You are on page 1of 1

JAWATANKUASA PENAJA KELAB/PERSATUAN BOLA KERANJANG

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KEPONG,


JLN FRI, KEPONG, 52100 KUALA LUMPUR.

Tarikh: 02 JANUARI 2020

Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan Kepong,
Jln FRI, Kepong,
52100 Kuala Lumpur.

Melalui:
Guru Penasihat Jawatankuasa Penaja Kelab/Persatuan Bola Keranjang

Tuan,

PERMOHONAN MENUBUHKAN KELAB/PERSATUAN BOLA


KERANJANG, SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KEPONG

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuki.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa saya, Toon Hui En, berdasarkan Peraturan (4)
dalam Warta Kerajaan bertarikh 21hb. Mei 1998 P.U.(A) 196, yang berkait dengan
Seksyen 130, Akta Pendidikan 1996 dengan ini memohon untuk menubuhkan
Kelab/Persatuan Bola Keranjang Sekolah Menengah Kebangsaan Kepong mulai 01
JANUARI 2020.

3. Bersama-sama ini disertakan:

3.1 Draf Perlembagaan

3.2 Draf Aktiviti Asas

3.3 Senarai Nama Jawatankuasa

4. Perhatian dan pertimbangan daripada tuan meluluskan permohonan ini amat


dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Saya yang menjalankan tugas,

( )

Setiausaha,

Jawatankuasa Penaja Kelab/Persatuan Bola Keranjang,

Sekolah Menengah Kebangsaan Kepong.

s.k. 1. Guru Penolong Kanan Kokurikulum


2. Fail Unit

You might also like