You are on page 1of 34

BAB 3

METODOLOGI

3.1 Pengenalan

Dalam bab ini penyelidik akan menjelaskan kaedah dan prosedur berkaitan

metodologi penyelidikan yang digunakan. Metodologi kajian yang digunakan adalah

merujuk kepada cara-cara yang berkesan untuk mendapatkan maklumat yang

berfaedah dengan penggunaan instrumen yang minimum bagi mencapai matlamat

penyelidikan. Tatacara kajian yang diikuti dalam menjalankan penyelidikan serta

langkah-langkah dan kaedah dilaksanakan untuk mendapatkan data bagi menjawab

persoalan kajian. Metodologi kajian akan diberi perhatian kerana kaedah yang
67

berkesan dan strategik bukan sahaja dapat menghasilkan data yang tepat tetapi dapat

membantu penyelidik mengurangkan risiko yang mungkin akan menjejaskan usaha

penyelidik. Menurut Mohd. Majid (2004), kegagalan pengkaji menggunakan kaedah

pengumpulan data yang betul akan menghasilkan maklumat yang tidak tepat dan

salah. Justeru, dalam bab ini membincangkan berkaitan dengan reka bentuk kajian,

responden atau sampel kajian, lokasi kajian serta instrument kajian yang digunakan.

Perbincangan mengenai bab ini seterusnya memberi tumpuan kepada prosedur

pengumpulan data dan kaedah analisis data yang digunakan untuk menguji

kebolehpercayaan instrument kajian.

3.2 Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk dalam kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif bagi mengkaji faktor-

faktor yang menyumbang kepada amalan pengintegrasian ICT dalam PdP guru

sekolah rendah. Othman (2012) menjelaskan bahawa reka bentuk sesuatu kajian yang

dijalankan adalah penting serta harus diberikan tumpuan yang menyeluruh untuk

mendapatkan kesahan kajian. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dengan

menggunakan instrumen soal selidik. Program Statistical Package for Social Science

(SPSS) version 20 digunakan untuk menganalisis data. Kaedah tinjauan melalui soal

selidik diedarkan ke sekolah-sekolah rendah di negeri Terengganu yang terpilih untuk

dikaji.

Melalui penggunaan instrumen soal selidik, penyelidik dapat mengumpul

maklumat daripada responden kajian dalam satu masa serta dapat memahami ciri-ciri
68

keseluruhan populasi kajian dengan menggunakan sampel yang kecil (Abd Rahman et

al., 2009). Selain dapat mengumpulkan data, soal selidik juga digunakan untuk

mengukur sikap serta tingkah laku responden.

Selain daripada itu, kajian ini juga dijalankan dalam bentuk tinjauan deskriptif.

Penyelidikan deskriptif merupakan penyelidikan yang digunakan untuk menerangkan

sesuatu fenomena, faktor-faktor, ciri-ciri populasi atau keadaan yang berlaku (Mohd.

Majid, 2000). Reka bentuk deskriptif ini dipilih untuk memberi gambaran bagi

pemboleh ubah yang ingin dicerap menggunakan petunjuk statistik bagi melihat

taburan dan bentuk pola serta kecenderungan data.

3.3 Populasi dan Sampel Kajian

Dalam proses mendapatkan maklumat kajian, penyelidik perlu menumpukan kepada

populasi dan sampel tertentu yang dikenal pasti dengan teliti. Saiz populasi kajian

akan mempengaruhi kewangan, masa dan tenaga penyelidik serta maklumat kajian

untuk menyelesaikan masalah (Mohd. Majid, 2009). Dalam kajian ini, populasi

merujuk kepada guru-guru sekolah rendah di negeri Terengganu. Penyelidik memilih

negeri Terengganu sebagai lokasi kajian kerana penyelidik mudah untuk berurusan

dengan pihak sekolah berikutan negeri Terengganu merupakan negeri kelahiran

penyelidik. Ini sekali gus menjimatkan masa, kos dan tenaga penyelidik. Jumlah

populasi guru sekolah rendah di seluruh negeri Terengganu ialah seramai 12000 orang

yang merangkumi 3872 guru lelaki dan 8128 bagi guru perempuan seperti yang telah

ditunjukkan dalam jadual 3.1.


69

Jadual 3.1 Bilangan guru sekolah di seluruh negeri Terengganu

Daerah SK SKJC SK L P Jumlah


Khas

Daerah Besut 1872 20 20 649 1263 1912

Daerah Dungun 1535 43 0 478 1100 1578

Daerah Kemaman 1722 71 0 508 1335 1843

Daerah Kuala Terengganu 3424 71 48 1044 2499 3543r

Daerah Hulu Terengganu 1060 0 0 397 633 1060

Daerah Setiu 971 0 0 422 549 971

Daerah Marang 5710 17 0 374 791 1093

Jumlah Besar 3872 8128 12000

Sumber Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Januari 2014

Dalam kajian ini, pemilihan sampel kajian dilakukan dengan menggunakan

teknik pemilihan rawak mudah agar kesahan luaran kajian tetap tinggi dan

generalisasi data kajian dapat dilakukan. Noraini (2013) menyatakan, persempelan

dilakukan untuk menjimatkan kos penyelidikan yang melibatkan kos pengangkutan,

masa penyediaan instrumen penyelidikan dan sebagainya.

Pemilihan sampel kajian adalah penting untuk menjamin kesahan dapatan

kajian kerana sebarang maklumat akan dijadikan rumusan kajian. Jumlah sampel

kajian adalah ditetapkan mengikut jadual Krejcie dan Morgan (1970). Menurut

Krejcie dan Morgan, saiz sesuatu sampel kajian akan menentukan kebolehpercayaan

kajian yang dilakukan. Berdasarkan kepada jadual 3.1, populasi kajian guru sekolah

rendah di Terengganu ialah seramai 12000 orang. Mengikut jadual Krejcie dan

Morgan, apabila populasi suatu kajian 10000 hingga 15000, maka sampel kajian yang
70

diperlukan ialah sebanyak 370 responden. Bagi memastikan penyelidik mendapat

jumlah sampel kajian yang dikehendaki iaitu sebanyak 370, penyelidik melebihkan

113 atau sebanyak 22.6% daripada sampel kajian sebenar. Ini kerana penyelidik dapat

mengelak daripada berlakunya terdapat instrumen soal selidik tidak lengkap diisi,

hilang dan rosak.

Dalam kajian ini, sampel kajian akan melibatkan 370 orang guru di 23 buah

sekolah rendah terpilih di negeri Terengganu. Pemilihan sekolah ini dilakukan secara

rawak mudah berdasarkan senarai nama sekolah rendah yang diperolehi dari Jabatan

Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) serta mengikut daerah. Sebelum pemilihan

sekolah dibuat, penyelidik terlebih dahulu menyenaraikan nama sekolah-sekolah yang

ingin dipilih mengikut kategori lokasi sekolah seperti bandar, luar bandar dan pinggir

bandar.

Setelah penyelidik membuat pemilihan secara rawak mudah, didapati sekolah-

sekolah rendah yang terpilih untuk dijalankan kajian adalah Sek. Keb. Kampong Raja,

Sek. Keb. Amer, Sek. Keb. Beting Lintang, Sek. Keb. Guntong, Sek. Keb. Langkap,

Sek. Keb. Lerek, Sek. Keb. Seri Paka, Sek. Keb. Paka, Sek. Keb. Paka 2, Sek. Keb.

Kampung Nyior, Sek. Keb. Rantau Petronas, Sek. Keb. Kg Baru Kerteh, Sek. Keb.

Seri Gelugor, Sek. Keb. Bukit Anak Dara, Sek. Keb. Merchang, Sek. Keb. Gong

Balai, Sek. Keb. Jambu Bongkok, Sek. Keb. Ajil, Sek. Keb. Bukit Perah, Sek. Keb.

Padang Midin, Sek. Keb. Pusat Cabang Tiga, Sek. Keb. Kepong dan Sek. Keb.

Rengas Bekah.
71

Jadual 3.2 Bilangan guru dan sekolah yang dipilih


Bil Daerah Nama Sekolah Jumlah Sampel
guru

1 Besut Sek. Keb. Kampong Raja 59 21

2 Besut Sek.Keb. Amer 32 21

3. Besut Sek. Keb. Beting Lintang 54 21

4 Setiu Sek. Keb. Guntong 30 21

5 Setiu Sek. Keb. Langkap 36 21

6 Setiu Sek. Keb. Lerek 40 21

7 Dungun Sek. Keb. Seri Paka 74 21

8 Dungun Sek. Keb Paka 64 21

9 Dungun Sek. Keb. Paka 2 55 21

10 Dungun Sek. Keb. Kampung Nyior 45 21

11 Kemaman Sek. Keb. Rantau Petronas 42 21

12 Kemaman Sek. Keb. Kg Baru Kerteh 43 21

13 Kemaman Sek. Keb. Bukit Anak Dara 47 21

14 Kemaman Sek. Keb. Seri Gelugor 41 21

15 Marang Sek. Keb. Merchang 48 21

16 Marang Sek. Keb. Gong Balai 45 21

17 Marang Sek. Keb. Jambu Bongkok 45 21

18 H. Terengganu Sek. Keb. Ajil 45 21

19 K. Terengganu Sek. Keb. Bukit Perah 44 21

20 K. Terengganu Sek. Keb. Padang Midin 67 21

21 K. Terengganu Sek. Keb. Pusat Cabang Tiga 65 21

22 K. Terengganu Sek. Keb. Kepong 46 21

23 K. Terengganu Sek. Keb. Rengas Bekah 42 21

Jumlah Keseluruhan 1109 483


72

3.4 Instrumen Kajian

Kajian faktor-faktor yang mempengaruhi amalan pengintegrasian ICT dalam PdP

guru sekolah rendah ini menggunakan kaedah tinjauan. Penggunaan instrumen soal

selidik dalam sesuatu kajian dapat menjimatkan masa dan mudah ditadbir oleh

pengkaji (Noraini, 2013). Dalam kajian ini, penyelidik telah mengadaptasi beberapa

instrumen soal selidik pengkaji-pengkaji terdahulu untuk disesuaikan dengan

pengintegrasian ICT dalam persekitaran pendidikan di Malaysia. Jadual 3.3

menunjukkan kandungan instrumen kajian berdasarkan sumber instrumen.


73

Jadual 3.3 Kandungan instrumen kajian berdasarkan sumber

Bahagian/Aspek Contoh item Jumlah Sumber


item
Bhg. B * Integrasi ICT memberi manfaat. 11 Ubah suai daripada
Perspektif umum * Integrasi ICT memberi kesan Schmidt et al.
guru positif terhadap pembelajaran (2009)
murid.
Bhg. C * Memberi peluang kerjasama 15 Ubah suai daripada
Matlamat antara murid. Schmidt et al.
integrasi ICT * Kemahiran ICT murid dapat (2009)
guru ditingkatkan.
Bhg. D * Mengikut trend pendidikan. 10 Ubah suai daripada
Motivasi guru * Bahan mudah diperoleh. Nicolle (2005)
Bhg. E * Saya menyertai kursus baikpulih 7 Ubah suai daripada
Latihan komputer. Nicolle (2005)
pengintegrasian * Kursus ICT yang disertai ada
ICT guru menyediakan latihan amali.
Bhg. F * Membina bahan pengajaran. 14 Ubah suai daripada
Kemahiran ICT * Membina laman web Albirini (2004)
guru pengajaran.
Bhg. G * Diperoleh dari PSS. 14 Ubah suai daripada
Sumber ICT * Disediakan oleh pihak sekolah. Nicolle (2005)
guru
Bhg. H * Pentadbir memberi pujian. 10 Ubah suai daripada
Sokongan * Menjadikan model penggunaan Nicolle (2005)
pentadbir ICT dalam PdP.
Bhg. I * Saya was-was mengintegrasikan 11 Ubah suai daripada
Kebimbangan ICT dalam PdP kerana Nicolle (2005)
guru dalam kekurangan pengetahuan.
pengintegrasian * Kekangan dalam menghabiskan
ICT silibus yang ditetapkan.

Bhg. J * Persediaan mengajar. 6 Ubah suai daripada


Penggunaan ICT * Penyediaan bahan 11 Rogers (2007)
dalam PdP * Semasa mengajar 13
* Komunikasi 6

Jumlah 128
keseluruhan item
74

3.4.1 Bahagian A: Soal selidik ciri-ciri demografi

Bahagian A mengenai soal selidik berkaitan maklumat demografi responden yang

mengandungi lapan item berkaitan. Instrumen ini dibentuk bertujuan untuk

mendapatkan maklumat mengenai responden kajian. Antara item yang dimuatkan

dalam bahagian A adalah jantina responden, kelulusan akademik, major atau bidang,

pengalaman mengajar, pengalaman menggunakan internet, mata pelajaran yang

diajar, kursus yang pernah disertai dan bahan atau jenis perisian yang digunakan oleh

guru. Skala nominal digunakan untuk mengetahui ciri-ciri demografi di kalangan

responden.

3.4.2 Bahagian B: Soal selidik perspektif umum guru

Instrumen perspektif umum guru diadaptasi daripada instrumen technological

pedagogical content knowledge (TPCK) yang telah dibangunkan oleh Schmidt et al.

(2009). Kajian tersebut dilakukan untuk melihat apakah faktor-faktor yang

mempengaruhi pembentukan pengetahuan teknologi kandungan dan pedagogi dalam

program persediaan guru praktikum dalam bilik darjah semasa mengajar. Instrumen

tersebut mengandungi tujuh soalan dan menggunakan skala Likert lima point; =

sangat tidak setuju, 2= tidak setuju, 3= tidak pasti, 4= setuju dan 5= sangat setuju.

Instrumen tersebut mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi iaitu 0.82.

Dalam kajian ini, penyelidik telah mengadaptasi instrumen TPACK dan

menjadikan jumlah keseluruhan item instrumen untuk bahagian B ialah 11 item.

Kajian ini dilakukan untuk mengetahui apakah tahap pengetahuan umum guru
75

terhadap integrasi ICT dalam PdP di sekolah. Penyelidik telah melakukan

pengubahsuaian item untuk disesuaikan dengan pengintegrasian ICT dalam

persekitaran pendidikan Malaysia.

3.4.3 Bahagian C: Soal selidik matlamat integrasi ICT

Instrumen matlamat integrasi ICT diadaptasi daripada instrumen content knowledge

(CK) yang telah dibangunkan oleh Schmidt et al. (2009). Instrumen tersebut

mengandungi 15 soalan dan menggunakan skala Likert lima point; 1= sangat tidak

setuju, 2= tidak setuju, 3= tidak pasti, 4= setuju dan 5= sangat setuju. Instrumen

tersebut mempunyai tahap kebolehpercayaan yang tinggi iaitu 0.84.

Dalam kajian ini, penyelidik telah mengadaptasi instrumen CK dan

menjadikan jumlah item instrumen untuk bahagian C ialah 15 item. Kajian ini

dilakukan untuk mengetahui apakah tahap matlamat integrasi ICT dalam PdP di

sekolah.

3.4.4 Bahagian D: Soal selidik motivasi guru

Instrumen motivasi guru telah diadaptasi daripada instrumen selidik Nicolle (2005),

yang digunakan untuk melihat penggunaan teknologi dan pengintegrasian ICT dalam

pengajaran di universiti. Instrumen tersebut mengandungi 25 item soal selidik dan

menggunakan skala Likert lima point; 1= sangat tidak setuju, 2= tidak setuju, 3= tidak

pasti, 4= setuju dan 5= sangat setuju. Instrumen tersebut mempunyai tahap

kebolehpercayaan yang tinggi iaitu 0.96.


76

Dalam kajian ini, penyelidik telah mengadaptasi instrumen tersebut dan menjadikan

jumlah item instrumen untuk bahagian D ialah 10 item. Pengubahsuaian dilakukan

untuk disesuaikan dengan pendidikan di Malaysia. Kajian ini dilakukan untuk

mengetahui apakah tahap motivasi guru untuk mengintegrasikan ICT dalam PdP di

sekolah.

3.4.5 Bahagian E: Soal selidik latihan pengintegrasian ICT

Bagi instrumen latihan pengintegraian ICT, penyelidik telah mengadaptasi dari

instrumen soal selidik Nicolle (2005) yang berbentuk ‘Ya’ atau ‘Tidak’ yang

mengandungi 10 item. Oleh itu dalam kajian ini, telah penyelidik mengubah

penggunaan skala Likert lima point; 1= tidak pernah, 2= jarang-jarang, 3= kadang-

kadang, 4= kerap dan 5= sangat kerap dan menjadikan jumlah item instrumen untuk

bahagian E ialah tujuh item.

3.4.6 Bahagian F: Soal selidik kemahiran ICT

Bagi instrumen kemahiran ICT, penyelidik telah mengadaptasi dari Albirini (2004)

yang membuat kajian untuk melihat sikap guru terhadap penggunaan ICT di Syria.

Instrumen tersebut mengandungi 15 item soal selidik yang menggunakan skala Likert

empat point; 1= tidak cekap, 2= sederhana cekap, 3= cekap dan 5=sangat cekap.

Dalam kajian ini, penyelidik telah melakukan pengubahsuaian item dan

menjadikan item dalam bahagian F sebanyak 14 item. Penyelidik juga mengubah

skala yang digunakan iaitu dari penggunaan skala Likert empat point kepada skala
77

Likert lima point; 1= sangat tidak mahir, 2= tidak mahir, 3= tidak pasti, 4= mahir dan

5= sangat mahir.

3.4.7: Bahagian G: Soal selidik sumber ICT

Instrumen bagi sumber ICT guru telah diadaptasi daripada instrumen soal selidik

Nicolle (2005) Instrumen asal tersebut mempunyai 11 item soal selidik dan

menggunakan skala Likert lima point; 1= sangat tidak setuju, 2= tidak setuju, 3= tidak

pasti, 4= setuju dan 5= sangat setuju. Dalam kajian ini, penyelidik telah mengadaptasi

instrumen tersebut dan menjadikan jumlah item instrumen untuk bahagian G ialah

sebanyak 14 item. Pengubahsuaian dilakukan untuk disesuaikan dengan pendidikan di

Malaysia.

3.4.8: Bahagian H: Soal selidik sokongan pentadbir

Instrumen sokongan pentadbir telah diadaptasi daripada instrumen soal selidik Nicolle

(2005). Instrumen tersebut mengandungi sembilan item soal selidik dan menggunakan

skala Likert lima point; 1= sangat tidak setuju, 2= tidak setuju, 3= tidak pasti, 4=

setuju dan 5= sangat setuju. Dalam kajian ini, penyelidik telah mengadaptasi

instrumen tersebut dan menjadikan jumlah item instrumen untuk bahagian H ialah 10

item.
78

3.4.9: Bahagian I: Soal selidik kebimbangan guru dalam pengintegrasian ICT

Instrumen kebimbangan guru dalam pengintegrasian ICT diadaptasi daripada

instrumen selidik Nicolle (2005). Instrumen tersebut mengandungi 16 item soal

selidik dan menggunakan skala Likert lima point; 1= sangat tidak setuju, 2= tidak

setuju, 3= tidak pasti, 4= setuju dan 5= sangat setuju. Memandangkan penyelidik telah

mengadaptasi soal selidik tersebut, maka pengubahsuaian item instrumen dilakukan

untuk disesuaikan dengan pembelajaran di sekolah. Jumlah item instrumen untuk

bahagian I ialah 11 item.

3.4.10: Bahagian J: Soal selidik Penggunaan ICT dalam PdP.

Instrumen penggunaan ICT dalam PdP diadaptasi daripada instrumen teaching with

technology instrument (TTI) yang telah dibangunkan oleh Rogers (2007). Kajian

tersebut dilakukan untuk menentukan sama ada adakah terdapat hubungan yang

signifikan antara tahap kebimbangan komputer, inovasi dan tahap integrasi teknologi

dalam guru pra perkhidmatan. Instrumen tersebut mengandungi 20 item soal selidik

dan menggunakan skala Ya atau Tidak. Oleh itu, penyelidik membuat pengubahsuai

dengan menggunakan skala Likert lima point; 1 = tidak pernah, 2= 1 hingga 2 kali

sebulan, 3= tiga hingga 4 kali sebulan, 4= 2 kali seminggu dan 5= hampir setiap kali

pengajaran. Instrumen tersebut mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi iaitu 0.94.

Dalam soal selidik penggunaan ICT dalam PdP, sebanyak 36 item soal selidik telah

diadaptasi dari instrumen TTI dan dipecahkan kepada empat aspek yang ingin dikaji

iaitu persediaan mengajar (6), penyediaan bahan (11), semasa mengajar (13) dan

komunikasi (6).
79

Oleh itu, secara keseluruhannya terdapat 129 item soalan yang terbahagi kepada

sembilan aspek yang dikenalpasti untuk mengukur tahap amalan pengintegrasian ICT

guru iaitu dari aspek perspektif umum guru, matlamat integrasi ICT, motivasi guru,

latihan pengintegrasian ICT, kemahiran ICT, sumber ICT, sokongan pentadbir,

kebimbangan guru dalam pengintegrasian ICT serta penggunaan ICT dalam PdP.

3.5 Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen

Dalam konteks penyelidikan, kesahan membawa maksud ketepatan serta

keberkesanan instrumen yang digunakan untuk menjalankan kajian (Maxwell 1996)

manakala kebolehpercayaan instrumen pula membawa maksud sesuatu proses yang

apabila diulang akan memberikan keputusan yang sama (Mohd. Majid 2009). Dalam

kajian ini, penyelidik melakukan kesahan kandungan dan kebolehpercayaan

instrumen bagi menjelaskan kandungan yang ingin dikaji.

3.5.1 Kesahan Kandungan

Kesahan kandungan telah dilakukan oleh penyelidik bagi memastikan item-item yang

diletakkan dalam instrumen kajian dapat mengukur segala kandungan aspek yang

dikaji. Menurut Mohd Majid (2004), kesahan kandungan ini penting dilakukan untuk

mengukuhkan isi kandungan kajian yang telah dibina supaya selari dengan apa yang

ingin dikaji. Bagi ujian kesahan kandungan, penyelidik telah merujuk kepada dua

orang pensyarah UPSI dari Fakulti Seni Komputeran dan Industri Kreatif yang pakar

dalam bidang ICT. Manakala untuk kesahan bahasa dan kefahaman instrumen,
80

penyelidik merujuk kepada dua guru bahasa yang mengajar sekolah rendah di negeri

Terengganu.

Item instrumen asal telah diubahsuai dari segi bahasa, maksud serta

kesesuaian item mengikut konsep-konsep yang ingin dikaji supaya instrumen yang

digunakan telah melalui prosedur pengesahan instrumen yang betul sebelum sesuatu

kajian rintis dilakukan. Teguran dan pandangan telah diambil kira oleh penyelidik

dalam susunan item serta isi kandungan atau pengguguran item yang didapati tidak

tepat dengan konstrak yang ingin dikaji. Segala maklum balas dari pensyarah dan

guru bahasa yang dirujuk akan diambil kira dalam penambahbaikan item instrumen

seterusnya.

3.5.2 Kebolehpercayaan Instrumen

Kebolehpercayan ditakrifkan kepada ketekalan terhadap sesuatu ukuran dan

kestabilan dalaman instrumen yang dapat memberikan ukuran yang sama apabila

proses pengulangan dilakukan (Sekaran, 1992). Berdasarkan maklum balas daripada

kajian rintis, beberapa penambahbaikan telah dilakukan kepada instrumen kajian.

Maklum balas daripada kajian rintis juga diguna pakai untuk memastikan

kesesuaian makna atau maksud item dalam mengukur pemboleh ubah yang

ditetapkan. Data-data yang diperoleh dari kajian rintis ini akan dianalisis dengan

menggunakan Cronbach Alpha untuk menentukan nilai ketepatan atau tahap

kebolehpercayaan terhadap instrumen kajian.


81

3.5.3 Kajian Rintis

Kajian rintis dijalankan untuk memastikan kesahan serta kebolehpercayaan item soal

selidik supaya setiap item soal selidik yang dikemukakan sesuai serta mempunyai

maksud yang jelas dan mudah difahami oleh responden. Kebolehpercayaan item

dalam kajian rintis bermaksud kebolehan sesuatu instrumen kajian menghasilkan data

yang tepat dan konsisten apabila setiap kali diuji (Mohd Yusri, 2010).

Sebelum kajian sebenar dilakukan, penyelidik terlebih dahulu membuat satu

kajian rintis bagi mendapatkan kebolehpercayaan item soal selidik yang telah dibuat.

Penyelidik menjalankan kajian rintis ke atas 25 orang guru sekolah rendah yang tidak

terlibat dalam responden kajian sebenar. Berdasarkan beberapa aspek iaitu perspektif

umum guru, matlamat integrasi ICT guru, motivasi guru, latihan pengintegrasian ICT

guru, kemahiran ICT guru, sumber ICT guru, sokongan pentadbir, kebimbangan guru

dalam pengintegrasian ICT serta penggunaan ICT dalam PdP, maka kajian rintis telah

dijalankan di sekolah-sekolah berikut:

i. Sek. Keb. Banggol Katong

ii. Sek. Keb. Serada

Soal selidik dihantar sendiri oleh penyelidik di dua buah sekolah iaitu Sek.

Keb. Banggol Katong dan Sek. Keb. Serada. Pemilihan dua buah sekolah ini

dilakukan kerana senang dikunjungi oleh penyelidik selain menjimatkan masa dan

kos. Pemilihan responden dijalankan secara rawak dan melibatkan 25 orang guru

sekolah rendah yang mengajar dalam pelbagai bidang.


82

Sebelum penyelidik mengedar soal selidik, terlebih dahulu penyelidik menjelaskan

mengenai tujuan serta objektif kajian supaya responden memahami serba sedikit

mengenai tujuan soal selidik diedarkan. Terdapat beberapa responden memberikan

maklum balas mengenai beberapa item soal selidik yang dirasakan tidak sesuai

digunakan. Selepas menjalankan kajian rintis, penyelidik mendapati perlunya

penambahan dari segi item dan aspek yang berkaitan dengan persoalan kajian seperti

bentuk ayat item serta penambahbaikan dan pengurangan item bagi melihat nilai

kebolehpercayaan Cronbach Alpha. Jadual 3.4 menunjukkan nilai kebolehpercayan

Cronbach Alpha tahap kebolehpercayaan bagi-bagi faktor yang dikaji.

Jadual 3.4 Nilai kebolehpercayaan Cronbach Alpha tahap kebolehpercayaan bagi


faktor-faktor yang dikaji

Bahagian Soal selidik Nilai cronbach alpha

Bahagian B Perspektif umum 0.877


Bahagian C Matlamat integrasi ICT 0.911
Bahagian D Motivasi guru 0.880
Bahagian E Latihan pengintegrasian ICT 0.825
Bahagian F Kemahiran ICT 0.905
Bahagian D Sumber ICT 0.906
Bahagian E Sokongan pentadbir 0.944
Bahagian F Kebimbangan guru dalam
Pengintegrasian ICT 0.861
Bahagian G Penggunaan ICT dalam *Persediaan mengajar 0.960
PdP *Penyediaan bahan 0.944
*Semasa mengajar 0.916
*Komunikasi 0.940

Jumlah keseluruhan 0.968


83

Setelah analisis dan diproses menggunakan perisian Statistic packages for Social

Sciences Version 20 for windows (SPSS), didapati pekali Cronbach Alpha bagi

keseluruhan item persoalan ialah 0.968. Menurut Fathiah (2007), kajian rintis

dijalankan mempunyai kebolehpercayaan soal selidik yang tinggi sekiranya nilai

Cronbach Alpha melebihi 0.80. Berdasarkan nilai Cronbach Alpha yang diperolehi,

soal selidik dapat digunakan untuk menjalankan kajian yang sebenar.

3.6 Prosedur Kajian

Menjalankan kajian berbentuk kaedah tinjauan memerlukan perancangan yang rapi.

Bagi melancarkan proses pengumpulan data, penyelidik telah merangka prosedur

kajian yang menjelaskan proses yang bermula dari peringkat mendapatkan kebenaran

sehingga menganalisis data secara terperinci. Berikut merupakan prosedur kajian yang

akan dijalankan.

3.6.1 Prosedur sebelum kajian dijalankan

Sebelum memulakan kajian, penyelidik lebih memberikan tumpuan kepada penulisan

kertas cadangan kajian. Kertas cadangan kajian yang telah disiapkan terlebih dahulu

perlu diserahkan kepada penyelia kajian bagi tujuan penyemakan serta mendapatkan

maklumbalas mengenai semua aspek seperti pernyataan masalah, persoalan kajian,

objektif kajian sehinggalah kepada soal selidik. Pada masa yang sama, penyelidik

turut mendapatkan maklumat dari JPNT mengenai bilangan sekolah rendah di seluruh

negeri Terengganu yang meliputi bilangan guru dan sekolah rendah di setiap daerah.
84

Setelah beberapa kali membuat pembetulan terhadap kertas cadangan kajian dan telah

mendapat kelulusan dari penyelia untuk meneruskan kajian, penyelidik perlu

mendapatkan surat kebenaran dari Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia

(FPPM), UPSI.

Berdasarkan surat tersebut, penyelidik mengemukakan surat kebenaran kepada

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Bahagian Perancangan dan

Penyelidikan Dasar Pendidikan (EPRD), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan

Jabatan Pendidikan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) bagi mendapatkan

kebenaran untuk menjalankan kajian.

3.6.2 Prosedur semasa kajian dijalankan

Selepas itu, kebenaran untuk menjalankan kajian di sekolah-sekolah rendah negeri

Terengganu serta guru-guru sekolah rendah sebagai sampel kajian juga diperolehi

daripada JPNT. Instrumen soal selidik ini akan dihantar melalui kiriman pos ke 23

buah sekolah rendah melibatkan guru-guru sekolah rendah yang telah dipilih secara

rawak mudah. Pemilihan sampel ini berdasarkan senarai nama guru yang diberikan

oleh pentadbir sekolah yang dikaji. Bagi memastikan sampel kajian yang telah diisi

dapat dipulangkan semula, penyelidik telah menyertakan satu sampul surat yang

beralamat penyelidik dan berstem. Ini bagi memastikan responden tidak merasa

terbeban dan memudahkan pemulangan semula soal selidik yang telah diisi. Sebelum

soal selidik diedarkan, penyelidik terlebih dahulu akan menghubungi pentadbir bagi

setiap sekolah yang dikaji untuk memaklumkan pentadbir mengenai tujuan kajian

dijalankan dan berkenaan edaran soal selidik ke sekolah-sekolah yang terlibat.


85

Bagi memastikan instrumen soal selidik yang telah diposkan sampai kepada

responden, penyelidik akan sekali lagi menghubungi pentadbir bagi setiap sekolah

untuk memastikan instrumen yang di pos oleh penyelidik telah diterima oleh sampel

kajian.

Penyelidik telah memberikan tempoh masa selama tiga minggu kepada

responden kajian untuk memulangkan semula instrumen soal selidik yang telah

diedarkan. Penyelidik akan mengambil tindakan susulan dengan menghubungi pihak

pentadbir sekolah melalui telefon untuk mendapatkan semula soalan selidik tersebut.

Melalui cara ini, akan dapat menjimatkan masa dan kewangan penyelidik dalam

mentadbir soal selidik. Untuk memastikan kelancaran dalam mengendalikan soal

selidik, penyelidik melantik seorang pentadbir soal selidik di setiap sekolah yang

terdiri dari staf sokongan sekolah yang terlibat dalam kajian. Tugas pentadbir tersebut

ialah mentadbir soal selidik serta memberikan penjelasan dan arahan kepada

responden berkaitan tujuan kajian yang dijalankan serta kepentingan maklumbalas

yang diberikan bagi menjayakan kajian.

Sebanyak 483 instrumen soal selidik telah diedarkan oleh penyelidik kepada

sekolah-sekolah yang terlibat dalam kajian ini. Namun begitu, penyelidik hanya

menerima 423 instrumen daripada 483 set soal selidik yang telah diedarkan. Ini

menunjukkan sebanyk 87.6% soal selidik yang telah dipulangkan. Daripada 423 set

soal selidik diperolehi, didapati sebanyak 62 set soal selidik yang rosak. Ini kerana,

ada sebilangan responden tidak mengisi kesemua item-item yang terdapat dalam

instrumen soal selidik dengan lengkap. Sebelum analisis statistik ini dijalankan,

terlebih dahulu, pengkaji melakukan ujian normaliti data bagi melihat sama ada data
86

yang dianalisis mempunyai data yang ekstrem (outliers) dan menepati taburan normal

atau tidak. Ujian ini sangat penting untuk mendapatkan kesahan dan ketepatan

dapatan kajian. Melalui ujian ini, sebanyak 131 instrumen soal selidik didapati

mempunyai ciri ekstrem. Oleh itu, penyelidik membuang data tersebut bagi

memastikan hasil keseluruhan anlisis berada pada data normal. Justeru itu, dalam

kajian ini penyelidik hanya mengguna pakai 222 set soal selidik untuk mendapatkan

hasil dapatan kajian yang mempunyai kebolehpercayan dan kesahan yang tinggi.

3.7 Tatacara Penganalisisan Data

Terdapat dua kaedah yang digunakan untuk menganalisis data dalam kajian ini iaitu

analisis statistik diskriptif dan analisis statistik inferensi. Data yang diperolehi

menerusi soal selidik akan dikumpulkan secara kuantitatif dan dianalisis

menggunakan SPSS (Statistical Package For The Social Science) versi 20. Jadual 3.5

menjelaskan ringkasan pengujian statistik yang digunakan bagi menjawab persoalan

kajian.
87

Jadual 3.5 Pengujian statistik bagi menjawab persoalan kajian


Bil PePrsoalan kajian Pengujian Statistik

1 Apakah tahap pengintegrasian ICT dalam pengajaran Statistik deskriptif


dan pembelajaran guru sekolah rendah? (min, peratusan dan
sisihan piawai)

2 Apakah tahap perspektif umum guru, matlamat Statistik deskriptif


integrasi ICT, motivasi guru, latihan pengintegrasian (min, peratusan dan
ICT, kemahiran ICT, sumber ICT, sokongan pentadbir sisihan piawai)
dan kebimbangan guru dalam pengintegrasian ICT
guru sekolah rendah?

3 Adakah terdapat hubungan kesediaan integrasi ICT Statistik inferensi


guru, dari aspek perspektif umum guru, matlamat korelasi
integrasi ICT, motivasi guru, latihan pengintegrasian
ICT, kemahiran ICT, sumber ICT, sokongan
pentadbir dan kebimbangan guru dalam
pengintegrasian ICT terhadap penggunaan ICT
dalam PdP guru sekolah rendah?

4 Apakah jumlah sumbangan pemboleh ubah dari Statistik inferensi


aspek perspektif umum guru, matlamat integrasi ICT, regreasi
motivasi guru, latihan pengintegrasian ICT,
kemahiran ICT, sumber ICT, sokongan pentadbir
dan kebimbangan guru dalam pengintegrasian ICT
terhadap penggunaan ICT dalam PdP guru sekolah
rendah?
88

3.7.1 Analisis statistik deskriptif

Bagi menjawab persoalan mengenai maklumat demografi seperti jantina, kelulusan

akademik, major atau bidang, pengalaman mengajar, pengalaman menggunakan

internet, kursus yang pernah disertai dan bahan atau jenis perisian kursus yang

digunakan oleh guru, maka penyelidik akan menggunakan analisis diskriptif.

Responden dalam kajian ini merujuk kepada guru-guru sekolah rendah di

Terengganu. Analisis statistik secara deskriptif berasaskan kepada responden yang

dipilih dalam menjawab soal selidik. Kaedah ini digunakan untuk mendapatkan data

berhubung indikator-indikator yang mempengaruhi amalan dan pengintegrasian ICT

di kalangan guru dalam PdP di dalam kelas.

Dalam menentukan tahap amalan pengintegrasian ICT dalam PdP guru dari

aspek perspektif umum guru, matlamat integrasi ICT, motivasi guru, latihan

pengintegrasian ICT, kemahiran ICT, sumber ICT, sokongan pentadbir dan

kebimbangan guru dalam pengintegrasian ICT, analisis statistik deskriptif serta skor

min akan digunakan untuk mementukan tahap.

a. Tahap perspektif umum guru

Soal selidik perspektif umum guru terdiri dari 11 item yang berbentuk skala likert

lima mata. Setiap aspek diukur dengan menunjukkan tahap persetujuan skala likert

iaitu 1= sangat tidak setuju, 2= tidak setuju, 3= tidak pasti, 4= setuju dan 5= sangat

setuju. Bagi menjawab persoalan satu iaitu tahap perspektif umum guru terhadap

pengintegrasian ICT, maka interpretasi skor min bagi melihat tahap digunakan. Jadual
89

3.6 menghuraikan interpretasi skor min bagi melihat tahap perspektif umum guru

terhadap pengintegrasian ICT.

Jadual 3.6 Interpretasi skor min dan tahap perspektif umum guru
Skor Min Tahap Interpretasi
1.00 - 2.33 Rendah Kurang berpengetahuan mengenai kepentingan integrasi
ICT.
2.34 - 3.66 Sederhana Berpengetahuan mengenai kepentingan integrasi ICT.
3.67 – 5.00 Tinggi Sangat berpengetahuan mengenai kepentingan integrasi
ICT.
Diadaptasi dari Sekaran, 1992

b) Tahap matlamat integrasi ICT

Bagi menjawab persoalan dua iaitu tahap matlamat integrasi ICT terhadap

pengintegrasian ICT, maka interpretasi skor min bagi melihat tahap digunakan. Jadual

3.7 menghuraikan interpretasi skor min bagi melihat tahap matlamat integrasi ICT

guru terhadap pengintegrasian ICT.

Jadual 3.7 Interpretasi skor min dan tahap matlamat integrasi ICT
Skor Min Tahap Interpretasi
1.00 - 2.33 Rendah Kurang bermatlamat mengenai penggunaan integrasi
ICT.
2.34 - 3.66 Sederhana Bermatlamat mengenai penggunaan integrasi ICT.
3.67 – 5.00 Tinggi Sangat bermatlamat mengenai penggunaan integrasi
ICT.
Diadaptasi dari Sekaran, 1992
90

c) Tahap motivasi guru

Bagi menjawab persoalan tiga iaitu tahap motivasi guru terhadap pengintegrasian

ICT, maka interpretasi skor min bagi melihat tahap digunakan. Jadual 3.8

menghuraikan interpretasi skor min bagi melihat tahap motivasi guru terhadap

pengintegrasian ICT.

Jadual 3.8 Interpretasi skor min dan tahap motivasi guru

Skor Min Tahap Interpretasi

1.00 - 2.33 Rendah Kurang bermotivasi dalam mengintegrasikan ICT.


2.34 - 3.66 Sederhana Bermotivasi dalam mengintegrasikan ICT.
3.67 – 5.00 Tinggi Mempunyai motivasi yang tinggi dalam
mengintegrasikan ICT.
Diadaptasi dari Sekaran, 1992

d) Tahap latihan pengintegrasian ICT

Soal selidik latihan pengintegrasian ICT ini terdiri dari tujuh item yang mana item-

item ini digunaan bagi mengukur tahap latihan yang diperoleh oleh guru dalam

pengintegrasian ICT. Bagi menjawab persoalan empat iaitu tahap latihan terhadap

pengintegrasian ICT, maka interpretasi skor min bagi melihat tahap digunakan. Jadual

3.9 menghuraikan interpretasi skor min bagi melihat tahap latihan terhadap

pengintegrasian ICT.
91

Jadual 3.9 Interpretasi skor min dan tahap latihan pengintegrasian ICT
Skor Min Tahap Interpretasi
1.00 - 2.33 Rendah Kurang mendapat latihan dari PKG mengenai
penggunaan bahan-bahan teknologi dalam PdP.
2.34 - 3.66 Sederhana Kadang-kadang mendapat latihan dari PKG mengenai
penggunaan bahan-bahan teknologi dalam PdP.
3.67 – 5.00 Tinggi Selalu mendapat latihan dari PKG mengenai
penggunaan bahan-bahan teknologi dalam PdP.
Diadaptasi dari Sekaran, 1992

e) Tahap kemahiran ICT

Soal selidik kemahiran ICT terdiri dari 14 item yang berbentuk skala likert lima mata.

Setiap aspek diukur dengan menunjukkan tahap persetujuan skala likert iaitu 1=

sangat tidak mahir, 2= tidak mahir, 3= tidak pasti, 4= mahir dan 5= sangat mahir.

Bagi menjawab persoalan lima iaitu tahap kemahiran ICT guru terhadap

pengintegrasian ICT, maka interpretasi skor min bagi melihat tahap digunakan. Jadual

3.10 menghuraikan interpretasi skor min bagi melihat tahap kemahiran ICT terhadap

pengintegrasian ICT.

Jadual 3.10 Interpretasi skor min dan tahap kemahiran ICT

Skor Min Tahap Interpretasi


1.00 - 2.33 Rendah Kurang mahir dalam mengakses bahan/sumber untuk
PdP dalam kelas.
2.34 - 3.66 Sederhana Mahir dalam akses bahan/sumber untuk PdP dalam
kelas.
3.67 – 5.00 Tinggi Sangat berkemahiran dalam mengakses bahan/sumber
untuk PdP dalam kelas.
Diadaptasi dari Sekaran, 1992
92

f) Tahap sumber ICT

Soal selidik sumber ICT terdiri dari 14 item yang berbentuk skala likert lima mata.

Setiap aspek diukur dengan menunjukkan tahap persetujuan skala likert iaitu 1=

sangat tidak setuju, 2= tidak setuju, 3= tidak pasti, 4= setuju dan 5= sangat setuju.

Bagi menjawab persoalan enam iaitu tahap sumber ICT guru terhadap pengintegrasian

ICT, maka interpretasi skor min bagi melihat tahap digunakan. Jadual 3.11

menghuraikan interpretasi skor min bagi melihat tahap sumber ICT terhadap

pengintegrasian ICT.

Jadual 3.11 Interpretasi skor min dan tahap sumber ICT guru
Skor Min Tahap Interpretasi
1.00 - 2.33 Rendah Kurang berkeinginan untuk mendapatkan sumber dari
laman web semasa PdP.
2.34 - 3.66 Sederhana Bersedia mendapatkan sumber dari lawan web semasa
PdP.
3.67 – 5.00 Tinggi Mempunyai keinginan yang tinggi untuk mendapatkan
sumber dari laman web semasa PdP.
Diadaptasi dari Sekaran, 1992

g) Tahap sokongan pentadbir

Soal selidik mengenai sokongan pentadbir ini terdiri dari 10 item yang mana item-

item ini digunakan bagi melihat sokongan pentadbir dalam mengintegrasikan ICT di

sekolah. Bagi menjawab persoalan tujuh iaitu tahap sokongan pentadbir terhadap

pengintegrasian ICT, maka interpretasi skor min bagi melihat tahap digunakan. Jadual

3.12 menghuraikan interpretasi skor min bagi melihat tahap sokongan pentadbir

terhadap pengintegrasian ICT.


93

Jadual 3.12 Interpretasi skor min dan tahap sokongan pentadbir

Skor Min Tahap Interpretasi


1.00 - 2.33 Rendah Kurang memberikan perhatian kepada perkembangan
ICT di sekolah.
2.34 - 3.66 Sederhana Memberikan perhatian kepada perkembangan ICT di
sekolah.
3.67 – 5.00 Tinggi Sangat memberikan perhatian kepada perkembangan
ICT di sekolah.
Diadaptasi dari Sekaran, 1992

h) Tahap kebimbangan guru dalam pengintegrasian ICT

Soal selidik mengenai tahap kebimbangan guru dalam pengintegrasian ICT ini terdiri

dari 11 item yang mana item-item ini digunaan bagi melihat kebimbangan guru dalam

mengintegrasikan ICT di sekolah. Bagi menjawab persoalan lapan iaitu tahap

kebimbangan guru terhadap pengintegrasian ICT, maka interpretasi skor min bagi

melihat tahap digunakan. Jadual 3.13 menghuraikan interpretasi skor min bagi melihat

tahap kebimbangan guru terhadap pengintegrasian ICT.

Jadual 3.13 Interpretasi skor min dan tahap kebimbangan guru dalam pengintegrasian
ICT
Skor Min Tahap Interpretasi
1.00 - 2.33 Rendah Kurang yakin mengintegrasikan ICT dalam PdP.
2.34 - 3.66 Sederhana Yakin mengintegrasikan ICT dalam PdP.
3.67 – 5.00 Tinggi Berkeyakinan tinggi untuk mengintegrasikan ICT dalam
PdP.
Diadaptasi dari Sekaran, 1992
94

i) Tahap penggunaan ICT

Soal selidik penggunaan ICT terdiri dari 36 item berbentuk skala likert lima mata.

Soal selidik ini mengandungi empat aspek yang ingin dikaji iaitu persediaan

mengajar, penyediaan bahan, semasa mengajar dan komunikasi. Setiap aspek diukur

dengan menunjukkan tahap persetujuan skala likert iaitu 1=tidak pernah, 2= jarang-

jarang, 3= kadang-kadang, 4= kerap dan 5= sangat kerap. Bagi menjawab persoalan

sembilan iaitu tahap penggunaan ICT terhadap pengintegrasian ICT, maka interpretasi

skor min bagi melihat tahap digunakan. Jadual 3.14 menghuraikan interpretasi skor

min bagi melihat tahap penggunaan ICT terhadap pengintegrasian ICT.

Jadual 3.14 Interpretasi skor min dan tahap penggunaan ICT


Skor Min Tahap Interpretasi
1.00 - 2.33 Rendah Kurang menggunakan ICT dalam merancang PdP (tidak
pernah).
2.34 - 3.66 Sederhana Kadang-kadang menggunakan ICT dalam merancang
PdP (3 hingga 4 kali sebulan).
3.67 – 5.00 Tinggi Selalu menggunakan ICT dalam merancang PdP
(hampir setiap kali pengajaran).

Diadaptasi dari Sekaran, 1992

3.7.2 Analisis Statistik Inferensi

Analisis inferensi digunakan untuk melihat hubungan antara variable serta

menghuraikan maklumat dan ciri-ciri sampel yang dipilih dari populasi kajian.

Disamping itu, generalisasi sampel mengenai populasi kajian dapat dilihat melalui

dapatan kajian (Mohd. Majid 2009). Dalam kajian ini, penyelidik akan menggunakan
95

analisis korelasi dan regrasi untuk menjawab persoalan kajian perspektif umum guru,

(b) matlamat integrasi ICT, (c) motivasi guru, (d) latihan pengintegrasian ICT, (e)

kemahiran ICT, (f) sumber ICT, (g) sokongan pentadbir, (h) kebimbangan guru dalam

pengintegrasian ICT dengan amalan penggunaan ICT dalam PdP.

a) Analisis korelasi

Bagi melihat hubungkait antara dua pemboleh ubah, maka analisis kolerasi

digunakan. Penyelidik telah menggunakan pekali korelasi Pearson. Korelasi Person

merupakan satu ukuran korelasi yang digunakan untuk mengukur kekuatan dan arah

hubungan linier dari dua veriabel. Dua variabel dikatakan berkorelasi apabila

perubahan salah satu variabel disertai dengan perubahan variabel lainnya, baik dalam

arah yang sama ataupun arah yang sebaliknya (Chua 2009).

Pekali korelasi Pearson digunakan untuk menentukan hubungan kesediaan

integrasi ICT di kalangan guru dari aspek (a) perspektif umum guru, (b) matlamat

integrasi ICT, (c) motivasi guru, (d) latihan pengintegrasian ICT (e) kemahiran ICT,

(f) sumber ICT, (g) sokongan pentadbir, (h) kebimbangan guru dalam pengintegrasian

ICT dengan amalan penggunaan ICT dalam PdP.

Sebelum penyelidik memulakan analisis korelasi Pearson, beberapa prosedur

yang perlu diambil kira iaitu ujian normality, linearity dan homoscedasticity. Dalam

kajian ini, penyelidik membuat normality melalui ujian skewness dan kurtosis untuk

memastikan data adalah normal. Ujian ini dilaksanakan bagi menentukan data

dikumpulkan adalah hampir atau normal pengagihannya. Ujian normality ini


96

merupakan prasyarat untuk banyak teknik statistikal. Teknik yang boleh digunakan

untuk mengandaikan normality data yang dikumpulkan seperti histogram, stem-and-

leaf plot, boxplot, normal probability plot dan detrended normal plot (Sekaran, 2003).

Bagi ujian linearity pula, penyelidik menggunakan simple regression analyses

dan memeriksa semua konstrak pemboleh ubah bebas dengan konstrak pemboleh

ubah bersandar. Partial regression plots mencadangkan linear relationships antara

konstrak. Ujian Linearity boleh dilakukan dengan melihat Normal P-P Plot kepada

Regression Standardizes Residual tersebut dengan harapan data akan berada di atas

satu garisan lurus diagonal dari bawah kiri ke atas kanan.

Homoscedasticity merujuk kepada assumption di mana bukti pemboleh ubah

mempunyai tahap yang sama variances di sepanjang jarak pemboleh ubah bebas.

Ujian homoscedasticity menggunapakai Scatterplot untuk memeriksa sebarang

violation kepada andaian (assumption) homoscedasticity. Pemeriksaan dengan

Scatterplot memberi idea yang sangat baik bagi mengetahui perhubungan semula jadi

antara pemboleh ubah. Berpandukan Scatterplot ini, penyelidik mengetahui hubungan

antara pemboleh ubah-pemboleh ubah yang didapati positif.

Nilai pekali korelasi (r) adalah untuk mengukur kekuatan hubungan antara dua

pemboleh ubah. Nilai r berada antara julat +1.00 dan -1.00. Korelasi positif iaitu yang

bertanda (+) akan mewakili perhubungan iaitu semakin meningkat nilai X, maka

semakin tinggi nilai Y. Manakala korelasi negatif pula bertanda (-) akan mewakili

perhubungan iaitu semakin tinggi nilai X, maka nilai Y semakin rendah (Chua, 2006).

Jadual 3.15 menunjukkan skala pekali korelasi yang digunakan.


97

Jadual 3.15 Skala pekali korelasi yang digunakan

Nilai Pekali Korelasi Kekuatan Korelasi

.10 hingga .29 atau -.10 hingga-.29 Hubungan positif atau negatif lemah.

.30 hingga .49 atau -.30 hingga.49 Hubungan positif atau negatif sederhana teguh.

.50 hingga 1.0 atau -.50 hingga-1.0 Hubungan positif atau negatif teguh.

Diadaptasi dari Cohen, 1988

b) Analisis regrasi berganda

Bagi menentukan jumlah faktor yang menyumbang kepada amalan pengintegrasian

ICT guru maka analisis regrasi berganda digunakan. Regrasi berganda merupakan

satu kaedah statistik yang diguna pakai bagi mengukur adakah terdapat hubungan

antara lebih dari satu pemboleh ubah bebas terhadap pemboleh ubah terikat. Analisis

regresi berganda yang mampu menjelaskan hubungan antara variabel bersandar

dengan lebih dari satu variabel tidak bersandar. Sebelum penyelidik menjalankan

analisis regresi berganda, beberapa prosedur yang perlu diambil kira termasuk taburan

normal, kewujudan multicollinearity dan signgularity.

Untuk memastikan hasil dapatan soal selidik adalah normal dan linear,

penyelidik merujuk kepada graf residual scatter plot atau boxplot yang terdapat dalam

program SPSS. Selain itu, penyelidik boleh mengesan kewujudan multikolinearan

dangan melihat hubungan atau korelasi diantara pemboleh ubah bebas dengan

pemboleh ubah lain. Multikolinearan wujud jika nilai korelasi tinggi iaitu 0.9

(Tabachnick & Fidell 2001). Selain itu, nilai tolerance yang terdapat pada output

regresi juga boleh digunakan untuk mengenalpasti Multikolineran. Nilai peramal 0


98

menunjukkan wujudnya hubungan yang lengkap. Index 2 variance inflation faktor

(VIP) juga boleh dirujuk selain nilai tolerance. VIP juga menunjukkan hubungan

rapat dan korelasi 1 serta menunjukkan korelsi rendah. Apabila terdapat masalah

kolinearan antara pemboleh ubah bebas, secara tidak langsung ianya akan

memengaruhi nilai koeresion R2. Maka salah satu pemboleh ubah boleh dibuang

kerana mempunyai matlamat yang sama. Pengguguran salah satu pemboleh ubah

tersebut akan menghasilkan maklumat yang masih sama tetapi dapat mengurangkan

jumlah ralat yang berkaitan.

Dalam kajian ini, model analisis regresi berganda akan digunakan untuk

melihat sumbangan pemboleh ubah-pembolah ubah yang dikaji iaitu perspektif umum

guru, matlamat integrasi ICT, motivasi guru, latihan pengintegrasian ICT, kemahiran

ICT, sumber ICT, sokongan pentadbir dan kebimbangan guru dalam pengintegrasian

ICT terhadap amalan penggunaan ICT dalam PdP guru sekolah rendah di Terengganu.
99

3.8 Kesimpulan

Bab ini membincangkan tentang metodologi kajian secara keseluruhan berkaitan

kajian yang dijalankan meliputi reka bentuk kajian, populasi dan sampel kajian,

instrumen kajian, kesahan muka dan kesahan kandungan, kajian rintis, kesahan dan

kebolehpercayaan instrumen, prosedur kajian, serta tatacara penganalisian data.

Instrumen kajian telah diadaptasi dan diubahsuai dari beberapa kajian-kajian lepas

bagi disesuaikan dengan persekitaran pendidikan di Malaysia. Kaedah yang

digunakan dalam kajian ini ialah melalui kaedah tinjauan. Responden terdiri dari 370

orang guru dari 23 buah sekolah rendah di negeri Terengganu yang telah dipilih

secara rawak mudah.

You might also like