You are on page 1of 5

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Meja adalah salah satu perabot berupa permukaan datar yang disokong oleh
beberapa kaki (biasanya empat). Meja sering digunakan untuk meletakkan barang
dan makanan dengan ketinggian tertentu supaya mudah dijangkau .Meja juga
sering digunakan untuk melakukan kerja. Meja umumnya dipasangkan
dengan kerusi. Meja biasanya mempunyai laci dan ada yang tidak memiliki laci.
Meja yang khusus digunakan untuk melakukan kerja disebut meja kerja,manakala
meja yang digunakan untuk belajar dinamakan meja tulis . Bentuk dan tinggi meja
berbeza-beza, bergantung kepada kegunaannya, tujuan dan gayanya. Begitu juga
dengan bahan buatannya.

Meja telah mengalami inovasi seiring dengan perkembangan dan peredaran


zaman.Pada zaman purba Mesir, meja diperbuat daripada batu dan hanya
digunakan untuk meletakkan barang tetapi kini fungsinya tidak hanya terhad kepada
itu sahaja dan reka bentuk turut berubah.Masyarakat China Purba menggunakan
meja sebagai tempat untuk mempelajari seni penulisan dan lukisan.Masyarakat
Yunani dan Roman menggunakan meja untuk makan.Meja Yunani mengalami
sedikit inovasi apabila meja akan ditolak kebawah katil selepas digunakan.

Meja yang dihasilkan diperbuat daripada kayu, marmar atau logam dan berbentuk
segi empat.Masyarakat Rom telah memperkenalkan meja besar dan berbentuk
bulat.

1
1.2 Penyataan Masalah

Terdapat beberapa masalah yang biasa berlaku apabila proses kerja mengimpal
hendak dijalankan. Antara masalah yang biasa berlaku ialah saiz meja kerja yang
terlalu kecil menyebabkan ruang untuk meletakkan benda kerja yang hendak
dikimpal terhad. Selain itu, meja kimpal sedia ada juga tidak dilengkapi tempat
meletak elektrod dan peralatan tangan. Oleh sebab itu, kerja yang hendak dilakukan
juga memakan masa yang lebih panjang.

Selain itu,kebanyakkan pengimpal melakukan kerja mengimpal diatas lantai.


Oleh sebab itu, pengimpal terdedah kepada risiko kecederaan. Selain itu, pengimpal
juga mungkin mudah mendapat masalah ketegangan otot akibat daripada
kedudukan mengimpal yang tidak selesa.

1.3 Latar Belakang Projek

Meja kerja yang akan dihasilkan boleh digunakan untuk kerja-kerja mengimpal
projek yang bersaiz besar. Umum diketahui , meja kimpal merupakan meja utama
yang digunakan oleh pengimpal di bengkel-bengkel.

Dengan itu, pengimpal boleh mengimpal benda kerja dengan lebih selesa
menggunakan meja kimpal yang akan dihasilkan nanti..Disamping itu, meja kimpal
mempunyai beberapa ciri-ciri mesra pengguna yang dapat membantu pengimpal
membuat kerja dengan lebih sempurna.

Permukaan meja kerja ini boleh berubah saiz menjadi lebih lebar.Pengimpal
juga tidak perlu membongkokkan badan untuk mendapat posisi mengimpal kerana
meja kimpal tersebut telah memiliki ketinggian yang bersesuaian.

2
1.4 Tujuan Projek

Tujuan projek ini adalah untuk menghasilkan meja yang lebih besar daripada
meja yang sedia ada.Apabila pengimpal mempunyai meja yang lebih luas,ia dapat
memudahkan pengimpal untuk mengimpal bendakerja yang lebih besar dan lebih
selesa.Hal ini kerana pengimpal mempunyai ruang yang cukup dan lebih luas untuk
menyiapkan kerja.Dengan itu,pengimpal tidak perlu mengubah bahan kerja projek
yang menyebabkan projek dapat dilakukan dengan lebih pantas.

Ia juga akan mengelakkan pengimpal daripada mendapat ketegangan otot


kerana pengimpal tidak perlu membongkokkan badan untuk mendapatkan posisi
mengimpal dengan selesa.Hal ini kerana meja kimpal ini mempunyai ketinggian
yang bersesuian untuk mengimpal.Dengan adanya meja kimpal ini,ia dapat
mengelak lantai daripada rosak daripada terkena percikan arka atau haba semasa
proses mengimpal dijalankan.

1.5 Objektif Projek

Sesebuah projek yang dihasilkan tentunya mempunyai objektif yang hendak


dicapai.Objektif ini perlu bagi menyatakan fungsi dan keperluan produk ini
dihasilkan serta apa yang hendak dicapai oleh penghasilnya.Antara objektif
penghasilan meja kerja ini ialah:

i. Mereka bentuk sebuah meja kerja mudah alih


ii. Menghasilkan sebuah meja kerja mudah alih.
iii. Menghasilkan sebuah meja kerja mudah alih yang mesra pengguna.

3
1.6 Skop Kerja

Skop projek hanyalah tertumpu kepada:

i. Untuk kegunaan bengkel-bengkel kimpalan sekitar Bagan Serai.


ii. Hanya boleh digunakan untuk bahan yang bersaiz kelebaran 36 inci lebar
dan 69 inci panjang.
iii. Meja kerja ini hanya boleh bergerak atau berfungsi dalam keadaan
mekanikal atau manual sahaja.
iv. Meja ini hanya boleh digunakan untuk kerja-kerja bengkel seperti kerja
mengimpal dan kerja mencanai.

1.7 Kepentingan Projek

Projek meja kerja ini dihasilkan bagi kepentingan seseorang pengimpal.Idea


penghasilan projek ini tercetus setelah penghasil sebagai seorang pelajar teknologi
kimpalan mendapati seorang pengimpal mengalami tegangan otot kerana
mengimpal projeknya diatas lantai terlalu lama.

Hal ini kerana ia telah membongkokkan badan terlalu lama untuk kerja
mengimpal.Berdasarkan kejadian itu,penghasil telah mendapat idea untuk membina
satu meja kerja yang dapat membantu pengguna pengimpal dengan lebih selesa. Ia
adalah sebuah meja yang unik kerana ia adalah sebuah meja yang bersaiz kecil
dan permukaannya boleh dibuka menjadi lebih luas.Ia juga boleh menjadi tempat
penyimpanan peralatan mengimpal dengan selamat dan kemas.

Meja kerja ini amat penting kepada pengimpal,ia akan memberi keselesaan
kepada pengimpal untuk mengimpal.Malah ia akan menjimatkan ruang kerana meja
ini boleh dilipat menjadi saiz kecil dan boleh disimpan kerana ia mempunyai roda .

4
1.8 Definisi Projek

Projek yang akan dihasilkan ini akan mengaplikasikan konsep OSHA kerana
projek ini mudah alih ,menggunakan ruang yang minimum dan selamat digunakan
bagi proses mengimpal.Antara tujuan utama saya memilih projek ini kerana ingin
memudahkan para pengimpal untuk menyiapkan kerja mereka dengan cepat tanpa
mengundang kemudaratan diri.

Hal ini kerana projek ini dijadikan dengan ketinggian yang sesuai tanpa perlu
membongkokkan badan untuk mendapatkan posisi mengimpal dengan lebih
selesa.Projek ini juga mempunyai sifat mesra pengguna.

1.9 Kesimpulan

Kesimpulannya,terdapat berbagai jenis meja kerja yang dijual di pasaran


pada hari ini namun ianya agak kurang mesra pengguna kerana permukaan meja
yang kecil dan meja sukar untuk mengalih kedudukan.Jika meja itu berat dan tiada
roda,ia menyukarkan untuk mengalih kedudukan meja tersebut.Ia memerlukan
tenaga yang banyak untuk mengubah kedudukan meja.

Kaedah ini juga perlu meminta bantuan daripada beberapa orang untuk
mengangkat meja tersebut dan menyebabkan mereka terdedah kepada bahaya jika
meja kerja itu terhempas diatas kaki.sehubungan dengan itu,projek ini dijalankan
untuk mengenalpasti,mereka bentuk,membina dan seterusnya mewujudkan meja
kerja mudah alih yang digunakan di bengkel sekitar Bagan Serai.

Oleh kerana meja kerja ini merupakan satu kemestian bagi setiap bengkel
kimpalan.Harapan penghasilan projek meja kerja mudah alih ini agar pengguna
dapat diperluaskan bagi memudahkan kerja-kerja mengimpal .

You might also like