You are on page 1of 4

PENETAPAN HARGA MAKSIMUM PELITUP MUKA (PEMBEDAHAN/PERUBATAN)

JENIS TIGA LAPIS (3PLY) DI BAWAH AKTA KAWALAN HARGA DAN


ANTIPENCATUTAN 2011

KUALA LUMPUR, 13 Ogos 2020 - Pada 1 April 2020, Kementerian telah mewartakan harga
maksimum pelitup muka jenis (3 ply) (pembedahan/perubatan) pada harga borong
RM1.45 seunit dan harga runcit RM1.50 seunit setelah mengambil kira keperluan negara
yang mengalami kekurangan bekalan dan penawaran topeng muka untuk memenuhi
permintaan masyarakat semasa tempoh awal penularan wabak COVID-19.

Kementerian mengambil maklum bahawa penetapan harga maksimum bagi pelitup muka
tersebut masih tinggi. Walaubagaimanapun, kerajaan mengambil langkah berjaga-jaga
dalam menurunkan harga maksimum pelitup muka ke paras yang lebih rendah.

Cadangan supaya harga maksimum pelitup muka (3ply) (pembedahan/perubatan) ini


diturunkan dari RM1.50 seunit kepada RM1.20 seunit sebenarnya telah diputuskan tiga
minggu yang lalu sebelum Kerajaan mewajibkan orang ramai memakai pelitup muka
bermula 1 Ogos 2020 di dalam pengangkutan awam dan tempat-tempat tumpuan sesak.
Usaha ini juga diharap dapat membantu meringankan beban ibu bapa yang perlu
menyediakan pelitup muka buat anak-anak yang sudah memulakan persekolahan tetapi
juga para pengguna keseluruhan.

Kementerian telah membuat penilaian berterusan ke atas kedudukan bekalan dan harga
pelitup muka dalam pasaran. Berdasarkan penilaian tersebut, didapati harga maksimum
pelitup muka boleh diturunkan lagi. Sehubungan dengan itu, Kementerian telah
memutuskan penurunan harga maksimum pelitup muka 3 lapis (3 ply)
pembedahan/perubatan daripada RM1.45 seunit ke RM 0.95 seunit bagi harga
borong dan RM1.50 seunit ke RM1.00 seunit bagi harga runcit dan ianya akan di kuat
kuasakan pada 15 Ogos 2020.

-lagi-
Semakan semula terhadap harga maksimum ini dibuat berasaskan perincian maklumat
terkini daripada pengilang dan pengimport bagi memastikan penetapan harga yang
dibuat ini adalah munasabah. Pada masa yang sama, Kementerian turut menjalankan
pemantauan ke atas premis perniagaan farmasi, pasaraya, kedai serbaneka dan kedai
runcit bagi melihat trend harga dan bekalan pelitup muka. Tinjauan harga juga dibuat ke
atas penjualan pelitup muka di pasar atas talian (online marketplace) utama di Malaysia.
Pemantauan juga dijalankan di peringkat pengeluaran, pengimportan dan pengedaran
pelitup muka dalam negara. Hasil pemeriksaan dan pemantauan yang dijalankan didapati
bekalan pelitup muka semakin pulih dan harga telah kembali stabil.

Sebanyak empat (4) jenis topeng muka yang diwartakan sebagai barangan harga
terkawal di bawah Perintah-perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penentuan
Harga Maksimum)(No.3) 2020. Peraturan ini akan berkuat kuasa pada 15 Ogos 2020
seperti mana jadual di bawah;

Harga Maksimum (RM)


Bil Barang
Borong Runcit
Topeng muka (pembedahan/perubatan) 1
5.00 7.00
1 lapisan (gelung telinga)
sekotak/per box sekotak/per box
1 ply (ear loop)face mask (surgical/medical)
10.00
Topeng muka (pembedahan/perubatan) 2
8.00 sekotak/per box
2 lapisan (gelung telinga)
sekotak/per box 0.20
2 ply (ear loop) face mask (surgical/medical)
seunit/per unit
Topeng muka (pembedahan/ perubatan)
50.00
3 lapisan (gelung telinga/gelung 47.50
sekotak/per box
3 kepala/ikatan pada kepala) sekotak/per box
1.00
3 ply (ear loop/head loop/head tie-on) face 0.95
seunit/per unit
mask (surgical/medical) seunit/per unit

100.00 6.00
4 Topeng muka (pembedahan/perubatan) N95
sekotak/per box seunit/per unit
N95 face mask (surgical/medical)

-lagi-
Semenjak 29 Januari 2020 sehingga 11 Ogos 2020, Kementerian telah menjalankan
sebanyak 47,703 pemeriksaan dan pemantauan harga serta bekalan bagi pelitup muka
di seluruh. Tindakan pemeriksaan tersebut berjaya menghasilkan sebanyak 55 kes
dengan nilai rampasan sebanyak RM536,951.40 dan melibatkan jumlah kompaun
sebanyak RM392,400.00.

Tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang gagal mematuhi Perintah ini di
bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan boleh dikenakan penalti seperti
berikut;
(i) Kesalahan menjual barangan harga terkawal melebihi harga maksimum
bagi :
Individu : boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM100,000 atau
dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya atau dikompaun
sehingga RM50,000.
Syarikat : boleh didenda sehingga RM500,000 atau dikompaun sehingga
RM250,000; dan
(ii) kesalahan gagal meletakkan tanda harga bagi barangan harga terkawal
bagi :
Individu : boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM50,000 atau
dikompaun sehingga RM25,000.
Syarikat : boleh didenda sehingga RM100,000 atau dikompaun sehingga
RM50,000.

Pengguna boleh menyalurkan aduan kepada Kementerian ini melalui:


(i) Portal e-aduan kpdnhep: https://eaduan.kpdnhep.gov.my/
(ii) Call Centre : 1800 886 800
(iii) Emel : e-aduan@kpdnhep.gov.my
(iv) Aplikasi telefon pintar : Ez ADU KPDNHEP
(v) Enforcement Command Centre (ECC) : 03-8882 6245 / 6088
(vi) Whatsapp : 019- 279 4317

-lagi-
Kementerian memberi jaminan akan sentiasa mencari pendekatan terbaik yang
seimbang demi kepentingan pelbagai pihak bagi memastikan harga pelitup muka dapat
dikawal dan sekaligus memastikan keberadaannya di dalam pasaran dapat dikekalkan.

###

DATO’ HAJI ISKANDAR HALIM BIN SULAIMAN


Pengarah Bahagian Penguatkuasa
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

You might also like