahsuai sesuai dengan kemampuan murid. Sesi pengajaran dan
pembelajaran pendidikan khas ini memberi fokus kepada kemampuan individu tersebut
untuk lebih berdikari tanpa bantuan orang disekitarnya iaitu activities to promote
independence.

Kesimpulannya, akta pendidikan khas yang diperkenalkan di Malaysia mahupun


luar negara menjelaskan kepada dunia bahawa pendidikan kepada murid berkeperluan
khas ini juga harus sama seperti yang lain. Oleh itu, setiap negara wajib memberi
keutamaan dan layanan khas kepada golongan yang berkeperluan khas dengan
menyediakan keperluan bagi golongan ini.
Rujukan

Ballard, J., & Zettel, J. (1977). Public Law 94–142 and Section 504: What They Say
about Rights and Protections. Exceptional Children, 44(3), 177–184.
https://doi.org/10.1177/001440297704400304.

Education for All Handicapped Children Act of 1975. 20 us e 1401 note.

UNESCO (1994). The Salamanca Statement and Framework for Action on Special
Needs Education. Paris: UNESCO.

Peraturan-Peraturan Pendidikan ( Pendidikan Khas ) 2013[P.U. ( A) 230], 18 Julai 2013.

Akta Pendidikan Khas 1996

Akta Pendidikan 2013

Akta Pendidikan Khas, Keperluan dan Ketidakupayaan 2001

Akta Pendidikan 1996

You might also like