You are on page 1of 13

Folio

Tatabahasa

Nama: Muhammad Syafiq bin Ishak

Kelas: 205 Al – Farabi

Guru

Bahasa Melayu:

1
KANDUNGAN
 Kata Nama
i. Kata nama khas
ii. Kata nama am
iii. Kata ganti nama
 Kata Kerja
i. Kata kerja aktif
- Kata kerja aktif tak transitif
- Kata kerja aktif transitif
ii. Kata kerja pasif
Kata Adjektif
Kata Tugas

2
Kata Nama
Kata nama adalah golongan kata yang terbahagi kepada dua
bahagian yang besar iaitu nama am, nama khas, ganti nama.

Kata Nama Am
Kata nama am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama
sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesuatu yang tidak
bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat, benda, dan sebagainya
secara umum seperti dalam contoh di bawah:

orang: ayah, polis, perempuan .


haiwan: burung, tikus, kucing .
benda: telefon, komputer, sikat .
tempat: sekolah, jalan raya, pantai.

Kata nama am boleh dibahagikan kepada dua iaitu konkrit dan abstrak.
Kata nama am konkrit ialah nama sesuatu yang dapat dipegang, dirasa
atau dilihat. Kata nama am abstrak pula ialah nama sesuatu yang hanya
dibayangkan atau dikhayalkan. Kedua kelas kata ini boleh terdiri daripada
kata dasar dan kata terbitan.

Contoh: buai -> buaian

Kata nama am mestilah menggunakan huruf kecil melainkan pada awal


ayat.

3
Kata Nama Khas

Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk
menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang
tidak bernyawa. Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan
nama binatang. Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat,
judul buku, nama bangunan, dan sebagainya.

Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas.
Contoh perkataan ditunjukkan seperti di bawah:

benda: Seri Mulia, Volvo, Motorola, Hikayat Hang Tuah.


orang: Cik Faridah, Leftenan Johan, Dr. Chew .
binatang: Tompok, Pak Belang, Sang Kecil.
tempat: Kampung Aman, Bangi,Kuantan.

Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan
huruf besar.

Kata Ganti Nama


Kata ganti nama ialah kata nama yang digunakan untuk mewakili diri
seseorang atau sebagai penunjuk. Kata ganti nama penunjuk terbahagi
kepada dua iaitu penunjuk bersifat menerangkan (contohnya ini, itu), dan
penunjuk bersifat pertanyaan (contohnya siapa, apa, mana).

Kata ganti diri pula terbahagi kepada tiga:

diri pertama:saya, beta, aku, patik, kami, kita.


diri kedua: awak, engkau, kamu, anda, saudara, saudari, tuan hamba.
diri ketiga: ia, dia, beliau, mereka, baginda, -nya.

4
Kata Kerja

Kata kerja merupakan golongan kata yang menjadi inti dalam frasa kerja,
sama ada yang berlaku atau dilakukan. Contohnya, berjalan, makan,
memakan, dimakan dan sebagainya. Kata kerja terbahagi kepada, kata
kerja transitif ( Perbuatan Melampau ) dan kata kerja tak transitif
( Perbuatan tidak Melampau ).

Kata Kerja Transitif


Kata kerja transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh
pembuatnya kepada benda lain. Benda yang kena oleh perbuatan itu
dipanggil penyambut ( objek ). Ayat yang menggunakan kata kerja transitif
mesti mempunyai penyambut ( objek ). Kata kerja ini biasanya mempunyai
imbuhan ‘me-‘ sama ada sebagai awalan atau sebahagian daripada
imbuhan contohnya mengambil, mendermakan, membacakan, menduduki,
mempersilakan.

Kata Kerja Transitif Aktif


Kata kerja transitif aktif ialah kata kerja yang mesti disertai oleh objek,
iaitu kata nama dan ayatnya berbentuk aktif. Kata kerja transitif aktif
menggunakan imbuhan men, men ...i, men ...kan, memper, memper...i, dan
memper...kan.

Kata Kerja Transitif Pasif


Kata kerja transitif pasif ialah kata kerja yang disertai oleh objek,dan
ayatnya berbentuk pasif.Kata kerja transitif pasif menggunakan imbuhan
di-

5
Penyambut Kata Kerja Transitif Pembuat

Radio itu didengari Atan


Burung itu ditangkap oleh seekor kucing
Sayur itu dijual oleh seorang perempuan
Ikan itu dijala oleh Pak Abu
Surat itu sedang ditulis oleh bapa

Kata Kata
Kerja Tak Transitif
Kata kerja tak transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh
pembuat itu sendiri kepada diri pembuat itu sendiri, tidak kepada benda
atau orang lain. Kata kerja ini tidak memerlukan penyambut. Kata kerja
tak transitif terbahagi kepada dua iaitu kata kerja tak transitif
berpelengkap' dan kata kerja tak transitif tak berpelengkap.

Kata Adjektif
Adjektif, juga dikenali sebagai kata sifat, ialah kata yang menjadi inti
dalam frasa adjektif seperti manis sekali, sudah lama sungguh, masih
lebat lagi.

Kata-kata dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat


sesuatu nama atau frasa nama. Kata adjektif boleh dikenali jika kata
berkenaan didahului oleh kata penguat seperti amat, sangat, sungguh,
sekali, paling, agak, benar

6
Jenis – jenis kata Adjektif
Terdapat 9 jenis kata adjektif:

Sifat

menerangkan sifat keadaan atau seseorang

contoh: tangkas, tekun, berani, lemah, kukuh, kemas, tegap, secantik, terkuat

Warna

contoh: jingga, biru, ungu, putih,merah, hitam, kuning langsat

Ukuran

contoh: pendek, panjang, tebal, nipis, tinggi, kecil, sebesar, ternipis

Bentuk

contoh: bujur, bulat,lurus,kempis

Waktu

contoh: lama, lambat, lewat, segera, suntuk, lampau, lalu, silam

Jarak

contoh: jauh, dekat, hampir

Cara

Contoh: kadang-kadang, deras, jarang, kerap, lambat, lincah

Pancaindera

 Rasa: pahit, payau, tawar, masin, manis, pedas, masam

 Pandang: kacak, cantik, jelita, hodoh

 Dengar: sunyi, bising, senyap

 Bau: busuk, wangi, hancing, hapak, hangit, hanyir

7
 Sentuh: kasar, licin, halus,kesat

Perasaan

contoh: benci, marah, rindu, gembira, senang, takut, seram

Kata Tugas
Kata tugas ialah golongan perkataan selain kata nama, kata kerja dan
kata sifat yang mendukung sesuatu tugas tertentu dalam binaan ayat,
klausa dan frasa. Kehadiran kata tugas dalam ayat tidak berfungsi
sebagai inti dalam sebarang frasa utama, sebaliknya mendukung sesuatu
tugas sintaksis tertentu sama ada sebagai penghubung, penerang,
penentu, penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar
pemeri atau tugas-tugas lain.

Terdapat 16 kata tugas:

Kata Seru

Kata seru ialah kata yang digunakan untuk menggambarkan perasaan


seseorang seperti marah, sedih, gembira, sakit, hairan, kagum, terkejut,
dan sebagainya. Cara penggunaannya disesuaikan dengan intonasi
pengucapan iaitu dengan nada meninggi atau menurun. Dalam bahasa
Melayu, kata seru digunakan untuk membentuk ayat seru. Perhatikan
penerangan di bawah.

Semua ayat seru, tanda serunya mestilah diletakkan di hujung ayat dan
bukannya selepas kata seru. Semua ayat seru ditandai dengan tanda seru
(!).

Kata Sendi
Golongan kata sendi adalah golongan kata yang digunakan untuk
menyambungkan frasa nama dengan kata atau frasa-frasa dalam ayat.
Kata sendi menunjukkan perkaitan antara satu perkataan/frasa dengan
perkataan/frasa yang lain.

Contoh:

8
 Buku di pejabat (kata nama + kata sendi + kata nama)
 Menyelam sambil minur air (kata kerja + kata sendi + frasa kerja)
 Rosak kerana banjir melanda (kata sifat + kata sendi + frasa nama)

Kata Tanya
Kata tanya digunakan untuk bertanya atau menyoal sesuatu. Kata tanya
hadir di dalam predikat. Kata tanya mesti diikuti oleh partikel ‘kah’ apabila
digunakan di awal ayat tanya. Kata tanya boleh wujud di awal, di akhir
atau di tengah ayat. Partikel ‘kah’ tidak diperlukan jika kata tanya terletak
pada akhir ayat. Contoh kata tanya ialah kenapa, mengapa, bila, apa, mana,
bagaimana, siapa dan berapa.

Kata Perintah
Kata perintah bertugas untuk memberi tindak balas kepada orang yang
mendengar (pihak kedua) sebagai larangan, silaan dan permintaan

Jenis Perintah Kata Perintah Contoh Penggunaan


Rakyat jangan mudah terpengaruh
dengan dakyah komunis
Larangan Jangan, usah
Usah pergi ke sungai yang
dalam airnya
Sila jamu selera.
Silaan Sila, jemput
Jemput masuk.
Tolong angkat baju itu
Permintaan Tolong, minta
Minta bersihkan meja awak ini

Kata Pembenar
Kata pembenar ialah perkataan yang mengesahkan sesuatu penyataan.
Contoh kata pembenar ialah ya, benar, dan betul. Penggunaannya dalam ayat
adalah seperti yang berikut:

 Ya, itulah orangnya.


 Benar, dialah yang berkata demikian.
 Betul, tanyalah dia.
 Ya, inilah rumah Pak Awang.
 Benar,itulah pegawai daerah yang baharu.
 Betul,kamilah penjaga kanak-kanak ini.

Kata Pangkal Ayat

9
Kata pangkal ayat ialah perkataan yang hadir di bahagian hadapan ayat
dalam wacana. Contoh kata pangkal ayat adalah seperti berikut:

hatta kalakian

maka sebermula

syahadan sekali peristiwa

adapun arakian

alkisah

Perkataan ini umumnya digunakan dalam bahasa Melayu Lama.

Kata Penguat
Kata penguat ialah perkataan yang mendahului atau mengikuti kata
adjektif dan berfungsi menguatkan maksud yang terkandung dalam kata
adjektif. Terdapat tiga jenis kata penguat:

I. Penguat hadapan
II. Penguat belakang
III. Penguat bebas

Kata Bantu
Kata bantu ialah jenis perkataan yang bertugas membantu frasa kerja,
frasa adjektif, dan frasa sendi nama, iaitu dengan menimbulkan makna-
makna tambahan dari segi aspek waktu atau ragam. Oleh yang demikian,
kata bantu boleh dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kata bantu
ragam.

Kata Penegas
Kata penegas yang disebut juga partikel ialah sejumlah perkataan yang
memberi penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat.
Terdapat dua jenis kata penegas, iaitu:

I. Yang menegaskan hanya frasa predikat atau bahagian-


bahagiannya. Contohnya, -kah, -tah, dan –lah,
II. Yang menegaskan kedua-dua bahagian ayat, iaitu frasa nama
sebagai subjek atau bahagiannya atau frasa predikat atau
bahagian-bahagiannya. Contohnya, juga, jua, pun, sahaja, lagi,
dan memang.

10
Kata Nafi
Kata nafi ialah perkataan yang menjadi unsur nafi frasa-frasa predikat,
iaitu frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama. Ada dua
bentuk kata nafi, iaitu bukan dan tidak.

Kata nafi bukan boleh menjadi unsur nafi frasa nama dan frasa sendi nama.

Kata Pemeri
Kata pemeri ialah kata yang yang bertugas memeri hal atau
merangkaikan frasa  utama dalam predikat dengan frasa subjek. Terdapat
dua jenis kata pemeri, iaitu ialah dan adalah. Kata pemeri tergolong
dalam kata tugas.

Penggunaan kata pemeri

Pada umumnya, kata pemeri 'ialah' hadir di hadapan frasa nama, manakala
'adalah' hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Kata pemeri
juga pada umumnya tidak boleh hadir bersama-sama kata nafi, kecuali
dalam binaan kata nafi dan frasa adjektif. Selain itu kata pemeri turut
tidak boleh hadir di hadapan frasa atau kata kerja

Penggunaan kata pemeri amat terbatas, dan sebenarnya kurang


digalakkan dalam pembentukan ayat-ayat bahasa Melayu.

Kata Arah
Kata arah ialah sejumlah perkataan yang hadir sebelum frasa nama dan
lazimnya sesudah kata sendi nam untuk menunjukkan hala atau jurusan.
Antara contoh kata arah yang sering digunakan dalam bahasa Melayu
ialah: atas, antara, bawah, tepi, belakang, tengah dalam, luar, sisi, penjuru, sudut,
segi, selatan, samping, timur, barat, hadapan, utara, dan sebagainya.

Kata Bilangan
Kata bilangan ialah sejumlah perkataan yang menjadi penerang jumlah
pada frasa nama. Kata bilangan dapat dibahagikan kepada beberapa jenis
mengikut ciri maknanya.

Kata Penekan
Kata penekan ialah satu bentuk yang member penegasan kepada kata
yang bergabung dengannya. Contohnya:

11
 Lapisan ozon sesungguhnya semakin menipis.

 Pokok durian itu nampaknya akan berbuah lebat.

 Bahawasanya pindaan perlembagaan itu wajar dilakukan pada


masa ini.

Kata Pembenda
Kata pembenda ialah bentuk yang menjadikan sesuatu perkataan yang
bukan daripada kata nama sebagai kata nama, misalnya lajunya, sakitnya,
lantangnya.

Kata Adverba
Kata adverb ialah perkataan yang menerangkan kata kerja, kata adjektif,
atau frasa sendi nama.

Bentuk kata adverba


Ada empat bentuk

I. Kata adverba jati


II. Kata adverba yang asalnya kata adjektif
III. Kata adverba yang asalnya kata kerja
IV. Kata adverba bentuk gandaan

12
13

You might also like