You are on page 1of 11

24/10/2012 Di sebalik majlis pengijazahan universiti - Malaysiakini

ENGLISH MALAY 中文 தமி KE N A L I KA M I SE RT A I KA M I H U BU N G I KA M I I KU T I KA M I

LOGIN | IP LOGIN | SUBSCRIBE NOW Iklan | New Media School | Mobile | RSS | C arian

UTAMA BERITA KOLUM SURAT VIDIO CJ.MY BOOKS PEKERJAAN CARS PROPERTY MAP

TRENDING Government performance UMNO Corruption MCA Parliament

SHA RE THIS STORY

1.1 ribu -
33
Suka Tw eet

CA RTOONKINI

Di sebalik majlis pengijazahan universiti

Mohamad Firdaus Pozi


2:00PM Okt 20 2012

ULASAN Majlis pengijazahan tinggi martabatnya dalam tradisi


keilmuan di seantero dunia.

Dalam majlis menyambut kejayaan penuntut dalam bidang masing-


masing ini, graduan akan menyarung jubah dan diletakkan di atas
kepala topi akademik (mortar board).

Dan kemudian siap sedia untuk menerima segulung ijazah daripada


universiti.

Namun begitu, kini ramai yang beranggapan bahawa etika pemakaian


dan pengijazahan ini hanyalah upacara rasmi universiti tanpa ada
makna pengiktirafan ilmu.
Advertise here
Ada juga beranggapan bahawa ia upacara yang dicedok sepenuhnya
daripada Barat. Jika begitu, dari mana asal tradisi ini dan apakah
semangat di sebalik pemakaian topi akademik, jubah dan penerimaan
ijazah?

Saya terpanggil untuk menerangkan secara ringkas empat aspek


utama dalam majlis pengijazahan universiti yang perlu dihayati setiap
graduan supaya berbekas dalam hati sanubari bahawa mereka
sebenarnya membawa tanggungjawab yang berat.

Mereka memikul amanah guru untuk menyampaikan ilmu mereka


kepada orang lain di samping menghargai sumbangan tamadun Islam
dalam membentuk tradisi keilmuan dunia.

Tradisi pengajian hadis, tafsir

Istilah ijāzah berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud


"kebenaran atau keizinan yang diberikan oleh guru kepada penuntut
untuk menyampaikan ilmu yang dipelajari" (license to teach).

Tradisi yang asalnya diamalkan dalam ilmu hadis dan tafsir ini
dibangunkan sejak abad ke-4 Hijrah atau ke-10 Masihi.

Kemudian, pada abad ke-12 Masihi, tamadun Eropah Kristian


mencedok masuk ke dalam sistem pendidikan mereka dengan
menggantikan istilah ijazah kepada licentia docendi.

Namun konsep itu mula dipisah-pisahkan kepada sijil, diploma, izajah


dan seterusnya. Berbanding licentia docendi yang hanya dikurniakan

www.malaysiakini.com/news/212236 1/11
24/10/2012 Di sebalik majlis pengijazahan universiti - Malaysiakini
oleh universiti, penganugerahan ijāzah terletak pada hak guru.

Ini membuatkan guru pada waktu itu amat bersungguh-sungguh


mendidik penuntut kerana mereka bertanggungjawab terhadap apa
yang diajar dan apa yang akan diajar oleh anak murid mereka kepada
orang lain.

Para penuntut pula bersungguh-sungguh mendalami ilmu untuk


mendapatkan pengiktirafan daripada guru. Tempoh untuk
mendapatkan ijazah juga tidak tetap kerana bergantung kepada
prestasi penuntut untuk meyakinkan guru.

Inilah faktor penting mengapa taraf pendidikan dan budaya ilmu


dalam tradisi pendidikan Islam dapat dikekalkan.

Kandungan dalam ijazah pula akan dimulakan dengan basmalah, puji-


pujian kepada Allah dan Nabi Muhammad SAW dan para sahabat
serta potongan ayat al-Qur'ān yang menyebut tentang ketinggian
taraf orang yang berilmu.

Contohnya surah al-Zumar ayat ke-9. Kemudian guru akan


menyatakan namanya dan berterima kasih kepada guru sewaktu
mereka masih menuntut , nama penerima ijazah, akhlak serta
prestasi penerima semasa menuntut ilmu dan pelbagai maklumat
yang memaparkan jalur pewarisan ilmu (silsilah) mereka.

Ijazah kebiasaannya akan diberikan dalam bentuk buku kecil yang


mengandungi maklumat hingga mencapai dua puluh muka surat dan
lebih berbanding sijil zaman ini dalam sehelai kertas yang digulung
tanpa nama guru yang mendidik mereka. Camping Shop
we sale outdoor gear
Al-Quran di atas songkok

Advertise here
Dalam tradisi pendidikan Islam, apabila seseorang itu layak
diijazahkan, mereka akan memakai penutup kepala seperti kopiah
atau songkok kemudian di atasnya akan diletakkan al-Quran (kini
diganti dengan lapisan tebal berbentuk segi empat) dan kemudian
diikat pada kepala si penerima ijazah.

Ia sebagai simbol ketinggian ilmu yang dimilikinya dan berikrar akan


menyampaikan ilmu yang dikuasainya dengan tulus ikhlas dan
bertanggungjawab sepenuhnya terhadap ilmu yang dimiliki.

Menariknya jika dilihat zaman ini, ramai graduan secara berjemaah


melontar topi mereka ke udara dengan muka yang ceria mungkin
merasakan itu sekadar topi sahaja.

Jubah yang dipakai oleh penuntut dan guru mengikut warna masing-
masing bertujuan membezakan orang awam dengan penuntut ilmu
dan ilmuwan. Terdapat juga kisah di mana seorang menteri perlu
menukar jubah menteri kepada jubah sarjana bila ingin membacakan
hadis kepada pendengar.

Jika seorang itu layak mengajar, mereka akan disarungkan jubah


yang digunakan oleh ilmuwan dan upacara ini masih diteruskan
sehingga kini, terutamanya penganugerahan kepada penerima ijazah SamsungShow Now!-12%RM
doktor falsafah.

Justeru itu, seperti mana mereka tidak dibenarkan meletakkan al-


Qurann di atas kepala dan menyarung jubah akademik sehingga
mereka benar-benar layak, seperti itu juga para penuntut universiti
kini dilarang memakai jubah dan topi akademik sebelum mereka layak
1935RM 2199Neu SamsungShow
memakainya.

Begitulah ketinggian budaya ilmu yang dipaparkan dalam tradisi


pendidikan Islam demi menjaga kesucian ilmu dan para graduan
seharusnya menjiwai setiap maksud yang terkandung di dalam majlis
pengijazahan ini.
Now!-20%RM 639RM 799Neu
Hari yang bersejarah ini sebenarnya bukanlah hari teristimewa antara
graduan dengan keluarganya mahupun rakan sekuliah walaupun tidak
dinafikan mereka juga penting, tetapi saat intim antara anak murid
dengan guru untuk mengimbau pengembaraan ilmu mengajar dan
belajar.

Dengan mendalami setiap perkara di atas, kita boleh membuat


kesimpulan bahawa setiap peri laku dan pemakaian dalam majlis
pengijazahan membawa makna mengiktiraf ketinggian ilmu.

Selain itu, tujuan mendapatkan ijazah untuk menyampaikan ilmu dan


melaksanakan amanah yang diberikan oleh guru.

Namun, kini, apabila tujuan mendapatkan ijazah ditumpukan semata-

www.malaysiakini.com/news/212236 2/11
24/10/2012 Di sebalik majlis pengijazahan universiti - Malaysiakini
mata hanya kepada kemahuan ekonomi dan pasaran kerja hingga
makna ilmu itu tidak meresap ke dalam diri masing-masing; maka
terjadilah gejala yang tidak menzahirkan nilai kesarjanaan.

Ia antaranya menari beramai-ramai di depan Dewan Canselor dan


pelbagai sambutan yang didorong dengan hawa keseronokan walhal
waktu ini mereka dihormati sebagai bakal ilmuwan, bukan penghibur.

Oleh itu, adalah wajar ditanya kepada kesemua graduan, adakah kita
berhak mendapat penghormatan sebagaimana dibincangkan di atas?

MOHAMAD FIRDAUS POZI calon sarjana sains Universiti Kebangsaan


Malaysia. Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya
menggambarkan pendirian rasmi Malaysiakini.

PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang


diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan
tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko
akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

61 komen

Tambah Komen

Kirim ke Facebook Kirim sebagai Firdaus Pozi Rozi (Tukar) Komen

Muhammad Ariff · Subscribed · National University of Malaysia


Artikel yang ringkas dan padat berkenaan tradisi peng'ijazahan' dalam
Tamadun Ilmu Islam, :-D
Balas · 13 · Suka · Ikuti Kiriman · pada 20hb Oktober pukul 4.55 ptg

Muhammad Ariff · Subscribed · National University of Malaysia


congratulations Firdaus Pozi Rozi, atas tulisan yang bermakna
ini. :-D
Balas · 4 · Suka · pada 20hb Oktober pukul 4.56 ptg

Muhammad Ariff · Subscribed · National University of Malaysia


for the kind attention, Muein Abadi, Muhammad Rahimi, Hussain
Yusri, Ukasyah Hassan, Noorazma Deris, Hidir Mohamed
Balas · 2 · Suka · pada 20hb Oktober pukul 4.57 ptg

Firdaus Pozi Rozi · Pengulas Tertinggi · Universiti


Kebangsaan Malaysia
InshaAllah kalau dapat keizinan pensharah, akan dibacakan di
hadapan graduan sains nuklear, keluarga mereka dan para
pensharah.
Balas · 6 · Suka · pada 20hb Oktober pukul 4.57 ptg

Lihat 2 lagi

Kasihku Seru · UKM


disebalik pengijazahan universiti.. menarik... bersemangat utk terus maju ..
penulis ni senior fizik ukm...
Balas · Suka · Ikuti Kiriman · 22 jam yang lalu

Che Hasan Asyrazi · Bekerja di God


silsilah dan makna pengijazahan yang wajib diketahui oleh semua orang
terutamanya orang Islam. Ijazah hari ini skedar kosmetik jika tidak bersama-
sama penghayatan maknanya. sekadar untuk mencari kerja tidak lebih
kurang. betapa ramai hari ini mempunyai ijazah kosong ilmunya. tq akhi
Firdaus Pozi Rozi atas perkongsian ini......
Balas · 2 · Suka · Ikuti Kiriman · pada 20hb Oktober pukul 5.56 ptg
www.malaysiakini.com/news/212236 3/11
24/10/2012 Di sebalik majlis pengijazahan universiti - Malaysiakini
Balas · 2 · Suka · Ikuti Kiriman · pada 20hb Oktober pukul 5.56 ptg

Hazwani Rebecca Ilham Rameli · Jurutera Reservoir di Kuala Lumpur,


Malaysia
"Namun, kini, apabila tujuan mendapatkan ijazah ditumpukan semata-mata
hanya kepada kemahuan ekonomi dan pasaran kerja hingga makna ilmu itu
tidak meresap ke dalam diri masing-masing; maka terjadilah gejala yang tidak
menzahirkan nilai kesarjanaan."

Tulisan yang ringkas tetapi padat, Bro Firdaus Pozi Rozi.


Balas · 2 · Suka · Ikuti Kiriman · pada 20hb Oktober pukul 2.53 ptg

Abdullah Ahmad · Pengulas Tertinggi


tidak diterapkan dgn ilmu murni sehingga individu mementingkan
diri sendiri............rasuah, kroni, penyelewengan, etc.
Balas · Suka · pada 20hb Oktober pukul 6.27 ptg

Syam Sha · Maktab kent tuaran


jgn salahkn ibu mengandung... ilmu yg x d gunakan dgn
sebaiknya ... ssorg itu akn terpesong penggunaanya...... trllu
pintar....... hgga trsesat.
Balas · Suka · pada 20hb Oktober pukul 6.53 ptg

Khairil Husni · Pengulas Tertinggi · UiTM Pulau Pinang


http://www.youtube.com/watch?v=THWxhrmtvq4
Balas · Suka · pada 20hb Oktober pukul 7.25 ptg

Lihat 1 lagi

Firdaus Khairi · Subscribed · Universiti Teknologi Malaysia (UTM)


Mahasiswa perlu mengangkat serta melihat setiap makna sebenar setiap
makna. Gerakan berfikir dari satu makna ke satu makna adalah proses
berfikir. Tulisan ini salah satu tulisan yang akan membuatkan kita kembali
berfikir . Alhamdulillah =)
Balas · Suka · Ikuti Kiriman · hari Isnin, pada pukul 3.56 pagi

Diplomatik Bebas · Langgani · Pengulas Tertinggi · 191 subscribers


Artikel yang cukup menarik. Akan ku simpan untuk rujukkan masa hadapan.

Orang Islam perlu tahu sejarah nie. :)

KAMI UNDI PAKATAN RAKYAT!!!!


Balas · 24 · Suka · Ikuti Kiriman · pada 20hb Oktober pukul 3.14 ptg

Jazman Jusoh · Pengulas Tertinggi · Kerana Tuhan untuk


Manusia
Kerana TUHAN untuk MANUSIA.
Balas · 1 · Suka · pada 20hb Oktober pukul 7.59 ptg

Mohd Omar · Pengulas Tertinggi · UTM, Jalan Gurney, KL


1976-1980
inilah kesilapan kita ... dari kecil telah kita latih sekadar
mengejar "SCORE A" dalam semua jenis peperiksaan ... dulu
dulu masa teman gheghenik .... cikgu atau sesiapa juga yang
lebeh dewasa akan menyoal budak budak ... cita cita atau nak
jadi apee, bila besar dan ada yang menyambung soalan, sebab
ape pilih cita cita itu .... tapi sekarang ni, soalannye, berapa A
dapat atau berapa A boleh dapat ... begitulah rendahnye
mentaliti kita berbanding zaman dahulu (orang tua tua dulu
dianggap tidak berpelajaran), tapi berpandangan jauh untuk
masa depan generasi yang akan mengambil alih (meneruskan)
kehidupan ... tapi kita yang dianggap berpelajaran, sekadar
nampak 'ape yang ade didepan kita sahaja (berapa A) ... dasar
pendidikan perlu dipulihkan semula ... sesuai dengan keperluan
pendidkan sejagat ...
Balas · 1 · Suka · hari Ahad, pada pukul 12.55 pagi

Fadzilah Yusoff · Pengulas Tertinggi · Sekolah menengah


tumpat
nak kata salah anak2 100% pun tok leh gak..dah cgu2, ibubapa
pun mentaliti mcm tu..."belajar pandai2 nanti dpt kj bagus...gaji
besau"
Balas · Suka · hari Ahad, pada pukul 8.22 pagi

Lihat 1 lagi

Aedlan Ahmad · University Malaysia Pahang


sekarang kita baru tahu...
Balas · 8 · Suka · Ikuti Kiriman · pada 20hb Oktober pukul 4.05 ptg

Firdaus Pozi Rozi · Pengulas Tertinggi · Universiti


Kebangsaan Malaysia

www.malaysiakini.com/news/212236 4/11
24/10/2012 Di sebalik majlis pengijazahan universiti - Malaysiakini
Terima kasih kerana sudi membaca tulisan saya ini. semoga
beroleh manfaat.=)
Balas · 4 · Suka · hari Ahad, pada pukul 1.21 pagi

Aedlan Ahmad · University Malaysia Pahang


tahniah atas penulisan yang berkualiti dan membangun...
Balas · Suka · hari Ahad, pada pukul 9.03 ptg

Azizul Hakim Lahuri · Bekerja di Kolej Teknologi Timur


marilah sama sama menghayati erti pengurniaan ijazah...... ilmu jika tidak
diamalkan dan disampaikan hanya tinggal ilmu yang akan hilang begitu
sahaja...... ilmu yang disampaikan kepada yang lain dan diamalkan mereka,
insyAllah, pahala berterusan sehingga ke liang lahat.......
Balas · 5 · Suka · Ikuti Kiriman · hari Ahad, pada pukul 11.24 ptg

Nur Suhana · Langgani · 132 subscribers


Zaman dahulu, para graduan sekembalinya ke kampung diberikan
penghormatan yang begitu tinggi jua, mendapat kepercayaan dan memiliki
kebolehupayaan untuk memimpin masyarakat dikampungnya. Graduan
adalah penggerak & pencorak masyarakat. Kini? Menjadi graduan sekadar
untuk mendapat kenaikan pangkat, dan universiti telah direndahkan
tarafnya menjadi kilang penghasilan pekerja.

Perkara ini harus dibetulkan semula. Wahai para graduan, kita menggalas
tugas yang besar dalam masyarakat. Luaskan skop keupayaan anda. Tanah
air ini memerlukan lebih ramai para pemikir & penggerak demi generasi akan
datang :)
Balas · 4 · Suka · Ikuti Kiriman · hari Ahad, pada pukul 10.37 ptg

Zulhafidz Yahaya · Langgani · Pengulas Tertinggi · Uitm


seri iskandar · 476 subscribers
Top Commenter? ehe. btul tu dr!
Balas · 2 · Suka · hari Ahad, pada pukul 10.38 ptg

Nur Suhana · Langgani · 132 subscribers


Saya belum jadi Dr Abg Zul. A very long way to go, more
experience needed before enrolling to doctorate level! :D
Balas · 1 · Suka · hari Ahad, pada pukul 10.41 ptg

Shahrizal Che Jamel · Masterskill university college


SILAKAN BACA KAWAN2 KU...(ERTI PENGIJAZAHAN @ CONVOCATION YG
SEBENAR) Di sebalik majlis pengijazahan universiti
Balas · 4 · Suka · Ikuti Kiriman · hari Isnin, pada pukul 10.47 ptg

Zakaria Lahadi · UiTM (ITM) Malacca, USM Penang,


Salam,
Saya sangat-sangat bersetuju dengan komen dan pandangan yang tulis oleh
Tuan Mohamad Firdaus Pozi. Kebanyakan graduan / siswazah tidak
menunjukkan atau mencerminkan diri mereka berilmu. Malahan mereka
bangga dan bukannya bersyukur dengan ilmu yang dikurniai Allah SWT
kepada mereka. Antaranya;-
i. Mereka mendapatkan ilmu bukan untuk masyarakat, tetapi kepentingan diri
sendiri.
ii. Mereka angkuh jawatan yang diamanahkan sehingga mereka memandang
rendah rakan sejawat dan mereka yang duduk di bawahnya.
iii. Mereka tidak hadam dengan ilmu yang mereka pelajari dan tidak
mengetahui darjat diri, hanya pandai bercakap dan mengarah sahaja, tetapi
tidak faham dengan apa yang dicakapnya dan tidak tahu apa yang diarah.

ILMU LAMBANG TAMADDUN DIRI

Cuba tuan-tuan perhatikan kebanyakan perangai dan gelagat pegawai-


pegawai atasan kerajaan.

Maaf , hanya pandangan sepintas lalu sahaja.


Balas · 2 · Suka · Ikuti Kiriman · hari Isnin, pada pukul 7.48 pagi

Mohammad Naim Firdaus · Photographer di Utusan Melayu (M) Berhad


Hanya pandangan seorang insan..setiap yang dicatit ada sebabnya..ia
takan mudah sengaja dihamparkan..
Balas · 2 · Suka · Ikuti Kiriman · hari Ahad, pada pukul 11.41 ptg

Kamsiah Binti Ab Rashid · Pengulas Tertinggi · Universiti Pertanian


Malaysia
Sesungguhnya jelas Islam amat mengiktiraf mereka yg berilmu. T.kasih dan
syabas buat penulis berkongsi maklumat.
Balas · 2 · Suka · Unfollow Post · pada 20hb Oktober pukul 8.51 ptg

Firdaus Pozi Rozi · Pengulas Tertinggi · Universiti


Kebangsaan Malaysia
Terima kasih kerana sudi membaca tulisan saya ini. semoga
beroleh manfaat.=)
www.malaysiakini.com/news/212236 5/11
24/10/2012 Di sebalik majlis pengijazahan universiti - Malaysiakini
beroleh manfaat.=)
Balas · Suka · hari Ahad, pada pukul 1.21 pagi

Ford Ranger · Pengulas Tertinggi · Authorised Distributor di SAG


(Semangat Anggun Group)
dulu ada jugak jaminan dpt mengisi kerja kosong. skrg kerja byk yg kosong,
tp kalau tk ada kontek, kosonglah harapan. anak2 sipolan bin sipolan, walau
cuma general degree, dan kursus yg terlalu mudah, tk berkaitan, akan dpt
mengisi jawatan kosong. anak org biasa.... melopong.....
Balas · 1 · Suka · Ikuti Kiriman · hari Isnin, pada pukul 9.48 pagi

Khairil Husni · Pengulas Tertinggi · UiTM Pulau Pinang


http://www.youtube.com/watch?v=THWxhrmtvq4
Balas · 1 · Suka · Ikuti Kiriman · pada 20hb Oktober pukul 7.24 ptg

Sar Rah
Aidil Azer..panduan hidup
Balas · 1 · Suka · Ikuti Kiriman · hari Isnin, pada pukul 1.05 pagi

Aidil Azer · Bekerja di Bibliothèque


ritual ambik ijazah.
Balas · Suka · hari Isnin, pada pukul 2.36 pagi

Raff'z Ahmad · Langgani · Strategic Planner di K-2 Sport Master


Majlis Konvo awal 2012. ketika member lain sibuk buat perancangan nk
sambut, ambo seperti tiada perasaan untuk sambut. sehingga ambo x tahu
majlis konvo telah berlalu. memang niat x nak ikut...

lagipun ambo duk kalut cari tapak berniaga masa tu. hoho
Balas · 1 · Suka · Ikuti Kiriman · pada 20hb Oktober pukul 6.08 ptg

NadiahZikri Nad · Universiti Malaysia Sabah


pelik pado ore skmo..
Balas · Suka · pada 20hb Oktober pukul 6.13 ptg

Raff'z Ahmad · Langgani · Strategic Planner di K-2 Sport


Master
malah terikut adat. huhu
Balas · 1 · Suka · pada 20hb Oktober pukul 6.48 ptg

Ladybird Bug · STS High School


tak po, ilmu yg dipelajari itu penting................scrol tu hanya
sebagai bukti manakala pesta konvo tu adalah untuk oportinist
berniaga....................:)
Balas · Suka · pada 20hb Oktober pukul 6.50 ptg

Lihat 3 lagi

Hazim Haris · IIUM / UIAM


Alhamdulillah. Patutla rasa semacam je ble tgk org y xspatutnya pkai pkaian
tu bgmbar bgai. Rupanya pkaian tersebut mempunyai nilai dan status yang
tinggi.
Balas · 1 · Suka · Ikuti Kiriman · hari Ahad, pada pukul 2.54 pagi

Irwan Mohammad Ali · Lecturer di UiTM Malaysia


Ilmu tanpa amal (praktik) hanyalah sekadar maklumat...
Ilmu yang disertai dengan amal adalah ilmu yang hakiki...
Balas · 1 · Suka · Ikuti Kiriman · hari Ahad, pada pukul 11.21 pagi

Zaib Ngah Ngah · UKM


apa pun ilmu menjadi paksi kepada segalanya. pemikiran, persepsi, penilaian
dan tindakan seseorang asasnya dengan ilmu. Kita berbangga dgn
seseorang kerana ilmu dan kita boleh merendahkan seseorang pun dgn
ketiadaan ilmu.
Balas · 1 · Suka · Ikuti Kiriman · pada 20hb Oktober pukul 3.26 ptg

Sakinah Zaib · Bekerja di Madrasah Dakwah dan Tarbiyah


waah...abah dah aktif fb...abah gunalah untuk dakwah...abah
kan imam muda...hehe..:)
Balas · Suka · pada 20hb Oktober pukul 3.27 ptg

Anas Zainuddin · Bekerja di Kementerian Pelajaran Malaysia


bagus dan amat setuju, saya ada juga belajar perkara ni dalam ulum al
hadis.
Balas · 1 · Suka · Ikuti Kiriman · hari Ahad, pada pukul 12.38 pagi

Mohd Azizee Bin Sukor · ITTHO, KUITTHO, UTHM


untuk peringatan pada diri dan kawan2 yang akan konvo di UTHM pada 3
dan 4 nov ni.
www.malaysiakini.com/news/212236 6/11
24/10/2012 Di sebalik majlis pengijazahan universiti - Malaysiakini
dan 4 nov ni.
Balas · 1 · Suka · Ikuti Kiriman · hari Ahad, pada pukul 1.57 pagi

Suhaila Bt Sapuan Ila · KPM di Sktdj


Terima kasih atas perkongsian ilmu.
Balas · 1 · Suka · Ikuti Kiriman · hari Ahad, pada pukul 10.00 pagi

Encik Fikri · Langgani · Pengulas Tertinggi · Translator/Editor di


Freelance
artikel yang AMAT menarik yang perlu kita tahu
Balas · 1 · Suka · Ikuti Kiriman · pada 20hb Oktober pukul 10.09 ptg

Pakai Otak · Pengulas Tertinggi · Dgn Kawan 2


Mereka bukan lagi org berilmu tetapi org yg terkeliru...///
Balas · 1 · Suka · Ikuti Kiriman · pada 20hb Oktober pukul 2.21 ptg

Mukhriz Hazim · Photographer di QubuHero Studio


Bacalah
Balas · 1 · Suka · Ikuti Kiriman · hari Isnin, pada pukul 2.06 ptg

Prince Nub · Pengulas Tertinggi


"Ia antaranya menari beramai-ramai di depan Dewan Canselor dan pelbagai
sambutan yang didorong dengan hawa keseronokan walhal waktu ini mereka
dihormati sebagai bakal ilmuwan, bukan penghibur. "

Masalahnya kursus yang di ambil pun Sarjana Muda Persembahan Seni Tari,
memang untuk jadi penghibur la tu bukan jadi ilmuwan, tu yang terloncat2
atas pentas tu.
Balas · Suka · Ikuti Kiriman · pada 20hb Oktober pukul 6.15 ptg

Weast Jay · Pengulas Tertinggi · College


Tambah Komensatu komen yg sangat2 membina...
Balas · Suka · Ikuti Kiriman · pada 20hb Oktober pukul 7.00 ptg

Naz Megat · Kuala Lumpur, Malaysia


A good write-up and an eye opener!
Balas · Suka · Ikuti Kiriman · pada 20hb Oktober pukul 6.20 ptg

Mohd Zamani · Pengulas Tertinggi · Sekolah menengah zaaba


aku fikir kalau islam kata "yes" why not, tapi kalau islam kata no kita
tinggalkanlah....nak komen banyak akademik pun setakat sekolah menengah
jer....
Balas · Suka · Ikuti Kiriman · pada 20hb Oktober pukul 6.24 ptg

Mohd Zin Rasit · Universiti Malaya


Sepanjang perjalanan hidup, anda akan temui kekuatan dan kebolehan diri.
Anda akan kenali kuasa diri melalui program terhebat SAP, anda akan
mengenal lebih banyak potensi menjana pendapatan automatik.
Sebagaimana perjalanan itu berterusan secara fully automated, begitulah
juga dengan pendapatan yang akan dijana. Cepat aktifkan madul SAP, yang
belum beli, dapatkan sekarang! http://rm90.ibct.my/2406 huhu!
Balas · Suka · Ikuti Kiriman · pada 20hb Oktober pukul 7.43 ptg

Rosmadi Abu Bakar · Pengulas Tertinggi


ikut style upacara PENYEMBAH SYAITAN ni,,, ada la dia dah tukar sikit-sikit,,
tapi upacara yang sama.
Balas · Suka · Ikuti Kiriman · pada 20hb Oktober pukul 2.26 ptg

Mazrab Kanan · Pengulas Tertinggi


hebatnyakan nilai kopiah 4 segi tu kan, mana aku tau , aku tak pernah
sampai kesitu cuma sekolah atap jer, baru ni dapat info, tapi yang diorang
lambong2 tu apasal, macam tak suka kat alquran jer
Balas · Suka · Ikuti Kiriman · pada 20hb Oktober pukul 2.47 ptg

Faiz Qalam Setia · Langgani · Pengulas Tertinggi · Pengkarya di Qalam


Setia (qalamsetia.blogspot.com)
Malah ada yang tidak suka menghadiri majlis konvokesyen kerana meyakini
acara ini berasal daripada Barat.
Balas · Suka · Ikuti Kiriman · pada 20hb Oktober pukul 2.22 ptg

Syafiq Baharom · Guru di Kementerian Pelajaran Malaysia


artikel yg baik utk dibaca bg org yg suke video clip graduan yg menari dpn
dewan cansolar tu.......
Balas · Suka · Ikuti Kiriman · pada 20hb Oktober pukul 4.11 ptg

Akmal Ariffin · Pengulas Tertinggi · Boss of myself di Self Employed and


Loving It!
En Mohamad Firdaus Pozi... sebenarnya pencarian ilmu di Msia ni hanya
www.malaysiakini.com/news/212236 7/11
24/10/2012 Di sebalik majlis pengijazahan universiti - Malaysiakini
En Mohamad Firdaus Pozi... sebenarnya pencarian ilmu di Msia ni hanya
sekadar untuk mencari pekerjaan. Sepatutnya ianya adalah pencarian
kepada kebenaran tentang alam semesta. Ramai orang berjaya tanpa masuk
universiti. Lihat saja Steve Jobs dan Bill Gates. Don't be too serious about it.
It will eat you up.
Balas · Suka · Ikuti Kiriman · pada 20hb Oktober pukul 3.23 ptg

Hazirah Halim · Universiti Putra Malaysia


sejarahnya convo, mortar board dll... hmm... lps ni klu dpt lg xnk main
baling2...
Balas · Suka · Ikuti Kiriman · pada 20hb Oktober pukul 5.50 ptg

Abu Syafie Mnoor · Langgani · Pengulas Tertinggi · Klang


terbaik...
Balas · Suka · Ikuti Kiriman · pada 20hb Oktober pukul 6.13 ptg

Muhammad Uwais · Pengulas Tertinggi


Ramai yg berbuat sesuatu tanpa fikir apa maknanya.....
Balas · Suka · Ikuti Kiriman · pada 20hb Oktober pukul 2.15 ptg

Awan Biru · Pengulas Tertinggi · Biola University


sekarang...nilai graduan dipandang rendah kerana terlalu bergayut kepada
ibu bapa macam kanak-kanak tadika...maka nilai itu kurang bermakna...
Balas · Suka · Ikuti Kiriman · pada 20hb Oktober pukul 7.51 ptg

Peter Ashraf · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysia


The doctorate (Latin: doceo, I teach) appeared in medieval Europe as a
license to teach (Latin: licentia docendi) at a medieval university.[2] Its roots
can be traced to the early church when the term "doctor" referred to the
Apostles, church fathers and other Christian authorities who taught and
interpreted the Bible.[2] The right to grant a licentia docendi was originally
reserved to the church which required the applicant to pass a test, to take
oath of allegiance and pay a fee. The Third Council of the Lateran of 1179
guaranteed the access – now largely free of charge – of all able applicants,
who were, however, still tested for aptitude by the ecclesiastic scholastic.[3]
This right remained a bone of contention between the church authorities and
the slowly emancipating universities, but was granted by the Pope to the
University of Paris in 1231 where it became a universal license to teach
(licentia ubique docendi).[3] However, while the licentia continued to hold a
higher prestige than the bachelor's degree (Baccalaureus), it was ultimately
reduced to an intermediate step to the Magister and doctorate, both of
which now became the exclusive qualification for teaching.[3] -wikipedia-
Balas · Suka · Ikuti Kiriman · hari Ahad, pada pukul 12.43 pagi

Farah Abdul Aziz


Salam Artikel yang baik, boleh cadangkan buku rujukan berhubung sejarah
ini? tq
Balas · Suka · Ikuti Kiriman · hari Isnin, pada pukul 9.01 pagi

Firdaus Pozi Rozi · Pengulas Tertinggi · Universiti


Kebangsaan Malaysia
Berikut adalah rujukan saya ketika menulis makalah ini:

*Buku*
1) Khalil A. Totah. 1926. The Contribution of The Arabs to
Education. New York: Columbia University
2) Mehdi Nakosteen. 1964. History Of Islamic Origins of
Western Education.Boulder:Colorado Press
3) George Makdisi.1981. The Rise of College:Institutions of
Learning in Islam and The West. Edinburgh:Edinburgh University
Press
4)Ahmad Shalaby. 1976. Sejarah Pendidikan Islam. terj. H.
Muchtar Jahja dan M sanusi Latief. Singapura:Pustaka Nasional.

*jurnal*
1)Mesut Idriz. LESSONS FROM A UNIQUE MUSLIM
EDUCATIONAL TRADITION.
http://conference.nie.edu.sg/paper/Converted%20Pdf/
ab00110.pdf

atau terjemahannya boleh baca di sini : http://


hanputra.blogspot.com/2012/10/tradisi-penganugerahan-ijaz
ah-dalam_22.html

2)Mesut Idiz. From a Local Tradition to a Universal Practice:


Ijā... Lihat seterusny a..
Balas · Suka · Semalam pada pukul 1.24 pagi

Rosdi Meor Endut · University of Dundee


Apa kaitan Al-Zumar 39:9 dengan artikel ni...Penulis cuba terangkan sikit...
Balas · Suka · Ikuti Kiriman · hari Isnin, pada pukul 2.35 pagi

Firdaus Pozi Rozi · Pengulas Tertinggi · Universiti


Kebangsaan Malaysia

www.malaysiakini.com/news/212236 8/11
salam. sepatutnya perenggan itu bersambung dengan
perenggan sebelumnya tetapi editor telah memisahkannya
kepada perenggan yang lebih kecil untuk memudahkan
pembacaan. maknanya di sini di dalam ijazah mereka akan ditulis
potongan ayat al-Quran seperti surah az-zumar ayat ke-9 itu
yang menyebut ada beza di antara orang yang berilmu dengan
orang yang tidak berilmu.
Balas · Suka · Semalam pada pukul 1.13 pagi

Che Amir PakSu Pa · Kelantan


Syabash Mohamad Firdaus Pozi, Artikel kamu cukup memberi
pengajaran.Sybash.....
Balas · Suka · Ikuti Kiriman · hari Ahad, pada pukul 3.29 ptg

Kampus Troll
terbaikkkkkk
Balas · Suka · Ikuti Kiriman · hari Ahad, pada pukul 3.59 ptg

Ford Ranger · Pengulas Tertinggi · Authorised Distributor di SAG


(Semangat Anggun Group)
drpd dulu sampai sekarang, beratur masa konvo punyelah panjang. raptai
lg. tp yg dpt masa naik atas pentas adalah sarung ijazah kosong.......
Balas · Suka · Ikuti Kiriman · hari Isnin, pada pukul 9.45 pagi

Mursyidah Mahassan
gunakan ilmu yang ada dengan bermanfaat
Balas · Suka · Ikuti Kiriman · hari Isnin, pada pukul 9.09 ptg

Ford Ranger · Pengulas Tertinggi · Authorised Distributor di SAG


(Semangat Anggun Group)
kesian anak2 org biasa.....
Balas · Suka · Ikuti Kiriman · hari Isnin, pada pukul 10.14 pagi

Shahrizal Che Jamel · Masterskill university college


terbaik....
Balas · Suka · Ikuti Kiriman · hari Isnin, pada pukul 10.46 ptg

Nor Hidayah
(Y)
Balas · Suka · Ikuti Kiriman · hari Isnin, pada pukul 5.58 ptg

Peter Ashraf · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysia


http://en.wikipedia.org/wiki/University_degree
Balas · Suka · Ikuti Kiriman · hari Ahad, pada pukul 12.41 pagi

Hassan Mat Saman · Pengulas Tertinggi · Langkawi


Artikel yang cukup menarik, walau pun UUM membenarkan meggunakan
BPM(Hons), saya tidak pernah terjumpa artikel yang jelas seperti ini.semoga
tuan dapt menyelesaikan sarjana dgn cemerlang.tk
Balas · Suka · Ikuti Kiriman · pada 20hb Oktober pukul 11.58 ptg

Peter Ashraf · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysia


Saya menyangkal fakta artikel ni, http://en.wikipedia.org/
wiki/Academic_dress
Balas · Suka · Ikuti Kiriman · hari Ahad, pada pukul 12.34 pagi

Firdaus Pozi Rozi · Pengulas Tertinggi · Universiti


Kebangsaan Malaysia
Rujukan kamu wikipedia. Rujukan saya ialah seperti yang
berikut:

*Buku*
1) Khalil A. Totah. 1926. The Contribution of The Arabs to
Education. New York: Columbia University
2) Mehdi Nakosteen. 1964. History Of Islamic Origins of
Western Education.Boulder:Colorado Press
3) George Makdisi.1981. The Rise of College:Institutions of
Learning in Islam and The West. Edinburgh:Edinburgh University
Press
4)Ahmad Shalaby. 1976. Sejarah Pendidikan Islam. terj. H.
Muchtar Jahja dan M sanusi Latief. Singapura:Pustaka Nasional.

*jurnal*
1)Mesut Idriz. LESSONS FROM A UNIQUE MUSLIM
EDUCATIONAL TRADITION.http://conference.nie.edu.sg/
paper/Converted%20Pdf/ab00110.pdf
2)Mesut Idiz. From a Local Tradition to a Universal Practice:
Ijāzah as a Muslim Educational Tradition (With Special Reference
to a 19th Century Idrīs Fahmī b. Sālih's Ijāzah Issued in the
Balkans and Its Annotated English Translation)
24/10/2012 Di sebalik majlis pengijazahan universiti - Malaysiakini

Lain-lain:
Video Youtube Sesi temubual Astro Awani bersama dengan Dr.
Sheikh Afifi al-Akiti

*Kebanyakan buku yang dulis itu sendiri daripada Barat. Kalau


sudah menekuni kesemua rujukan di atas dan memang betul
salah dipersilakan tulis hujah berisi berserta rujukan anda. Saya
tidak ada masalah. Kalau tidak tahu dinasihatkan mengaku tidak
tahu kerana dengan lafaz itu sebenarnya adalah sebahagian
daripada proses pembelajaran. terima kasih
Balas · Suka · hari Ahad, pada pukul 2.10 pagi

Peter Ashraf · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysia


Walaupun sumber saya adalah dari wikipedia, tetapi sumber ini
diambil daripada lebih banyak rujukan berbanding yang diberi
oleh en Fidaus, dan rujukan mereka jauh lebih adil kerana
rujukan daripada semua pihak ( Islam, Kristian dan sekular)
Please refer to the references page dari laman yg saya bagi
tadi, saya dah lama meninggalkan university dan mungkin dah
tiada masa untuk mencari buku-buku ilmiah seperti yg en firdaus
katakan tadi walaupun begitu tak memerlukan pengkaji ilmiah
untuk mengetahui yang tulisan en firdaus agak bias dan
menerapkan religious supremacy. rujukan encik juga kalau
dilihat semuanya daripada sumber Islam dan ini boleh
menguatkan bias and religious supremacy argument. kerana
encik lebih banyak masa mungkin encik boleh membaca buku ini
juga,
Rüegg, Walter (1992). [ISBN 0-521-36105-2 "A History of the
University in Europe. Vol. 1: Universities in the Middle Ages"].
Cambridge University Press. pp. XIX–XX.

By the way, tahniah atas kejayaan encik di universiti, salam


Balas · Suka · hari Ahad, pada pukul 7.11 ptg

Peter Ashraf · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysia


Firdaus Pozi Rozi European higher education took place for
hundreds of years in Christian cathedral schools or monastic
schools (Scholae monasticae), in which monks and nuns taught
classes; evidence of these immediate forerunners of the later
university at many places dates back to the 6th century AD.[8]
The earliest universities were developed under the aegis of the
Latin Church, usually from cathedral schools or by papal bull as
studia generalia (n.b. The development of cathedral schools
into universities actually appears to be quite rare, with the
University of Paris being an exception — see Leff, Paris and
Oxford Universities), later they were also founded by Kings
(University of Naples Federico II, Charles University in Prague,
Jagiellonian University in Kraków) or municipal administrations
(University of Cologne, Universi... Lihat seterusny a..
Balas · Suka · hari Ahad, pada pukul 7.24 ptg

Lihat 2 lagi

Fatin Adawiah Khairudin · UITM


para graduan perlu berfikir kembali.
Balas · Suka · Ikuti Kiriman · hari Ahad, pada pukul 9.35 pagi

Fatin Adawiah Khairudin · UITM


Istilah ijazah berasal drpd pktaan Arab yg
bmaksud:kebenaran@ keizinan yg diberikan oleh guru kpd
penuntut utk myampaikan ilmu yg dipelajari
Balas · Suka · hari Ahad, pada pukul 9.38 pagi

~lu sembang nanti wa sengat ! ~


good .. tgk ni http://bit.ly/RhpyTC k
Balas · Suka · Ikuti Kiriman · hari Ahad, pada pukul 11.05 pagi

Adam Iskandar · University of Northern Iowa


http://cash111.com/ref.php?page=act%2Fref&invcod=93101

LOGIN FREE. 1 REFERRAL YOU WILL GET USD 1 .


Balas · Suka · Ikuti Kiriman · hari Ahad, pada pukul 4.33 pagi

Muhd Norizam Jamian · Pengulas Tertinggi · University of Malaya


Di sebalik majlis pengijazahan universiti...
Ijazah sebagai pengiktirafan kepada orang yg berilmu
Balas · Suka · Ikuti Kiriman · hari Ahad, pada pukul 1.22 pagi

Naharriah Mohamed · Pengulas Tertinggi


very good comment..i like...
Balas · Suka · Ikuti Kiriman · hari Ahad, pada pukul 1.28 pagi

Irsyad Iskandar · Langgani · 142 subscribers


Artikel yg membina.
www.malaysiakini.com/news/212236 10/11
24/10/2012 Di sebalik majlis pengijazahan universiti - Malaysiakini
Artikel yg membina.
Balas · Suka · Ikuti Kiriman · hari Ahad, pada pukul 9.27 pagi

Mohd Sabri · University of Life


hebat...
Balas · Suka · Ikuti Kiriman · hari Ahad, pada pukul 12.51 pagi

Marul Kaza KL · Pengulas Tertinggi · University of Southern Maine


adat zaman sekarang..guru dihina bukan dipuja
Balas · Suka · Ikuti Kiriman · pada 20hb Oktober pukul 11.56 ptg

P lugin sosial F acebook

SamsungShow Now!-14%RM 1898RM 2199Neu

Malaysiakini Account About Partner Sites Our Digital Network Follow Us


Subscribe to Malaysiakini About Malaysiakini Property Malaysiakini.tv Facebook EN BM CN
Payment Methods The Team Map Citizen Journalism
Twitter EN BM CN
Terms of Services Advertising FeedGeorge
Search Join Us New Media School YouTube

Contact Us Digital Library Email newsletter


FAQ SEACeM SMS news alert
Partners Manage4me
Mobile web
Mobilekini
Kinibooks
Undi.info

© 2012 Malaysiakini. All rights reserved. English | Malay | 中文版 | தமி

www.malaysiakini.com/news/212236 11/11

You might also like