You are on page 1of 15
Pentafsiran Baharu FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN dan Pelaksanaannya ~ Pasca 2020 Penyunting DzulkifliAbdul Razak Rosnani Hashim OF) EP CO) m1UM Press Gombak * 2019 TEMAI KONSEP, SEJARAH DAN PERANAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN BAB 2 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN SEBAGAI WAHANA GLOBAL DAN ANTARABANGSA Dzulkifli Abdul Razak Apabila Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dibawa ketengah, ramai menjangkakan bahawa FPK bertumpu kepada kerangka kebangsaan dan setempat sahaja, Walaupun ini ada kebenarannya, namun FPK bukan semata-mata bersifat sedemikian. Ini kerana FPK juga mempunyai perspektif serta pandangan alam yang lebih luas, sekurang-kurangnya di persada dunia, Hal ini juga bermakna FPK mempunyai wawasan yang lebih jauh dan berani untuk mara ke hadapan merentasi abad ke- 20 semasa FPK dizahirkan, Perkara ini sudah pun terbukti selepas tiga dekad wujudnya FPK. Berikut, hal ini diteliti dengan menggunakan dua contoh terkini, yakni kesepadanannya dengan agenda Empat Tonggak Pembelajaran UNESCO untuk Abad Ke-21, dan agenda global Matlamat Pembangunan Lestari, 2016-2030. FPK dan Empat Tonggak Pembelajaran UNESCO Pada tahun 1996, Laporan Delors diserahkan kepada UNESCO bagi menyatakan idea atau gagasan tentang pendidikan untuk abad ke-21. Inti pati gagasan tersebut memaparkan empat tonggak pembelajaran, iaitu ‘belajar untuk melakukan’ (memupuk kemahiran dan kecekapan bagi menangani pelbagai keadaan secara berkesan), ‘belajar untuk mengetahui’ (berasaskan penggunaan ilmu pengetahuan yang luas), ‘belajar untuk mengenal diri’ (yang dapat meningkatkan keyakinan diri, bertindak secara autonomi, berkemampuan membuat penilaian dan 22 | Ponttsian Bano Fatatan Pendkan Kebengsaan can Pelaksanaannya Pasca 2020 bertanggungjawab), serta ‘belajar untuk hidup bersama’ (menggembleng keupayaan bermuafakat dan saling kebergantungan dan bertindak untuk kebaikan bersama). Pada hari ini, keempat-empat tonggak tersebut sudah menjadi lebih relevan, terutamanya tonggak ketiga dan keempat yang selama ini kepentingannya terselindung oleh dua tonggak yang lain. Tambahan lagi, keempat-empat tonggak tesebut adalah sepadan dengan empat aspek perkembangan utama yang tercatat dalam FPK yang merangkumi aspek intelek, jasmani, rohani dan emosi. Keempat-empat aspek tersebut boleh disepadankan dengan baik untuk melakar learning to know (belajar untuk mengetahui yang berasaskan penggunaan ilmu pengetahuan yang luas), learning to do (belajar untuk melakukan dengan memupuk kemahiran dan kecekapan bagi menangani pelbagai keadaan secara berkesan), learning to be (belajar untuk mengenal diri yang dapat memperkembangkan keyakinan diri, bertindak secara berautonomi, berkemampuan membuat penilaian dan bertanggungjawab berasaskan nilai-nilai muri), serta learning to live together (belajar untuk hidup bersama dengan menggembleng kemuafakatan dan saling kebergantungan dan bertindak untuk kebaikan bersama yang merangkumi ketiga-tiga tonggak selainnya). Malah dewasa ini, keempat-empat tonggak tersebut menjadi lebih meruncing, terutamanya tonggak ketiga dan keempat dalam mengimbangi proses pembelajaran seperti yang dituntut oleh FPK, khususnya pada alaf baharu. Kelangsungan pendidikan abad ke-21 turut menekankan aspek sedemikian melalui amalan berteraskan nilai-nilai murni sejagat. Belajar untuk melakukan, serta belajar untuk mengetahui tanpa berupaya mengenal diri tidak akan membolehkan seorang itu melangsungkan kehidupan bersama makhluk yang lain, termasuk alam flora dan fauna, untuk membawa kebaikan bersama. Oleh itu, masanya telah sampai bagi keempat-empat tonggak tersebut dilaksanakan secara seimbang untuk menepati hasrat sera matlamat FPK, iaitu tanpa mengenepikan mana-mana satu daripadanya. Bahkan tumpuan harus diberikan kepada semua aspek perkembangan dan bukan semata-mata berpaksikan kepada prkembangan IQ (kecerdasan intelek-jasmani) sahaja. Usaha haruslah dilakukan bagi merentasi aspek perkembangan EQ (kecerdasan emosi) dan SQ (Kecerdasan rohani). Ini sekali gus memberi gambaran yang menyeluruh dan bersepadu dalam memahami FPK sebagai Wahana Glos! dan Atrabangea | 23 seorang insan yang tidak mungkin dipisah-pisahkan fitrah kejadiannya daripada aspek keinsanannya mengikut pecah-pecahan sempit yang menyalahi fitrah manusiawi itu sendiri. Ini jelas daripada ayat pertama FPK yang ditulis seperti berikut: Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani... Ayat ini menegaskan bukan saja aspek menyeluruh serta bersepadu dipentingkan secara berturut-turut, tetapi mestilah juga didahului oleh “usaha berterusan,” yakni pembelajaran sepanjang hayat. Dengan kata lain, hujah-hujah tersebut sudah cukup menyakinkan bahawa FPK mempunyai wawasan yang jauh, merentasi abad ke-21 dan selanjutnya, jika FPK betul-betul dihalusi dan didalami mengikut aliran dan peredaran zaman. Istilah dan konsep pembelajaran sepanjang hayat, holistik serta bersepadu sudah menjadi kelaziman dalam mengungkapkan pendidikan abad ke-21. Malangnya, proses ini tidak berlaku dengan baik dalam pengurusan pendidikan di Malaysia selama tiga dekad yang lampau. Ramai, termasuk pembuat dasar, masih mencari-cari apakah pendidikan abad ke-21 dan kadang-kala bertentangan dengan hasrat FPK apabila dipengaruhi oleh fahaman lain seperti ideologi neoliberalisme, khususnya kebelakangan ini tanpa disedari atau tidak. Oleh yang demikian, ada baiknya jika urutan pembangunan FPK dikenali dengan lebih dekat lagi supaya semangat FPK dapat diteruskan ke persada dunia. Ini membawa kita menyorot kembali ke tahun 1988, apabila FPN mula diusul, iaitu tiga dekad selepas merdeka pada 1957. Sebelum ini arus pendidikan lebih mengikut saja apa yang ada tanpa petunjuk serta wawasan yang jclas yang berteraskan falsafah tertentu. Maka selepas 1988, isu ini beransur-ansur mengecil walaupun pelaksanaannya masih boleh diperbaiki meskipun 30 tahun telah berlalu sejak FPK diperkenalkan, terutamanya pada tahun 1996, apabila satu semakan telah dibuat untuk mengemaskini FPN. Semakan ini bukan sangat dari segi semangat asalnya tetapi lebih kepada aspek penggunaan 24 | Portatsan Bahar Fasafah Pendchan Kobangsaan dan Peleksanaannye Pasca 2020 istilah yang lebih tepat seiring dengan perubahan semasa. Sebagai contoh, perbandingan berikut memberi penekanan tertentu kepada “keterampilan” dan “keluarga.” Perubahannya mungkin kecil namun kesannya agak besar dalam memastikan ketepatan hasrat FPK. mengikut edaran masa dan ketika. Hasil dari ini, FPN lebih dikenali sebagai FPK selepas itu. Memetik konsep Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang digubal pada tahun 1988: Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah_memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkcupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Semakan pada tahun 1996 menyebabkan FPN dinamakan semula sebagai FPK: Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan warga negara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai Kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.” FPK sebaa! Wahana Gita! an Artarabangs | 25 Apa yang menariknya adalah pada tahun 1996, UNESCO turut mengumumkan Empat Tonggak Pembelajaran Untuk Abad Ke-21 seperti yang dibincang di atas. Lebih daripada itu, inti patinya berbanding dengan FPK terbukti hampir sama dari segi prinsip nilainya (Rajah 2.1). Apatah lagi jika dilihat dari segi perkembangan pada peringkat antarabangsa dan global, malah pada peringkat tamadun sekalipun; keempat-empat tonggak pembelajaran anjuran UNESCO (1996) tersebut dapat dipenuhi dengan mudah kerana Falsafah Pendidikan Negara (1988, semakan semula tahun 1996 dan disebut sebagai FPK) mendahuluinya hampir satu dekad lamanya seperti yang dinyatakan pada awal tadi, 4 Teras FPK * Intelek >IQ-EQ | Jasmani > + Rohani > BQ-SQ | Emosi > peralatan kognitif yang diperlukan bagi memahami dunia dan kerumitannya dengan lebih baik, dan menyediakan asas yang sesuai dan mencukupi bagi Dembeliaran pada masa care Pembelajaran untuk Kemeniadlan; menyediakan kemahiran menganalisis diri dan kemabiran sosial ‘bagi membolehkan seseorang individu membangun, potensi psikososial, afektif serta fizikal sepenubnya, demi melahirkan insan yang sempuma dan setba Rajah 2.1: Persamaan inti pati FPK dengan 4 Tonggak Pembelajaran UNESCO 26 | Pentatsran BoharuFalsfch Pendidikan Kebengsaan dan Pelaksanaannya Pasca 2020 Namun begitu, malangnya di sebalik pelbagai percubaan, langkah yang diambil setakat ini masih mengalami berbagai-bagai kelompangan yang begitu jelas selepas sekian lama. Sebagai contoh, hasrat untuk “mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan” masih ada kesamaran dan masih belum dapat diperkukuhkan dan/atau dilaksanakan melalui reka bentuk kurikulum yang sesuai dengan masa. Sebaliknya, ungkapan yang meluas digunakan hari ini, seolah sebagai ganti, ialah “modal insan” — suatu istilah atau konsep yang cukup asing bagi FPK, jika tidak pun bercanggah sama sekali dengan kefahaman “insan yang seimbang dan harmonis” seperti termaktub dalam FPK. Ini sekali gus menimbulkan soalan betapa tonggak ‘belajar untuk mengenal diri’ tidak difahami secukupnya untuk menampung pengisian “insan yang seimbang dan harmonis,” terutamanya melalui perspektif kerohanian. Schubungan itu, tonggak ‘belajar untuk hidup bersama’ yang meliputi aspek emosi, khasnya, turut terkesan. Dengan kata lain, tuntutan mencapai “kesejahteraan diri” dalam “memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara” terencat pelaksanaannya atau lebih tepat lagi, hala tuju FPK tidak kesampaian sepenuhnya. Apatah lagi apabila tonggak tersebut ditakrifkan secara lebih meluas merangkumi hidup secara simbiotis dengan alam semula jadi bersama spesis lain, maka kesannya tidak kesampaian. Pengabaian dua tonggak tersebut mula terserlah tatkala wujudnya “ketakseimbangan” sebagaimana yang kita saksikan dengan jelas dewasa ini tentang kesan pada ekonomi, ekologi, sosiobudaya serta nilai. Pada umumnya ini tertera dalam beberapa milieu atau persekitaran masyarakat yang jurangnya bertambah melebar. Pendek kata, walaupun kelihatan baik atau berjaya dari segi intelek dan jasmani, tetapi dari sudut rohani dan emosi FPK perlu dikemaskinikan lagi kerana sistem pendidikan berkenaan masih terhalang oleh kurikulum yang “tak seimbang”. Masalah itu sebahagiannya boleh dikesan daripada Pelan Pembangunan Pendidikan Tinggi (2013-2025) yang memberikan perincian terhadap pengertian istilah “kualiti” sebagai sebahagian daripada lima sistem aspirasi, iaitu: PK snags Watana Gla don Atarabargse | 27 Kualiti: Semua kanak-kanak akan berpeluang mendapat pendidikan cemerlang berdasarkan keunikan sistem pendidikan di Malaysia, dan setanding dengan sistem pendidikan antarabangsa. Aspirasi sistem pendidikan negara adalah untuk meletakkan Malaysia dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa mengikut pengukuran TIMSS dan PISA dalam tempoh 15 tahun yang akan datang (TIMSS dan PISA menguji Bacaan, Matematik dan Sains sahaja). Pentaksiran tambahan yang menangani dimensi kualiti lain yang relevan dengan konteks Malaysia boleh dimasukkan apabila dimensi itu dibangunkan dan diterima pada peringkat antarabangsa. Apa yang menimbulkan tanda tanya ialah pemahaman tentang maksud “kualiti” yang sedemikian rupa, antara lainnya bertentangan dengan butiran dalam FPK, sebagai penegasan terhadap “memperkembangkan potensi individu secara holistik dan bersepadu,” di sebalik mengakui kelemahan TIMSS (Trends in International Mathematics and Science Study) dan PISA (Programme International Student Assessment) dan juga tethadap “ujian” atau “penarafan” yang sama pada peringkat yang lebih tinggi. Selanjutnya pemahaman sedemikian rupa mengakui bahawa wujudnya “dimensi lain tentang kualiti yang relevan dalam konteks Malaysia,” yang unik lagi_penting, yang juga tertakluk kepada pengiktirafan peringkat antarabangsa yang mungkin tidak menunjukkan keunikan yang sama. Apapun, UNESCO memberikan penegasan bahawa “pendekatan holistik kepada pendidikan dan pembelajaran yang dapat mengatasi isu dikotomi tradisi antara aspek kognitif, emosi dan etika” adalah penting. Usaha menuntut ilmu bukan sahaja terhad kepada “ukuran dan benda yang boleh diukur” (walau “‘setepat” mana sekalipun ukuran berkenaan) hinggakan pengetahuan insaniah (soft knowledge) dikesampingkan, Penekanan kepada enam aspirasi murid seperti yang tercatat dalam Pelan Pembangunan Pendidikan mengambil kira aspek “etika dan kerohanian” sebagai satu dimensi yang perlu dipupuk (seperti yang telah diperakukan dalam FPK), namun hal itu masih dianggap “samar-samar” atau kurang jelas sehingga hari ini, berbanding dengan dimensi yang lain, Hal yang 28 | Pentatsran Baharu Falsafch Pondlskan Kebangsaan dan Pelaksanaannya Pacca 2020 serupa turut terdapat pada konsep “identiti nasional”, di bawah aspirasi murid yang keenam. Akibatnya, keadaan “ketakseimbangan” turut muncul tanpa disedari sehingga menyebabkan pencapaian transformasi yang diingini tidak sempurna. Punca-punca yang sering disebut adalah kerana wujudnya “kekaburan” tentang apa yang hendak diukur dan keadah mengukur aspirasi tersebut secara “objektif”. Tambahan pula dari segi ekonomi (pasaran), tidak terdapat minat yang mendalam terhadap dua aspek berkenaan. Punca-punca lain pula menunjukkan (hasil dapatan penyelidikan) bahawa “tradisi falsafah Barat telah menyebabkan kita turut membiasakan diri untuk membandingkan dan memisahkan aspek minda daripada aspek fizikal, aspek kognitif (akal) daripada emosi (nafsu). Mungkin usaha itu merupakan satu cubaan yang baik bagi menerokai serta memahami hubungan simbiotis antara aspek emosi dan serta pertaliannya dengan proses kognitif” (Pons, de Rosnay dan Cuisinier 2010). Pada hakikatnya, kita terdorong untuk menerima pengasingan antara minda (IQ) dengan hati budi (EQ, SQ) sebagai dua aspek kognitif yang tidak berkaitan atau tidak berhubungan antara satu sama lain. Oleh itu perkara ini membawa kepada wujudnya “dikotomi” yang lebih mendalam seperti yang dinyatakan oleh pihak UNESCO. Ini bermaksud, cabaran dan usaha untuk merapatkan, jika tidak menghapuskan sama sekali, dikotomi tersebut perlu digembleng dengan usaha yang gigih melalui satu kurikulum pendidikan yang menyeluruh agi seimbang dan dibentuk dengan sempurna. Tujuannya adalah untuk mengelak agar pendidikan tidak direndahkan fungsinya yang semata- mata menjurus kepada proses pengajaran bagi perkembangan “modal insan”, lantaran itu menjejaskan keseimbangan dan harmoni pada diri manusia dalam konteks FPK. Pada hakikatnya, diri manusia itu tidak terdiri daripada “bahagian- bahagian terpisah” yang boleh ditarik keluar daripada keseluruhan — tubuh, minda, hati budi dan jiwa. Ini berkait pula dengan struktur institusi yang juga “tak seimbang” dalam mengintegrasikan empat tonggak serta aspek pembelajaran bagi tujuan mewujudkan kerangka menyeluruh dalam memenuhi keperluan unggul pendidikan abad ke-21. Di Malaysia keadaan ini sangat jelas apabila aspek ‘belajar untuk melakukan’ dan aspek ‘belajar untuk mengetahui’ bukan saja mendahului aspek ‘belajar FPK sebagai Wahana Global dan Antarabangs | 29 untuk mengenal diri’ dan aspek ‘belajar untuk hidup bersama’, tetapi turut disisihkan sama sekali. FPK dan Program Matlamat Pembangunan Lestari, 2016-2030 Sejajar dengan pengumuman Matlamat Pembangunan Lestari (Sustainable Development Goals (SDGs)) di New York, pada September 2015 yang menjadikan “pembangunan lestari” sebagai matlamat utama bagi keinsanan, kurikulum yang dianggap “tidak seimbang” tidak lagi boleh diterimapakai. Dengan kata lain, kaitan atau neksus 4P yang merupakan kerangka bagi “pembangunan lestari” — iaitu planet (ekologi), manusia (budaya), kemewahan (ekonomi) dan dasar (sosial) memainkan peranan penting supaya ekosistem abad ke-21 berdaya maju. Pada hakikatnya, terkandung dalam Matlamat Pembangunan Lestari (MPL)/ SDGs ialah dimensi baharu yang perlu diperakui, yakni melibatkan aspek perkongsian, maruah diri dan keadilan. Konsep maruah diri dan keadilan ada kalanya dihimpunkan di bawah tajuk “keamanan” yang menjadikan aspek ‘belajar untuk mengenal diri’ dan aspek ‘belajar untuk hidup bersama’ lebih penting bagi mewujudkan keseimbangan ketara yang diingini. Maka neksus 4P+2P dalam MPL/SDGs menjadi betul- betul seirama dengan empat tonggak pembelajaran. Bahkan ini terus membangunkan satu lagi neksus yang berpaksikan 3H (Keinsanan-Hati Budi-Sentuhan Tinggi) yang dilakarkan pada Rajah 2.2. Hal ini boleh dijejak dengan bermulanya model pendidikan abad ke-19 yang terbentuk daripada ‘model kilang-perindustrian’ susulan berlakunya revolusi industri; kemudian ditakrif melangkaui neksus 3M. yang melibatkan ‘Manusia-Minda-Mesin’, hasil kelangsungan revolusi saintifik-perindustrian sekitar kurun tersebut. Sementara itu, aspek 3M dianggap oleh sesetengah pihak sebagai “pemikiran materialistik” kerana berlandaskan kepentingan ekonomi melebihi yang lain. Keadaan ini diperteguhkan lagi oleh Era Kebangkitan (Renaissance) Eropah Barat yang mendorong kepada tercetusnya Zaman Kesedaran (Enlightenment). Pada abad yang berikutnya, takrifan ‘Manusia’ direndahkan tahapnya apabila istilah “modal insan” diperkenalkan dan sekali gus mengiktiraf masalah yang pada umumnya ‘30 | Pentasian Bahar Falsafah Penton Kebangeasn dan Plaksanaannya Pasca 2020 difahami sebagai “individu ekonomi yang mementingkan diri”, manakala “Mesin’ pula diubah-alih sebagai ‘Teknologi Tinggi’ dengan mengambil kira perkembangan teknologi pada abad ke-20 yang turut merevolusikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, termasuk Kecerdasan Buatan (artificial intelligence) di seluruh dunia, ‘Manusia’ dan ‘Mesin’ atau 2M disokong pula oleh faktor ‘pemikiran reduksionis’ yang menjurus kepada fahaman individualisme, humanisme dan utilitarianisme sebagai asas bagi perkembangan pendidikan abad baharu. Rajah 2.2: Perubahan Zaman Moden antara abad ke-20 dan ke-21 Peralihan dari neksus 3M kepada neksus 3H adalah untuk memenuhi asas utama pendidikan abad ke-21 apabila aspek “Keinsanan” (Humanity) menjadi pokok kepada pembangunan berbentuk lestari, Ini bermakna aspek ‘belajar untuk mengenal diri’ dalam pembentukan seorang insan seimbang diberi keutamaan agar kebaikan hubungan bermaufakat dan seimbang melebar dalam kalangan manusia sejagat dan tidak tertumpu semata-mata kepada setempat. Hati Budi (Heart) oleh itu menjadi landasan atau asas terpenting untuk menempatkan aspek kerohanian dan intelek sekali gus bagi mengimbangi tuntutan 3M agar aspek kebijaksanaan dan empati dapat dirangkumi. Sedangkan Sentuhan Tinggi (High Touch) memfokus aspek manusia dan kemanusiaan serta menunjukkan kesedaran tinggi terhadap nilai sosiobudaya dan maruah dalam hubungan sesama manusia dan bukan dengan mesin (ciptaan manusia). Dengan demikian, perlulah wujud matlamat menyeluruh bagi membina kesepaduan yang lebih besar demi mencapai tujuan pendidikan PK sebagai Wahana Giobal dan Antarabangea | 34 seimbang, melampaui apa yang difahami tentang pendidikan pada hari ini. Dari satu sudut, matlamat itu mestilah melampaui mana-mana dimensi yang merendahkan proses pendidikan semata-mata menjurus kepada “latihan” yang padanya terdapat kekurangan perspektif 4P-+2P dan kepelbagaian ruang lingkup yang semakin diperakukan sebagai kriteria penting pendidikan abad ke-21. Dalam banyak perkara, hal ini berkait rapat dengan kesatuan matlamat dalam empat tonggak pembelajaran, lantas FPK, yang sejajar dengan MPL/SDGs. Sebagai contoh, pengetahuan itu tidak hanya terbatas pada apa yang disampaikan/dijanakan daripada sumber utama (yang terjajah), tetapi terangkum juga “pengetahuan asal” yang sama-sama dicipta berasaskan sumber pengetahuan lain (termasuk daripada sumber dan hikmah tradisional asal) yang dahulunya dianggap tidak penting bagi menangani isu besar yang berkaitan dengan keperluan kemanusiaan serta kelangsungan hidup. Ringkasnya, pendidikan dan juga proses pembelajaran bukan semata-mata dirangka di atas landasan kurikulum yang berteraskan proses pembelajaran “atas ke bawah” tanpa mengambil kira faktor ketersediaan, ketercapaian, kemampuan dan kesesuaian yang pada umumnya membawa kepada “kualiti” bagi pendidikan yang seimbang lagi harmonis. Secara terselindung, pendidikan yang seimbang dan harmonis perlu melibatkan aspek etika dan moral yang wajar di pertahankan sebagai komponen penting bagi menjamin masa depan yang lestari seperti yang dirumuskan dalam MPL/SDGs. Sebagaimana yang disebut, komponen itu mengandungi aspek maruah, keadilan dan perkongsian, selain 4P (planet, people, policy dan prosperity) yang bersepadanan dengan empat aspek intelek, jasmani, rohani dan emosi seperti yang telah ditunjukkan. Pendek kata, konteksnya perlu dipandu oleh prinsip-prinsip MPL/SDGs agar empat tonggak pembelajaran dan juga FPK lebih tersusun dan menyeluruh bagi menghadapi cabaran dan keadaan tak menentu pada masa akan datang. Oleh itu, mensepakati satu makna atau rangkap makna merupakan satu asas penting dalam usaha membentuk semula pendidikan seimbang dan harmonis bagi memupuk pula insan yang seimbang dan harmonis dalam erti kata yang sebenarnya seperti yang tercatat dalam FPK; lebih- lebih lagi hal yang menjurus kepada “kesejahteraan diri” yang berupaya “melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, ‘32 | Pontatsran Bahary Folsafeh Pandkskan Kebangsaan den Pelaksanasnrya Pasce 2020 berakhlak miulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.” Secara ringkas, perlu wujud suatu kesinambungan yang jelas antara matlamat MPL/SDGs dengan FPK yang lebih menjurus kepada keperluan abad ke-21. Kesimpulan Dengan itu, pemilihan reka bentuk kurikulum yang muktamad tidak sukar dilakukan apabila (a) rekabentuk kurikulum itu menepati hasrat FPK yang disokong oleh Agenda Pendidikan pasca 2015 secara global, dan (b) tanpa mengetepikan sama sekali risiko cabaran dalam mengenal pasti dasar dan amalan yang boleh membawa kepada pembentukan semula ‘kerangka/pemikiran semula FPK sebagai satu pembaharuan wawasan tentang cara pendidikan abad ke-21 yang berpandukan program MPL/ SDGs. Usaha seumpama ini mampu mengambil kira satu kerangka rujukan yang jelas tentang nilai, norma dan sikap untuk menangani segala ketakpastian masa depan secara lestari, tidak kira sama ada usaha itu datang dari dalam ataupun dari luar negara, Darisegi pendidikan, perkara ini perlu diberi perhatian keranareka bentuk kurikulum menjadi kunci dalam menterjemahkan “pencapaian” kepada kenyataan, bukan sahaja pada peringkat setempat tetapi juga yang boleh dibuat perbandingan pada peringkat global, lebih-lebih lagi apabila negara mencapai status ‘negara maju’ pada 2020 dan seterusnya. Sekali gus kurikulum menjadi ‘bimbingan’ utnuk merapatkan lagi jurang kefahaman yang ada seperti dibincangkan di atas. Berlatarbelakangkan perkara di atas, maka antara isu penting yang perlu diberi keutamaan dalam hal ini termasuklah seperti berikut: + Mengukuhkan asasnya berdasarkan FPK (semakan 1996) + Menyelaraskannya secara mantap dengan pendidikan abad ke-21 dalam konteks agenda pasca-2015 (MPL/SDGs) + Menghubungkannya kepada nilai-nilai: menyeluruh, seimbang, harmonis, sejahtera, beretika dan boleh dipertanggungjawabkan dari semua segi + Menjalinkannya dengan aspek luaran dan dalaman; nilai dan kebaikan; silang-kurikulum, secara merentasi bidang Px sebagai Wahana Gott don Antarabangse | 33 * Merangkanya sebagai sesuatu yang bercirikan penyertaan, perundingan, kesungguhan, keadilan, dan celik ketamadunan + Mempunyai ciri-ciri autonomi, penyesuaian, penelahan dan kelestarian. Berdasarkan perkara di atas, isu utama dalam menentu dan mereka bentuk kurikulum dan bimbingan amatlah penting dalam konteks pendidikan bagi pembangunan lestari apabila dilihat dari kedua-dua dimensi luaran (jasmani) dan dimensi dalaman (rohani/emosi/intelek) yang bercirikan daya fikir dan inisiatif besar yang melangkaui tahun 2030. Nampaknya ‘jangkaan pencapaian’ tahun 2020 Malaysia yang kini dikatakan mungkin tidak akan tercapai terpaksa dianjakkan selewat- lewatnya ke tahun 2030 bagi menepati jangkaan global. Secara keseluruhannya, tidak dapat dinafikan bahawa FPK mempunyai peranan bimbingan terlalu besar dalam melaksanakan penyampaian pendidikan abad ke-21 seraya memperbetulkan apa yang tidak dapat ditangani dahulu. Ini termasuklah menjadikan FPK sebagai pencetus wahana global dan antarabangsa dalam segala hal yang melibatkan pendidikan, Ini boleh memperkayakan dan memperkembangkan lagi pengaruh serta kesan FPK di seantero dunia. Kesemua ini dapat membantu merapatkan pelbagai jurang yang sedia wojud, lantaran itu mendekatkannya kepada apa yang ditafsirkan sebagai “holistik”. Begitu juga, “keseimbangan” dan “keharmonian” boleh dipulih dalam menjadikan pendidikan lebih berinspirasi seperti yang dirangka dalam FPK. Namun begitu, beberapa prasyarat perlu diambil kira. Paling utama, ia berupaya memperjelaskan FPK mengikut tahap pengalaman dan kupasan yang lebih bijaksana. Rujukan Pons, F., de Rosnay, M., Cuisinier, F. dan Bender, P. 2010. On the cognitive nature of emotions and the emotional nature of cognitions. Dalam F. Pons, M. de Rosnay and P. Doudin (Ed.), Emotions in research and practice. Aalborg, Denmark: Penerbit Universiti Aalborg: 17-37. UNESCO. 1996. Learning: The treasure within, The Delors Report. Paris: UNESCO.

You might also like