You are on page 1of 3

Apakah Autisme?

- Malaysia

Gangguan dalam perkembangan mental kanak-kanak menyebabkan mereka mengalami masalah


pertuturan, komunikasi dan juga mempunyai tingkah laku yang luar biasa dan ini di namakan
Autisme. Mereka mempunyai kebolehan mendengar dan melihat tetapi tidak boleh
menyampaikan secara langsung kepada orang di sekeliling seolah-olah mereka hidup dalam
dunia mereka sendiri.

Simptom-simptom yang dapat di lihat :

1. Tingkah laku mereka kadang kala berbeza, ada individu yang terlalu aktif  dan ada yang
sebaliknya.

2. Mereka sukar untuk menerima pembelajaran yang biasa di ajar untuk kanak-kanak normal.

3. Tidak dapat mengawal keseimbangan fizikal.

4. Mereka tidak mahukan perbezaan dalam hidup seharian.

5. Perasaan sayang yang keterlaluan kepada objek.

6. Kerap mengulangi perkataan yang sama berulang kali.

7. Perasaan marah,sedih dan suka yang sukar di kawal. Menangis, marah dan ketawa tanpa
sebab.

8. Memutar dan menggoyangkan barang.

9. Tidak berhubungan mata (no eyes contact), apabila nama di panggil atau bercakap.

10. Mendengar tetapi berkelakuan seperti orang pekak.

11. Hanya menunjuk dengan jari apa yang dihajati.

12. Tidak takut dan mengenali benda yang berbahaya.

13. Sukar untuk bergaul dan  menyesuaikan diri dengan kanak-kanak lain.

14. Tidak suka di peluk atau di dakap.

15. Lebih gemar bermain dengan permainan yang luar biasa iaitu tidak suka kepada permainan
yang kebiasaan kanak-kanak lain main. Contoh berminat kepada plastik.

16. Dapat merasai kesakitan tetapi tidak menunjukkan reaksi sakit.

18. Mendapat gangguan ketika tidur.


19. Perlakuan yang bongkok.

 Penghidap Autisme - Malaysia

Menurut kajian perubatan, kadar kejadian adalah 5:10,000 orang. Sebanyak 4 kali ganda lebih
kerap terjadi kepada kanak-kanak lelaki berbanding dengan kanak-kanak perempuan dan terjadi
tanpa mengira bangsa, kaum, taraf sosial dan ekonomi di seluruh pelosok dunia. Kebanyakan
penghidap penyakit ini mempunyai kelebihan intelektual yang luas berbanding dengan individu
yang mempunyai masalah rencatan mental yang lain. Kebiasaannya, kira-kira 1/3 daripada
mereka mempunyai pengetahuan yang baik dalam bidang mengira, melukis, muzik dan jigsaw
puzzle walaupun menghadapi masalah pertuturan.

Mereka juga perlukan penjagaan yang rapi kerana penghidap penyakit ini suka mencederakan
diri sendiri, ini di sebabkan tindak balas rangsangan kesakitan yang lemah.

Kes yang berjaya di rawat - Malaysia

Zi Ran berusia 4 tahun semasa menjalani rawatan di sini. Pada peringkat awal, ibu bapanya telah
membawa berjumpa dengan doktor untuk mengenalpasti masalah anak mereka dan ketika
berusia satu tahun doktor telah mengenalpasti masalahnya iaitu autisme. Sebagai ibu bapa,
mereka membawa anak mereka menjalani rawatan doktor pakar dan terapi bagi mengatasi
masalah anak mereka. Namun tidak banyak perubahan besar yang dapat di lihat. Tiada hubungan
mata semasa nama di panggil atau apabila bercakap dengannya, tiada reaksi muka dan hanya
menunjuk apabila hendakkan sesuatu. Tiada sepatah perkataan pun yang keluar dari mulutnya
melainkan bunyi yang di buat. Dia tidak dapat berkongsi apa yang dia suka dan tidak bersama
dengan adik dan kedua ibu bapanya. Apa yang dapat di lihat di sini ialah dia hanya dengan
dunianya dan tidak dapat mengerti apa yang berlaku di sekelilingnya. Dia juga tidak dapat
memberi tumpuan pada sesuatu perkara dan akan menjerit dan memberontak apabila tidak
mendapat sesuatu atau perkara yang diingininya tidak menjadi seperti yang di kehendaki.

Pada suatu hari ibu bapa mereka mendapat tahu dari seorang kenalan bahawa Master Leong
merupakan salah seorang doktor yang mengamalkan teknik perubatan Cina (akupunktur) yang di
iktiraf seluruh dunia dan terkenal di Malaysia. Mereka mendapat tahu bahawa Master Leong
telah berjaya merawat kanak-kanak yang senasib dengan anak mereka dan memberikan mereka
hidup yang baru. Kenalan mereka itu juga pernah menerima rawatan daripada Master Leong dan
telah pulih. Dia juga memberitahu bahawa semasa menjalani rawatan di THE TOLE, dia telah
melihat banyak kanak-kanak yang menghidap penyakit autisme ini telah menunjukkan
perkembangan yang memberangsangkan dan menyuruh mereka mencuba rawatan Neuro
Akupunktur di THE TOLE.

Selepas membuat temujanji dengan Master Leong dan berjumpa buat kali pertama, mereka
menerangkan keadaan yang di hadapi anak mereka. Master Leong mengunakan kaedah THE
TOLE NEURO QI GONG dan Akupunktur untuk Zi Ran. Menurut Master Leong  tenaga atau qi
di otaknya tidak berjalan lancar dan untuk 30 minit pertama keadaannya sukar di kawal dan dia
tidak boleh duduk setempat dan mengganggu kanak-kanak lain bermain. Sekiranya tidak di
benarkan bermain bersama dia akan menjerit dan memberontak sehingga sukar di kawal oleh ibu
bapanya. Rawatan di teruskan sehingga 30 minit lagi.

Zi Ran masih meneruskan rawatan di THE TOLE, pada hari ketiga dia sudah menunjukkan
perkembangan yang baik. Dia sudah mampu melihat mata ibunya lebih dari 10 saat dan memberi
reaksi apabila namanya di panggil oleh bapanya. Dia meneruskan rawatan untuk beberapa bulan
dan perkembangan amatlah memberangsangkan. Orang ramai (regular patient) juga melihat
perkembangannya setiap hari dan dia sudah 80% pulih.

 Bermula dengan "0" komunikasi, kini dia sudah mampu bercakap,menjawab soalan yang di
ajukan kepadanya dan bermain dengan orang di sekelilingnya. Masalah hiperaktif juga sudah
dapat di kurangkan dan dia lebih suka belajar terutamanya matematik. Dia juga sudah dapat
memberikan lebih tumpuan kepada sesuatu perkara dan bukan lagi terikat dengan dunianya
sendiri. Sekarang dia sudah 90% pulih, dan masih menjalani rawatan akupunktur dan mengambil
serbuk herba (The Tole's brain powder) untuk meningkatkan keyakinan diri disamping membina
otak. Keluarga dan kenalan mereka begitu gembira dengan perkembangan terkini Zi Ran dan
sangat berterima kasih kepada Master Leong kerana memberi perubahan kepada Zi Ran dan
keluarganya.

You might also like