You are on page 1of 1

Kesedaran Guru Reka Bentuk Dan Teknologi (RBT) Terhadap Teknologi Hijau

ABSTRAK

Kejadian bencana merupakan salah satu peristiwa penting yang berupaya melumpuhkan
sesebuah fungsi kehidupan sehingga mampu melenyapkan sesuatu tamadun. Antara bencana
yang sering melanda negara Malaysia ialah banjir kilat. Banjir kilat berlaku disebabkan oleh
aktiviti manusia. Antaranya seperti aktiviti pembangunan, aktiviti pembuangan sampah,
pembalakan dan penebangan hutan, dan sebagainya. Justeru itu, pihak kerajaan telah
memperkenalkan dasar Teknologi Hijau pada tahun 2009. Aplikasi dasar Teknologi Hijau
dilihat sebagai salah satu penyelesaian yang efektif bagi menangani isu tenaga dan alam
sekitar secara serentak. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti
kesedaran guru Reka Bentuk dan Teknologi terhadap Teknologi Hijau. Model tingkah laku
pro-alam digunakan untuk mengukur konstruk dalam kajian kesedaran guru Reka Bentuk
dan Teknologi terhadap Teknologi Hijau ini. Model ini mempunyai tiga elemen utama iaitu
pengetahuan, sikap, dan amalan atau tingkah laku. Kajian ini merupakan kajian tinjauan
berbentuk kuantitatif di mana satu set soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian.
Instrumen kajian akan diedarkan kepada responden kajian yang terdiri dalam kalangan guru
yang mengajar mata pelajaran Reka Bentuk Dan Teknologi di sekolah menengah harian di
negeri Pahang. Analisis Statistik deskriptif seperti kekerapan, peratusan dan min telah
digunakan untuk menjawab persoalan pertama, kedua dan ketiga.

Kata kunci: Kesedaran guru, Guru Reka Bentuk dan Teknologi dan Teknologi Hijau.

You might also like