You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU 2/2020

Mesyuarat diadakan melalui Google Meet pada 19 Jun 2020.


MINIT MESYUARAT
PANITIA BAHASA MELAYU 2/2020

Agenda Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu 19 Jun 2020


Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu Kali 2 9.30 pagi
Dalam talian melalui Google Meet
Mesyuarat dipanggil oleh:
Puan Zuraidah binti Abd Rahman (SU) Pencatat:
Cik Nur Akmar binti Md Arshad
Pengerusi: Encik Mazlan bin Ahmad Puan Zuraidah binti Abd Rahman

Penjaga masa:

Kehadiran:
1. Encik Mazlan bin Ahmad
2. Cik Nur Akmar binti Md Arshad
3. Puan Zuraidah binti Abd Rahman
4. Puan Normala binti Salleh
5. Puan Norafizah binti Ayub
6. Cik Nur Afiqah binti Amerul Rashad
7. Encik Risman bin Lasaki

Rujuk Lampiran 2 Salinan kehadiran melalui Google Meet.

Tidak Hadir bersebab:

1. Encik Mohd Ally Basira bin Mohd Khalil


2. Encik Muhammad Jahizi bin Pandak Ahmad
3. Encik Khusni bin Abdullah
4. Puan Azizah binti Jaafar

Sila baca sebelum mesyuarat:


-

Objektif Mesyuarat:

1) Memperbaiki dan meningkatkan mutu dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dan
meningkatkan profesionalisme guru semasa dan pasca tempoh perintah kawalan pergerakan.

2) Berusaha memperbaiki dan mendapatkan strategi-strategi mengajar yang inovatif mengikut


perkembangan pendidikan semasa yang boleh mendorong mewujudkan perkembangan
intelek dan rohani murid semasa dan pasca tempoh perintah kawalan pergerakan.

3) Mewujudkan semangat bekerjasama antara panitia mata pelajaran

4) Mesyuarat juga suatu bentuk komunikasi dua hala antara guru dengan ketua panitia dalam
situasi formal bagi membincangkan dan menyelesaikan masalah yang berbangkit.

5) Memantapkan pengurusan panitia.

6) Menyelaras persediaan pengurusan mata pelajaran bagi setiap kelasa semasa pkp

7) Mengenal pasti permasalahan pengajaran dan pembelajaran dalam talian.

Butiran Agenda

Topik Pembentang Masa dibenarkan


Pengerusi 5 minit
√ Ucapan Pengerusi Setiausaha 5 minit
Setiausaha 5 minit
√ Perkara berbangkit Pengerusi 5 minit
√ Mengesahkan minit yang lalu 20 minit
√ Pengajaran dan Pembelajaran Ketua Panitia 5 minit
√ Perancangan Persediaan Kelas Pengerusi 5 minit
√ Pentaksiran Berasaskan Sekolah
√ Karnival Bahasa Melayu Ketua Panitia 5 minit
5 minit
√ PLC/Peningkatan Profesionalisme Guru Dalam Panitia Pengerusi
Pengerusi
 Hal-hal lain

Butiran Perbincangan:
1. Ucapan Pengerusi
1.1 En. Mazlan (Penolong Kanan Pentadbiran) mewakili Guru Besar selaku Pengerusi mesyuarat
kali ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang dapat hadir ke mesyuarat
kurikulum kali kedua ini.

1.2 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada Panitia Bahasa Melayu kerana merupakan panitia
pertama mengadakan mesyuarat dalam talian melalui Google Meet dan juga telah menjalan
pengajaran dan pembelajaan dalam talian dengan baik.

1.3 Beliau berharap guru –guru terus mempertingkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran serta
pengurusan panitia mata pelajaran di samping merancang dan melaksanakan program-
program /intervensi dengan lebih teratur dan berkesan.

1.4 Guru-guru dikehendaki patuh kepada prosedur yang ditetapkan oleh pihak kerajaan (SOP)
seperti memastikan menyemak mendaftar nama dan suhu, memakai penutup muka dan masuk
ke kawasan sekolah melalu pagar belakang.

1.5 Beliau juga berharap agar panitia dapat menjalankan tanggungjawab serta
bersifat proaktif dalam melaksanakan tugas agar objektif dan hala tuju sekolah dapat dicapai
walaupun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac 2020 dan sentiasa
bersedia bekerja dalam norma baharu.

1.6 Beliau menyatakan bahawa dalam usaha memperkasakan Sekolah Transformasi ini, semua guru
perlu membudayakan semangat perpaduan dalam kalangan guru serta murid. Saling
bekerjasama antara kaum melalui bidang pendidikan terutamanya dalam Pembelajaran Abad
ke-21 (PAK21)

Tindakan : Makluman

2. Mengesahkan minit mesyuarat yang lalu


2.1 Puan Norafizah binti Ayub telah mengesahkan minit mesyuarat yang lalu.
2.2 Cik Nur Afiqah binti Amerul Rashad menyokong.
Tindakan : Makluman

3. Perkara berbangkit
3.1 Tiada

4. Pengajaran dan Pembelajaran


4.1 Guru-guru disarankan memberikan tugasan dalam waktu persekolahan bermula 7.40 hingga
1 atau 1.30 tengah hari melalui Whatsapp atau telegram.

4.2 Elakkan memberi latihan selepas waktu persekolahan terutamanya pada waktu malam.
Semakan atau penghargaan kepada murid-murid dibenarkan mengikut waktu semasa

4.3 Latihan yang diberikan hendak dalam bilangan yang sedikit contohnya 10 soalan sahaja.
4.4 Hadkan bilangan soalan agar tidak membebankan murid dan ibu bapa.

4.5 Jadual pdpc semasa pengajaran dan pembelajaran adalah seperti berikut.

10 April 2020 – 15 April 2020

Tindakan : Makluman

5. Perancangan persediaan kelas bagi mata pelajaran Bahasa Melayu


5.1 Guru-guru hendaklah bersedia hadapi sebarang kemungkinan perubahan dalam sistem
Pendidikan dari masa ke masa berdasarkan isu pandemic Covid-19 ini.
5.2 Rombakan kelas kemungkinan akan berlaku kerana memenuhi keperluan prosedur
operasi yang diselerakan terutamanya dari segi penjarakan social.
5.3 Setiap kelas hanya dibenarkan maksimum 20 orang murid.
5.4 Tambahan kelas akan dibuka bagi menampung bilangan murid yang telah dirombak.
5.5 Jadual guru-guru juga perlu dirombak mengikut kesesuaian semasa.
5.6 Perancangan guru mata pelajaran Bahasa Melayu bagi susunan kelas baharu adalah
seperti berikut:

BIL KELAS NAMA GURU BIL KELAS NAMA GURU

1 1 CYBER PUAN NORAFIZAH 13 4 CYBER (1) PUAN NORMALA

2 1 SPACE PUAN NORAFIZAH 14 4 CYBER (2) PUAN NORMALA

3 1 GALAXY (1) CIK NUR AFIQAH 15 4 SPACE (1) PUAN NORMALA

4 1 GALAXY (2) ENCIK JAHIZI 16 4 SPACE (2) PUAN NORMALA

5 2 CYBER PUAN AZIZAH 17 5 CYBER (1) CIK NUR AKMAR

6 2 SPACE ENCIK RISMAN 18 5 CYBER (2) CIK NUR AKMAR

7 2 GALAXY (1) ENCIK RISMAN 19 5 SPACE (1) PUAN ZURAIDAH

8 2 GALAXY (2) CIK NUR AFIQAH 20 5 SPACE (2) PUAN ZURAIDAH

9 3 CYBER PUAN AZIZAH 21 6 CYBER (1) CIK NUR AKMAR

10 3 SPACE ENCIK ALLY 22 6 CYBER (2) CIK NUR AKMAR

11 3 GALAXY (1) ENCIK KHUSNI 23 6 SPACE (1) PUAN ZURAIDAH

12 3 GALAXY (2) ENCIK KHUSNI 24 6 SPACE (2) PUAN ZURAIDAH

Tindakan : Makluman

6. Pentaksiran Berasaskan Sekolah

6.1 Guru-guru diingatkan perlu melaksanakan PBD dengan penuh tanggungjawab dan
berintegriti.

6.2 Penjaminan Kualiti (4P) adalah disarankan dalam usaha memperkasakan


Pentaksiran Bilik Darjah.

6.3 Guru-guru dikehendaki merekodkan penglibatan murid semasa pengajaran dan


pembelajaran.

6.4 Penglibatan murid-murid tahun 6 amat penting untuk persediaan ke sekolah menengah.
6.5 Guru tahun 6 yang terlibat perlu bersiap sedia bagi rekod penguasaan murid dalam

tempoh perintah kawalan pergerakan agar dalam laksanakan PBD dengan lancar kelak.

Tindakan : Makluman

7. Karnival Bahasa Melayu

7.1 Karnival Bahasa Melayu akan dijalankan pada tarikh berikut:

Peringkat Tarikh Tempat


Zon
Daerah TIADA PERINGKAT ZON – Perintah Kawalan Pergerakan

Tarikh tutup 24 Julai 2020 -dalam talian

7.2 Kertas konsep telah diedarkan kepada semua ahli panitia melalui Whatsapp Panitia
Bahasa Melayu.

7.3 Guru-guru perlu membaca dan memahami kertas konsep supaya dapat kuasai syarat
pertandingan norma baharu.

7.4 Guru-guru perlu sebar luas maklumat ini kepada ibu bapa dan kenal pasti kebolehan
serta memberi dorongan kepada murid-murid untuk sertai.

7.5 Pembahagian tugasan untuk aktiviti koakademik adalah seperti yang dibincangkan
dalam mesyuarat 1/2020. Semua guru perlu bekerjasama menjalankan tugasan.

7.6 Ringkasan kertas konsep adalah seperti LAMPIRAN 1.


Tindakan : Makluman

8. PLC/Peningkatan Profesionalisme dalam panitia.

8.1 PLC adalah bertujuan untuk mempertingkat kualiti Pengajaran dan Pengajaran
Guru yang berfokus kepada pencapaian dan penguasaan murid.

8.2 Guru-guru disarankan untuk sertai WEBINAR atau sertai kursus dalam talian tentang
pembelajaran dalam talian atau peningkat profesion keguruan sepanjang tempoh perintah
kawalan pererakan dikuat kuasakan.

8.3 Guru-guru digalakkan sentiasa mengadakan perbincangan tentang peningkatan akademik


dalam kalangan murid melalui Whatsapp, Telegram atau Google Meet

. Tindakan : Makluman

9. Hal-hal lain.

12.1 Guru-guru dikehendaki patuh kepada prosedur yang ditetapkan oleh pihak kerajaan
(SOP) seperti memastikan menyemak mendaftar nama dan suhu, memakai penutup
muka dan masuk ke kawasan sekolah melalu pagar belakang.

12.2 Penggunaan Goolgle Classroom perlu diaktifkan.


12.3 Pembelajaran dalam talian perlu diteruskan agar murid-murid tidak ketinggalan

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.30 pagi

Disediakan oleh: Disemak oleh:

t.t t.t
............................................................... ..................................................................
(ZURAIDAH BINTI ABD RAHMAN) (NUR AKMAR BINTI MD ARSHAD)
Setiausaha Panitia Bahasa Melayu Ketua Panitia Bahasa Melayu
SK Taiping SK Taiping

You might also like