You are on page 1of 4

1.

0 Pengenalan

Kaunseling silang budaya merupakan kaunseling yang melibatkan kaunselor dan klien
dari budaya yang berbeza dari segi kelompok budaya dan juga unsur-unsur budaya seperti
etnik, jantina, pekerjaan, status, dan sebagainya. Menurut Matsumoto (1996) mendefinisikan
budaya sebagai sikap, nilai, kepercayaan, dan tingkah laku yang dimiliki oleh sekelompok
masyarakat. Kaunseling silang budaya memainkan peranan penting khususnya dalam
membantu klien yang datang dari pelbagai budaya agar wujud kejayaan daripada hasil
kaunseling yang dilaksanakan.

2.0 Kesedaran Kepelbagaian Budaya di Malaysia

Dalam konteks Malaysia, budaya negara ini boleh dideskripsikan sebagai negara
pelbagai bangsa (multicultural) yang dihuni oleh tiga etnik utama iaitu bangsa Melayu, Cina dan
India. Setiap budaya berbeza dari segi agama, bahasa, kepercayaan dan sistem nilai (Ahmad
Yasmin & Najeemah Mohd. Yusof, 2017). Gabungan kesemua kaum yang ada di Malaysia ini
menghasilkan satu masyarakat yang majmuk di bawah payung perpaduan bagi membina
Negara bangsa yang harmoni dan sejahtera. Oleh itu, perkhidmatan kaunseling juga harus
seiring dengan akar yang wujud sekian dalam di negara ini (Sapora Sipon, 2014). Perkhidmatan
yang dimaksudkan adalah perkhidmatan kaunseling silang budaya.

Kesedaran budaya boleh berlaku dalam pelbagai bentuk dalam kehidupan seharian
termasuklah cara mengucap salam, cara menunjukkan rasa hormat, cara bercakap dengan
orang lain, cara berpakaian, cara melihat kepentingan beragama, pemilihan makanan serta
sikap di tempat kerja (Burn, 1992). Misalnya, individu yang mempunyai kesedaran budaya yang
lebih tinggi selalunya mempunyai tahap kepekaan yang tinggi untuk mengurangkan salah
faham dalam komunikasinya, kedua-dua dalam bentuk verbal dan bukan verbal.

Tuntasnya, kepelbagaian budaya yang wujud di Malaysia ini adalah pemangkin kepada
keharmonian masyarakat yang wujud sekarang ini. Dalam erti kata lain, semua kaum di
Malaysia perlulah berganding bahu dalam mewujudkan perpaduan tanpa mengira pandangan
politik, status ekonomi dan sosial dan sebagainya (Amaludin Ab. Rahman & Zainal Madon,
2012). Apabila kesemua jurang ini dirapatkan nescaya Malaysia boleh membina Negara yang
harmoni dan mengelakkan perpecahan seperti perkauman dan sebagainya

3.0 Pemilihan teori


Teori yang sesuai diaplikasikan bagi melaksanakan sesi kaunseling silang budaya di
Malaysia ialah teori pemusatan insan oleh Carl Rogers.

Teori ini menekankan perasaan empati. Seorang kaunselor harus menunjukkan


perasaan empati sahaja yang dapat membuatkan seseorang kaunselor itu memasuki dunia
kliennya dan mula meneroka isu sebenar klien dengan lebih terbuka. Sekiranya perasaan
empati ini tiada, klien akan mula menutup perasaannya untuk dikongsikan dan proses
penerokaan akan sukar dijalankan (Rogers, 1951). Hal ini akan menyebabkan seseorang
kaunselor akan mengalami kesukaran apabila berhadapan dengan klien yang berbeza kaum
dan agama kepadanya. Tegaslah bahawa dengan menggunakan dan mengaplikasikan teori ini
maka sangat relevan konsep kaunseling silang budaya dalam konteks sekolah rendah pada
masa kini.

Seterusnya, elemen keikhlasan. Kaunselor perlu bertindak dalam perhubungan yang


sebenar dan bukannya menjadi seorang yang mengetahui semua perkara sebaliknya menjadi
diri sendiri yang lebih ditekankan dalam membantu klien yang berfokus kepada silang budaya
(Melati Sumari et. al. , 2014). Buktinya, seorang kaunselor di sekolah yang mempunyai klien
pelbagai kaum dan agama seharusnya menjadi kongruen. Kaunselor yang kongruen
bermaksud kaunselor yang tidak berpura-pura semasa proses kaunseling dijalankan (Abdul
Halim Othman, Md. Shuaib Che Din & Sapora Sipon, 2008). Ketulenan yang ada pada
seseorang kaunselor dapat dirasai oleh klien dan berupaya mewujudkan suasana yang
terapeutik. Jika sifat ketulenan atau kongruen wujud dalam diri seorang kaunselor yang
mengendalikan klien daripada pelbagai budaya, maka klien-klien berkenaan akan dapat
merasakan diri mereka begitu dihargai walaupun berbeza kaum, agama mahupun budaya.

Akhir sekali, komunikasi yang berkesan dititikberatkan semasa menjalani sesi


kaunseling. Abdullah Hassan & Ainon Mohd (2000) menyatakan bahawa fungsi komunikasi
manusia ialah menjalinkan hubungan antara manusia dengan manusia. Manusia ialah ‘haiwan’
yang berkelompok, iaitu mereka tidak boleh hidup bersendirian. Manusia memerlukan sahabat,
pasangan, anak-anak dan kaum keluarga. Dengan cara berkomunikasi manusia dapat
menjalinkan hubungan persahabatan, kasih sayang, kekeluargaan dan bermasyarakat (Sapora
Sipon & Hapsah Yusof 2013). Sudah terang lagi bersuluh bahawa seseorang kaunselor
seharusnya mempunyai atau mewujudkan hubungan sebelum komunikasi yang lebih mesra
dijalankan khususnya dalam konteks komunikasi silang budaya.

4.0 Penutup
Kesimpulannya, peranan kaunselor sendiri yang amat penting untuk menjadi lebih
proaktif dalam mengendalikan murid-murid di sekolah yang terdiri daripada pelbagai kaum dan
agama memandangkan konsep kaunseling silang budaya kini dilihat relevan di sekolah rendah.
RUJUKAN

Abdul Halim Othman, Md. Shuaib Che Din & Sapora Sipon. (2008). Latihan Kaunseling di
Malaysia: Satu Ulasan dan Cadangan. PERKAMA, 141-144.

Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (2000). Teori dan teknik ucapan berpengaruh. Kuala Lumpur:
PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.

Ahmad Yasmin & Najeemah Mohd. Yusof. (2017). Kompetensi Kepelbagaian Budaya dalam
Kalangan Guru Pelbagai Etnik di Sekolah Menengah Kebangsaan di Malaysia . Jurnal
Kepimpinan Pendidikan , 2(2), 1-13.

Amaludin Ab. Rahman & Zainal Madon. (2012). Kaunseling menjaga kesejahteraan hidup.
Jurnal Universiti Kebangsaan Malaysia, 189-192.

Burn, D. (1992, May 11). Etical implication in cross-cultural counseling and training. Retrieved
from https://doi.org/10.1002/j.1556-6676.1992.tb01664.x

Matsumoto, D. R. (1996). Culture and psychology. Pacific Grove : Brooks/Cole Pub. Co.

Melati Sumari, Ida Hartina Ahmed Tharbe, Norfaezah Md Khalid & Azmawaty Mohamad Nor.
(2014). Teori kaunseling dan psikoterapi. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Rogers, C. (1951). Client-centered therapy; its current practice, implications, and theory.
Houghton Mifflin.

Sapora Sipon & Hapsah Yusof. (2013). Pengenalan kepada profesion kaunseling. Kuala
Lumpur: Penerbit Universiti Sains Islam Malaysia.

Sapora Sipon. (2014). Teori kaunseling dan psikoterapi (4th ed.). Kuala Lumpur: Universiti
Sains Islam Malaysia.

You might also like