Professional Documents
Culture Documents
Minit Panitia55
Minit Panitia55
Kehadiran :
1. PN.A.MUTHUMANI(GB)
2. EN.J.SIVARAJAN (PK1)
3. CIK.T.MONASANGKARI (PK HEM)
4. EN.N.THINAKARAN (PK KOKO)
5. PN.T.VENY
6. PN.S.KANIMOLY
7. EN.I.KUTTY KRISHNAN
Tidak Hadir
1.1. Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih atas kehadiran semua guru dan
memulakan bacaan thevaram
1.2. Pengerusi menjelaskan bahawa mesyuarat diadakan adalah untuk membincangkan hal-
hal yang berkaitan dengan Perancangan Panitia Matematik
Makluman: AJK
2.2 GPK 1 mengucapkan tahniah kepada seluruh ahli panitia kerana kejayaan pelajar dalam
peperiksaan 2016, khasnya Matematik pada UPSR.
2.3 GPK 1 mengharapkan semua ahli Panitia dapat merancang aktiviti tahun ini dan
memastikan keputusan Matematik dapat di pertingkatkan.
Makluman: AJK
.
AGENDA 3 : MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT PANITIA YANG
LALU
3.1. En.J.Sivarajan selaku Setiausaha sesi 2016 membentangkan minit mesyuarat yang lalu.
3.2 Cik.T.Monasangkari mencadangkan minit mesyuarat yang lalu disahkan dan disokong oleh
Pn. T.veny
Tiada
5.1. Pengerusi menjelaskan pada tahun 2017, Peperiksaan UPSR akan dijalankan
berdasarkan format baharu. Pengerusi meminta guru-guru yang terlibat supaya bersiap sedia
dengan bentuk format baharu dan guru tahun 1 hingga 5 juga di minta mengadakan latihan dan
ujian berdasarkan format baharu. Bahan-bahan contoh boleh dimuat turun dari laman web
kementerian pelajaran Malaysia.
Makluman: Ahli Panitia
5.2. Pengerusi juga menjelaskan dasar-dasar kurikulum yang sedia ada seperti PROTIM,
I- Think dan dasar lain yang terkandung dalam pembelajaran Abad ke 21.
6.2. Pengerusi memberitahu bahawa HSP 2017, boleh dimuat turun melalui laman web
www.moe.gov/bpk.
Makluman: Ahli Panitia
6.3. Pengerusi juga mengingatkan bahawa semua dokumen perlu disediakan secepat
mungkin untuk pemantauan.
Tindakan: Ahli Panitia
AGENDA 7 : BUKU PERSEDIAAN MENGAJAR
7.1. Pengerusi menjelaskan bahawa buku Rekod Mengajar Guru pada tahun ini perlu
disediakan mengikut format KSSR untuk tahun 1, 2, 3,4,5 dan 6 mengikut format KSSR. Bagi
guru yang ingin menggunakan Persediaan Mengajar bentuk Fail digalakkan menggunakan satu
format khusus seperti tahun 20165.
7.2. Pengerusi berharap semua guru menyediakan buku Rekod Mengajar Guru sehari
sebelum pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
Tindakan: Semua Warga Sekolah
8.1. Pengerusi menjelaskan kepada semua guru tentang prosedur pembelian dan
pengurusan stok panitia.
Tindakan:Semua Warga Sekolah
8.2. Pengerusi memberitahu mana-mana guru yang ingin membeli bahan bantuan mengajar
hendaklah mengisi Nota Minta dan berbincang dengannya untuk persetujuan.
9.1. Pengerusi meminta semua guru mengadakan pencerapan kerja murid setiap minggu.
9.2. Pengerusi juga meminta semua guru memberi latihan yang lebih terutama kepada
murid-murid tahun 6.
Tindakan: Semua Guru
10.1. Pengerusi meminta semua guru merancang kaedah pengajaran dan pembelajaran
(P&P) mengikut Abad 21.
Tindakan: Semua Guru
10.2. Pengerusi menjelaskan bahawa penggunaan buku teks dan buku aktiviti perlu
digunakan semaksimum mungkin. Walaubagaimanapun, buku kerja tambahan akan disediakan
untuk tujuan P&P.
Tindakan: Semua guru
10.3. Pengerusi juga menjelaskan penggunaan ICT dalam P&P digalakkan bagi menarik
minat murid.
Tindakan: Semua guru
11.1 Pengerusi memohon supaya Kelab Matematik mengadakan aktiviti yang menyokong
kepada Panitia Matematik. Sudut Kelab Matematik akan diwujudkan bersebelahan Papan
Kenyataan Panitia Matematik.
13.1. Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru kerana menyumbang
idea untuk meningkatkan prestasi dan menggerakkan panitia Matematik.
13.2. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.00am.
……………………………........ ………………………...........