You are on page 1of 1

Kelas Bahasa Melayu

Cik Siti Athirah


SMJK Chung Hwa

Tatabahasa: Antonim

Baca petikan berikut dan berikan perkataan yang berlawanan bagi perkataan yang
dihitamkan.

Mutiara Hitam dari Sabah

Mutiara ialah sejenis permata yang berharga. Berbeza daripada permata yang lain, mutiara
bukan sejenis galian yang dilombong dari perut bumi. Mutiara terbentuk di dalam cangkerang
sejenis tiram. Apabila bahan asing seperti pasir atau serpihan cangkerang masuk ke dalam
cangkerang tiram, maka bahan itu akan dilitupi oleh partikel dengan pelbagai lapisan nipis yang
dinamakan nakre. Proses ini berlaku selama beberapa tahun untuk membolehkan bahan asing itu
bertukar menjadi mutiara.

Mutiara berkilat dan warnanya sama dengan lapisan cangkerang tiram. Ada tiram yang
menghasilkan mutiara yang indah warnanya seperti hitam, oren, merah jambu, krim atau putih.
Mutiara jenis ini mahal harganya. Mutiara hitam adalah antara jenis mutiara yang tinggi nilainya.
Jika mutiara dibelah dua dan dilihat di bawah mikroskop, akan kelihatan lapisan bulatan seolah-
olah lapisan pada bawang yang dibelah dua.

Salin soalan di bawah ini di dalam buku tatabahasa anda.

Soalan:

Berikan perkataan yang berlawanan (antonim)bagi perkataan-perkataan yang berikut:

Contoh: Tinggi – rendah

1. Masuk -
2. Nipis -
3. Di bawah –
4. Putih -
5. Mahal -

You might also like