You are on page 1of 1

TEKNIK LARIAN

i. Pecutan

Selepas arahan pelepas 'ke garisan' diberi, pelari mengambil tempat di blok permulaan.

Tangan lurus dan buka seluas bahu. Ibu jari dan jari telunjuk dibuka dengan luas dan jari-jari lain
rapat di antara satu sama lain, diletakkan di belakang garisan mula.

Kepala dan leher didongak iaitu sebahagian dari 'torso'. Mata pandang ke hadapan dengan penuh
tumpuan. Selepas arahan 'sedia' diberikan, pinggul diangkat tinggi dan badan condong ke hadapan.

Selepas bunyi tembakan pistol, pergerakan ke hadapan dimulakan dengan hayunan pergerakan
yang kuat bahagian tangan dan kaki.

Tangan yang bertentangan dengan kaki belakang memulakan pergerakan hayunan ke hadapan.
Tangan lain digerakkkan ke belakang dengan kuat. Tangan dibengkokkan pada sudut 900.

Lutut belakang digerakkan ke hadapan dengan cepat dan pada tahap rendah. Kaki hadapan
diluruskan sepenuhnya. Fasa pecutan melibatkan larian dalam jarak di antara 30 hingga 60 meter,
kedudukan badan berubah dari rendah ke condong ke hadapan. Jarak langkah juga turut bertambah
dalam fasa ini.

ii. Kelajuan maksimum dan pengekalan kelajuan

Fasa pecutan berlaku di antara jarak 30 meter dan 60 meter iaitu pada awal larian

95% daripada kelajuan maksimum dicapai pada jarak kira-kira 18 meter

Apabila seorang atlet mencapai kelajuan maksimum, kadar pecutannya ditentukan oleh tahap
kevergasan fizikal atlit.

iii. Larian di selekoh

Pada bahagian selekoh, semakin laju atlit berlari, semakin kuat kuasa 'centrifugal'

Pelari perlu merendahkan badan ke dalam sedikit untuk memastikan larian selekoh berkesan untuk
mengimbangi kuasa 'centrifugal'

Tangan kiri dihayun lurus, manakala tangan kanan menyilang badan mengarah ke dalam.

You might also like