You are on page 1of 13

ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK MUKA SURAT


1. PENGENALAN
2. JENIS-JENIS KUKU
3. ALATAN DAN BAHAN YANG TELAH DIGUNAKAN
4. PERANCANGAN KERJA
5. KESIMPULAN
6. LAMPIRAN

1
PENGENALAN

Kuku adalah alat pelindung jari dan juga melindungi saraf-saraf yang berada dihujung
jari. Kuku ini penting dalam meningkatkan daya saraf sentuh kita. Selain itu, kuku juga
mencantikkan kaki kita. Kaki dan kuku mudah terdedah kepada pelbagai kuman dan kotoran.
Kebanyakan aktiviti harian memerlukan penggunaan anggota tubuh ini. Contohnya berjalan dan
sebagainya. Oleh itu penjagaan kebersihan kaki dan kuku amat penting untuk mengelakkan
mudah terkena jangkitan atau menjadi punca penyebaran kuman kepada orang lain

Pedicure merupakan rawatan kuku kaki di mana ia melibatkan proses membersih,


membentuk dan merawat kutikel kuku anda. Ini penting bagi memastikan kuku tangan anda sihat
dan kuat. Sewaktu proses pedicure, kaki anda akan diskrub bagi membuang sel-sel kulit mati dan
merangsang peredaran darah.

Pada tarikh 03/03/2020 iaitu hari selasa merupakan hari pertama amali bagi rawatan kuku
kaki. Pelajar-pelajar telah diberikan tugasan untuk melakukan rawatan kuku kaki dengan
mengikuti segala langkah-langkah yang diajar oleh pensyarah.

Terdapat beberapa alatan dan bahan yang digunakan dalam melakukan rawatan kuku kaki
ini dan setiap alatan dan bahan yang digunakan mempunyai fungsi yang berbeza.

2
JENIS-JENIS KUKU

3
ALATAN DAN BAHAN YANG DIGUNAKAN.

ALATAN/BAHAN KEGUNAAN
KAPAS MUKA  Sebelum memulakan sesi rawatan
kuku kaki, beautician hendaklah
menjaga kebersihan diri kita sendiri.
 Kapas digunakan untuk mengelap
tangan beutician dan juga kaki
pelanggan selepas meletakkan surgical
spirit pada kapas dan di sapukan di
tangan.

SURGICAL SPIRIT  Surgical spirit digunakan untuk


membuang segala kuman pada tapak
tangan beautician dan juga kaki
pelanggan.

PENGETIP KUKU  Selepas sahaja membersihkan tangan


dengan surgical, beautician hendaklah
memotong kuku pelanggan jika
panjang.

EMERY BOARD  Setelah memotong kuku pelanggan,


beautician mestilah mengasah kuku
pelanggan menggunakan emery board
agar kuku tangan nampak lebih kemas
dan terbentuk.

4
CUTICEL CREAM  Digunakan untuk di sapu pada kedua
belah kuku kiri dan kanan untuk
direndam di dalam bekas manikur
untuk melembutkan kutikel yang ada
pada jari.

PEDICURE BOWL  Digunakan untuk merendam kaki.


Kaki pelanggan direndam selama 5
minit untuk melembutkan kutikel
cream.

PUMICE STONE  Digunakan untuk membuang daki


pada bahagian tapak dan buku lali
kaki.

5
HOOF STICK  Selepas kaki direndam, beautician
akan mengambil kapas dan lapikkan
kapas di bawah perut jari.
 Digunakan untuk membuang segala
kotoran di celah permukaan kuku.

CUTICLE REMOVER DAN KAYU OREN  Setelah selesai membuang kotoran di


permukaan kuku, beutician akan
menggunakan kutikel remover
menggunakan kayu oren.
 Kayu oren dibalut menggunakan
kapas dan di hujungnya disapukan
kutikel remover lalu disapukan di
celah-celah jari kiri dan kanan.
CUTICLE KNIFE  Memebersihakan dan membuan sel
kutikel yang mati di atas plat kuku dan
air.

BUFFER  Untuk mengilatkan dan mencantikkan


permukaan kuku.

6
MASSAGE CREAM  Digunakan untuk mengurut kaki
pelanggan selepas mengilatkan kuku.

7
PERANCANGAN KERJA

MASA PERKARA
2:15 PM – 2:30 PM  Meratakan surgical spirit pada tangan
perawat dan kaki pelanggan.
 Bertanyakan jenis potongan kuku
yang pelanggan inginkan.
 Mengetip kuku kaki belah kanan
pelanggan.
 Mengasah kuku yang telah diketip dan
meletakkan cuticle cream pada kuku
kaki pelanggan.
 Merendam kaki pelanggan selama 5
minit di dalam pedicure bowl.
 Gunakan pumicr stone untuk
membuang daki pada bahagian tapak
dan buku lali kaki.
 Ulang kembali proses yang dilakukan
pada kaki belah kiri pelanggan.

2:30 PM – 3:00 PM  Setelah kuku kaki kanan sudah selesai,


ambil kuku kaki kanan dan lap bawah
perut jari.
 Gunakan hoof stick untuk membuang
kotoran pada bahagian tepi jari.
 Ambil kayu oren dan balutkan dengan
kapas dan letakkan cuticle remover.
 Sapukan pada bahagian tepi jari yang
dibersihkan tadi.
 Gunting segala kotoran atau sisa kulit
mati pada tepi bahagian kulit kuku.
 Lakukan proses yang sama pada kaki
belah kiri sepeas direndamkan.
3:00 PM – 3:40 PM  Gunakan buffer untuk mencantikkan
dan melicinkan permukaan kuku kulit.
 Ulangi cara tersebut pada setiap
permukaan kuku.
 Setelah buffer, ratakan massage cream
pada pergelangan kaki dan urutnya
dengan 5 langkah.
 Pertama, urut jari ke betis dengan
mengikut pusingan.
 Kedua, pusingkan setiap jari mengikut
arah lawan jam sebanyak 3 kali dan
arah jam 3 kali kemudian tarik dengan

8
berhati-hati.
 Ketiga, urutkan pada telapak kaki
pelanggan serta membuat pusingan
lapan mengikut arah jam dan arah
berlawanan jam sebanyak 3 kali.
 Keempat, tolak kedalam tapak kaki
sebanyak 3 kali.
 Dan yang terakhir, urut tangan dari
pergelangan kaki hingga ke betis.

9
KESIMPULAN

Kesimpulannya, penjagaan kuku amatlah penting bagi lelaki atau perempuan. Dengan penjagaan
kuku yang sempurna, kita dapat mengetahui dengan lebih terperinci mengenai jenis kuku dan
penyakit kuku yang kita hadapi.

Selain itu, rawatan kuku juga mestilah dibuat 2 kali sebulan untuk menjaga kesihatan dan
kebersihan seseorang itu. Akhir sekali, pelajar-pelajar yang telah melalui amali dapat merasakan
sendiri bagaimana untuk mengurukan pelanggan dan mempelajari memberikan perkhidmatan
rawatab kuku. Semoga ilmu yang diturunkan dan diajarkan oleh pensyarah dapat kita simpan dan
guna untuk masa hadapan.

10
LAMPIRAN

11
12
13

You might also like