You are on page 1of 8

SK PASANGAN

KG KUANTAN, 45600 BESTARI JAYA

SELANGOR

KERTAS KERJA
KECERIAAN PRASEKOLAH
(Program Menaiktaraf Cat Kelas Prasekolah)
1. PENDAHULUAN

Projek ini adalah aktiviti bersama Jawatankuasa Pewaris Prasekolah SK Pasangan bagi
menambah keceriaan kelas Prasekolah Bestari. Kertas kerja ini menggariskan pengisian projek
keceriaan Prasekolah dengan mengambilkira penglibatan semua warga sekolah termasuk ibu
bapa,guru-guru dan PEWARIS prasekolah. Di masa yang sama semangat kecintaan terhadap
prasekolah dapat dipupuk dengan meletakkannya sebagai matlamat yang utama di samping dapat
menceriakan lagi persekitaran prasekolah.

2. OBJEKTIF

I. Menaiktaraf cat bangunan luar Prasekolah


II. Memupuk kerjasama antara ibu bapa,guru-guru dan PEWARIS prasekolah.
III. Menunjukkan komitmen yang tinggi ke arah kecemerlangan dalam menceriakan lagi kawasan
persekitaran prasekolah.
IV. Menunjukkan inisiatif ke arah meningkatkan akademik, nilai-nilai murni dan isu semasa di
kalangan murid secara berterusan.

3. JAWATANKUASA PELAKSANA

PENASIHAT : Encik Mohd Rozaini bin Surif (Guru Besar)


PENGERUSI : Encik Abdul Halil bin Abdul Rahman ( PK 1)
NAIB PENGERUSI 1 : Encik Mohd Normazlan bin Sabran ( PK Kokurikulum)
NAIB PENGERUSI 2 : Encik Abdullah bin A.Rahman(PK HEM)
PENGERUSI PEWARIS : Encik Arpan bin Esa
NAIB PENGERUSI PEWARIS : Puan Ikmala Husna binti Isnin
AJK ( IBU BAPA) : Puan Halimaton Saadiah binti Abdul Rahim Zainuddin
: Puan Pauziah binti Mat Dom
: Encik Roslan bin Noor
: Encik Mohd Azizi bin Sulaiman
: Encik Mohd Fadlly bin Tomino
AJK (GURU) : Puan Nurrafidah binti Jamaluddin
: Puan Hatiza binti Hat
: Encik Zamri bin Mohamad
PENYELARASPROJEK : Puan Rokiah binti Md Yusof
PEN. PENYELARAS : Puan Amylia binti Ismail
SETIAUSAHA : Puan Rokiah binti Md Yusof
BENDAHARI : Puan Norhasimah binti Hashim

4. CADANGAN PELAKSANAAN

JAWATANKUASA
AKTIVITI
PELAKSANA
4.1. Membuat mural pada dinding - Puan Nurrafidah binti
- Melukis dan mewarna mural pada dinding tempat mengambil Jamaluddin
wuduk. - Puan Amylia binti Ismail
- Puan Ikmala Husna binti
Isnin
- Encik Arpan bin Esa
4.2. Mengecat tiang luar kelas
- Encik Mohd Azizi bin
- Mengecat semula tiang di bahagian luar kelas prasekolah
Sulaiman
- Encik Roslan bin Noor
- Encik Zamri bin Mohamad
- Puan Rokiah binti Md
Yusof
4.3. Mengecat dan mengindahkan kawasan luar kelas
- Puan Hatiza binti Hat
- Dinding di bahagian luar dicat semula
- Puan Norhasimah binti
Hashim
- Encik Mohd Fadlly bin
Tomino
- Puan Halimaton Saadiah
4.4. Mengemaskini semula bilik stok.
binti Abdul Rahim
- Mengeluarkan semua barang yang terdpat di dalamnya
Zainuddin
- Menyusun semula barang yang masih lagi boleh digunakan dengan
- Puan Pauziah binti Mat
kemas dan teratur
Dom
- Pekerja Swasta

- Pekerja Swasta dan semua


4.5. Kerja- kerja pembersihan kawasan keceriaan
yang terlibat.

5. KEPERLUAN DAN ANGGARAN PERBELANJAAN

JUMLAH
BIL PERKARA KUANTITI
(RM)

1. Cat Undercoat simen 2 tong ( 7 liter) 70.00

2. Cat warna 4 tong ( 7 liter) 160.00

3. Berus cat dan roller cat 5 unit 50.00

4. Masking tape 5 gulung 20.00

5. Spray Clear 5 tin 35.00

JUMLAH KESELURUHAN 335.00

6. PENUTUP

Pihak kami berharap projek ini akan mendapat sokongan daripada semua pihak dan mencapai
kejayaan di samping mengeratkan hubungan antara ibu bapa dan pihak prasekolah.

Disediakan oleh, Disemak oleh,


............................................... .............................................................
(ROKIAH BINTI MD YUSOF) (ABDUL HALIL BIN ABDUL RAHMAN)
Guru Prasekolah PK Kurikulum

Diluluskan oleh,

………………………..………
(MOHD ROZAINI BIN SURIF)
Guru Besar

7. LAMPIRAN
Penerangan : Dinding luar kelas prasekolah yang mahu di cat semula.

Penerangan : Tiang luar kelas prasekolah yang mahu di cat semula.


Penerangan : Dinding luar kelas prasekolah yang perlu di cat semula.

Penerangan : Dinding luar kelas prasekolah yang perlu di cat semula.


Penerangan : Dinding luar kelas prasekolah yang mahu di cat semula.

Penerangan : Bilik Stok yang perlu dikemas .

You might also like