You are on page 1of 3

TUGASAN KULIAH M4

NAMA : MUHAMMAD IRFAN BIN ABU HANIFAH

TARIKH : 24 SEPTEMBER 2020

KUMPULAN : PISMP SEJ (SK) JUN 2018

SOALAN

1. Renaissance telah menyebabkan kemunculan negara bangsa. 

a. Jelaskan apakah kepentingan Renaisance dalam sejarah eropah.

Antara kepentingan Renaissance dalam sejarah Eropah ialah kemunculan


para penulis yang membawa kepada kemajuan zaman seperti Niccolo
Machiavelli iaitu seorang Diplomat yang menyarankan politik melalui buku
beliau iaitu The Prince yang menerangkan cara untuk seseorang penguasa
memiliki, mengekalkan dan meningkatkan kekuasaanya. Selain itu, penulis
Rene Discartes dalam bukunya Discourse of Method juga merupakan bukti
kepentingan Renaissance di mana beliau mengatakan bahawa segala-
galanya bermula dengan manusia dan tanpa manusia, tiada apa-apa yang
terhasil.
Selain itu, Renaissance juga telah membawa kemajuan ekonomi kepada
tamadun Eropah seperti Florence, Milan dan Genoa yang telah berkembang
menjadi pusat politik, ekonomi dan sosial. Hal ini kerana bandar-bandar
tersebut menjadi tumpuan orang kaya seperti keluarga Medici yang tinggal di
Florence. Penambahan orang kaya di Bandar telah menyebabkan timbulnya
konsep ekonomi yang baru seperti kapitalisme dan dasar ekonomi
merkantilisme pada abad 16 dan 17. Kapitalisme ialah satu sistem yang
mengalakkan pengumpulan modal, hak milik persendirian, persaingan untuk
pasaran dan perniagaan untuk keuntungan manakala merkantilisme ialah
satu sistem yang menjadikan negara kaya dan berkuasa.

b. Nyatakan ciri-ciri Zaman Renaissance


 Pertumbuhan Bandar-bandar baharu atau negara kota yang kaya raya dan
merdeka seperti Florence, Venice, Milan, Rom dan Naples.
 Tiada lagi sistem feudal di mana taraf hidup ditentukan oleh sumber
kekayaan, kuasa politik dan bakat seseorang yang memberi kelonggaran
kepada sesiapa yang ingin mencapai cita-cita tanpa kongkongan golongan
bangsawan
 Perkembangan perdagangan dan industri di Bandar yang mewujudkan
golongan baharu iaitu pertengahan iaitu golongan baharu yang dapat
mengecap kemewahan. Mereka juga membawa faham sekular iaitu fahaman
yang mengutamakan kemewahan dan kebendaan daripada agama Kristian
 Penjelajahan dan pelayaran ke seberang laut seperti ekspedisi Putera Henry,
Christopher Columbus

 2.   a. Apakah faktor-faktor kemunculan Zaman Renaissance.

 Sumbangan tamadun Islam melalui ilmu pengetahuan terutamanya sains


seperti Robert Grosseteste dan Roger Bacon.
 Penindasan pihak gereja terhadap masyarakat. Isu seperti kekuasaan paderi
yang begitu besar di samping mereka hanya menggunakan kekuasaan itu
untuk mendapatkan kekayaan semata-mata.
 Kemunculan golongan pertengahan yang mempelopori idea-idea baharu
berkaitan kehidupan dan peranan individu seperti isu humanisme yang
menyebabkan peranan gereja semakin berkurang

       b. Berikan 5 kesan-kesan Zaman Renaissance

 Perkembangan teknik percetakan oleh Johan Gutenberg yang membolehkan


penerbitan buku yang lebih banyak dengan kos yang rendah.
 Pemikiran humanisme yang mengkaji tentang manusia, idea-idea agung dan
keseniaan klasik dan bersifat sekular.
 Perkembangan ilmu-ilmu baharu yang berteraskan sains, kesusasteraan dan
melahirkan tokoh-tokoh baharu seperti Niccolo Machiavelli, Galileo Galilei
 Penemuan kawasan-kawasan baharu yang membawa kepada kemajuan
tamadun Eropah seperti Amerika oleh Christopher Columbus
 Pengembangan Bandar baharu yang cantik seperti Florence, Milan dan
Genoa melalui sokongan gplongan pertengahan.

You might also like