You are on page 1of 1

APRESIASI SENI

Karya ini dihasilkan oleh seorang pelukis terkenal kelahiran negara Amerika Syarikat yang
bernama Sam Lewis Francis. Beliau lahir pada 25 Jun 1953 di San Mateo, California, US dan
meninggal pada tahun 1994. Beliau merupakan graduan dari University of California, Berkeley.
Beliau telah menghasilkan lebih 11,000 karya sepanjang umurnya dan karyanya juga sering
dikomersialkan dalam bentuk pembidaan. Majoriti karya yang dihasilkan oleh beliau adalah
berbentuk abstrak ekspresionisme dan hal yang sama berlaku pada karya yang akan dibincangkan.

Karya yang telah dihasilkan oleh beliau ini bernama Bright Web. Karya ini dihasilkan pada
tahun 1973 serta menggunakan arkrilik di atas kertas. Seperti yang telah dinyatakan di atas, karya ini
dihasilkan dengan menggunakan gaya abstrak ekspresionisme. Bentuk yang digunakan pada karya ini
adalah bentuk ilusi kerana bersifat 2D. Prinsip rekaan yang digunakan ialah penegasan,
imbangan tidak simetri dan kepelbagaian. Bentuk jenis ilusi juga telah digunakan di alam
karya ini kerana bentuknya tidak dapat disentuh tetapi dapat dihayati melalui pancaindera.

You might also like