You are on page 1of 6

Terdapat pelbagai teori mengenai proses perkembangan kanak-kanak .

Teori Perkembangan
Kognitif  Kanak-Kanak Jean Piaget adalah salah satu daripadanya. Nama sebenar pengasas
teori ini ialah Jean William Fritz Piaget
Jean Piaget berpendapat setiap individu cenderung untuk memahami persekitaran mereka.
Kecenderungan untuk memahami sesuatu situasi dan menyelesaikan sesuatu kekusutan
sentiasa berlaku pada setiap individ

Piaget memandang main sebagai aktiviti pengukuhan untuk tingkah laku yang baru
dipelajari.

Teori kognitif Piaget meliputi dua proses:

Proses asimilasi yang mengadaptasikan kemahiran atau maklumat baru untuk


menyesuaikannya dengan kemahiran atau maklumat yang telah sedia berada dalam
struktur kognitifnya.

Bermain ataupun permainan ialah fitrah kanak-kanak. Oleh kerana aktiviti bermain
adalah sebahagian daripada dunia kanak-kanak, mereka belajar dan memahami isu-
isu yang berlaku di sekeliling mereka dalam keadaan yang menggembirakan dan
bermakna kepada mereka. Pakar dalam bidang perkembangan kanak-kanak
percaya aktiviti bermain merangsang fungsi otak yang dapat memupuk
perkembangan kognitif. Ini disebabkan semasa bermain, kanak-kanak akan
mengalami sesuatu proses cara menggunakan fikiran mereka melalui deria rasa
sama ada dengan melihat, merasa, mendengar, menghidu serta merasai elemen
hidup yang berbeza antaranya dari segi saiz, warna, berat dan tekstur.

Proses akomodasi yang mengubahsuaikan kemahiran atau maklumat baru dalam


struktur kognitifnya Apabila bermain, proses penerimaan sensori atau deria akan
teransang dan memberikan satu pengalaman pembelajaran yang bermakna dan
penguasaan kemahiran akan terbina serta membantu perkembangan kognitif ke
tahap optimum.

Berikut adalah 5 manfaat permainan puzzle untuk kanak-kanak.

1. Penyelesaian masalah.
Sepanjang tempoh menyiapkan puzzle, kanak-kanak akan belajar berfikir dan
menyusun strategi. Proses ini melibatkan beberapa proses penyelesaian masalah
seperti memahami masalah, meneroka pilihan yang ada, meninjau kesan akibat
pilihan dan memilih pilihan terbaik. Semua langkah ini seterusnya boleh
diaplikasikan dalam kehidupan.
Terdapat pelbagai teori mengenai proses perkembangan kanak-kanak . Teori Perkembangan
Kognitif  Kanak-Kanak Jean Piaget adalah salah satu daripadanya. Nama sebenar pengasas
teori ini ialah Jean William Fritz Piaget

Berfikir mencari strategi bermain. Mula di


tengah atau tepi dahulu?

2. Meningkatkan koordinasi tangan dan mata.


Proses ‘trial and error’ yang terlibat ketika menyiapkan puzzle melibatkan banyak
manipulasi tangan dan mata. Koordinasi tangan dan mata (hand-eye coordination)
adalah keupayaan untuk mengesan pergerakan tangan dengan mata, dan
membolehkan mata untuk menghantar isyarat penting kepada otak mengenai
pergerakan tangan tersebut. Koordinasi tangan dan mata yang lemah dapat
mempengaruhi aktiviti seperti menulis.

3. Merangsang kemahiran kognitif. 


Puzzle direka dengan pelbagai tema dan topik seperti abjad, nombor, kenderaan,
buah-buahan dan sebagainya. Kanak-kanak seharusnya dapat memberi tumpuan,
mengingati maklumat dan berfikir dengan lebih kritikal ketika mereka bermain
puzzle. Kemahiran kognitif membolehkan kanak-kanak memahami hubungan antara
idea-idea, memahami proses sebab dan akibat serta meningkatkan kemahiran
analisis mereka.

4. Kemahiran sosial.
Apabila puzzle cuba disiapkan beramai-ramai, kanak-kanak akan berbincang di
mana harus diletakkan kepingan puzzle, giliran siapa serta saling berkongsi
kegembiraan bilamana puzzle dapat disiapkan. Permainan ini adalah antara alat
Terdapat pelbagai teori mengenai proses perkembangan kanak-kanak . Teori Perkembangan
Kognitif  Kanak-Kanak Jean Piaget adalah salah satu daripadanya. Nama sebenar pengasas
teori ini ialah Jean William Fritz Piaget
pembelajaran yang hebat dan dapat merangsang aktiviti bekerjasama dan
mengasah kemahiran bersosial.

5. Perkembangan motor halus.


Ketika bermain puzzle, kanak-kanak akan terdorong untuk memicit, menggenggam,
mengasing serta berusaha memuatkan kepingan puzzle dalam slot yang sesuai.
Kemahiran motor halus yang melibatkan penggunaan otot yang mengawal tangan,
jari dan ibu jari ini adalah penting supaya, kanak-kanak ini dapat menyelesaikan
tugas-tugas penting seperti menulis dan makan.

1. Menanam keyakinan diri anak anda


Permainan ini adalah sangat mencabar dan memerlukan skil dan strategi
yang baik bagi anak anda menyelesaikannya. Sepanjang proses menyiapkan
set permainan susun suai gambar ini, pelbagai kemahiran akan diperolehi
oleh anak anda. Kejayaan anak anda dalam menyempurnakan suatu set
susun suai gambar ini akan mendatangkan perasaan puas hati dan bangga
terhadap diri mereka sendiri. Ini merupakan permulaan yang baik dalam
usaha menanam keyakinan diri anak anda.

2. Meningkatkan tumpuan dan memori anak anda


Permainan ini dapat meningkatkan tumpuan anak anda. Ini kerana permainan
ini memerlukan fokus yang sangat lama dalam meneliti dan mencari kepingan
yang sesuai dalam permainan susun suai gambar ini. Selain itu, permainan ini
juga dapat meningkatkan memori anak anda. Ini kerana kanak-kanak
kebiasaannya gemar untuk bermain set permainan susun suai gambar yang
sama lalu menyebabkan mereka mudah untuk mengingati setiap kepingan
dalam suatu set permainan tersebut. Ini sekaligus dapat membantu dalam
meningkatkan daya tumpuan dan ingatan anak anda.

3. Melatih kemahiran motor dan koordinasi anak anda


Permainan ini merupakan antara cara yang terbaik dan menarik untuk
membantu melatih kemahiran motor anak anda. Ini kerana permainan ini
memerlukan anak anda untuk memegang, mengangkat serta mencantum
kepingan set permainan susun suai gambar ini setepatnya. Selain itu juga,
permainan ini dapat melatih koordinasi mata dan tangan anak anda. Ini
kerana permainan ini turut memerlukan manipulasi koordinasi mata dan
tangan yang sesuai. Permainan ini akan menjadi latihan yang bagus untuk
kemahiran menulis anak anda kelak.

4. Melatih kemahiran sosial anak anda


Kadangkala, permainan ini juga boleh dimainkan secara berkumpulan. Selain
dapat menanam semangat bekerjasama dan berkomuniti, permainan ini
Terdapat pelbagai teori mengenai proses perkembangan kanak-kanak . Teori Perkembangan
Kognitif  Kanak-Kanak Jean Piaget adalah salah satu daripadanya. Nama sebenar pengasas
teori ini ialah Jean William Fritz Piaget
secara tidak langsung dapat melatih anak anda untuk berkomunikasi antara
satu sama lain dalam usaha mereka berbincang mengenai kesesuaian
kepingan set permainan susun suai gambar yang dimainkan mereka. Ini
sekaligus dapat melatih kemahiran sosial anak anda.

5. Mengajar anak anda erti kesabaran


Permainan ini adalah sangat mencabar dan memerlukan masa dan
kesabaran yang sangat tinggi. Sepanjang proses mencantum dan
menyempurnakan setiap kepingan set permainan susun suai gambar ini, anak
anda akan mula mengajar diri mereka sendiri akan erti kesabaran. Secara
tidak langsung juga, mereka turut akan menanam sikap tidak putus asa dalam
diri.

6. Menajamkan skil penyelesaian masalah anak anda


Tentu sahaja permainan ini adalah tidak mudah bagi kanak-kanak. Mereka
memerlukan pemikiran yang logik dan kreatif demi menyelesaikan masalah
dalam set permainan susun suai gambar yang dimainkan mereka. Sepanjang
bermain permainan ini, mereka dapat menajamkan skil penyelesaian masalah
mereka menerusi pemikiran logik dan kreatif yang dapat digunakan untuk
permainan susun suai gambar yang seterusnya. Skil ini juga sangat penting
bagi menjalani kehidupan mereka dewasa kelak.

7. Menambahkan pengetahuan kognitif anak anda


Permainan ini boleh wujud dalam bentuk gambar yang pelbagai tema dan
topik. Contohnya gambar haiwan, tumbuh-tumbuhan, kenderaan dan
makanan. Selain itu juga, permainan ini turut mempunyai kepelbagaian dalam
bentuk, warna malahan saiznya. Ini secara tidak langsung dapat merangsang
kepekaan visual dan sekaligus menambahkan pengetahuan kognitif anak
anda yang gemar bermain permainan ini.

Jika hendak dibandingkan dengan permainan dalam talian yang terdapat


dalam komputer atau telefon pintar, permainan tradisi susun suai gambar ini
merupakan pilihan terbaik untuk anak anda. Ini kerana permainan ini bukan
sahaja dapat memberi hiburan malahan secara tidak langsung dapat mendidik
dan melatih fizikal dan mental anak anda.

 Masuk dan keluar


Bayi anda suka mengosongkan segala-galanya – laci, beg duit anda, kotak tisu dan
beg. Tukarkan ini kepada permainan yang anda berdua boleh mainkan. Penuhkan
satu bekas plastik besar dengan objek-objek yang menarik dan selamat seperti blok,
mainan lembut yang kecil, mainan bergetar atau cawan pengukur. Bantu bayi anda
mengangkat bekas itu dan menterbalikkannya, kemudian bersama-sama penuhkan
bekas itu semula. Menangani objek-objek berlainan akan membantunya belajar
Terdapat pelbagai teori mengenai proses perkembangan kanak-kanak . Teori Perkembangan
Kognitif  Kanak-Kanak Jean Piaget adalah salah satu daripadanya. Nama sebenar pengasas
teori ini ialah Jean William Fritz Piaget
mengenai saiz, bentuk dan berat, di samping memperkenalkan konsep matematik
awal seperti besar dan kecil, kosong dan penuh.
 Mengumpulkan Benda Berwarna Sama
 Mengumpulkan benda yang berwarna sebagai pengenalan anak pada warna yang
terdapat pada benda tersebut. Dalam kegiatan ini anak menjadi paham konsep warna;
daya ingat, kefokusan dan konsentrasi; kemampuan menyelesaikan masalah.
 3. Sorting Shapes
 Bermain sorting shape agar anak dapat mengetahui apakah anak mampu
membedakan beragam bentuk, seperti bentuk hati, segitiga, bulat, persegi dan
sebagainya. Kita dapat mengenalkan berbagai  bentuk kepada anak, dengan
menunjukkan bentuk sambil menyebutkan namanya. Kegiatan ini, anak mampu
mengenal warna, konsep dan bentuk; koordinasi mata dan tangan anak; daya ingat,
ketelitian, kefokusan, dan konsentrasi; mampu menyelesaikan masalah.

Aktiviti:

1.  membuat sampan dan perahu daripada kertas
2.  melukis dan mewarna haiwan yang tinggal di dalam air (ikan)
3.  menyanyi lagu “Buih Sabun” sambil membuat pergerakan kreatif
4.  Singing and Creative Movement “ Row, Row Your Boat”

Lagu “Buih Sabun”


Saya suka main buih sabun
Gelembung bulat,
Cantik berkilat
Bila ditiup angin berkawan
Terbang tinggi, sampai ke awan
Sabun taruh air kocak-kocak
jadi buih…..
Ambil buluh celup
Tiup buih terbang sayup…

Lagu “Row, Row Your Boat”


Row, Row, Row your boat
Gently down the stream
Merrily, merrily, merrily
Life is but a dream
Terdapat pelbagai teori mengenai proses perkembangan kanak-kanak . Teori Perkembangan
Kognitif  Kanak-Kanak Jean Piaget adalah salah satu daripadanya. Nama sebenar pengasas
teori ini ialah Jean William Fritz Piaget

PERKEMBANGAN
EMOSI

PERKEMBANGAN
SOSIOL

PERKEMBANGAN
FIZIKAL KEMAHIRAN MOTOR
PERKEMBANGAN KANAK KASAR
-KANAK

PERKEMBANGAN KEMAHIRAN MOTOR


KOGNITIF HALUS

PERKEMBANGAN
BAHASA

1.  membuat sampan dan perahu daripada kertas


2.  melukis dan mewarna haiwan yang tinggal di
dalam air (ikan)
Aktiviti: 3.  menyanyi lagu “Buih Sabun” sambil membuat
pergerakan kreatif
4.  Singing and Creative Movement “ Row, Row Your
Boat”

You might also like