You are on page 1of 2

BAHASA LAMBANG PERPADUAN RAKYAT

Assalamualaikum, salam sejahtera, salm Pidato Piala Diraja.

Sejambak kasih, seharum kasturi buat saudara/ saudari peneraju majlis, kombinasi kehakiman
yang berlandaskan neraca keadilan, guru-guru penggerak generasi berwawasan seterusnya
warga dewan yang berkarisma.

Arena pada hari ini saya lakari dengan sebuah pidato berpaksikan tajuk ‘Bahasa Lambang
Perpaduan Rakyat’. Dalam 1 persidangan antarabangsa bertajuk 'Pengajian Melayu 2014
Hubungan Malaysia-China' di Beijing, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, bahasa
Melayu kini diangkat sebagai bahasa kelima terbesar di dunia, dengan lebih 300 juta orang
penutur. Hal ini menunjukkan bahawa Bahasa Melayu kini menjadi bahasa yang boleh dipelajari
dan dituturkan oleh sesiapa sahaja.

Hadirin yang dimuliakan,

Meniti hujah saya yang pertama. Bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa kebangsaan. Di
Malaysia, terdapat tiga kaum utama iaitu kaum Melayu, Cina dan India. Kaum Melayu
merupakan penduduk asal Malaysia dengan kepadatan melebihi lima puluh peratus daripada
keseluruhan warganegara di sini. Oleh sebab itu, Bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa
kebangsaan berdasarkan kaum majoriti penduduk. Menurut Penyata Razak 1957 dalam asas
Ordinan Pelajaran 1957, bahasa dan pendidikan dapat digunakan sebagai alat untuk
meningkatkan persefahaman dan perpaduan antara penduduk yang berbilang kaum.

Warga dewan yang cakna sekalian,

Hujah saya yang kedua. Kedudukan Bahasa Melayu sebagai teras perpaduan bangsa Malaysia
diperkukuhkan apabila kehadirannya tidak pernah disangsikan oleh kaum-kaum lain. Rahsia
Bahasa Melayu tetap diyakini sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan hingga kini
adalah kerana jaminan yang diberikan dalam Perlembagaan Malaysia iaitu bahasa-bahasa lain
masih boleh digunakan dengan bebas.
Gerakan Cintailah Bahasa Kita yang dilancarkan pada 11 Disember 1987 membuktikan
betapa seriusnya kerajaan dalam mengangkat martabat bahasa ini sebagai bahasa komunikasi
utama pelbagai kaum. Sejak itu banyak kegiatan kebahasaan turut melibatkan pelbagai kaum
telah diadakan.

Warga dewan yang setia,

Bahasa Melayu juga berperanan sebagai bahasa ilmu dalam bidang pendidikan kebangsaan.
Begitulah hujah saya yang ketiga. Bahasa ilmu adalah bahasa yang digunakan untuk
mengungkap ilmu dan memiliki ciri-ciri yang tersendiri. Ciri-ciri yang terdapat dalam bahasa
Melayu itu yang menjadikannya sebagai bahasa wahana ilmu kerana kemantapan yang ada
memudahkan ia menyerap pelbagai budaya ilmu. Bahasa Melayu mampu bersaing dan berdaya
maju dalam mencapai bahasa ilmu.

Pengiktirafan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dapat dilihat apabila negara luar
mengiktiraf bahasa Melayu. Contohnya adalah dengan pengwujudan dan penawaran Kursus
Pengajian Melayu Kursus Bahasa Melayu di pusat pengajian tinggi luar negara.

Intihanya, Bahasa Melayu yang dahulunya hanya berperanan sebagai ‘linguafranca’ dan
juga ‘bahasa kedua’ akhirnya menjadi bahasa perpaduan, bahasa pengantar, bahasa ilmu, bahasa
komunikasi, bahasa perundangan dan bahasa yang dapat mengungkapkan pelbagai genre dan
domain ilmu.

Bahasa Melayu telah menjurus negara ke arah keharmonian dan perpaduan yang
memantapkan 1 Malaysia sehingga menjana negara sebagai pelopor perpaduan dan menjadi
contoh negara yang mengamalkan demokrasi pelbagai kaum. Oleh itu, aspirasi negara melalui
Gagasan 1 Malaysia boleh direalisasikan melalui fungsi-fungsi bahasa Melayu kerana “Bahasa
Lambang Perpaduan Rakyat”.
Akhir kata,

Yang kurik itu kendi,


Yang merah itu saga,
Yang baik itu budi,
Yang indah itu bahasa

Sekian terima kasih.

You might also like