You are on page 1of 3

Budaya Makan

Oleh:Muhd. Alif Redzuan

Peradaban dan budaya makan bagi pelbagai golongan etnik di Asia


merupakan warisan tingkah laku zaman-berzaman. Bagi mereka, cara
yang terbaik untuk menikmati hidangan makanan ialah dengan
menggunakan cara yang diamalkan oleh golongan etnik masing-
masing.
   Budaya makan dengan  menggunakan tangan biasanya diamalkan
oleh masyarakat  di Timur Tengah, India dan beberapa negara di
Asia Tenggara. Lazimnya, tangan  dibasuh sebelum dan selepas
makan. Tangan yang dibasuh  sendiri adalah lebih bersih jika
dibandingkan dengan sudu ataupun garpu yang dibasuh oleh
seseorang yang kemungkinan tidak dapat dipastikan kebersihannya.  
Masyarakat Islam dan Hindu menggunakan tangan kanan untuk
menyuap makanan. Mereka biasanya makan bersila dengan hidangan
makanan diletakkan di tengah-tengah tetamu.
   Masyarakat yang menggunakan kayu penyepit biasanya
menggunakan mangkuk sup dan mangkuk nasi masing-masing
sewaktu menikmati hidangan. Mereka akan duduk di meja  makan
dan menggunakan kayu penyepit untuk mengambil lauk-pauk.
Budaya makan seperti ini telah memungkinkan  penggunaan
mangkuk nasi dan kayu penyepit yang dikhaskan untuk setiap ahli
keluarga.
   Sudu, garpu dan pisau mula digunakan di meja makan dalam
masyarakat Barat pada awal kurun ke-17. Penggunaan kayu penyepit
oleh masyarakat Cina dikatakan bermula pada kurun kedua Sebelum
Masihi. Jepun, Korea dan Vietnam yang kuat dipengaruhi oleh
Tamadun China juga turut menggunakan kayu penyepit untuk
makan.
   Walaupun nasi dan gandum menjadi makanan ruji di timur dan
barat  benua Asia,  terdapat golongan etnik yang  makanan ruji
mereka lain daripada nasi dan gandum. Variasi makanan ruji pelbagai
golongan etnik berkait rapat dengan tempat  tinggal dan sejarah
golongan etnik yang terbabit.
   Gandum menjadi makanan ruji bagi masyarakat di timur laut
China. Gandum dikisar menjadi tepung dan dijadikan pau (manton)
dan mi tepung gandum. Spageti di Itali dipercayai berasal dari 
China. Marco Polo mungkin telah melihat dan mempelajari cara
membuat mi semasa melawat negara China pada abad ke-14. Marco
Polo mungkin telah memperkenalkan cara membuat mi kepada
masyarakat Itali dan telah disesuaikan dengan cita rasa masyarakat
tempatan mengikut peredaran zaman.
    Sekoi pula dikatakan dibawa ke Asia Timur daripada Tamadun
India Lama. Sekoi  dibawa merentasi kawasan pergunungan di Asia
Tenggara dan ke arah timur sehingga ke utara  China dan Manchuria.
Pada zaman dahulu, masyarakat Tamadun China Lama menanam
sekoi di sepanjang sungai Yangtze di utara  China dan menjadi
makanan ruji masyarakat di kawasan tersebut. Walau bagaimanapun,
makanan ruji di kawasan ini bertukar kepada  gandum, nasi dan barli
kerana perubahan politik dan tamadun.
   Di Asia Tenggara, keladi, ubi kayu, ubi keledek dan pisang
merupakan tanaman utama bukan bijirin sejak berkurun lama.
Tanaman ini menjadi makanan utama masyarakat di kawasan Asia
Tenggara sehinggalah beras diperkenalkan. Apabila kawasan ini mula
diperkenalkan dengan tanaman bijirin seperti beras yang datang
kemudian dari Tamadun India Lama, maka sehingga hari ini beras
menjadi makanan ruji di hampir semua tempat kecuali di timur
kepulauan Indonesia dan pulau yang terletak di Selat Bashi antara
kepulauan Filipina dan Pulau Taiwan.
  Walau bagaimanapun, penduduk di kepulauan Micronesia masih
menjadikan tanaman bukan bijirin sebagai makanan ruji. Hal ini
demikian kerana budaya penanaman bijirin tidak berjaya dibawa ke
rantau ini. Penduduk kawasan ini bergantung pada tanaman seperti
pisang, kelapa, keladi dan ubi sebagai makanan ruji.
   Masyarakat Asia turut memanfaatkan susu ternakan sebagai
sumber protein. Susu  pelbagai jenis ternakan dijadikan yogurt,
mentega, keju dan hasil tenusu yang lain di Mongolia, Asia Tengah,
India dan Asia Barat sebagai sumber makanan. Manakala di  China,
Korea Selatan, Jepun dan Asia Tenggara, kacang soya digunakan
untuk menghasilkan susu dan pes kacang soya. Susu dan pes kacang
soya dijadikan sumber makanan seperti tauhu, kicap dan dadih.
   Pilihan makanan mengikut pelbagai golongan etnik dan adab
makan mempunyai hubungan rapat dengan agama yang dianuti oleh
golongan etnik tertentu. Masyarakat Islam mengutamakan hukum
halal dan haram dalam pilihan makanan mereka. Mereka hanya
memakan daging sembelihan orang Islam. Masyarakat Hindu pula
tidak memakan lembu kerana menganggapnya binatang suci. Ramai
penganut Hindu yang hanya memakan sayuran.
   Bagi masyarakat China yang berfahaman Taoism, mereka percaya
bahawa makanan merupakan punca atau sebab untuk hidup lama.
Makanan dianggap mempunyai nilai perubatan dan semua jenis
makanan dikelaskan mengikut nilai perubatan. Contohnya, terung
bulat dipercayai dapat mengurangkan tekanan darah dan harus
dimakan oleh mereka yang mempunyai penyakit darah tinggi.
Sebaliknya, halia pula dipercayai menambah sel darah dan harus
dimakan oleh mereka yang terkena gejala anemia. Justeru,
keseimbangan badan dapat dicapai melalui pengambilan makanan
yang sesuai.
   Di Jepun, pengaruh Buddha  dari China telah memungkinkan 
masyarakat Jepun pada ketika itu tidak memakan daging. Makanan
utama pada ketika itu ialah sayuran dan ikan. Zaman pembaharuan
Maharaja Meiji pada pertengahan kurun ke-19 telah memungkinkan
pengaruh budaya Barat menular ke dalam masyarakat Jepun.
Perubahan ini telah memungkinkan  masyarakat Jepun mula
memakan daging lembu dan ayam apabila Maharaja Meiji memakan
daging tersebut sebagai makanan ...

You might also like