You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN LUBOK MERBAU

06710 PENDANG
KEDAH DARUL AMAN.
TEL: 04- 7520082
FAX: 04-7522652

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA BUKA PETI SEBUT HARGA KANTIN 2020

Tarikh : 5 Oktober 2020


Hari : Isnin
Masa : 12:15 tengah hari
Tempat : Bilik Mesyuarat
Kehadiran : 1. Pn. Azizah binti Nik Ishak ( Penolong Kanan Pentadbiran )
2. Pn. Noor Hafizah bini Hashim
3. Pn. Rashida Ibrahim
4. Pn. Zuraina Ahmad
5. Pn. Raziah Bahadun
6. En Mohd Marbawi Hussain

(i) Ucapan Pengerusi

(a) Mesyuarat Jawatankuasa Buka Peti Sebut Harga Kantin Sesi 2020 telah
dipengerusikan oleh Pn. Azizah binti Nik Ishak
(b) Beliau mengalu-alukan kehadiran semua AJK yang dilantik.
(c) Beliau menerangkan tujuan diadakan mesyuarat untuk membuka peti sebut
harga kantin yang baru bagi sesi 2020.
(d) Beliau juga menerangkan tatacara membuka peti sebut harga tersebut.

( Tindakan: makluman)

(ii) Membuka Peti Sebut Harga

(a) Pn. Azizah binti Nik Ishak yang dibantu oleh Pn. Noor Hafizah Hashim
menyemak semua borang sebut harga kantin sesi 2020 dan menyusun
mengikut kedudukan sewa yang tertinggi.

( Tindakan: Setiausaha sebut harga kantin


2020)

(iii) Merekod Maklumat Sebut Harga

(a) Pn. Azizah binti Nik Ishak dibantu oleh Pn. Rashida binti Ibrahim membuka
sampul sebut harga dan mencatat dalam Borang Kenyataan Sebut Harga
Kantin Sekolah.

(b) Terdapat tujuh pengusaha yang menyertai sebut harga seperti nama berikut:
: Saiful Hizzam bin Awang Suid
: Zuraida binti Yaacop
: Zanariah binti Jamaludin
: Sarimah binti Omar
: Mohamed Redzuan bin Hj Hamid
: Zulkifli bn Abd Rahman
: Safee bin Hanafi

( Tindakan: Setiausaha sebut harga kantin


2020)

(iv) Rumusan Dan Hal Lain

(a) Pn. Azizah binti Nik Ishak mengucapkan terima kasih kepada semua AJK
yang hadir dan memberi kerjasama.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.30 petang.

You might also like