You are on page 1of 8

E-PROCEEDING OF THE 3RD WORLD CONFERENCE ON

INTEGRATION OF KNOWLEDGE 2016

PELAKSANAAN TERAPI BERMAIN KE ATAS KANAK-KANAK


PERINGKAT AWAL YANG MENGALAMI STRES
1*Mariani Mansor
Fakulti Ekologi Manusia
Universiti Putra Malaysia
mariani@upm.edu.my

Asnarulkhadi Abu Samah


Institut Pengajian Sains Sosial
Universiti Putra Malaysia.
asnarul@upm.edu.my

ABSTRAK

Kertas ini meneliti sejauhmana ‘bermain’ berkesan bagi menangani masalah stres dalam kalangan
kanak-kanak peringkat awal. Langkah intervensi awal perlu diambil bagi membantu kanak-kanak
yang mengalami stres supaya ia tidak berpanjangan dan meninggalkan kesan psikologikal dan
tingkah laku negatif. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji sejauhmana kaedah terapi bermain
berkesan untuk membantu kanak-kanak dua hingga empat tahun yang mengalami stres.
Berdasarkan saringan awal menggunakan Caregiver-Teacher Report Form ke atas 299 kanak-kanak
taska secara rawak, seramai 63 orang kanak-kanak telah dikenalpasti menunjukkan simptom stres.
Kanak-kanak ini kemudiannya dibahagikan secara rawak kepada kumpulan eksperimen dan
kumpulan kawalan untuk perlaksanaan fasa intervensi terapi bermain. Hasil penilaian di peringkat
pasca penilaian mendapati telah berlaku penurunan yang signifikan kepada tahap stres kanak-
kanak dalam kumpulan eksperimen. Kajian juga mendapati berlakunya penurunan tahap stres yang
ketara pada kanak-kanak berusia tiga dan empat tahun daripada kumpulan eksperimen. Hasil kajian
juga menunjukkan wujud perbezaan dalam penurunan tahap stres mengikut jantina yang signifikan
bagi kanak-kanak dalam kumpulan eksperimen. Justeru itu, kajian ini mendapati kaedah terapi
bermain sesuai dan berpotensi untuk membantu menangani masalah stres dalam kalangan
kanak-kanak peringkat awal.

Katakunci: Stres, Tekanan Emosi, Kanak-Kanak, Terapi Bermain

E-PROCEEDING OF THE 3RD WORLD CONFERENCE ON INTEGRATION OF KNOWLEDGE 2016 (WCIK 2016) 261
|e-ISBN 978-967-0792-12-5 | 28th & 29th November 2016 | Adya Hotel,Langkawi, Malaysia|
Organized by http://worldconferences.net
E-PROCEEDING OF THE 3RD WORLD CONFERENCE ON
INTEGRATION OF KNOWLEDGE 2016

1. Pengenalan
Stres atau tekanan emosi merupakan tindak balas tubuh kepada pelbagai stressors yang boleh
menyebabkan ketidakseimbangan dalam kehidupan seseorang. Stres boleh berlaku kepada sesiapa
sahaja, termasuk kanak-kanak peringkat awal. Sejak kebelakangan ini ramai kanak-kanak dan
golongan muda telah mempamirkan tanda-tanda tekanan emosi dan gangguan kesihatan mental
seperti kebimbangan, kemurungan, masalah kesihatan serta terlibat dengan masalah tingkah laku
atau gejala sosial. Menurut Rockhill, Kodish, DiBattisto, Macias, Varley & Ryan (2010), kanak-
kanak yang mengalami simptom stres yang melampau boleh menyebabkan kesan jangka panjang
kepada perkembangan kanak-kanak berkenaan. Kebanyakan daripada sumber stres ini wujud
daripada interaksi kanak-kanak dengan orang-orang dalam persekitaran mereka, termasuk
keluarga dan orang luar.
Bagi kanak-kanak peringkat awal, keluarga merupakan sumber pelindung dan sosialisasi
utama kanak-kanak. Maka sekiranya berlaku sesuatu peristiwa dalam keluarga, ia boleh
meninggalkan kesan ke atas kanak-kanak. Misalnya, perceraian ibu bapa, dimarahi, kematian
orang/haiwan tersayang, kelahiran ahli keluarga baru, pergaduhan ibu bapa, penderaan dan
seumpamanya boleh menyebabkan tekanan kepada kanak-kanak. Persekitaran sekolah dan guru
baru juga boleh mempengaruhi keadaan sosioemosi kanak-kanak. Malah peristiwa yang positif
seperti kelahiran adik baru atau perkahwinan ahli keluarga boleh menimbulkan tekanan emosi
kepada kanak-kanak sekiranya keadaan tersebut menggugat atau menimbulkan
ketidakseimbangan emosi, dan memerlukan kanak-kanak mengadaptasi dan mengubahsuai kepada
situasi yang baru.
Manifestasi yang dijelmakan daripada stres ini adalah berbeza-beza mengikut tahap
perkembangan dan usia kanak-kanak. Tahap keseriusan stres yang dialami juga boleh
meninggalkan kesan tertentu kepada kanak-kanak. Misalnya, menurut Middlebrooks & Andage
(2008), stres yang sedikit (mild stress) perlu ada bagi setiap kanak-kanak kerana ia mampu
membantu kanak-kanak yang sedang berkembang membentuk kemahiran diri yang diperlukan
untuk membolehkannya mengadaptasi kepada situasi dan persekitaran yang baru. Namun
begitu, sebaliknya stres yang melampau dan berterusan akan meninggalkan kesan yang negatif ke
atas perkembangan fizikal, kognitif dan sosioemosi kanak-kanak, serta boleh menggugat masa
depan mereka. Stres yang berlaku tanpa dirawat boleh meninggalkan kesan negatif kepada
kehidupan zaman kanak-kanak, serta menyebabkan ketidakfungsian dalam kehidupan seharian
mereka. Maki (2012) juga mendapati bahawa antara kesan negatif stres yang mungkin boleh berlaku
adalah ketidakupayaan membuat keputusan dan kelemahan memberi tumpuan, khusunya dalam
pembelajaran. Stress juga boleh mempengaruhi keadaan fizikal kanak-kanak seperti meningkatkan
tekanan darah dan menyebabkan loya, muntah, sakit perut, ulser, cirit-birit, sesak nafas, sukar tidur
malam, kencing malam, menggigit kuku dan seumpamanya. Kanak-kanak yang mengalami
stressering mempamirkan simptom dan tingkah laku tersebut kerana mereka masih kecil dan
belum boleh menzahirkan dan menyuarakan masalah mereka secara verbal seperti orang
dewasa. Kanak-kanak ini juga cenderung hilang selera makan dan ini menjejaskan berat badan
mereka (Kaneshiro, 2010)
Menurut Pollack (2009), kanak-kanak yang mengalami stres lazimnya berkecenderungan
tinggi untuk mengalami gangguan tingkah laku dan mental apabila mereka remaja dan dewasa
kelak, yang mana akan menjejaskan pembelajaran dan pembangunan sosioemosi mereka. Jika
masalah berlarutan, ia boleh membawa kepada kemurungan, penyalahgunaan dadah dan tingkah laku
anti sosial. Ford, Clark & Stansfeld (2011) juga telah membuktikan bahawa jika kanak-kanak ini
tidak dirawat, maka ia boleh membawa kepada kemurungan dan gangguan psikiatri di kemudian hari
sehingga boleh terjerumus kepada penyalahgunaan dadah dan alkohol. Walaupun banyak kajian
telah membuktikan bahawa masalah kesihatan mental seperti tekanan emosi bermula daripada

E-PROCEEDING OF THE 3RD WORLD CONFERENCE ON INTEGRATION OF KNOWLEDGE 2016 (WCIK 2016) 262
|e-ISBN 978-967-0792-12-5 | 28th & 29th November 2016 | Adya Hotel,Langkawi, Malaysia|
Organized by http://worldconferences.net
E-PROCEEDING OF THE 3RD WORLD CONFERENCE ON
INTEGRATION OF KNOWLEDGE 2016

zaman kanak-kanak, namun ia masih boleh dirawat. Ketika keadaan emosi, mental dan tingkah laku
kanak-kanak masih boleh dibentuk, pengesanan awal dan langkah intervensi pemulihan yang
efektif dapat membantu kanak-kanak berkenaan. Apa yang penting ialah perlunya bentuk rawatan
yang tepat dan sesuai bagi membantu kanak-kanak ini menangani masalah mereka.
Salah satu kaedah terkini yang telah dikenalpasti berkesan dan sesuai untuk membantu
kanak-kanak peringkat awal yang mengalami masalah kesihatan mental ialah penggunaan Terapi
Bermain. Penggunaan terapi bermain telah digunakan secara meluas di Barat sejak tahun 1990an,
dengan mengapplikasikan kaedah psikoterapi perkembangan bagi memenuhi keperluan sosio-emosi
kanak-kanak. Terapi bermain merupakan satu bentuk kaedah terapeutik yang bertujuan untuk
membantu klien (kanak-kanak) memahami dan menangani sendiri masalah psikososial yang
mereka alami. Menurut Axline (1969), kanak-kanak tidak boleh meluahkan masalah dan
ketidakpuasan mereka secara verbal, tetapi sebaliknya menzahirkannya ketika bermain. Landreth
(2002) juga mengatakan bahawa semasa bermain kanak-kanak boleh melakunkan perasaan
mereka, malah lebih hebat daripada keadaan sebenar. Ini kerana semasa bermain, kanak-kanak rasa
lebih yakin dan mampu mengawal kehidupan mereka, dan melalui bermain kanak-kanak secara
beransur-ansur akan melepaskan emosi negatif mereka dan sebaliknya membentuk rasa kebanggaan
kendiri (self worthiness), yang mana sangat penting untuk perkembangan diri yang positif.
Secara saintifik juga, terapi permainan telah terbukti berkesan dalam merawat masalah
tingkah laku dan emosi kanak-kanak. Bratton, Ray, Rhine, & Jones (2005) mendapati bahawa terapi
bermain berkesan diapplikasikan dalam pelbagai situasi, peringkat umur, jantina, populasi dan
dalam pelbagai situasi klinikal dan bukan klinikal. Mereka juga mendapati terapi bermain berkesan
untuk membentuk tingkah laku kanak-kanak serta penyesuaian sosial dan personaliti kanak-kanak,
yang dianggap penting untuk perkembangan holistik mereka. Di samping itu, kajian oleh Ray (2006)
telah membuktikan bahawa terapi bermain merupakan satu kaedah intervensi yang berkesan untuk
kanak-kanak yang mengalami tekanan emosi, termasuk kanak-kanak mangsa penderaan.
Sungguhpun, kaedah terapi bermain ini telah lama dilaksanakan di Barat, namun di Malaysia
penggunaannya masih terbatas dan maklumat mengenai keberkesanan kaedah ini dalam merawat
kanak-kanak peringkat awal yang mengalami masalah tekanan emosi kurang diperkatakan. Justeru
itu kertas ini memaparkan sejauhmana terapi bermain berkesan dalam menangani masalah stres
dalam kalangan kanak-kanak lelaki dan perempuan yang berumur 2-4 tahun.

2. Metodologi
Kajian ini menggunakan rekabentuk kajian kuasi eksperimen. Kerja lapangan dan pengumpulan
data telah dibahagikan kepada tiga peringkat, iaitu fasa pertama- peringkat saringan dan pra-
penilaian, fasa kedua – peringkat intervensi dan fasa ketiga – peringkat pasca penilaian. Caregiver
Teacher Report form 1.5-5 (CTRF 1.5-5) (Achenbach & Rescorla, 2000) yang diisi oleh guru, telah
digunakan untuk menyaring dan menilaian tahap stres kanak-kanak di peringkat pra dan pasca
penilaian. Dalam fasa pertama, seramai 299 kanak-kanak berusia 2-4 tahun daripada 11 buah taska
yang menggunakan pendekatan “belajar melalui bermain” telah dipilih secara rawak melalui
proses saringan dan pra penilaian. Berdasarkan hasil saringan, 63 orang kanak-kanak yang telah
dikenalpasti mempunyai simptom stres telah dipilih untuk ke fasa kedua. Bagi fasa kedua, 30 orang
kanak-kanak telah dibahagikan kepada kumpulan eksperimen dan 33 kanak-kanak untuk kumpulan
kawalan secara rawak. Dalam kumpulan eksperimen, kanak-kanak yang didiagnosis dengan skor T-
sama dengan atau lebih daripada 65 (kes sempadan) dalam penilaian simptom stres telah menjalani
enam (6) sesi intervensi terapi permainan, manakala kanak-kanak dengan skor T-sama dengan atau
lebih daripada 70 (kes klinikal) akan menjalani 10 sesi terapi bermain. Fasa ketiga atau peringkat
pasca penilaian bermula sebaik sahaja semua kanak-kanak dalam kumpulan eksperimen telah

E-PROCEEDING OF THE 3RD WORLD CONFERENCE ON INTEGRATION OF KNOWLEDGE 2016 (WCIK 2016) 263
|e-ISBN 978-967-0792-12-5 | 28th & 29th November 2016 | Adya Hotel,Langkawi, Malaysia|
Organized by http://worldconferences.net
E-PROCEEDING OF THE 3RD WORLD CONFERENCE ON
INTEGRATION OF KNOWLEDGE 2016

menjalani semua sesi terapi bermain. Pada masa yang sama pasca penilaian akan turut dijalankan ke
atas kanak-kanak kumpulan kawalan.

3. Hasil Kajian dan Perbincangan

Latar Belakang Responden


Seramai 63 orang kanak-kanak telah terlibat dalam peringkat intervensi. Purata umur responden
adalah 3.03 tahun (sisihan piawai= 0.70). 60.3% daripada responden adalah lelaki dan 39.7%
perempuan. Selain itu, lebih daripada separuh (61.9%) merupakan anak bongsu, 15.9% anak sulung
dan yang selebihya adalah anak pertengahan. Di samping itu, kira-kira 70% daripada responden
mempunyai 2 – 4 orang adik-beradik, diikuti oleh 19% anak tunggal, dan 11% mempunyai adik
beradik lima orang dan lebih.

Keberkesanan Terapi Bermain


Secara deskriptifnya Jadual 1 menunjukkan tahap stres bagi kumpulan kawalan dan eksperimen.
Hasil analisis pasca ujian menunjukkan kedua-dua kumpulan telah mengalami penurunan dalam
tahap stres mereka. Walau bagaimanapun tahap penurunan stres kanak-kanak kumpulan
eksperimen adalah lebih banyak berbanding kumpulan kawalan [kumpulan eksperimen - purata
3.73, s.p.= 1.72 kepada 2.17, s.p.= 1.91; kumpulan kawalan - purata 3.00, s.p.= 1.58 kepada 2.83,
s.p.= 1.34]. Jadual 2 menunjukkan wujud penurunan yang signifikan bagi kumpulan eksperimen
(F1, 29 = 15.78, p <0.00) (lihat Jadual 2).

Jadual 1: Tahap Stres Responden, Sebelum Dan Selepas Intervensi Terapi Bermain (N=63)
_________________________________________________________________________________
Laporan Guru Kumpulan Purata s.p N
_________________________________________________________________________________
Sebelum Intervensi Eksperimen 3.73 1.72 30
Kawalan 3.00 1.58 33
Jumlah 63

Selepas Intervensi Eksperimen 2.17 1.91 30


Kawalan 2.83 1.34 33
Jumlah 63
_________________________________________________________________________________
Nota: s.p.: sisihan piawai

E-PROCEEDING OF THE 3RD WORLD CONFERENCE ON INTEGRATION OF KNOWLEDGE 2016 (WCIK 2016) 264
|e-ISBN 978-967-0792-12-5 | 28th & 29th November 2016 | Adya Hotel,Langkawi, Malaysia|
Organized by http://worldconferences.net
E-PROCEEDING OF THE 3RD WORLD CONFERENCE ON
INTEGRATION OF KNOWLEDGE 2016

Jadual 2: Ujian Perbezaan Tahap Stres Dalam Kumpulan Eksperimen Selepas Intervensi (N=63)
_________________________________________________________________________________
Kumpulan Sumber Faktor 1 Type III sum df Mean F Sig
of square Square
_________________________________________________________________________________
Eksperimen faktor1 linear 36.82 1 36.82 15.78
0.000

Ralat
(faktor1) linear 67.68 29 2.33
_________________________________________________________________________________

Perbezaan Tahap Stres Mengikut Umur


Jadual 3 berikut memaparkan perbezaan tahap stres mengikut umur bagi kumpulan eksperimen dan
kawalan, di peringkat pra dan pasca penilaian. Sungguhpun dari segi deskriptif kedua-dua
kumpulan (kawalan dan eksperimen) menunjukkan penurunan tahap stres, namun hasil analisis
ujian-t menunjukkan perbezaan adalah lebih signifikan bagi kumpulan eksperimen. Kajian
mendapati bagi kumpulan eksperiman, kanak-kanak yang berumur 3 dan 4 tahun menunjukkan
penurunan yang signifikan (t = 4.56, p <0.00 dan t =2.11, p <0.05). Purata skor tahap stres bagi
kanak-kanak 4 tahun kumpulan eksperimen menurun daripada 3.30 (s.p.= 1.63) kepada 1.05 (s.p.=
1.01), dan bagi kanak-kanak 3 tahun purata skor menurun daripada 4.19 (s.p.= 1.52) kepada
1.69 (s.p.= 1.85).

Jadual 3: Perbezaan Tahap Stres Mengikut Umur Bagi Kumpulan Eksperimen Dan Kawalan
_________________________________________________________________________________
Umur Kawalan Eksperimen
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pra Pasca t Sig Pra Pasca t Sig
_________________________________________________________________________________
2 2.00 1.75 3.90 3.50
(1.41) (.96) 0.23 0.84 (1.60) (1.58) 0.77 0
.42

3 2.65 2.47 4.19 1.69


(1.27) (1.63) 0.42 0.68 (1.52) (1.85) 4.56** 0.00

4 4.11 3.92 3.30 1.05


(1.69) (1.20) 0.50 0.58 (1.63) (1.01) 2.11* 0.04
_________________________________________________________________________________
Nota: s.p.: sisihan piawai, *p<0.05; ** p<0.00

E-PROCEEDING OF THE 3RD WORLD CONFERENCE ON INTEGRATION OF KNOWLEDGE 2016 (WCIK 2016) 265
|e-ISBN 978-967-0792-12-5 | 28th & 29th November 2016 | Adya Hotel,Langkawi, Malaysia|
Organized by http://worldconferences.net
E-PROCEEDING OF THE 3RD WORLD CONFERENCE ON
INTEGRATION OF KNOWLEDGE 2016

Perbezaan Tahap Stres Mengikut Jantina


Jadual 4 menunjukkan perbezaan tahap stres kanak-kanak mengikut jantina bagi kumpulan kajian dan
kumpulan kawalan yang dikaji. Daripada laporan guru, kajian mendapati wujud perbezaan yang
signifikan pada tahap stres bagi kumpulan eksperimen (t = 3.16, p <0.05). Manakala Jadual 5 pula
memaparkan hasil analisis lanjutan yang membandingkan tahap stres mengikut jantina bagi kumpulan
kawalan dan eksperimen, sebelum dan selepas intervensi dilaksanakan. Kajian mendapati keputusan
ujian-t menunjukkan penurunan yang ketara dan signifikan pada tahap stres bagi kedua-dua responden
lelaki (t = 2.57, p <0.05) dan perempuan (t = 3.27, p <0.00) dalam kumpulan eksperimen, dengan
perubahan skor purata daripada 3.84 (s.p.= 1.6) kepada 2.84 (s.p.= 1.92) bagi responden lelaki.
Manakala bagi kanak-kanak perempuan kumpulan eksperimen pula, penurunan skor purata adalah
daripada 3.55 (s.p.= 1.97) kepada 1.00 (s.p.= 1.27).

Jadual 4: Perbezaan Tahap Stres Antara Jantina Bagi Kumpulan Eksperimen Dan Kawalan (N=63)

_________________________________________________________________________________
Kawalan Eksperimen
Variabel ___________________________________
t Sig t Sig
________________________________________________________________________________
Persepsi guru taska 0.59 0.56 3.16* 0.04
_________________________________________________________________________________
Nota: *p<.05

Jadual 5: Perbezaan Tahap Stres Mengikut Jantina (dalam kumpulan) Bagi Kumpulan Eksperimen
Dan Kawalan
_________________________________________________________________________________
Jantina Kawalan Eksperimen
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pra Pasca t Sig Pra Pasca t Sig
_________________________________________________________________________________
Lelaki 2.62 2.44 3.84 2.84
(1.67) (1.37) 0.41 0.69 (1.61) (1.92) 2.57* 0
.02

Perempuan 3.43 3.29 3.55 1.00


(1.40) (1.35) 0.76 0.30 (1.97) (1.27 3.27** 0.00
_________________________________________________________________________________
Nota: s.p.: sisihan piawai, *p<0.05; ** p<0.00

E-PROCEEDING OF THE 3RD WORLD CONFERENCE ON INTEGRATION OF KNOWLEDGE 2016 (WCIK 2016) 266
|e-ISBN 978-967-0792-12-5 | 28th & 29th November 2016 | Adya Hotel,Langkawi, Malaysia|
Organized by http://worldconferences.net
E-PROCEEDING OF THE 3RD WORLD CONFERENCE ON
INTEGRATION OF KNOWLEDGE 2016

4. Kesimpulan & Perbincangan


Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan kaedah terapi bermain ke atas kanak-kanak taska
di Malaysia. Responden yang terlibat dalam fasa intervensi terdiri daripada 63 orang kanak-kanak
yang berusia antara 2- 4 tahun yang mempamirkan simptom stres, berdasarkan saringan di fasa
pertama atau peringkat pra penilaian. Hasil kajian telah membuktikan bahawa terapi bermain boleh
digunakan sebagai satu kaedah intervensi terapeutik untuk membantu kanak-kanak yang
mempunyai masalah stres. Dapatan kajian ini adalah selaras dengan kajian-kajian lepas yang telah
melihat keberkesanan kaedah terapi bermain dalam merawat masalah emosi dan tingkah laku kanak-
kanak. Misalnya kajian-kajian lepas oleh Reyes & Asbrand (2005) dan Snow, Hudspeth, Gore &
Seale (2007) jelas menunjukkan bahawa kaedah terapi bermain ini sesuai dan berkesan digunakan ke
atas kanak-kanak peringkat awal.
Sungguhpun kajian mendapati wujudnya penurunan tahap stres pada kanak-kanak taska
dalam kumpulan kawalan, namun penurunan tersebut adalah kecil dan tidak signifikan,
berbanding dengan perubahan dan penurunan pada tahap stress kanak-kanak dalam kumpulan
kawalan. Sebenarnya, penurunan tahap stres pada kumpulan kawalan adalah dipengaruhi oleh faktor
kurikulum dan pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran berpusatkan “belajar melalui bermain"
yang dilaksanaka di taska-taska berkenaan. Tambahan pula kurikulum PERMATA yang
digunapakai oleh kesemua Taska di Malaysia adalah berasaskan kepada aspek 3E, iaitu
eksperimen, eksplorasi dan pengalaman (experience). Keadaan persekitaran bermain yang kondusif
di taska telah menyumbang kepada penyediaan satu platform untuk kanak-kanak bermain dan
seterusnya menyumbang kepada perkembangan holistik mereka.
Kesimpulannya, tidak dapat dinafikan bahawa terapi bermain merupakan satu kaedah yang
berkesan untuk merawat masalah stres dalam kalangan kanak-kanak kerana bermain itu sendiri
berkait erat dengan keupayaan semulajadi kanak-kanak itu sendiri dalam proses penyembuhan diri.
Pendek kata, kanak-kanak sendiri yang akan dapat menyelesaikan konflik emosi mereka apabila
mereka meluahkan perasaan melalui bermain. Perlaksanaan terapi bermain ke atas kanak-kanak
peringkat awal ini sangat bermanafaat kerana dalam usaha untuk membantu kanak-kanak ini
mengatasi masalah emosi dan tingkah laku mereka, pada masa yang sama juga ia dapat untuk
membantu kanak-kanak ini mencapai potensi yang menyeluruh sepanjang perkembangan mereka.
Jelasnya, hasil kajian ini telah menunjukkan kesan yang boleh diperolehi daripada terapi bermain.

E-PROCEEDING OF THE 3RD WORLD CONFERENCE ON INTEGRATION OF KNOWLEDGE 2016 (WCIK 2016) 267
|e-ISBN 978-967-0792-12-5 | 28th & 29th November 2016 | Adya Hotel,Langkawi, Malaysia|
Organized by http://worldconferences.net
E-PROCEEDING OF THE 3RD WORLD CONFERENCE ON
INTEGRATION OF KNOWLEDGE 2016

RUJUKAN
Achenbach T.M. & Rescorla L.A. 2000. Manual for the ASEBA Preschool Forms & Profiles.
Burlington, VT: University of Vermont, Research Center for Children, Youth and Families.
Axline, V. M. 1969. Play Therapy. New York: Ballantine Books.
Bratton, S., Ray, D., Rhine, T., & Jones, L. 2005. The Efficacy of Play Therapy With Children: A
Meta-Analytic Review of Treatment Outcomes. Professional Psychology: Research and
Practice, 36(4), 376-390.
Ford, E., Clark, C., Stansfeld, S.A. 2011. The influence of childhood adversity on social relations
and mental health at mid-life. Journal of Affect Disorder. Sep;133(1-2):320-7.

Landreth, G. L. 2002. Play Therapy: The Art of the Relationship (2nd ed.). New York: Psychology
Press.
Kaneshiro, N. K. 2010. Stress in Childhood- Overview. Retrieved Augusr 4, 2012, from
University of Maryland Medical Centre: http://www.umm.edu/ency/article/002059.html
Maki, A. 2012. Advocates warns about stress in Childhood. Retrieved August 4, 2012, from the
Daily News.: http://www.memphisdailynews.com/editorial/Article.aspx?id=66541
Middlebrooks, J. & Audage, N. 2008. The Effect of Childhood Stress on Health Across the
Lifespan. Atlanta (GA): Centres for Disease Control and Prevention, National Centre for
Injury Prevention and Control.
Ray, D. C. 2006. Evidence-Based Play Therapy. In S.C.E & K.H.G., Contemporary Play
Therapy: Theory Research and Practice (pp 136-157). London: The Guilford Press.
Pollack. 2009. Early childhood stress has lingering effects on health. Retrieved September 16, 2010,
from: www.medicalnewstoday.com/articles/136733.php
Rockhill, C., Kodish, I., DiBattisto, C., Macias, M., Varley, C., & Ryan, S. 2010. Stress Disorders in
Children and Adolescents. Current Problems in Pediatric and Adolescent Health Care, 40(4),
66-99.
Roza, S., Hofstra, M., Ende, J., & Verhulst, F. 2003. Stable Prediction of Mood and Stress Disorders
Based on Behavioral and Emotional Problmes in Childhood: A 14-Year-Follow-Up During
Childhood, Adolescence, and Young Adulthood. The American Journal of Psychiatry, 160(12),
2116-2121.
Snow, M. S., Hudspeth, E. F., Gore, B., & Seale, H. A. 2007. A Comparison of Behaviors and Play
Themes Over Six-Week Period: Two Case Studies in Play Therapy. International Journal of
Play Therapy, 16(2), 147-159.

E-PROCEEDING OF THE 3RD WORLD CONFERENCE ON INTEGRATION OF KNOWLEDGE 2016 (WCIK 2016) 268
|e-ISBN 978-967-0792-12-5 | 28th & 29th November 2016 | Adya Hotel,Langkawi, Malaysia|
Organized by http://worldconferences.net

You might also like