You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN PERMATANG DAMAR LAUT

Jalan Batu Maung,


11960 Bayan Lepas,
PULAU PINANG.
No. Tel : 04-626 1531
No. Faks : 04-626 1531
E-mel : pba3005@jpnpp.edu.my

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN SPBT


BIL : 1 / 2020

Tarikh : 30 Disember 2019 (ISNIN)


Masa : 9.00 pagi
Tempat : Makmal Komputer SKPDL
Pengerusi : Pn. Shantheni a/p Rasasingam (Penyelaras SPBT)

Agenda Mesyuarat
1. Ucapan Aluan Pengerusi
2. Ucapan PK HEM
3. Pengesahan Minit Mesyuarat
4. Perkara Berbangkit
5. Pelantikan AJK SPBT 2020
6. Keberhasilan Unit SPBT
7. Takwim Unit SPBT 2020
8. Perancangan Tahunan 2020
9. Hal-hal Lain

Agenda 1: Ucapan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru dan mengucapkan terima


kasih.

1.2 Pengerusi memaklumkan terdapat beberapa program baharu yang akan


dibincangkan bagi menambah aktiviti Unit SPBT.

1.3 Pengerusi memaklumkan Bagi pertukaran dalam negeri, pelajar dibenarkan


membawa bersama-sama buku teks.

Agenda 2: Ucapan Penasihat (PK HEM)


2.1 Berharap semua guru kelas memastikan semua murid mendapat buku teks
agar pembelajaran murid tidak terganggu.

2.2 Mengingatkan menjaga buku teks sepanjang tahun.

2.3 Meminta setiausaha mewujudkan carta organisasi SPBT di bilik BOSS.


Agenda 3: Pengesahan Minit Mesyuarat
3.1 Minit mesyuarat yang lalu disahkan oleh Pn. Suzana dan disokong oleh
Pn. Mastura

Agenda 4: Perkara Berbangkit

4.1 Buku teks murid yang telah dihilangkan, diganti oleh ibu bapa masing-masing
sama ada berbentuk buku baharu mahupun wang tunai.

Agenda 5: Pelantikan AJK 2020

5.1 Pelantikan AJK Unit SPBT bagi tahun 2020 adalah seperti yang terdapat
pada lampiran (Lampiran 1)

Agenda 6: Keberhasilan Unit SPBT

6.1 Penyelaras SPBT dapat menguruskan dan mengendalikan 100%


Pengendalian buku teks, stok dan sistem fail SPBT sekolah.

6.2 Penyelaras SPBT dapat mengendalikan sekurang-kurangnya 95%


pembekalan Buku teks pada hujung tahun dan awal tahun kepada murid dan
penerimaan buku teks pada hujung tahun daripada murid.

6.3 Penyelaras SPBT dapat menyelesaikan 100% masalah buku teks yang hilang
dengan menerima bayaran ganti ataupun berupa buku teks baharu daripada
murid.

6.4 Melaksanakan penjagaan buku teks dan melupuskan buku teks mengikut
tempoh ditetapkan.

Agenda 7: Peraturan Skim Pinjaman Buku Teks

7.1 Semua murid yang layak berhak untuk mendapatkan buku teks dan perlu
bertanggungjawab menjaga buku teks tersebut sepanjang tahun.

7.2 Murid yang menghilangkan buku teks perlu menggantikan buku teks tersebut
dengan wang tunai berjumlah yang sama dengan jenis buku teks yang hilang.
Surat akan dikeluarkan kepada ibu bapa untuk menggantikan buku teks
tersebut.

Agenda 8: Buku Teks Untuk Guru


8.1 Buku teks untuk kegunaan guru bagi tahun 1 hingga 6 telah dibekalkan oleh
pihak DBP. Jika ada mana-mana guru yang ingin menggunakan buku teks,
boleh menulis nama dan jenis buku yang dipinjam dalam buku pinjaman guru.

Agenda 9: Takwim Unit SPBT 2020


9.1 Takwim Unit SPBT 2020 adalah seperti pada lampiran. ( Lampiran 2)

9.2 Pengerusi mencadangkan “Kempen Membaca Buku Teks”. Kempen ini akan
berjalan selama seminggu dan murid-murid akan membawa dan membaca
buku teks pada waktu persekolahan termasuklah pada waktu rehat. Tarikh
kempen akan ditetapkan kemudian.

9.3 Pengerusi juga mengesyorkan untuk diadakan sudut aktiviti Unit SPBT di
dalam BOSS bagi mewarwarkan kepada warga sekolah tentang aktiviti-aktiviti
yang telah dijalankan. Laporan aktiviti bagi sudut ini hendaklah dibuat secara
laporan bergambar.

9.4 Program “Cintailah Buku Teks Kita” seperti tercatat pada takwim akan
dijalankan bagi memupuk rasa tanggungjawab murid-murid keopada buku
teks yang ada pada mereka.

9.5 Pemantauan atau ‘Spot Check’ akan dilaksanakan sebanyak 4 kali tahun ini.
Setiausaha SPBT memaklumkan tentang kriteria yang akan diambil kira
dalam pemantauan: Membalut buku teks, tiada sebarang contengan,
menampal bahagian koyak dan menulis nama dan kelas pada buku dan
membawa buku mengikut jadual.

Agenda 10: Hal-hal Lain

10.1 Tiada

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.30 pagi.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………………… …………………………
(SITI AISHAH BINTI ISMAIL) (SHANTHENI A/P RASASINGAM)
Setiausaha SPBT Penyelaras SPBT

You might also like