Professional Documents
Culture Documents
KERTAS CADANGAN PPDa 2016
KERTAS CADANGAN PPDa 2016
BULAN
PENDIDIKAN
PENCEGAHAN DADAH
(PPDa)
PERINGKAT SEKOLAH
PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN PENDIDIKAN DADAH (PPDa)
SK HAJI ABDUL RAHMAN 2015
PENGENALAN
Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah atau nama singkatannya ialah PPDa adalah
satu program yang mana melibatkan murid, guru, kakitangan bukan guru dan
masyarakat setempat untuk menentang ancaman dadah. Pendidikan dadah di sekolah
dilaksanakan secara bersepadu melalui empat strategi utama iaitu pengurusan dan
kepimpinan, kurikulum, kokurikulum dan pembentukan sahsiah.
OBJEKTIF
Meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran Pendidikan Pencegahan
Dadah kepada murid, guru, dan kakitangan bukan guru supaya dapat mengelakkan diri
daripada terjebak dengan dadah. Program ini juga membolehkan murid membentuk
budaya dan tingkahlaku positif dan mangamalkan nilai-nilai murni.
PENGLIBATAN
Semua murid Prasekolah, Pendidikan Khas, Tahun 1 hingga 6, guru dan kakitangan Sk
Haji Abdul Rahman.
TARIKH PELAKSANAAN
10 Mac (Khamis) Pelancaran Bulan Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) peringkat
sekolah. Segala aktiviti yang dirancang akan dijalankan sepanjang bulan tersebut.
KOS
Setiap kategori pertandingan yang dijalankan akan diberikan hadiah. Sila rujuk lampiran
di bawah:
ATURCARA PROGRAM
8.00 pagi : Semua guru dan murid berkumpul di Dewan Tertutup SKHAR
: Bacaan doa
: Ucapan Perasmian oleh Guru Besar SKHAR
Bacaan Perutusan Bulan Pendidikan Pencegahan Dadah oleh Guru
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.
: Nyanyian Lagu Pemadam
: Nyanyian Lagu PPDa
: Tayangan Slaid ‘Tentang Dadah’
: Majlis Bersurai
PENUTUP
Dengan adanya Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) diharap semua
murid, guru dan kakitangan sekolah dapat meningkatkan lagi pengetahuan tentang
bahayanya penyalahgunaan dadah dan dapat mencegah serta mengelakkan diri
dikalangan murid-murid daripada terjebak dengan dadah yang mana ia bersesuaian
dengan visi PPDa ‘Sekolah Bebas Dadah’.