You are on page 1of 1

PENGENALAN OLAHRAGA

Perkembangan sukan dan permainan peringkat sekolah di Malaysia bermula sejak


tahun 1960an lagi. Menurut Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM),
terdapat 23 jenis acara yang dipertandingkan di peringkat kebangsaan bagi sekolah-
sekolah di Malaysia. Kebanyakan acara sukan dan permainan ini juga akan
dipertandingkan di peringkat negeri dan daerah. Di peringkat sekolah pula, salah
satu acara suka  yang wajib dianjurkan ialah olahraga.  

Menurut International Association Athletics Federation (IAAF), antara acara-acara


yang termasuk di dalam olahraga ialah acara balapan dan padang, merentas desa,
larian jalan raya dan lumba jalan kaki. Bagi sukan olahraga sekolah di Malaysia,
kejohanan sukan  yang melibatkan olahraga telah dipecahkan kepada tiga iaitu
kejohanan balapan dan padang (kejohanan olaharaga), kejohanan lari berganti-ganti
dan kejohanan merentas desa. 

Tujuan penulisan blog pendidikan ini ialah untuk memberi penerangan tentang
contoh-contoh permainan kecil acara balapan dan padang yang boleh dijalankan di
sekolah rendah. Permainan kecil yang diterangkan dalam blog ini merupakan fasa
permulaan sebelum murid sekolah rendah didedahhkan dengan kemahiran-
kemahiran asas yang melibatkan acara balapan dan padang.

Terdapat enam permainan kecil mengikut jenis acara balapan dan acara


padang yang menjadi fokus dalam penulisan blog ini. Pemilihan jenis acara balapan
dan padang yang dipilih adalah berdasarkan tajuk sukatan pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Jasmani Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6.
Berikut merupakan senarai permainan kecil dan acara balapan dan padang yang
telah dipilih:

Tahun 4

 Bomba Pantas (Balapan)
 Jaguh Melompat (Padang)

Tahun 5

 Lari Pecut dan Tukar (Balapan)


 Lontaran Strategik (Padang)

Tahun 6

 Lumba Jalan (Balapan)
 Johan Balingan (Padang)

You might also like