You are on page 1of 72

1

PENGAKUAN PELAJAR

Dengan ini saya mengaku bahawa isi kandungan Laporan Akhir Industri ini adalah
hasil kerja saya sendiri dan daripada sumber rujukan yang berkenaan.

NAMA : MUHAMMAD ARIF ANWAR BIN TAIP

NO. MATRIX : SH 20150208297

KURSUS : DIPLOMA KESELAMATAN DAN KESIHATAN

PEKERJAAN

Yang Benar,

MUHAMMAD ARIF ANWAR BIN TAIP


2

ISI KANDUNGAN
3

NO ISI KANDUNGAN MUKA SURAT


1 Pengakuan pelajar 1
2 Isi Kandungan 2
3 Senarai Gambar Rajah 6
4 Abstrak 9
5 Penghargaan 11
6 Jadual Latihan 13

Bab 1 Pendahuluan

1.1 Latar Belakang 15


1.2 Objektif Latihan Industri 16
1.3 Kepentingan Latihan Industri 18

Bab 2 Latar Belakang Syarikat

2.1 Pengenalan Organisasi 19


2.2 Latar Belakang Penubuhan Organisasi 20
2.3 Produk dan Servis Organisasi 21
2.4 Polisi Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran 27
2.5 Carta Organisasi Syarikat 28
2.6 Carta Jabatan HSE 29
2.7 Misi,Visi,Nilai Bersama 30
2.8 Logo Syarikat 31
2.9 Lokasi Syarikat 32

Bab 3 Keselamatan

3.1 Tanggungjawab Keselamatan 32


3.2 Keselamatan Diri Sendiri 34
4

Tugasan 1 Toolbox Briefing


4.1 Pengenalan 37
4.2 Tujuan Tool Briefing 37
4.3 Tanggungjawab Majikan 37
4.4 Masalah ketika Toolbox Briefing 38
4.5 Kesimpulan 39
4.6 Gambar

Tugasan 2 Safety Committee

5.1 Tanggungjawab Kontraktor “Safety Committee” 42

5.2 Gambar 44
5.3 Minit Mesyuarat 45

Tugasan 3 Perlaksanaan Peraturan Yang Ditetapkan


Ketika Covid-19

6.1 Pengenalan 49
6.2 Objektif 49
6.3 Peraturan Covid-19 di Tempat Kerja 49
6.4 Gambar 50

Tugasan 4 Operasi di Tapak Binaan

7.1 Tujuan Operasi 53

7.2 Gambar Operasi 54

Tugasan 5 Pengenalan Keselamatan dan Kesihatan


Sebelum Memulakan Kerja

8.1 Tujuan 56

8.2 Gambar 58
5

Tugasan 6 Latihan Kecemasan Kebakaran

9.1 Tujuan 60

9.2 Gambar 60

Tugasan 7 Latihan untuk Pekerja di Pejabat dan Tapak


Kerja

10.1 Tujuan 63

10.2 Latihan yang Dijalankan 63

10.3 Gambar 64

Tugasan 8 Menambahbaik Kawasan Alat Pemadam Api

11.1 Tujuan 65

11.2 Gambar 65

Bab 4 Kesimpulan 67

Bab 5 Saranan dan Cadangan 69

Bab 6 Rujukan 71
6

SENARAI
GAMBAR RAJAH
7

RAJAH TAJUK MUKA


SURAT

BAB 2
Rajah 1 Carta Utama Struktur Organisasi Syarikat 29
Extechpro (M) Sdn Bhd
Rajah 2 Carta Organisasi Jabatan HSE Extechpro (M) 30
Sdn Bhd
Rajah 3 Logo Organisasi 32
Rajah 4 Lokasi Latihan Industri 32

BAB 3
Rajah 5 Personal Protection Equipment 35
Rajah 6 Toolbox Meeting 39
Rajah 7 Toolbox Meeting 39
Rajah 8 Toolbox Meeting 40
Rajah 9 Toolbox Meeting 40
Rajah 10 HSE Committee Meeting 44
Rajah 11 HSE Committee Meeting 44
Rajah 12 Sanitasi Kawasan Pejabat 50
Rajah 13 Pemeriksaan Rekod Suhu Badan Setiap Hari 50
Rajah 14 Sanitasi Tangan dan Notis Peringatan pada 51
Setiap Pintu Masuk Pejabat
Rajah 15 Penjarakan Sosial di Bilik Mesyuarat 51
Rajah 16 Gambar Pemantauan di Tapak Binaan 54
Rajah 17 Mengawasi Keselamatan Ketika Kerja 54
Dijalankan 55
Rajah 18 Membuat Pemeriksaan “First Aid Kit” di 55
Tapak Binaan
Rajah 19 Pemeriksaan Alatan Keselamatan Diri di 56
Tapak Binaan.
8

Rajah 20: Latihan Penggunaan Kren. 58


Rajah 21 Pengenalan Keselamatan, Kesihatan dan 60
Alam Sekitar Kepada Pekerja dan Kontraktor
Baru.
Rajah 22 Berkumpul Ketika Latihan Kebakaran 60
Rajah 23 Head-Count Ketika Latihan Kebakaran 61
Rajah 24 Ketika Latihan Kebakaran Dijalankan 61
Rajah 25 Latihan Kegunaan Alat Pemadam Api 64
Rajah 26 Latihan Kerja Berisiko Tinggi 64
Rajah 27 Alat Pemadam Api Selepas Ditambahbaik 66
9

ABSTRAK
10

ABSTRAK

Laporan akhir Latihan Industri perlu disediakan untuk menilai dan mengetahui
aktiviti yang telah diikuti oleh pelajar sepanjang menjalani latihan di sebuah syarikat
atau firma yang telah ditetapkan. Setiap pelatih perlu menumpukan sepenuh perhatian
ke atas tugas-tugas yang diberikan. Oleh itu, sebarang kerja yang ditugaskan mesti
disiapkan tepat pada masa yang telah ditetapkan. Hal ini kerana ia dapat membantu
dalam meningkatkan dan memaksimumkan kapasiti serta kecekapan syarikat tersebut.
Segala aktiviti hendaklah direkodkan ke dalam laporan sebagai bukti. Selain itu juga,
Latihan Industri ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang
kaedah penulisan laporan yang lengkap dan memudahkan pelajar mengulangkaji serta
membuka minda pelajar kepada alam pekerjaan yang sebenar. Dengan adanya laporan
6 bulan ini, pihak Ranaco Education Training Institute (RETI) meneliti segala aktiviti
yang telah dilakukan dan tahap keberkesanan latihan industri ini kepada pelajar.
11

PENGHARGAAN
12

PENGHARGAAN

Pertamanya saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan


limpah kurnianya saya berjaya menamatkan latihan industri dengan jayanya. Saya juga
ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengarah Extechpro Sdn. Bhd kerana
membenarkan saya menjalani latihan industri di syarikatnya dan tidak lupa juga
kepada Encik Yussuf Jamil, Eksekutif Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar dan
seluruh warga Extechpro (M) Sdn. Bhd yang telah banyak mengajar serta memberi
pengalaman sepanjang saya menjalani latihan di syarikat tersebut. In sha Allah akan
saya praktikkan segala yang telah di ajar dalam menempuh alam pekerjaan sebenar
pada masa akan datang.

Seterusnya saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Unit Latihan
Industri Ranaco Education Training Institute (RETI) dan para pensyarah di Jabatan
Integrasi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan iaitu Puan Haslida, Puan Fatihah, Cik
Afifah serta ramai lagi kerana telah membantu dalam menguruskan dan menyelia
latihan industri saya.

Akhir sekali, tidak lupa kepada ibu bapa saya iaitu saya Faridah Anum binti
Abdul Wahid, bapa saya Taip bin Kairi serta adik-beradik saya dan rakan-rakan yang
telah banyak membantu, memberi dorongan dan tunjuk ajar dalam penghasilan laporan
akhir ini. Jutaan terima kasih diucapkan.
13

JADUAL LATIHAN INDUSTRI

o Tarikh Mula Latihan Industri : 18 Januari 2020

o Tarikh Tamat Latihan Industri : 17 Julai 2020

o Tarikh Mula Pelaksanaan Perintah Kawalan : 18 Mac 2020

o Tarikh Tamat Pelaksanaan Perintah Kawalan : 10 Jun 2020

o Waktu Kerja : Isnin – Jumaat (08.00am – 05.00pm)


: Sabtu (08.00am – 02.00pm)

o Waktu Rehat : Isnin – Khamis (01.00pm – 02.00pm)


: Jumaat (12.00pm – 03.00pm)

o Cuti : Ahad
14

PENDAHULUAN
15

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 LATAR BELAKANG

Latihan industri merupakan satu komponen utama dalam kurikulum


pembelajaran di semua institusi pengajian tinggi. Pelajar disyaratkan lulus dalam
latihan industri sebelum diperakukan untuk penganugerahan sijil atau diploma. Pelajar
akan ditempatkan di organisasi atau firma tertentu yang berkait rapat dengan kursus
yang diambil di institusi pengajian selama enam bulan bagi mendedahkan para pelajar
kepada suasana pekerjaan sebenar. Latihan industri yang dijalankan merupakan salah
satu cara belajar yang berbeza dengan cara belajar di bilik kuliah kerana belajar diluar
bilik kuliah merupakan satu konsep umum jika dibandingkan dengan belajar di bilik
kuliah. Pelajar dapat mempraktikkan teori yang dipelajari di dalam bilik kuliah secara
langsung dan meneliti konsep melalui pengalaman di alam pekerjaan.

Masa yang diperuntukkan selama enam bulan di luar kampus memberi banyak
pengalaman dan ilmu kepada para pelajar dengan luas dan mendalam tentang kursus
yang diambil dan dipelajari di bilik kuliah. Ini kerana latihan industri banyak
menekankan pelajar kepada latihan praktikal atau amali berbanding teori yang
dipelajari dalam kuliah. Semasa menjalankan latihan industri, selain daripada
menjalankan kerja-kerja lain juga didedahkan di firma antaranya ialah pergaulan
antara pelajar dengan pekerja dan pelajar dengan majikan serta pergaulan antara orang-
orang di dalam firma. Melalui pergaulan yang terjalin semasa praktikal ini, ianya dapat
memupuk semangat kerjasama dan dapat bertukar-tukar pendapat dalam
menyelesaikan sesuatu kerja yang dijalankan. Sepanjang tempoh menjalani latihan
industri di firma, para pelajar adalah terlibat sepenuhnya dibawah peraturan atau
undang-undang yang telah ditetapkan oleh firma atau syarikat dan peraturan tersebut
wajib dipatuhi oleh para pelajar selagi ianya tidak menyalahi peraturan institusi
pengajian.

Setelah tamat menjalani latihan industri, para pelajar diwajibkan menyediakan


satu laporan yang lengkap mengenai latihan industri yang dijalani di firma masing-
16

masing selama tempoh yang telah ditetapkan. Laporan tersebut akan disemak oleh
pensyarah yang berkenaan untuk tujuan penilaian sebelum para pelajar dianugerahkan
diploma bagi bidang yang berkaitan.

1.2 OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI

Latihan industri merupakan salah satu syarat bagi memenuhi kelayakan bagi
penganugerahan Sijil atau Diploma. Latihan industri adalah wajib dijalani oleh semua
pelajar di Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta sebagai syarat wajib bagi
melayakkan pelajar menerima Sijil Diploma atau Ijazah mengikut jurusan yang
diambil. Sebenarnya ia bukan setakat memenuhi syarat tersebut tetapi ia memberi
kesedaran mengenai situasi sebenar di alam pekerjaan. Dengan adanya latihan industri
banyak pengalaman yang berguna dan berharga diperolehi sebagai bekalan sebelum
menjejakkan kaki ke alam pekerjaan. Ia juga dapat membina keyakinan diri dengan
pengalaman dan pengetahuan yang pelajar dapat daripada latihan industri.

Latihan industri adalah penting kerana dapat mendedahkan para pelajar kepada
alam pekerjaan yang sebenar. Ia juga dapat menambah serta meluaskan pengetahuan
teknikal dan kemahiran pelajar, jika sebelum ini para pelajar memperolehi
pengetahuan secara terhad, tetapi apabila pelajar mengikuti latihan ini, pelajar dapat
mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang sesuatu perkara dan kehendak semasa
melakukan pekerjaan. Selain itu, pelajar dapat mempelajari tentang teknologi atau
kemahiran baru semasa menjalani latihan industri.

Selain daripada itu, latihan ini juga dapat meningkatkan kebolehan dan
peribadi pelajar yang lebih baik seperti dapat menonjolkan kebolehan untuk bekerja
dengan bersungguh-sungguh dan bekerja dengan penuh dedikasi serta menampilkan
sikap yang positif kepada majikan. Latihan ini juga penting kerana ia dapat
menghilangkan rasa rendah diri seseorang pelajar dimana apabila pelajar menjalani
latihan industri berkemungkinan pelajar akan bertemu dengan orang yang berpangkat
tinggi atau lebih berusia. Nilai hormat-menghormati terhadap orang sekeliling akan
timbul di dalam diri pelajar sekiranya pelajar menjalankan latihan industri dengan
17

sepenuh hati dan ikhlas. Diharap sifat ini akan berkekalan pada masa hadapan. Melalui
latihan ini juga, pelajar dapat menangani sesuatu masalah dengan lebih bijaksana.

Kesimpulan yang dapat ditakrifkan tentang kepentingan latihan industri adalah:

o Untuk membina dan memantapkan diri pelajar supaya lebih yakin untuk
menghadapi sebarang tugas dan dugaan yang dihadapi di alam pekerjaan.
o Agar pelajar tidak menghadapi sebarang kesukaran atau merasa kekok apabila
mula bekerja kelak.
o Mendedahkan pelajar ke alam pekerjaan yang sebenar.
o Menanam semangat kerja berpasukan dan hubungan baik antara pekerja dan
kakitangan sesebuah organisasi.
o Mengaitkan teori kepada praktis dan sebagainya.
o Mengamalkan dan mematuhi peraturan keselamatan semasa latihan industri.
o Membina keyakinan diri.
o Memupuk sifat amanah dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasan.
o Menyediakan sebuah laporan rasmi setelah tamat latihan.
18

1.3 KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI

Latihan industri adalah sangat penting kepada para pelajar kerana dengan
adanya pengalaman dari latihan ini, pelajar dapat melatih diri dan merasai suasana
sebenar alam pekerjaaan. Selain itu, pelajar juga dapat mengaplikasikan modul yang
dipelajari dalam mempraktikkan di dalam bidang pekerjaan secara praktikal dan
berdasarkan pengetahuan serta pengalaman.

Semasa menjalani latihan industri, pelajar akan dilatih untuk mempelajari cara-
cara menerima arahan dan melaksanakan arahan yang diamanahkan kepada dirinya.
Kecekapan menerima dan melaksanakan arahan merupakan prinsip kerja yang sangat
penting dan perlu diamalkan oleh setiap pekerja untuk menyelesaikan kerja dengan
sempurna dan cepat.

Selain itu, latihan industri juga dapat melatih pelajar untuk mengamalkan sikap
berdikari, bertanggungjawab, hormat-menghormati, keyakinan diri, kesabaran,
ketabahan serta kerjasama dengan pekerja lain yang peringkat umurnya berbeza.
Sikap-sikap tersebut dapat dijadikan sebagai amalan hidup yang baik untuk diamalkan.

Dalam latihan industri, pelajar akan menemui ilmu-ilmu yang baru dan cuba
untuk menyesuaikan diri dengan suasana pekerjaan yang mungkin berbeza dengan
alam pengajian. Dengan adanya pengetahuan dan pengalaman ketika latihan industri,
pelajar yang akan melangkah ke alam pekerjaan tidak akan mengalami kejutan budaya
dan dapat membiasakan diri dengan keadaan secara positif.

Secara kesimpulan, latihan industri sebenarnya banyak mendatangkan manfaat


kepada diri pelajar itu sendiri, pelajar juga dapat menggunakan pengalaman dan
kemahiran yang diperolehi semasa tempoh latihan sebagai panduan dan bekalan untuk
di masa akan datang.
19

BAB 2

LATAR BELAKANG SYARIKAT

2.1 PENGENALAN ORGANISASI

Extechpro (M) Sdn Bhd berkembang dengan permulaan yang sederhana pada
tahun 2003 sehingga menjadi organisasi mapan yang melibatkan perkhidmatan
Mekanikal & Elektrik khususnya dalam segmen perniagaan Heating, Ventilation, and
Air Conditioning (HVAC), bermula daripada kerja reka bentuk dan perundingan,
pemasangan dan penyelesaian masalah, perkhidmatan dan penyelenggaraan, hingga
audit prestasi sistem. Fokus perniagaan utama syarikat ini adalah dalam sektor
Komersial, Industri dan Minyak & Gas.

Syarikat Extechpro (M) Sdn Bhd merupakan organisasi berdaftar dengan


badan berkanun seperti Kementerian Kewangan (MOF) dan Lembaga Pembangunan
Industri Pembinaan (Construction Industry Development Board) (CIDB). Selain itu,
syarikat ini juga merupakan vendor berdaftar untuk PETRONAS, TNB, Telekom
Malaysia, Suruhanjaya Tenaga dan GLC lain.

Sejak awal penglibatan, syarikat ini telah aktif dalam pelbagai projek dan
kontrak untuk kedua-dua sektor kerajaan dan swasta. Selama bertahun-tahun
berkhidmat bersama pelanggan, syarikat Extechpro (M) Sdn Bhd memahami
keperluan kritikal majoriti pelanggan untuk melindungi aset dan wang yang selamat.
Extechpro (M) Sdn Bhd memiliki peralatan, kemahiran, kepakaran dan pengalaman
yang diperlukan untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan untuk
mencapai tujuan mereka. Prestasi syarikat pula diukur dan dikendalikan melalui
pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001: 2015 yang telah perolehi pada
tahun 2012. Dedikasi untuk menyediakan produk, perkhidmatan dan pengalaman
pelanggan yang sangat baik adalah kepuasan syarikat Extechpro (M) Sdn Bhd.
20

2.2 LATAR BELAKANG PENUBUHAN ORGANISASI

Extechpro (M) Sdn Bhd berkembang dengan permulaan yang sederhana pada
tahun 2003 sehingga menjadi organisasi mapan yang melibatkan perkhidmatan
Mekanikal & Elektrik khususnya dalam segmen perniagaan Heating, Ventilation, and
Air Conditioning (HVAC), bermula daripada kerja reka bentuk dan perundingan,
pemasangan dan penyelesaian masalah, perkhidmatan dan penyelenggaraan, hingga
audit prestasi sistem. Fokus perniagaan utama syarikat ini adalah dalam sektor
Komersial, Industri dan Minyak & Gas. Bermula dengan 3 individu yang bertindak
sebagai perintis pada tahun 2003, Extechpro (M) Sdn Bhd kini menggunakan lebih
daripada 40 orang dalam pelbagai bidang kepakaran untuk memberikan perkhidmatan
terbaik kepada pelanggan kami yang dihargai.

Kami mendorong tenaga kerja kami untuk berdikari tetapi menjadi pemain
pasukan yang berkesan untuk melaksanakan tugas harian secara profesional. Semua
tenaga kerja kita akan melalui latihan sistematik atau latihan pekerjaan oleh kakitangan
yang berpengalaman untuk memaksimumkan kemampuan mereka dalam industri.
Syarikat kami juga menekankan kepada kerja berpasukan dan konsep ikatan
kekeluargaan antara kakitangan kami.

Syarikat Extechpro (M) Sdn Bhd merupakan organisasi berdaftar dengan


badan berkanun seperti Kementerian Kewangan (MOF) dan Lembaga Pembangunan
Industri Pembinaan (Construction Industry Development Board) (CIDB). Selain itu,
syarikat ini juga merupakan vendor berdaftar untuk PETRONAS, TNB, Telekom
Malaysia, Suruhanjaya Tenaga dan GLC lain.

Bahagian Keselamatan, Kesihatan, Kualiti dan Persekitaran bagi Extechpro


(M) Sdn Bhd diuruskan oleh Pengarah Bahagian ini iaitu Encik Yussuf bin Jamil bagi
menguruskan berkenaan keselamatan, kesihatan, kualiti dan persekitaran. Setiap
daripada kontraktor utama perlu menyediakan seorang penyelia keselamatan tapak
bina untuk menjaga tapak bina masing-masing.
21

2.3 PRODUK DAN SERVIS ORGANISASI

Perkhidmatan dan Penyelenggaraan

Kontrak perkhidmatan dan penyelenggaraan selama 3 tahun untuk penyaman


udara dan sistem pengudaraan mekanikal (ACMV) di Kompleks Canselor, Bangunan
Akademik Baru dan Bangunan R&D, Universiti Teknologi Petronas (UTP). Kontrak
bermula pada tahun 2020.

Kontrak terma untuk perkhidmatan dan penyelenggaraan bagi penyaman udara


dan sistem pengudaraan mekanikal di PETRONAS KLCC, Tower 3, Kuala Lumpur
di bawah KLCCUH. Kontrak bermula pada tahun 2012 hingga sekarang.

Kontrak jangka masa 2 tahun bagi Servis Sistem Pemanasan, Pengudaraan Dan Sistem
Penyaman Udara (HVAC) di Terminal PETRONAS Regas Sungai Udang Sdn Bhd
(RGTSU).
22

Servis dan Penyelenggaraan sistem penyaman udara pusat merangkumi pakej


pendingin udara, pakej pendingin air, VRV dan lain-lain yang berkaitan di Universiti
Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor (Package Loop 1).

Operasi dan Penyelenggaraan loji air sejuk Sistem Penyejukan Daerah (DCS) dan lain-
lain yang berkaitan di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor (Package
Loop 2).

Kontrak jangka masa 3 tahun bagi perkhidmatan dan penyelenggaraan sistem


penyaman udara dan peralatan lain yang berkaitan di Universiti Kebangsaan Malaysia,
Bangi, Selangor (Package Loop 2).
23

Pemeriksaan, servis, pembetulan dan pemeliharaan kerosakan perkhidmatan


penyaman udara pusat di Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru, Johor (Central
- Package A)

Kontrak selama setahun bagi perkhidmatan dan penyelenggaraan penyaman udara


jenis pusat dan berpecah di Menara Bank Rakyat Shah Alam, Selangor.

Kontrak perkhidmatan dan penyelenggaraan selama 5 tahun sebanyak 625 alat


penyaman udara dan pengudaraan untuk TNB 2,100 MW Stesen Janakuasa Sultan
Azlan Shah yang terletak di Bandar Seri Manjung, Perak. Sistem penyaman udara
beroperasi 24 jam sehari 365 hari sepanjang tahun bagi proses dan aplikasi keselesaan.

Kontrak perkhidmatan dan penyelenggaraan selama 2 tahun sekitar 350 alat penyaman
udara dan pengudaraan untuk Loji Tenaga 2,100 MW Malakoff yang terletak di
Tanjung Bin Pontian, Johor. Sistem penyaman udara beroperasi 24 jam sehari 365 hari
sepanjang tahun bagi proses dan aplikasi keselesaan.
24

Projek Pemasangan, Penambahbaikan & Penyesuaian Baru

Perolehan, Pemasangan dan Pentadbiran Penyaman Udara & Pengudaraan Mekanikal


untuk Petronas Research Sdn Bhd di Bangi, Selangor.

Kejuruteraan, Perolehan, Pemasangan dan Pentadbiran Bilik Freezer yang terletak


diPetronas Geo-Sample Centreat Taman Keramat, Kuala Lumpur.

Kerja pemasangan sistem penyaman udara dan pengudaraan untuk Makmal Crops-
For-The-Future Center (CFFRC) di Semenyih, Selangor - Fasa 2.

Kerja pemasangan sistem penyaman udara dan pengudaraan untuk Klinik Kesihatan
(KK3) di Simpang, Taiping, Perak.
25

Memperbaiki dan menaik taraf sistem penyaman udara di Wisma Warisan Arkib
Negara Malaysia, Jalan Duta Kuala Lumpur. Skop kerja merangkumi penggantian 2
angka. 230 RT dan 2 angka. daripada 125 penyejuk penyejuk air RT, 17 nos. AHU,
menara penyejuk, pam air sejuk dan kondensor, sistem paip dengan tambahan yang
berkaitan dan Sistem Automasi Bangunan (BAS).

Memperbaiki sistem penyaman udara di Bangunan Perancang Ekonomi (EPU), Parcel


B, Putrajaya. Skop kerja merangkumi pemasangan dan peningkatan sistem JohnsonS
Controls BCS dan audit kecekapan tenaga sebelum dan selepas kerja-kerja
pemasangan semula. Kerja-kerja tersebut di bawah pengawasan JKR Wilayah
Persekutuan.

Reka bentuk, perolehan dan pemasangan sistem penyejuk udara air sejuk
menggunakan 2 unit pendingin udara TRANE untuk penyejukan proses di Stesen
Janakuasa Sultan Azlan Shah, Seri Manjung Perak.
26

Reka bentuk, pemerolehan dan pemasangan sistem penyejuk udara air sejuk
menggunakan 1 unit penyejuk udara Carrier 30GTN080 untuk Cooling Selesa di
Bangunan KO3, Stesen Janakuasa Sultan Azlan Shah, Seri Manjung Perak.
27

2.4 POLISI ORGANISASI

Polisi Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar


28

CARTA ORGANISASI
29

2.5 CARTA ORGANISASI SYARIKAT EXTECHPRO (M) SDN. BHD.

Rajah 1: Carta Utama Struktur Organisasi Syarikat Extechpro (M) Sdn Bhd
30

2.6 CARTA JABATAN KESIHATAN DAN KESELAMATAN (HSE)

MANAGING DIRECTOR
Zulkefli Bin Abdul Wahid

TECHNICAL DIRECTOR
Norazam Bin Dahlan

HSE EXECUTIVE
Yussuff Bin Jamil

Rajah 2: Carta Organisasi Jabatan HSE Extechpro (M) Sdn Bhd


31

2.7 VISI DAN MISI ORGANISASI

Visi

 Untuk menjadi kontraktor HVAC khusus di Malaysia dan dapat menawarkan


perkhidmatan semasa di Malaysia termasuk Malaysia Timur (Sabah &
Sarawak).

Misi

 Mewujudkan perkongsian yang baik dan menyediakan penyelesaian kepada


pelanggan kami yang dihargai.

Nilai Bersama

 Luhur dan jujur.


 Bertanggungjawab terhadap komuniti, persekitaran dan para pemegang saham.
 Berdaya mampan dalam kualiti produk dan keutuhan.
 Penyayang dan adil terhadap pekerjanya dan kepercayaan.
 Berorientasikan pelanggan dan pengguna.
 Pembangunan yang berterusan dan menuju kehadapan.
32

2.8 LOGO ORGANISASI

Rajah 3: Logo Organisasi

2.9 LOKASI SYARIKAT

EXTECHPRO (M) SDN BHD

Alamat: No 19-1, Jalan Reko Sentral 4, Reko Sentral,


43000 Kajang, Selangor, Malaysia.

Tel: +603 8734 6981


Fax: +603 8734 6976
Website: http://www.extechpro.com

Rajah 4: Lokasi Latihan Industri


33

BAB 3

KESELAMATAN

3.1 TANGGUNGJAWAB KESELAMATAN

o Haruslah mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat dan
memberi taklimat kepada pekerja-pekerjanya tentang peraturan tersebut sebelum
memulakan kerja.
o Haruslah menyediakan segala peralatan keselamatan diri kepada pekerja untuk
menghadiri daripada berlakunya kerosakan harta benda dan pencemaran kepada
alam sekitar semasa melaksanakan kerja.
o Haruslah mengambil langkah-langkah keselamatan yang sewajarnya untuk
menjaga kelengkapan dan kemudahan yang dibekalkan supaya keselamatan,
kesihatan dan kebajikan pekerja adalah terjamin.
o Haruslah mengambil kira samaada pekerja-pekerja mahir dalam menggunakan
sesuatu alatan dan fasih dengan aturcara yang betul supaya kemalangan tidak
berlaku.
o Melaporkan segala kejadian kemalangan yang berlaku kepada pihak syarikat
supaya siasatan boleh dijalankan untuk menjamin kejadian itu tidak berulang lagi.
34

3.2 KESELAMATAN DIRI SENDIRI

o Memakai pakaian yang sesuai tidak terlalu labuh dan ketat kerana boleh
mendatangkan kemalangan serta menyulitkan pergerakan badan begitu juga
dengan pemakaian kasut.
o Rambut hendaklah ditutup seperti memakai tudung atau skaf bagi pekerja
wanita dan dipakai kemas dan diikat ke bahagian belakang agar memudahkan
kerja-kerja dilakukan dan tidak berbahaya pada mesin-mesin yang berputar.
o Berkelakuan baik semasa berada di bengkel atau makmal dan tidak bergurau
senda semasa melakukan kerja.
o Tidak memakai tali leher semasa bekerja pada mesin-mesin atau alat yang
berputar.
o Gunakan alat perlindungan diri seperti goggle dan penghadang muka semasa
membuat kerja-kerja mengimpal.
o Cuci tangan dengan sabun dan air setelah siap melakukan kerja. Ia bertujuan
untuk menghindarkan dan mengawal diri dari terkena serangan penyakit kulit.
o Tidak memakai barang-barang kemas seperti cincin, jam tangan, rantai, dan
perhiasan diri yang lain semasa berada di bengkel.
35

Rajah 5: Personal Protection Equipment


36

TUGASAN 1
37

TUGASAN 1:

‘TOOLBOX BRIEFING’

4.1 PENGENALAN

Toolbox briefing adalah perjumpaan antara pekerja dengan penyelia keselamatan.


Toolbox briefing akan diadakan setiap minggu jam 8.00 pagi setiap hari sebelum kerja
dimulakan. Toolbox briefing biasa dilakukan dalam tempoh 5 hingga 15 minit
bergantung kepada perkara atau masalah yang berbangkit di tapak bina. Melalui
toolbox briefing kita boleh memberitahu pekerja tentang keselamatan dan kesihatan
tentang alat, bahan dan prosedur yang mereka gunakan setiap hari atau untuk kerja-
kerja tertentu.

4.2 TUJUAN TOOLBOX BRIEFING

 Mengambil rekod kedatangan pekerja untuk membuat ‘Safety Statistic’.


 Mengambil tahu masalah yang berlaku terhadap pekerja.
 Menyatakan kawalan risiko semasa melakukan kerja.
 Memberikan maklumat yang berguna kepada pekerja.
 Mengelakkan berlakunya kemalangan di tapak bina.

4.3 TANGGUNGJAWAB MAJIKAN

 Memastikan semua pekerja yang bekerja ditapak bina mematuhi peraturan


keselamatan di tapak bina.
 Majikan hendaklah menyediakan tempat yang sesuai untuk melakukan
Toolbox Briefing.
 Memberi kesedaran kepada semua pekerja akan keselamatan dan kesihatan.
38

4.4 MASALAH YANG BERLAKU KETIKA MELAKUKAN ‘TOOLBOX


MEETING’

 Pekerja datang lewat ketika Toolbox Meeting diadakan.


 Pekerja tidak memberikan perhatian semasa Toolbox Meeting dijalankan.
 Pekerja tidak merekodkan nama dilampiran kehadiran.
 Faktor cuaca dan tempat yang tidak sesuai ketika melakukan Toolbox Meeting.
 Pekerja mengatakan bahawa Toolbox Meeting suatu pembaziran masa dan
tidak penting.

4.5 KESIMPULAN

Kesimpulan mendapati Toolbox Meeting ini harus dilakukan kerana langkah ini boleh
dijadikan sebagai satu landasan kepada pekerja bagi meningkatkan lagi tahap
keselamatan ditapak bina. Pihak majikan juga harus menyokong dan mengalakkan lagi
aktiviti Toolbox Meeting ditapak bina ini.
39

4.6 GAMBAR AKTIVITI TOOLBOX MEETING

Rajah 6: Toolbox Meeting

Rajah 7: Toolbox Meeting


40

Rajah 8: Toolbox Meeting

Rajah 9: Toolbox Meeting


41

TUGASAN 2
42

TUGASAN 2:

“SAFETY COMMITTEE”

5.1 TANGGUNGJAWAB KLIEN “SAFETY COMMITTEE”

 Klien hendaklah memastikan setiap kontraktor”menghadiri mesyuarat


Keselamatan setiap bulan, atau sebagaimana yang telah ditetapkan.
 Perlu dipengerusikan oleh Pegawai Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan.
 Minit mesyuarat hendaklah disediakan oleh pegawai Keselamatan Dan
Kesihatan Pekerjaan.

Minit hendaklah mengandungi yang berikut:

 Tarikh dan masa ‘Safety Committee’ dibuat.


 Nama Pegawai Keselamatan Dan Kesihatan dan ketua kontraktor.
 Nama penyelia keselamatan/ wakil yang hadir.
 Perkara yang dibincangkan.
 Komen tentang keselamatan daripada pemerhatian pekerja

Agenda bagi ‘Safety Committee’ hendaklah berikut:

 Mengkaji minit mensyuarat bulanan keselamatan dan kesihatan yang


menjejaskan kerja mereka.
 Mengarahkan pekerja mereka dalam perancangan kerja yang selamat dan
cekap.
43

 Subjek keselamatan ditugaskan di Mesyuarat Keselamatan dan Kesihatan


sebagaimana yang disifatkan perlu, yang khusus untuk kerja-kerja yang sedang
dijalankan.
 Mengkaji apa–apa kecederaan atau kemalangan yang telah berlaku di tapak
bina.
44

5.2 GAMBAR MESYUARAT “SAFETY COMMITTEE”

Rajah 10: HSE Committee Meeting

Rajah 11: HSE Committee Meeting


45

5.3 MINIT MESYUARAT JABATAN KESIHATAN DAN KESELAMATAN


46
47
48

TUGASAN 3
49

TUGASAN 3:

PERLAKSANAAN PERATURAN YANG DITETAPKAN KETIKA COVID-19

6.1 PENGENALAN

 Perlaksanaan SOP (Standard Operating Procedure) ketika wabak Covid-19


adalah wajib bagi setiap syarikat di tempat kerja dan tapak binaan bagi
mengelakkan jangkitan yang boleh berlaku di antara pekerja ketika bekerja.

6.2 OBJEKTIF

 Untuk mengelakkan jangkitan Covid-19 di tempat kerja.


 Memastikan setiap pekerja sentiasa mengamalkan kebersihan diri.

6.3 PERATURAN COVID-19 DI TEMPAT KERJA

 Penjarakkan sosial di pejabat dan tapak binaan.


 Rekod suhu badan bagi setiap pekerja yang memasuki kawasan pejabat begitu
juga pekerja yang hadir ke tapak binaan.
 Sanitasi tangan di setiap pintu masuk ke pejabat.
 Sanitasi kawasan kerja setiap 2 minggu.
 Memakai penutup muka bagi setiap pekerja yang hadir ke pejabat dan tapak
binaan.
50

6.4 GAMBAR OPERASI PELAKSANAAN SOP

Rajah 12: Sanitasi Kawasan Pejabat

Rajah 13: Pemeriksaan Rekod Suhu Badan Setiap Hari


51

Rajah 14: Sanitasi Tangan dan Notis Peringatan di Setiap Pintu Masuk Pejabat

Rajah 15: Penjarakan Sosial di Bilik Mesyuarat


52

TUGASAN 4
53

TUGASAN 4:

OPERASI DI TAPAK BINAAN

7.1 TUJUAN OPERASI

Membuat pemantauan kerja ditapak binaan dilakukan setiap sekali seminggu.


Ianya bertujuan untuk mencari segala ‘finding’ berkaitan kelakuan yang tidak selamat
dan juga keadaan yang tidak selamat.Dilakukan bukan hanya untuk mencari kesalahan
dan kekurangan semata-mata, di dalam pemantauan ini juga boleh dimasukkan sekali
proses kerja yang dijalankan mengikuti segala aspek keselamatan. Ianya boleh
dijadikan contoh dan tauladan kepada pekerja lain untuk mengubah cara kerja kepada
yang lebih selamat. Konsep yang dijalankan disini adalah, mengambil gambar mana-
mana perkara yang berkaitan salah laku dan contoh yang baik, kemudian dikeluarkan
ke dalam bentuk laporan seterusnya dikongsikan kepada pihak atasan dan semua
pengurus-pengurus di setiap kawasan tapak binaan.
54

7.2 GAMBAR OPERASI DI TAPAK BINAAN

Rajah 16: Gambar Pemantauan di Tapak Binaan

Rajah 17: Mengawasi Keselamatan Ketika Kerja Dijalankan


55

Rajah 18: Membuat Pemeriksaan “First Aid Kit” di Tapak Binaan.

Rajah 19: Pemeriksaan Alatan Keselamatan Diri di Tapak Binaan.


56

Rajah 20: Latihan Penggunaan Kren.


57

TUGASAN 5
58

TUGASAN 5:

PENGENALAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN SEBELUM


MEMULAKAN KERJA

8.1 TUJUAN

 Untuk menjelaskan kepada pekerja tentang kepentingan menjaga keselamatan,


kesihatan dan alam sekitar ketika kerja-kerja dijalankan bagi mengelakkan
kecederaan, kemalangan dan kerosakan alam sekitar yang mungkin boleh
berlaku.

8.2 GAMBAR TUGASAN MEMBERI TAKLIMAT PENGENALAN


KESELAMATAN DAN KESIHATAN SEBELUM MEMULAKAN KERJA

Rajah 21: Pengenalan Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar Kepada Pekerja dan
Kontraktor Baru.
59

TUGASAN 6
60

TUGASAN 6:

LATIHAN KECEMASAN KEBAKARAN

9.1 TUJUAN

 Memberikan pendedahan dan perkara yang perlu dilakukan oleh semua pekerja
jika berlaku sebarang kecemasan yang melibatkan pejabat seperti kebakaran
dan lain-lain.

9.2 GAMBAR LATIHAN KECEMASAN KEBAKARAN

Rajah 22: Berkumpul Ketika Latihan Kebakaran


61

Rajah 23: Head-Count Ketika Latihan Kebakaran

Rajah 24: Ketika Latihan Kebakaran Dijalankan


62

TUGASAN 7
63

TUGASAN 7

LATIHAN BAGI PEKERJA DI PEJABAT DAN TAPAK KERJA

10.1 TUJUAN

 Memberikan penerangan dan latihan tentang penggunaan alat-alat kecemasan


dan perkara yang perlu dan boleh dilakukan jika berlaku kemalangan serta
menjelaskan tentang kerja-kerja yang akan dilakukan dan menerangkan
kebarangkalian kemalangan yang mungkin boleh berlaku dari kerja-kerja yang
dilakukan.

10.2 LATIHAN YANG DIJALANKAN

 Latihan Bekerja di Tempat Tinggi.


 Latihan Pengasingan Tenaga.
 Latihan Pengendalian Manual Yang Selamat.
 Latihan Kemasukan Ruangan Terkurung.
 Latihan Keselamatan Elektrikal.
 Latihan Kerja Panas.
 Latihan Mengangkat dan Menurunkan Barang.
 Latihan Kecemasan Kebakaran.
64

10.3 GAMBAR TAKLIMAT LATIHAN BAGI PEKERJA

Rajah 25: Latihan Kegunaan Alat Pemadam Api

Rajah 26: Latihan Kerja Berisiko Tinggi


65

TUGASAN 8
66

TUGASAN 8:

MENAMBAHBAIK KAWASAN ALAT PEMADAM API

11.1 TUJUAN

 Memperbaiki kawasan alat pemadam api dengan melabelkan rekod


penyelenggaraan, nombor siri, panduan penggunaan dan menanda kawasan
alat pemadam api supaya dapat dilihat dengan jelas dan di selenggara mengikut
jadual yang telah ditetapkan. Panduan penggunaan juga diletakkan agar jika
berlaku kecemasan pekerja dapat melihat panduan cara menggunakannya.

11.2 GAMBAR ALAT PEMADAM API

Rajah 27: Alat Pemadam Api Selepas Ditambahbaik


67

KESIMPULAN
68

BAB 4

KESIMPULAN

Kesimpulan yang dapat saya buat setelah hampir enam bulan saya menjalani
latihan industri di Extechpro (M) SDN BHD ialah latihan industri merupakan salah
satu latihan yang amat penting dan bermanfaat untuk diri saya dalam menambahkan
ilmu pengetahuan yang sedia ada dalam diri saya. Latihan industri ini sangat berbaloi
kerana segala usaha dan kesabaran serta kerjasama dalam melakukan sesuatu kerja
banyak diterapkan semasa menjalani latihan industri ini dan semua itu dapat
membantu meningkatkan kemahiran saya dalam menempuh dunia pekerjaan yang
penuh dengan cabaran dan persaingan kelak.

Setiap tugasan yang diberikan dari awal hingga tamat latihan industri ini,
semuanya mengajar saya bagaimana membentuk dan membina jati diri serta sahsiah
diri dari segi emosi, fizikal dan mental dalam menyelesaikan sesuatu kerja yang
diamanahkan. Latihan industri seperti ini dapat mendedahkan para pelajar dengan
pelbagai kemahiran pekerjaan yang sebenar yang mana sebelum ini para pelajar hanya
didedahkan mengenai teori sahaja.

Selain itu, latihan industri ini juga banyak membantu saya menambahkan ilmu
pengetahuan yang tidak pernah dipelajari dan dilakukan semasa di bilik kuliah melalui
bantuan dan tunjuk ajar dari semua pihak yang terlibat terutama syarikat. Mereka juga
banyak mengajar saya bagaimana cara menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi.

Oleh itu, program latihan industri ini dapat mencapai matlamat yang digariskan
oleh industri pengajian tinggi iaitu untuk memastikan para pelajar dapat menimba
seberapa banyak ilmu pengetahuan dan kemahiran serta dapat memperolehi
pengalaman yang berguna untuk digunakan dalam menempuh alam pekerjaan yang
mencabar kelak. Selain itu, latihan industri juga dapat melahirkan mahasiswa dan
mahasiswi yang berkemahiran tinggi dan berkebolehan dalam aspek pengurusan.
69

SARANAN DAN
CADANGAN
70

BAB 5

SARANAN DAN CADANGAN

Antara cadangan – cadangan lain adalah seperti berikut:

 Pelajar – pelajar perlu diberikan peluang mengikuti lawatan khas bagi melihat
sendiri sektor –sektor industri yang bersesuaian dengan kursus yang diceburi.

 Pelajar – pelajar juga perlu didedahkan dengan peralatan- peralatan yang


terbaru dan canggih ketika amali serta mengikuti bagaimana peralatan tersebut
berfungsi supaya pelajar boleh menpraktikkannya ketika menjalani latihan
industri.

 Semasa pengajian teori dan amali, pelajar hendaklah diberi pendedahan lebih
mengenai perkara atau aktiviti – aktiviti yang bakal mereka tempuhi semasa
menjalani latihan industri.

 Latihan komunikasi juga perlu bagi para pelajar supaya lebih bersedia untuk
berinteraksi dan berhubung serta berkongsi pandangan dan pendapat ketika
menjalani latihan industri.

 Pihak kolej terutamanya dari badan pengurusan harus mengkaji semula silibus
yang digunakan supaya ianya bersesuaian dengan kerjaya yang bakal ditempuh
oleh pelajar di masa akan datang.
71

RUJUKAN
72

BAB 6

RUJUKAN

Extechpro (M) Sdn Bhd. Laman Web Rasmi. Diakses daripada http://extechpro.com/.

Factories and Machinery Act with Regulations, MDC Publishers Sdn Bhd 2008.

Guidelines for Hazard Identification, Risk Assessment and Risk Control (HIRARC),

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Malaysia 2008.

NIOSH Malaysia, Training Manual for Safety & Health Officer Certificate

Programme – Module 1 OSH Management, NIOSH Malaysia 2005.

NIOSH Malaysia, Training Manual for Safety & Health Officer Certificate

Programme – Module 2 OSH Legislations, NIOSH Malaysia 2005.

NIOSH Malaysia, Training Manual for Safety & Health Officer Certificate

Programme – Module 3 Occupational Health and Industrial Hygiene,

NIOSH Malaysia 2005.

NIOSH Malaysia, Training Manual for Safety & Health Officer Certificate

Programme – Module 4 Occupational Safety, NIOSH Malaysia 2005.

NIOSH Malaysia. Laman Web Rasmi. Diakses daripada http://

www.dosh.gov.my/wps/por dan http://www.niosh.com.my

Occupational Safety and Health Act and Regulations, MDC Publishers Sdn Bhd 2008.

You might also like