You are on page 1of 28

GARIS PANDUAN DAN SYARAT-SYARAT

PERTANDINGAN CREATIVE STICKER@WASticker

1. MAKLUMAT PERTANDINGAN

1.1. Tema Pertandingan adalah “Kemakmuran Dan Kesejahteraan Bersama-


sama Bermula Dari Alam Persekolahan”.
1.2. Pertandingan Creative Sticker@WASticker Peringkat Kebangsaan Tahun 2020
bertujuan mencungkil bakat dan kreativiti dalam menyampaikan mesej
kesedaran dan pengajaran dalam kalangan murid supaya mengamalkan gaya
hidup sihat dengan berpandukan tema yang telah diberikan.
1.3. Pertandingan ini terbuka kepada murid sekolah menengah, warganegara
Malaysia di bawah pentadbiran Kementerian Pendidikan Malaysia
1.4. Pertandingan ini bermula pada 13 Julai 2020 sehingga 16 Ogos 2020.
1.5. Penyertaan adalah PERCUMA.
1.6. Penyertaan pertandingan terbuka kepada semua murid warganegara Malaysia,
sekolah menengah di bawah pentadbiran Kementerian Pendidikan Malaysia
1.7. Semua penyertaan perlu diemelkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri masing-
masing

2. SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

2.1 Setiap penyertaan perlu berdasarkan tajuk seperti berikut :

a. Bebas Rokok
b. Benci Dadah, Alkohol, Rokok, Inhalan dan HIV (DARIH)
c. Keluarga Bahagia
d. Gaya Hidup Sihat

2.2 Penyertaan terbuka kepada satu kategori sahaja :


a. Sekolah menengah : Tingkatan 1 -5

2.3 Penyertaan adalah secara individu


2.4 Peserta dibenarkan menghantar lebih daripada satu penyertaan tetapi hanya
satu penyertaan sahaja yang akan dikira sebagai pemenang dan layak untuk
memenangi hadiah pertandingan.
2.5 Penyertaan sticker@WASticker hendaklah di hantar dalam format GIF atau
JPEG.
2.6 Menyalurkan idea secara positif, kreatif dan bernas.
2.7 Karya yang dihasilkan mengambarkan kreativiti peserta, mempunyai nilai-nilai
murni dan tidak boleh mengandungi unsur-unsur yang menyentuh sensitiviti
perkauman, kebudayaan, keagamaan, politik dan pemimpin.
2.8 Setiap penyertaan mestilah merupakan kerja asal/asli.
2.9 Semua penyertaan tidak boleh dimuat naik ke mana-mana portal sebelum
mendapat kebenaran penganjur.

2
2.10 Setiap hasil karya juga mestilah tidak pernah menyertai mana-mana
pertandingan Creative Sticker @WASticker
2.11 Penyertaan akan dibatalkan sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan
tidak asli/diciplak.
2.12 Sebarang pelanggaran syarat-syarat di atas akan membatalkan penyertaan.
.
3. KEPUTUSAN PERTANDINGAN

3.1 Keputusan panel juri hakim adalah muktamad. Sebarang rayuan dan bantahan
tidak akan dipertimbangkan
3.2 Semua hasil pertandingan adalah hak milik penganjur
3.3 Pemarkahan aspek yang akan dinilai berdasarkan kriteria kreativiti, keunikan,
keaslian dan mesej yang jelas dan lain-lain.

3
GARIS PANDUAN DAN SYARAT-SYARAT
PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK

1. MAKLUMAT PERTANDINGAN

1.1. Tema Pertandingan adalah “Kemakmuran Dan Kesejahteraan Bersama-


sama Bermula Dari Alam Persekolahan”.
1.2. Pertandingan deklamasi sajak bertujuan mencungkil bakat dan kreativiti dalam
menyampaikan mesej kesedaran dan pengajaran dalam kalangan murid
supaya mengamalkan gaya hidup sihat dengan berpandukan tema yang telah
diberikan.
1.3. Pertandingan ini terbuka kepada murid sekolah rendah dan sekolah menengah
warganegara Malaysia di bawah pentadbiran Kementerian Pendidikan
Malaysia
1.4. Pertandingan ini bermula pada 13 Julai 2020 sehingga 16 Ogos 2020.
1.5. Penyertaan adalah PERCUMA.
1.6. Peserta dibenarkan mencipta sajak sendiri berdasarkan tema dan hasil karya
mestilah dalam Bahasa Melayu serta sesuai untuk bacaan umum
1.7. Semua penyertaan video berserta teks sajak perlu diemelkan kepada Jabatan
Pendidikan Negeri masing-masing

2. SYARAT- SYARAT PERTANDINGAN

2.1. Penyertaan terbuka kepada tiga kategori iaitu :

a. Kategori Sekolah Rendah (Tahun 4, 5 dan 6)


b. Kategori Menengah Rendah (Tingkatan 1, 2 dan 3)
c. Kategori Menengah Atas (Tingkatan 4, 5 dan 6)

2.2 Penyertaan adalah secara individu.


2.3 Pihak sekolah perlu melantik sekurang-kurang seorang guru pembimbing
kepada peserta/wakil sekolah supaya dapat dapat membimbing dan
mematuhi syarat yang ditentukan.
2.4 Peserta boleh mencipta sajak sendiri untuk dideklamasi atau mendeklamasikan
sajak ciptaan orang lain yang bersesuaian dengan tema.
2.5 Panjang sajak hendaklah antara 20 hingga 30 baris bagi sekolah rendah dan 30
hingga 40 baris bagi sekolah menengah. Setiap baris tidak kurang daripada 3
patah perkataan. Pencipta bebas menentukan jumlah perkataan dalam satu
baris tetapi baris yang kurang daripada 3 patah perkataan tidak dikira sebagai
sebaris
2.6 Karya yang dihasilkan atau dipilih perlulah memaparkan nilai-nilai murni,
kesedaran sivik, jati diri dan semangat patriotik yang boleh dicontohi.
2.7 Karya yang dihasilkan atau dipilih tidak boleh mengandungi unsur-unsur yang
menyentuh sensitiviti perkauman, kebudayaan, keagamaan, politik dan
pemimpin bagi mana-mana pihak.
4
2.8 Pendeklamator sajak tidak boleh menggunakan rakaman video yang
digabungkan. Rakaman mestilah secara berterusan
2.9 Setiap peserta boleh menghantar hanya satu video penyertaan sahaja.
2.10 Pihak sekolah boleh menghantar penyertaan seberapa banyak. Tiada had yang
ditentukan.
2.11 Penganjur berhak menolak sebarang penyertaan mana-mana peserta yang tidak
mematuhi syarat-syarat pertandingan serta terlibat dalam aktiviti kurang sihat.
2.12 Sebarang pelanggaran syarat-syarat di atas akan membatalkan penyertaan

3. KEPUTUSAN PERTANDINGAN

3.1 Keputusan panel juri hakim adalah muktamad. Sebarang rayuan dan bantahan
tidak akan dipertimbangkan
3.2 Semua hasil pertandingan adalah hak milik penganjur

4. PANDUAN PEMARKAHAN

4.1 Pemarkahan Aspek yang akan dinilai ke atas setiap peserta merangkumi aspek
Teknik, Gaya, Nada / Suara dan Kreativiti dan lain-lain.
4.2 Perincian setiap aspek yang dinilai adalah seperti berikut :-

4.2.1 TEKNIK

a) Teknik ialah gerakan kreatif deklamator. Gerakan ini mungkin sedikit


sahaja tetapi ketara.
b) Penilai terhadap aspek teknik tertumpu kepada keberkesanan gerakan
kreatif ini.

c) Sebagai contohnya, ada pendeklamator yang melangkah setapak ke


hadapan, kemudian berundur setapak juga pada tempat yang sesuai.
Terdapat pula pendeklamator yang bermula dengan duduk dan
kemudian bangun. Gerakan gerakan begini, jika sesuai (khususnya
bersesuaian dengan sajak yang dideklamasikan), membantu
menjadikan persembahan berkesan.

4.2.2 GAYA

a) Gaya berkait rapat dengan keyakinan deklamator. Terdapat tiga alasan


yang menjadikan deklamator kurang bergaya. Yang pertama,
deklamator itu memang tidak cukup berani berhadapan dengan
khalayak. Kedua, walaupun dia berani berhadapan dengan khalayak,
namun dia tidak tahu tentang seni pentas dan ketiga, tingkat hafalannya
tidak cukup. Ini membawa kepada deklamasi yang tidak menyakinkan.
b) Gaya termasuklah olahan/bahasa tubuh (body language), gerak tangan
dan sebagainya yang bersesuaian dengan sajak yang dideklamasikan.

5
c) Mimik muka juga adalah gaya. Mimik muka hendaklah sesuai dengan
tema dan isi sajak yang dideklamasikan.

4.2.3 NADA

a) Nada yang dimaksudkan ialah nada yang ada dalam sajak. Terdapat
beberapa nada yang popular seperti patriotik, marah, sinis, sedih,
romantis dan sebagainya.
b) Setelah nada sajak dikenali dengan betul, pengucapannya pula perlu
digandingkan dengan intonasi yang tepat iaitu turun naik dan tinggi
rendah suara untuk dipadankan dengan maksud sajak. Jeda (tempat
berhenti) juga perlu difahami betul-betul oleh pendeklamator untuk
menjelaskan lagi maksud sajak.

4.2.4 SUARA

a) Suara adalah pemberian Tuhan yang sukar diubah. Walaupun


demikian deklamator yang bersemangat tinggi akan berusaha
menerbitkan suara yang sesuai dengan sajak dapat dipaparkan
melalui permainan kualiti suara. Deklamator hendaklah sedar bahawa
suara boleh direndahkan, disederhanakan dan ditinggikan pada
tempat-tempat yang sesuai.
b) Penerbitan suara yang terasa dibuat-buat akan menyebabkan
deklamasi kurang bermutu.

GARIS PANDUAN DAN SYARAT-SYARAT

6
PERTANDINGAN KUIZ CEPAT TEPAT ANTI DADAH

1. MAKLUMAT PERTANDINGAN

1.1. Pertandingan Kuiz Cepat Tepat Anti Dadah bertujuan menguji pengetahuan,
kefahaman sedia ada murid tentang pendidikan pencegahan Dadah, Alkohol,
Rokok, Inhalan dan HIV (DARIH). Ia juga bertujuan menyebarkan mesej
kesedaran dan pengajaran dalam kalangan murid kepentingan gaya hidup
sihat serta memberi inspirasi ke arah pembangunan sahsiah murid.
1.2. Pertandingan ini bermula pada 1 Ogos sehingga 31 Ogos 2020.
1.3. Penyertaan pertandingan terbuka kepada semua murid warganegara Malaysia,
sekolah rendah dan sekolah menengah di bawah pentadbiran Kementerian
Pendidikan Malaysia
1.4. Penyertaan adalah secara INDIVIDU
1.5. Penyertaan adalah PERCUMA
1.6. Pelaksanaan dan pengurusan adalah diperingkat Jabatan Pendidikan Negeri
masing-masing

2. SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

2.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid sekolah KPM yang berumur 10
tahun hingga 17 tahun.
2.2 Kategori yang dipertandingkan adalah dua kategori iaitu :-

a) sekolah rendah tahap 2 ( tahun 4 hingga 6)


b) sekolah menengah ( tingkatan 1 – 17 tahun)
.
2.3 Setiap murid hanya boleh menyertai SEKALI sahaja kuiz.

3 . ISI KANDUNGAN KUIZ

3.1 Peserta hanya menjawab 40 soalan aneka pilihan yang telah disediakan.
3.2 Peserta perlu menjawab di rumah kediaman/sekolah masing-masing
3.3 Peserta perlu menjawab tanpa bantuan ibu-bapa/penjaga/guru/rakan
3.4 Pemenang dikira berdasarkan catatan masa yang cepat dan tepat.
3.5 Sebarang pelanggaran syarat-syarat di atas akan membatalkan penyertaan

4. KEPUTUSAN PERTANDINGAN
4.1 Keputusan panel juri hakim adalah muktamad. Sebarang rayuan dan bantahan
tidak akan dipertimbangkan

7
GARIS PANDUAN DAN SYARAT-SYARAT
PERTANDINGAN MENCIPTA LIRIK DAN LAGU (BUSKING ATAU BAND)

1. MAKLUMAT PERTANDINGAN

1.1. Tema Pertandingan adalah “Kemakmuran Dan Kesejahteraan Bersama- sama


Bermula Dari Alam Persekolahan”.
1.2. Pertandingan mencipta lirik dan lagu ( Busking / Band ) bertujuan mencungkil bakat
dan kreativiti dalam menyampaikan mesej kesedaran dan pengajaran dalam
kalangan murid supaya mengamalkan gaya hidup sihat dengan berpandukan tema
yang telah diberikan.
1.3. Pertandingan ini terbuka kepada murid sekolah menengah di KAWASAN RINTIS
sahaja, warganegara Malaysia di bawah pentadbiran Kementerian Pendidikan
Malaysia
1.4. Pertandingan ini bermula pada 13 Julai 2020 sehingga 13 September 2020.
1.5. Penyertaan adalah PERCUMA.
1.6. Semua penyertaan video dan lirik lagu perlu diemelkan kepada Jabatan Pendidikan
Negeri masing-masing

2 SYARAT- SYARAT PERTANDINGAN

2.1 Penyertaan mestilah asli dan belum pernah merakamkan persembahan / suara di
mana‐mana syarikat rakaman di dalam atau luar negara.
2.2 Bilangan peserta minima ialah tiga orang dan maksima ialah lima orang bagi setiap
kumpulan dan seorang guru pembimbing
2.3 Semua penyertaan tidak boleh dimuat naik ke mana-mana portal sebelum
mendapat kebenaran penganjur.
2.4 Setiap kumpulan hendaklah mempersembahkan 1 buah lagu sahaja.
2.5 Persembahan lagu hanya dalam Bahasa Melayu sahaja.
2.6 Masa setiap persembahan tidak melebihi 5 minit sahaja.
2.7 Setiap kumpulan hendaklah menyediakan alatan muzik mereka sendiri. Jenis dan
alat muzik terpulang kepada kreativiti peserta.
2.8 Kos penyediaan alatan muzik, pakaian, rakaman video dan kos pertandingan
keseluruhan adalah ditanggung sepenuhnya oleh peserta mengikut kemampuan.
2.9 Setiap peserta (murid) boleh menghantar hanya satu penyertaan.
2.10 Karya yang dihasilkan mestilah memaparkan nilai-nilai murni, kesedaran sivik, jati
diri dan semangat patriotik yang boleh dicontohi dan tidak boleh mengandungi
unsur-unsur yang menyentuh sensitiviti perkauman, kebudayaan, keagamaan,
politik dan pemimpin
2.11 Peserta hendaklah berpakaian sopan dan bersesuaian.
2.12 Penganjur berhak menolak sebarang penyertaan mana-mana peserta yang tidak
mematuhi syarat-syarat pertandingan serta terlibat dalam aktiviti kurang sihat.
2.13 Sebarang pelanggaran syarat-syarat di atas akan membatalkan penyertaan
2.14 Rakaman video perlu dilakukan pada lokasi yang bersesuaian

8
2.15 Lirik lagu yang dicipta perlu ada tajuk dan butiran makluman peserta seperti nama,
nombor kad pengenalan, tingkatan, nama sekolah.(boleh disertakan dalam
rakaman video)

3. KEPUTUSAN PERTANDINGAN

3.1 Keputusan panel juri hakim adalah muktamad. Sebarang rayuan dan bantahan tidak
akan dipertimbangkan
3.2 Semua hasil pertandingan adalah hak milik penganjur
3.3 Kriteria pemarkahan berdasarkan kepada penciptaan lirik dan lagu yang dihasilkan,
mutu suara / vokal, muzik, persembahan, keterampilan, kreativiti dan lain-lain.

9
GARIS PANDUAN DAN SYARAT – SYARAT
PERTANDINGAN REKA BENTUK T-SHIRT

1. MAKLUMAT PERTANDINGAN

1.1. Tema Pertandingan adalah “Kemakmuran Dan Kesejahteraan Bersama-


sama Bermula Dari Alam Persekolahan”.
1.2. Pertandingan Reka Bentuk T-shirt bertujuan mencungkil bakat dan kreativiti
dalam menyampaikan mesej kesedaran dan pengajaran dalam kalangan murid
supaya mengamalkan gaya hidup sihat dengan berpandukan tema yang telah
diberikan.
1.3. Pertandingan ini terbuka kepada murid sekolah menengah, kolej vokasional (KV)
dan kolej tingkatan 6.
1.4. Pertandingan ini bermula pada 13 Julai 2020 sehingga 16 Ogos 2020.
1.5. Penyertaan adalah PERCUMA.
1.6. Semua penyertaan perlu diemel kepada Jabatan Pendidikan Negeri masing-
masing

2. SYARAT- SYARAT PERTANDINGAN

2.1. Setiap hasil ciptaan mestilah asli.


2.2. Setiap penyertaan dilarang sama sekali menggambarkan / menggunakan unsur-
unsur negatif dan lucah seperti jarum suntikan, tengkorak, rokok dan tepung atau
seumpamanya yang menyerupai dadah. Hasil ciptaan juga tidak mengandungi
unsur atau elemen yang boleh dianggap sensitif dan boleh menyinggung
mana-mana pihak.
2.3. Peserta diwajibkan menggunakan kertas lukisan ( drawing block ) berukuran A3
(297mm x 420mm)
2.4. Peserta boleh menggunakan teknik/bahan yang bersesuaian dalam
menghasilkan rekaan pada T-shirt.
2.5. Penyertaan adalah secara individu dan setiap peserta boleh menghantar hanya
satu penyertaan.
2.6. Pihak sekolah perlu melantik sekurang-kurang seorang guru pembimbing
kepada peserta/wakil sekolah supaya dapat dapat membimbing dan
mematuhi syarat yang ditentukan.
2.7. Pihak sekolah boleh menghantar penyertaan seberapa banyak. Tiada had yang
ditentukan.
2.8. Peralatan dan bahan disediakan dan ditanggung sepenuhnya oleh peserta.
Pihak penganjur tidak menyediakan bahan dan peralatan.
2.9. Penganjur berhak menolak sebarang penyertaan mana-mana peserta yang tidak
mematuhi syarat-syarat pertandingan serta terlibat dalam aktiviti kurang sihat.
2.10. Sebarang pelanggaran syarat-syarat di atas akan membatalkan penyertaan

10
2.11. Corak reka bentuk yang dihasilkan perlu dibuat di bahagian hadapan dan
belakang T-shirt tetapi menggunakan kertas kertas lukisan ( drawing block )
berukuran A3 (297mm x 420mm)
2.12. Reka bentuk T-shirt perlu di hantar dalam bentuk format PDF atau JPEG dan
di emelkan ke Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing.

3. KEPUTUSAN PERTANDINGAN

3.1 Keputusan panel juri hakim adalah muktamad. Sebarang rayuan dan bantahan
tidak akan dipertimbangkan
3.2 Semua Reka Bentuk T-shirt yang dipertandingkan adalah hak milik penganjur
3.3 Pemarkahan Reka Bentuk T-Shirt merangkumi ketepatan tema, mesej, bahasa,
ilustrasi, kesesuaian warna, olahan dan lain-lain.

11
GARIS PANDUAN DAN SYARAT – SYARAT
PERTANDINGAN VIDEO KREATIF ANTI DADAH (V-KAD)

1. MAKLUMAT PERTANDINGAN

1.1. Tema Pertandingan adalah “Kemakmuran dan Kesejahteraan Bersama-Sama


Bermula Daripada Alam Persekolahan”
1.2. Pertandingan Video Kreatif Anti Dadah (V-KAD) bertujuan mencungkil bakat dan
kreativiti murid dalam menyampaikan mesej kesedaran dan pengajaran supaya
mengamalkan gaya hidup sihat dengan berpandukan tema yang telah diberikan.
1.3. Pertandingan ini bermula pada 13 Julai 2020 sehingga 13 September 2020
1.4. Penyertaan adalah PERCUMA
1.5. Penyertaan pertandingan terbuka kepada semua murid warganegara Malaysia,
sekolah rendah dan sekolah menengah di bawah pentadbiran Kementerian
Pendidikan Malaysia
1.6. Semua penyertaan video perlu diemelkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri
masing-masing

2. SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

2.1 Setiap penyertaan mestilah merupakan kerja asal/asli.


2.2 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid warganegara Malaysia yang
berumur 9 tahun hingga 17 tahun.
2.3 Kategori yang dipertandingkan adalah dua kategori iaitu :-

a) Murid sekolah rendah tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6)


b) Murid sekolah menengah (Tingkatan 1-5)

2.4 Pihak sekolah boleh boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan.
2.5 Penyertaan adalah secara berkumpulan di antara 3-5 orang peserta
dan seorang guru pembimbing.
2.6 Setiap produksi boleh melibatkan seberapa ramai pelakon (jika perlu)
2.7 Rakaman video perlu dilakukan pada lokasi yang bersesuaian. Latar belakang
sekolah dan pakaian sekolah adalah TIDAK DIBENARKAN.
2.8 Setiap penyertaan TIDAK DIBENARKAN sama sekali menggambarkan/
menggunakan unsur-unsur negatif dan lucah seperti jarum suntikan, tengkorak,
rokok dan bahan yang menyerupai dadah.
2.9 Kos penyediaan video adalah ditanggung sepenuhnya oleh peserta.

12
3. ISI KANDUNGAN VIDEO

3.1. Menyampaikan mesej pengajaran, pandangan, pemahaman idea positif dan


kreatif jelas serta menepati tema
3.2. Memaparkan nilai-nilai murni, kesedaran sivik, jati diri dan semangat patriotik yang
boleh dicontohi dan tidak boleh mengandungi unsur-unsur yang menyentuh
sensitiviti perkauman, kebudayaan, keagamaan, politik dan pemimpin
3.3. Tempoh klip video adalah tidak melebihi 3 minit. Tempoh ini termasuk montaj
dan penghargaan.
3.4. Bahasa pengantar untuk video adalah Bahasa Melayu
3.5. Semua penyertaan tidak boleh dimuat naik ke mana-mana portal sebelum
mendapat kebenaran penganjur.
3.6. Setiap hasil karya juga mestilah tidak pernah menyertai mana-mana pertandingan
video.
3.7. Penyertaan akan dibatalkan sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan
tidak asli/diciplak.
3.8. Pastikan semua muzik yang digunakan berstatus bebas royalti. Pihak penganjur
tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan akibat pelanggaran hasil hak
cipta.
3.9. Penyertaan akan dibatalkan sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan
tidak asli/diciplak.
3.10. Sebarang pelanggaran syarat-syarat di atas akan membatalkan penyertaan.

4. KEPUTUSAN PERTANDINGAN

4.1 Keputusan panel juri adalah muktamad. Sebarang rayuan dan bantahan tidak akan
dipertimbangkan.
4.2 Video yang diterima akan dinilai oleh panel profesional sebanyak 90% berdasarkan
isi kandungan, kreativiti, inovasi, audiovisual dan impak kepada penonton.
Manakala penilaian dan undian online melalui sosial media adalah sebanyak
10%.ditentukan oleh penganjur
4.3 Semua hasil pertandingan adalah hak milik penganjur

13
GARIS PANDUAN DAN SYARAT – SYARAT
PERTANDINGAN MENCIPTA LIRIK DAN LAGU (NYANYIAN SOLO)

1. MAKLUMAT PERTANDINGAN

1.1. Tema Pertandingan adalah “Kemakmuran Dan Kesejahteraan Bersama-


sama Bermula Dari Alam Persekolahan”.
1.2. Pertandingan mencipta lirik dan lagu ( nyanyian solo ) bertujuan mencungkil
bakat dan kreativiti dalam menyampaikan mesej kesedaran dan pengajaran
dalam kalangan murid supaya mengamalkan gaya hidup sihat dengan
berpandukan tema yang telah diberikan.
1.3. Pertandingan ini bermula pada 13 Julai 2020 sehingga 13 September 2020.
1.4. Penyertaan adalah PERCUMA.
1.5. Penyertaan pertandingan terbuka kepada semua murid sekolah menengah
warganegara Malaysia, di bawah pentadbiran Kementerian Pendidikan
Malaysia
1.6. Semua penyertaan video dan lirik lagu perlu diemelkan kepada Jabatan
Pendidikan Negeri masing-masing

2. SYARAT- SYARAT PERTANDINGAN

2.1. Pertandingan ini terbuka kepada sekolah menengah Tingkatan 1-Tingkatan


5 secara individu.
2.2. Pihak sekolah perlu melantik sekurang-kurang seorang guru pembimbing
kepada peserta/wakil sekolah supaya dapat dapat membimbing dan
mematuhi syarat yang ditentukan.
2.3 Peserta perlu mencipta lirik dan lagu berdasarkan tema yang diberi
2.4 Karya yang dihasikan mestilah asli dan belum pernah merakamkan
persembahan / suara dimana‐mana syarikat rakaman di dalam ataupun luar
negara
2.5 Setiap sekolah boleh menghantar seberapa banyak penyertaan tetapi seorang
peserta boleh menyampaikan sebuah lagu sahaja
2.6 Semua video rakaman penyertaan pertandingan akan menjadi hak milik
penganjur
2.7 Semua penyertaan tidak boleh dimuat naik ke mana-mana portal sebelum
mendapat kebenaran penganjur.
2.8 Kos penyediaan props, pakaian, rakaman video dan kos pertandingan
keseluruhan adalah ditanggung sepenuhnya oleh peserta mengikut
kemampuan
2.9 Penggunaan LCD, prop, latar belakang pentas, watak tambahan tidak akan
mempengaruhi markah.
2.10 Peserta hendaklah berpakaian sopan dan bersesuaian.
2.11 Lirik lagu yang dicipta perlu ada tajuk dan butiran makluman peserta seperti
nama, nombor kad pengenalan, tingkatan, nama sekolah.

14
2.12 Penganjur berhak menolak sebarang penyertaan mana-mana peserta yang
tidak mematuhi syarat-syarat pertandingan serta terlibat dalam aktiviti
kurang sihat.
2.13 Sebarang pelanggaran syarat-syarat di atas akan membatalkan penyertaan

3. KEPUTUSAN PERTANDINGAN

3.1 Keputusan panel juri hakim adalah muktamad. Sebarang rayuan dan bantahan
tidak akan dipertimbangkan
3.2 Semua hasil pertandingan adalah hak milik penganjur
3.3 Kriteria pemarkahan berdasarkan kepada lirik dan lagu yang menepati tema,
mutu suara/vokal, muzik, persembahan, sebutan, keterampilan, kreativiti,
penghayatan dan lain -lain.

15
GARIS PANDUAN DAN SYARAT -SYARAT
PERTANDINGAN PIDATO

1. MAKLUMAT PERTANDINGAN

1.1 Tema Pertandingan adalah “Kemakmuran Dan Kesejahteraan Bersama-


sama Bermula Dari Alam Persekolahan”.
1.2 Pertandingan pidato Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 bertujuan mencungkil
bakat dan kreativiti dalam menyampaikan mesej kesedaran dan pengajaran
dalam kalangan murid supaya mengamalkan gaya hidup sihat dengan
berpandukan tema yang telah diberikan.
1.3 Pertandingan ini tebuka kepada murid sekolah rendah dan sekolah menengah
secara individu
1.4 Pertandingan ini bermula pada 13 Julai 2020 sehingga 16 Ogos 2020.
1.5 Penyertaan adalah PERCUMA.
1.6 Persembahan pidato mestilah dalam Bahasa Melayu serta sesuai untuk
bacaan umum
1.7 Semua penyertaan video berserta teks pidato perlu dihantar melalui emel ke
Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing

2. SYARAT- SYARAT PERTANDINGAN

2.1 Penyertaan terbuka kepada tiga kategori iaitu :

a. Sekolah Rendah (Tahun 4, 5 dan 6)


b. Menengah Rendah (Tingkatan 1, 2 dan 3)
c. Menengah Atas (Tingkatan 4, 5 dan 6)

2.2 Peserta boleh mencipta sajak sendiri untuk dideklamasi atau


mendeklamasikan sajak ciptaan orang lain yang bersesuaian dengan tema.
2.3 Penyertaan adalah secara individu dan setiap peserta boleh
menghantar
hanya satu penyertaan sahaja.
2.4 Pihak sekolah perlu melantik sekurang-kurangnya seorang guru pembimbing
kepada peserta supaya dapat mematuhi syarat yang ditentukan.
2.5 Pihak sekolah boleh menghantar penyertaan seberapa banyak. Tiada had yang
ditentukan.

16
2.6 Peserta boleh memilih tajuk yang ditentukan oleh penganjur seperti berikut :

a) Remaja Berwawasan, Aspirasi Negara


b) Keluarga Bahagia Kemakmuran Bersama-sama
c) Pencegahan Bermula Dari Rumah
d) Bebas Dadah, Kita Bermaruah
e) Sekolah Bebas Dadah
f) Kasih Sayang Membawa Bahagia
g) Gaya Hidup Sihat, Masyarakat Sejahtera
h) Nilai Murni Penyuluh Hidup
i) Dadah Musuh Negara

2.7 Teks pidato mestilah bersesuaian seperti memaparkan nilai-nilai murni,


kesedaran sivik, jati diri dan semangat patriotik yang boleh dicontohi dan tidak
boleh mengandungi unsur-unsur yang menyentuh sensitiviti perkauman,
kebudayaan, keagamaan, politik dan pemimpin
2.8 Pemidato tidak dibenarkan menunjukkan aksi yang kurang sopan atau
mengucapkan perkataan yang kesat.
2.9 Pemidato tidak boleh menggunakan rakaman video yang digabungkan.
Rakaman mestilah berterusan.
2.10 Penganjur berhak menolak sebarang penyertaan mana-mana peserta yang
tidak mematuhi syarat-syarat pertandingan serta terlibat dalam aktiviti kurang
sihat.
2.11 Teks pidato perlu ada tajuk dan butiran makluman peserta seperti nama,
nombor kad pengenalan, tingkatan dan nama sekolah.
2.12 Sebarang pelanggaran syarat-syarat di atas akan membatalkan
penyertaanMasa yang diberikan bagi setiap peserta adalah seperti berikut:

a) Sekolah rendah : 2 minit


b) Sekolah menengah : 3 minit.

3. KEPUTUSAN PERTANDINGAN

3.1 Keputusan panel juri hakim adalah muktamad. Sebarang rayuan dan bantahan
tidak akan dipertimbangkan
3.2 Semua hasil pertandingan adalah hak milik penganjur
3.3 Pemarkahan aspek yang akan dinilai berdasarkan aspek isi, bahasa,
penyampaian dan persembahan, kreativiti dan lain-lain.

17
4. PANDUAN PEMARKAHAN

Perincian setiap aspek yang dinilai adalah seperti berikut :-

4.1 ISI

Pemidato akan diadili dari segi pengenalan, isi, penutup dan penyusunan ayat
serta rumusan. Pecahan markah adalah seperti maklumat yang berikut:

a) Pengenalan mestilah menarik perhatian penonton, mengandungi definisi,


dan mengandungi rumusan bagi setiap isi.
b) Mengandungi tiga isi penting, data dan bahan yang tepat serta rumusan.
c) Merumus kesemua isi penting dan mengakhiri dengan impak yang positif.
d) Penyusunan isi menarik dan mudah difahami serta mempunyai
kesinambungan yang sesuai.
e) Terdapat markah bonus bagi kematangan isi.

4.2 BAHASA

a) Pemilihan perkataan yang sesuai.


b) Tatabahasa dan sebutan yang jelas dan terang.
c) Penggunaan bahasa yang standard.
d) Tiada kritikan terhadap isu-isu sensitif seperti agama, bangsa,
kebudayaan dan peribadi.
e) Perlakuan dan tutur kata yang sopan.

4.3 CARA PENYAMPAIAN & PERSEMBAHAN

a) Pertuturan yang jelas dan bersemangat.


b) Bijak menggunakan lenggok suara dan nada yang jelas dalam berpidato.
c) Bijak menggunakan bahasa tubuh, bahasa isyarat dan ekspresi muka.
d) Ucapan diberikan dalam tempoh waktu yang ditetapkan.
e) Mengekalkan hubungan mata dengan penonton.
f) Menggunakan perbendaharaan kata dan pemikiran yang bijak.
g) Tiada gangguan lisan dan bukan lisan (um, er, hm).
h) Pakaian peserta mestila sopan dan bersesuaian

18
GARIS PANDUAN DAN SYARAT-SYARAT
PERTANDINGAN MENULIS CERPEN

1. MAKLUMAT PERTANDINGAN

1.1 Tema pertandingan adalah “Kemakmuran dan Kesejahteraan Bersama-


sama Bermula di Alam Sekolah”.
1.2 Pertandingan menulis Cerpen ini bertujuan untuk menggilap bakat dan kreativiti
penulisan cerpen dalam menyampaikan mesej kesedaran dan pengajaran
supaya mengamalkan gaya hidup sihat dengan berpandukan tema yang telah
diberikan.
1.3 Pertandingan ini bermula pada 13 Julai 2020 sehingga 16 Ogos 2020.
1.4 Terbuka kepada semua murid sekolah menengah termasuk kolej vokasional
dan kolej tingkatan enam, waganegara Malaysia di bawah pentadbiran
Kementerian Pendidikan Malaysia.
1.5 Penyertaan adalah PERCUMA.
1.6 Semua penyertaan perlu diemelkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri
masing-masing

2. SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

2.1 Setiap peserta dibenarkan menghantar tidak melebihi dua buah cerpen
sahaja.
2.3 Syarat penyertaan adalah secara individu.
2.4 Cerpen yang dihasilkan mestilah sesuai untuk bacaan rakyat berbilang kaum
di negara ini dengan tidak menyentuh sensitiviti mana-mana kaum,
kepercayaan atau agama, kebudayaan, politik dan pemimpin
2.5 Setiap penyertaan dilarang sama sekali menggunakan unsur-unsur bahasa
yang negatif dan lucah.
2.6 Cerpen yang dihantar mestilah bertaip di atas kertas A4 muka surat dengan
jarak 1.5 dan jenis tulisan Arial Font 12.
2.7 Panjang teks cerpen adalah antara 1,800 hingga 2,000 patah perkataan (10
hingga 15 halaman).
2.8 Setiap cerpen perlu ada tajuk dan butiran makluman peserta seperti nama,
nombor kad pengenalan, tingkatan dan nama sekolah.
2.9 Cerpen yang dihantar mestilah asli, bukan saduran, adaptasi, penyesuaian
atau apa-apa sahaja yang membawa pengertian karya itu bukan karya asli dan
belum pernah tersiar atau diterbitkan oleh mana-mana pihak.
2.11 Sekiranya cerpen yang dihantar ternyata melanggar mana-mana syarat,
penyertaan akan dibatalkan dan jika telah memenangi pertandingan ini, maka
hadiah tersebut terbatal dengan sendirinya dan hadiah perlu dikembalikan
kepada pihak penganjur.
2.12 Pihak sekretariat pertandingan tidak akan bertanggungjawab atas sebarang
tuntutan dari pihak ketiga akibat perlanggaran hasil hak cipta terhadap hasil
karya tersebut.
2.13 Cerpen yang memenangi hadiah akan dipertimbangkan untuk
didokumentasikan dalam buku terbitan KPM sebagai karya kompilasi. Cerpen
yang menyertai pertandingan akan menjadi hak milik KPM dan KPM boleh
19
menerbitkannya dalam sebarang bentuk tanpa perlu meminta izin daripada
penulis.
2.14 Pihak sekolah perlu melantik sekurang-kurangnya seorang guru pembimbing
kepada peserta/wakil sekolah supaya dapat dapat membimbing dan
mematuhi syarat yang ditentukan.

3. KEPUTUSAN PERTANDINGAN

3.1 Keputusan panel juri hakim adalah muktamad. Sebarang rayuan dan bantahan
tidak akan dipertimbangkan
3.2 Penganjur memiliki hak cipta sepenuhnya terhadap hasil karya yang dihasilkan

4. PANDUAN PEMARKAHAN

Skema penilaian juri adalah bergantung kepada keputusan mutlak para hakim
Skema Penilaian :

PERINGKAT MARKAH KRITERIA


Cemerlang 80-100  Penggunaan pelbagai jenis kata
yang luas dan tepat
 Penggunaan pelbagai ayat
majmuk yang gramatis.
 Ejaan dan tanda baca yang betul
 Laras Bahasa sesuai dengan
pertandingan.
 Penggunaan kosa kata luas dan
tepat.
 Idea yang relevan mengikut tema,
dihuraikan dengan jelas dan
matang.
 Pengolahan menarik dan
berkesan serta pemerengganan
sesuai.
 Wacana lengkap dan terdapat
kesinambungan idea yang jelas
antara perenggan.
 Penggunaan unsur bahasa
bervariasi.
 Gaya bahasa yang menarik dari
segi keindahan bahasa dan
penggunaan ungkapan seperti
peribahasa, pantun, slogan atau
frasa.
Kepujian 66-79  Penggunaan pelbagai jenis kata
tepat

20
 Penggunaan pelbagai ayat
majmuk yang gramatis tetapi
terdapat kesalahan yang minimum
 Ejaan dan tanda baca yang betul
 Laras Bahasa sesuai dengan tema
pertandingan.
 Penggunaan kosa kata luas dan
tepat
 Idea yang relevan mengikut tema,
dihuraikan dengan jelas dan
matang.
 Pengolahan menarik dan
berkesan serta pemerengganan
sesuai.
 Wacana lengkap dan terdapat
kesinambungan idea yang jelas
antara perenggan.
 Penggunaan unsur Bahasa masih
bervariasi.
 Gaya bahasa yang menarik dari
segi keindahan bahasa dan
penggunaan ungkapan seperti
peribahasa, pantun, slogan atau
frasa.
Baik 51-65  Penggunaan pelbagai jenis kata
yang sesuai.
 Penggunaan ayat majmuk yang
gramatis tetapi terdapat kesalahan
yang minimum.
 Ejaan dan tanda baca yang masih
betul.
 Laras bahasa sesuai dengan tema
pertandingan.
 Penggunaan kosa kata umum.
 Idea masih relevan mengikut
tema, dihuraikan dengan jelas dan
matang.
 Pengolahan menarik dan
berkesan serta pemerengganan
sesuai.
 Wacana masih lengkap.
 Penggunaan unsur bahasa masih
bervariasi.
 Gaya bahasa yang kurang
menarik dari segi keindahan
bahasa dan penggunaan
ungkapan kurang berkesan.

21
GARIS PANDUAN DAN SYARAT-SYARAT
PERTANDINGAN POSTER REKA BENTUK DIGITAL

1. MAKLUMAT PERTANDINGAN

1.1 Tema Pertandingan adalah “Kemakmuran Dan Kesejahteraan Bersama-


sama Bermula Dari Alam Persekolahan”.
1.2 Pertandingan Poster Reka Bentuk Digital ini bertujuan untuk menyampaikan
mesej kesedaran dan pengajaran dalam kalangan murid supaya mengamalkan
gaya hidup sihat dengan berpandukan tema yang telah diberikan melalui seni
grafik digital.
1.3 Pertandingan ini tebuka kepada murid sekolah menengah termasuk kolej
vokasional dan kolej tingkatan 6, warganegara Malaysia dan di bawah
pentadbiran Kementerian Pendidikan Malaysia
1.4 Pertandingan ini bermula pada 13 Julai 2020 sehingga 13 September 2020.
1.5 Penyertaan adalah PERCUMA.
1.6 Semua penyertaan perlu diemelkan ke Jabatan Pendidikan Negeri masing-
masing

2. SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

2.1 Setiap pasukan terdiri daripada dua orang peserta dan seorang guru
pembimbing.
2.2 Pertandingan adalah secara berkumpulan
2.3 Setiap penyertaan dilarang sama sekali menggambarkan / menggunakan unsur-
unsur negatif dan lucah seperti jarum suntikan, tengkorak, rokok dan tepung (
menyerupai dadah ).
2.4 Hasil Poster Reka Bentuk Digital mestilah ciptaan sendiri atau asli
2.5 Pihak sekretariat pertandingan tidak akan bertanggungjawab atas sebarang
tuntutan dari pihak ketiga akibat perlanggaran hasil hak cipta terhadap hasil
karya tersebut
2.6 Setiap Poster Reka Bentuk Digital mestilah memenuhi kriteria seperti berikut:

a) berukuran Widescreen (16:9).


b) berdasarkan tema dan boleh menggunakan perisian yang
bersesuaian. Contohnya Microsoft Power Point, Canva, Adobe
Photoshop, Adobe Illustrator, Microsoft Word, Paint dan lain-lain
yang dirasakan sesuai.
c) perlu di hantar dalam bentuk format PDF atau JPEG dan di
emelkan ke Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing.
d) Penghantaran selepas tarikh tutup tidak akan diterima.

2.7 Bahasa yang digunakan di dalam karya mestilah Bahasa Melayu dan
penggunaanya difahami oleh ahli masyarakat secara umum.

22
2.8 Penyertaan hasil karya yang menggunakan bahasa lucah, bahasa slanga (slang)
atau ayat yang mempunyai makna tersembunyi (double meaning) akan
disingkirkan secara automatik, mengikut budi bicara pihak penganjur.
2.9 Peserta harus memastikan hasil karya menghormati keharmonian masyarakat
majmuk di Malaysia. Panel juri berhak untuk menyingkirkan hasil karya yang
berunsur provokasi, politik, atau menyentuh sensitiviti sesuatu kaum, agama dan
fahaman.
2.10 Peralatan dan bahan disediakan dan ditanggung sepenuhnya oleh peserta.
Pihak penganjur tidak menyediakan sebarang bahan dan peralatan.
2.11 Peserta perlu sertakan butiran makluman diri seperti nama, nombor kad
pengenalan, tingkatan dan nama sekolah.

3. KEPUTUSAN PERTANDINGAN

3.1 Keputusan panel juri hakim adalah muktamad. Sebarang rayuan dan bantahan
tidak akan dipertimbangkan
3.2 Semua hasil pertandingan adalah hak milik penganjur
3.3 Pemarkahan aspek yang akan dinilai berdasarkan tema, ilustrasi,
gubahan/olahan,penggunaan warna yang sesuai, kreativiti dan bonus dan lain-
lain.

23
GARIS PANDUAN DAN SYARAT-SYARAT
PERTANDINGAN ANIMASI INFOGRAFIK

1. MAKLUMAT PERTANDINGAN

1.1 Tema Pertandingan adalah “Kemakmuran Dan Kesejahteraan Bersama-


sama Bermula Dari Alam Persekolahan”.
1.2 Pertandingan Animasi Infografik bertujuan mencungkil bakat dan kreativiti
dalam menyampaikan mesej kesedaran dan pengajaran dalam kalangan murid
supaya mengamalkan gaya hidup sihat dengan berpandukan tema yang telah
diberikan.
1.3 Pertandingan ini bermula pada 13 Julai 2020 sehingga 13 September 2020.
1.4 Penyertaan terbuka kepada murid sekolah menengah termasuk Kolej
Vokasional dan Kolej Tingkatan Enam, warganegara Malaysia di bawah
pentadbiran Kementerian Pendidikan Malaysia.
1.5 Penyertaan juga terbuka kepada pelajar Intitut Pendidikan Guru (IPG), dan
Matrikulasi di bawah pentadbiran Kementerian Pendidikan Malaysia
1.6 Penyertaan adalah PERCUMA.
1.7 Semua penyertaan perlu diemelkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri
masing-masing

2. SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

2.1 Penyertaan adalah secara BERKUMPULAN.


2.2 Bilangan peserta ialah minima tiga orang dan maksima lima orang sahaja
bagi setiap kumpulan dan seorang guru pembimbing
2.3 Setiap peserta tidak boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan.
2.4 Kos penyediaan animasi infografik adalah ditanggung sepenuhnya oleh
peserta

3. ISI KANDUNGAN ANIMASI INFO GRAFIK

3.1 Setiap penyertaan mestilah menepati tema yang telah ditetapkan serta
mempunyai salah satu daripada elemen Dadah, Alkohol, Rokok, Inhalan, HIV
dan AIDS (DARIH) serta menjurus gaya hidup sihat.
3.2 Peserta boleh memilih mana-mana elemen DARIH atau gaya hidup sihat tetapi
TIDAK BOLEH menggabungkan banyak elemen dalam satu penghasilan
animasi info grafik
3.3 Penyertaan boleh dibuat dalam sebarang format, contohnya dokumentari,
sketsa pendek, animasi atau lain-lain yang bersesuaian.
3.4 Menyampaikan mesej-mesej pengajaran jelas
3.5 Memaparkan pandangan dan pemahaman tentang skop yang dipilih

24
3.6 Menonjolkan nilai-nilai murni, kesedaran sivik, jati diri dan semangat patriotik
yang boleh dicontohi
3.7 Menyalurkan idea dalam bentuk positif dan kreatif
3.8 Karya yang dihasilkan mengambarkan kreativiti peserta, mengandungi nilai -
nilai murni dan tidak boleh mengandungi unsur-unsur yang menyentuh
sensitiviti perkauman, kebudayaan, keagamaan, politik dan pemimpin.
3.9 Tempoh animasi info grafik adalah tidak melebihi 3 minit. Tempoh ini termasuk
montaj dan penghargaan
3.10 Peserta boleh menggunakan Bahasa Melayu
3.11 Setiap penyertaan mestilah merupakan kerja asal/asli.
3.12 Semua penyertaan tidak boleh dimuat naik ke mana-mana portal sebelum
mendapat kebenaran penganjur.
3.13 Setiap hasil karya juga mestilah tidak pernah menyertai mana-mana
pertandingan video.
3.14 Penyertaan akan dibatalkan sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan
tidak asli/diciplak.
3.15 Pastikan semua muzik yang digunakan berstatus bebas royalti. Pihak
penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan akibat
pelanggaran hasil hak cipta.
3.16 Penyertaan akan dibatalkan sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan
tidak asli/diciplak.
3.17 Sebarang pelanggaran syarat-syarat di atas akan membatalkan penyertaan
.

4. KEPUTUSAN PERTANDINGAN

4.1 Keputusan panel juri hakim adalah muktamad. Sebarang rayuan dan bantahan
tidak akan dipertimbangkan
4.2 Semua hasil pertandingan adalah hak milik penganjur

5. PANDUAN PEMARKAHAN

Pemarkahan Aspek video yang diterima akan dinilai oleh panel pihak penganjur.
Berikut adalah antara elemen yang dinilai:

Perkara Markah
Grafik 15%
Teknik animasi 20%
Videografi / suntingan 15%
Jalan cerita / papan cerita 25%
Penataan audio/audiovisual 15%
Wow Faktor/bonus 5%
Kreativiti 5%

25
GARIS PANDUAN DAN SYARAT-SYARAT
PERTANDINGAN CERITA KOMIK

1. MAKLUMAT PERTANDINGAN

1.1 Tema Pertandingan adalah “Kemakmuran Dan Kesejahteraan Bersama-


sama Bermula Dari Alam Persekolahan”.
1.2 Pertandingan Cerita Komik bertujuan mencungkil bakat dan kreativiti dalam
menyampaikan mesej kesedaran dan pengajaran dalam kalangan murid
supaya mengamalkan gaya hidup sihat dengan berpandukan tema yang telah
diberikan.
1.3 Pertandingan ini bermula pada 13 Julai 2020 sehingga 13 September 2020.
1.4 Penyertaan terbuka kepada murid sekolah menengah di bawah pentadbiran
Kementerian Pendidikan Malaysia
1.5 Penyertaan adalah PERCUMA.
1.6 Semua penyertaan perlu diemelkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri
masing-masing

2. SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

2.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid warganegara Malaysia yang
berumur 13 hingga 19 tahun.
2.2 Pertandingan in terbuka kepada 2 kategori iaitu :

a) menengah rendah (tingkatan 1 - 3)


b) menengah atas (tingkatan 4 - 6)

2.3 Pihak sekolah boleh menghantar seberapa banyak penyertaan dan tiada had
2.4 Penyertaan adalah secara berkumpulan.
2.5 Bilangan peserta ialah minima 3 orang dan maksima 5 orang sahaja bagi setiap
kumpulan dan seorang guru pembimbing
2.6 Setiap peserta hanya boleh menghantar SATU penyertaan sahaja.
2.7 Kos penyediaan Cerita Komik adalah ditanggung sepenuhnya oleh peserta

3. ISI KANDUNGAN CERITA KOMIK

3.1 Setiap penyertaan mestilah menepati tema yang telah ditetapkan serta
mempunyai salah satu daripada elemen Dadah, Alkohol, Rokok, Inhalan dan
HIV dan AIDS (DARIH) dan gaya hidup sihat.
3.2 Peserta boleh memilih mana-mana elemen DARIH atau gaya hidup sihat tetapi
TIDAK BOLEH menggabungkan banyak elemen dalam satu penghasilan cerita
komik
3.3 Penyertaan boleh dibuat dalam sebarang aplikasi digital
3.4 Menyampaikan mesej-mesej pengajaran jelas
3.5 Memaparkan pandangan dan pemahaman tentang skop yang dipilih
26
3.6 Memaparkan nilai-nilai murni, kesedaran sivik, jati diri dan semangat patriotik
yang boleh dicontohi dan tidak boleh mengandungi unsur-unsur yang
menyentuh sensitiviti perkauman, kebudayaan, keagamaan, politik dan
pemimpin
3.7 Cerita Komik yang dihasilkan mestilah tidak melebihi tiga muka surat.
3.8 Setiap muka surat tidak boleh melebihi empat kerangka.
3.9 Menyalurkan idea dalam bentuk positif dan kreatif
3.10 Peserta perlu menggunakan Bahasa Melayu
3.11 Setiap penyertaan mestilah merupakan kerja asal/asli.
3.12 Semua penyertaan tidak boleh dimuat naik ke mana-mana portal sebelum
mendapat kebenaran penganjur.
3.13 Setiap hasil karya juga mestilah tidak pernah menyertai mana-mana
pertandingan cerita komik.
3.14 Penyertaan akan dibatalkan sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan
tidak asli/diciplak.
3.15 Sebarang pelanggaran syarat-syarat di atas akan membatalkan penyertaan

4. KEPUTUSAN PERTANDINGAN

4.1 Keputusan panel juri hakim adalah muktamad. Sebarang rayuan dan bantahan
tidak akan dipertimbangkan
4.2 Semua hasil pertandingan adalah hak milik penganjur

5. PANDUAN PEMARKAHAN

Pemarkahan Aspek Cerita Komik yang diterima akan dinilai oleh panel pihak
penganjur. Berikut adalah antara elemen yang dinilai:

Perkara Markah
Grafik 20%
Teknik 15%
Videografi / suntingan 15%
Jalan cerita / papan cerita/ isi kandungan 30%
Wow Faktor/bonus 10%
Kreativiti 10%

27
Nota : semua penyertaan perlulah di emelkan kepada :

BIL ALAMAT EMEL NEGERI

1. sarawak.ppda@gmail.com JPN Sarawak


2. ppdansdk@gmail.com JPN Negeri Sembilan
3. ppdapahang@gmail.com JPN Pahang
4. unitppdaperak@gmail.com JPN Perak
5. ppdanegerijohor@gmail.com JPN Johor
6. ppdasel@gmail.com JPN Selangor
7. ppdajpnperlis@gmail.com JPN Perlis
8. penangppda@gmail.com JPN Pulau Pinang
9. unitppdakel@gmail.com JPN Kelantan
10. rintisjpnt2020.gmail.com JPN Terengganu
11. ppdaputrajaya2020@gmail.com JPWP Putrajaya
12. ppdakedah2020@gmail.com JPN Kedah
13. ppdamelaka2020@gmail.com JPN Melaka
14. ppdasabah2020@gmail.com JPN Sabah
15. jpwplabuan2020@gmail.com JPWP Labuan
16. jpwpklppda@gmail.com JPWP Kuala Lumpur

Nota : semua penyertaan peserta WAJIB mengisi borang penyertaan dan emelkan kepada
Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing.

28
29

You might also like