You are on page 1of 27

LAMPIRAN

LAMPIRAN 1

JAWATANKUASA PENAJA KELAB LESTARI ALAM


SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR LAGUNA MERBOK
08000 SUNGAI PETANI, KEDAH
No. Tel: 04-4445021/ 04-4445105
.

 No. Ruj :……………………...

Tarikh : 5 November 2020

(Guru yang berkenaan___,


Kelab Lestari Alam,
Sekolah Kebangsaan Bandar Laguna Merbok,
08000 Sungai Petani,
Kedah.

Tuan/Puan,

MESYUARAT PENAJA KELAB PENCINTA ALAM SK BANDAR PUTRA KALI


PERTAMA

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimakluman bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan seperti


ketentuan berikut:

Tarikh : 10 November 2020


Masa : 9 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Ibnu Khaldum
Pengerusi : Muhammad Azim Bin Aziz

3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut;


3.1 Ucapan pengerusi
3.2 Meluluskan nama dan alamat

1
3.3 Perlembagaan kelab
3.4 Sumber Kewangan
3.5 Pelantikan Ahli Jawatankuasa Penaja
3.6 Penutup

4. Kehadiran dan kerjasama daripada pihak tuan/puan didahului ucapan


terima kasih

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

azimaziz
……………………………………..

(MUHAMMAD AZIM BIN AZIZ)


Jawatan Kuasa Penaja,
Kelab Lestari Alam,
SK Bandar Laguna Merbok,
08000 Sungai Petani,
Kedah.

2
LAMPIRAN 2

Tarikh : 10 November 2020


Masa : 9 Pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Ibnu Khaldum
Kehadira :
n
KELAB PENCINTA ALAM SK BANDAR PUTRA

MINIT MESYUARAT AJK PENAJAAN

Guru

1. En. Muhammad Azim Bin Aziz 7. Pn. Nur Adzlin Binti Abdullah
2. Cik Izna Dalila Binti Mohd Shaffie 8. Pn. Syahida Latifah Bt Abd Rashid
3. En. Muhammad Faris Bin Wahab 9. Pn. Nur Ain Syafikah Binti Rosli
4. Cik Nurul Alia Binti Ramli 10. Pn. Farah Wahida Binti Ali
5. En. Muhammad Azri Bin Jamil 11. En. Muhammad Luqman Bin Noorezan
6. Pn. Nurul Izzaty Binti Samsudin

Murid:

1. Abdul Aziz Bin Affendi (Tahun 4) 7. Azizu Aida Binti Rashid (Tahun 6)
2. Aimi Fatin Binti Ahmad Fuad (Tahun 4) 8. Hanis Salwa Binti Amran (Tahun 6)
3. Haslinda Binti Ahmad (Tahun 4) 9. Fairuz Bin Abis (tahun 6)
4. Jeffery Bin Ibrahim (Tahun 5)
5. Mohd Izray Bin Mustapa (Tahun 5)
6. Khalidah Adibah Binti Ishak (Tahun 5)

Agenda :

1) Ucapan pengerusi

3
Pengerusi Kelab Lestari Alam SK Bandar Laguna Merbok iaitu En. Muhammad
Azim Bin Aziz memberi ucapan penghargaan kepada semua yang menghadiri
mesyuarat kali pertama, Beliau juga telah memberi matlamat mesyuarat ini
diadakan iaitu untuk menubuhkan satu Kelab Lestari Alam.

MAKLUMAN

2) Meluluskan nama dan alamat

Penubuhan kelab telah dipersetujui oleh ahli mesyuarat yang hadir. Kelab ini
telah dinamakan sebagai Kelab Lestari Alam yang beralamat Sekolah
Kebangsaan Bandar Laguna Merbok, 08000 Sungai Petani, Kedah.

MAKLUMAN

3) Perlembagaan kelab
Perbincangan mengenai perlembagaan Kelab Lestari Alam telah dilakukan
semasa mesyuarat dan perlembagaan tersebut telah diluluskan oleh semua ahli
mesyuarat.

Tujuan :
i. Menyemai rasa cinta terhadap alam sekitar kepada murid Sekolah
Kebangsaan Bandar Laguna Merbok
ii. Memberi pendedahan kepada para murid dalam bidang pengurusan
iii. Melatih para murid dalam menguruskan sesebuah organisasi
iv. Merapatkan hubungan antara murid yang terdiri daripada murid-murid
yang berbilang kaum

Aktiviti :

1. Pendaftaran Kelab/Persatuan
2. Mesyuarat Agong/Penubuhan AJK/Pengenalan Guru Penasihat
3. Perancangan aktiviti kelab
4
4. Pelancaran Pertandingan Kelas Mesra Alam
5. Projek Landskap
6. Gotong Royong Perdana
7. Tayangan Video Dokumentari
8. Ceramah “Save The Earth”
9. Kempen “Save The Earth”
10. Explorace “Sayangi Alam Sekitar”
11. Lawatan Sambil Belajar
12. Bengkel 3R (Reuse, Recycle, Reduce)
13. Pertandingan Inovasi Barangan Kitar Semula
14. Pameran Inovasi Barangan Kitar Semula
15. Mesyuarat Agung
16. Pertandingan Melukis Flora dan Fauna
17. Jamuan Akhir Tahun Kelab Lestari Alam

4) Sumber kewangan
i. Yuran keahlian RM5 setahun
ii. Yuran bulanan RM1
iii. Sumbangan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Bandar Laguna
Merbok
iv. Sumbangan Unit Kokurikulum SK Bandar Laguna Merbok
v. Sumbangan Jawatan Kuasa Penaja Kelab Lestari Alam SK Bandar
Laguna Merbok
vi. Sumbangan Badan Bukan Kerajaan (NGO)
TINDAKAN: BENDAHARI

5) Pelantikan ahli jawatankuasa Penaja

Pengerusi : En. Muhammad Azim Bin Aziz

Naib Pengerusi : Cik Izna Dalila Binti Mohd Shaffie

5
Setiausaha : Cik Nur Isma Syazani Binti Ishak

Penolong Setiausaha : Pn. Nur Adzlin Binti Abdullah

Bendahari : Pn. Syahida Latifah Bt Abd Rashid

Penyelia Projek : Pn. Nur Ain Syafikah Binti Rosli

Ketua Projek Kitar Semula : Cik Nurul Alia Binti Ramli

Ketua Projek Landskap Taman : En. Muhammad Azri Bin Jamil

Jawatan Kuasa Pengerak : Pn. Farah Wahida Binti Ali


Pn. Nurul Izzaty Binti Samsudin
En. Muhammad Luqman Bin Noorezan

6) Ahli mesyuarat bersetuju untuk menubuhkan Kelab Lestari Alam.

7) Mesyuarat ditamatkan pada pukul 11.30 pagi.

Azimaziz ismasyazani
………………………………….. ...…………………………………..

Muhammad Azim Bin Aziz Nur Isma Syazani Binti Ishak

Pengerusi, Setiausaha,

Kelab Lestari Alam, Kelab Lestari Alam,

Sekolah Kebangsaan Bandar Laguna Sekolah Kebangsaan Bandar Laguna


Merbok. Merbok

LAMPIRAN 3

6
SENARAI AHLI SASARAN KELAB LESTARI ALAM

PELAJAR TAHUN 4

BIL NAMA JANTINA KELAS

1 Abdul Aziz Bin Affendi L 4 Arif

2 Aimi Fatin Binti Ahmad Fuad P 4 Arif

3 Haslinda Binti Ahmad P 4 Arif

4 Latifah Syahida Binti Zaharudin P 4 Arif

5 Muhammad Akmal Bin Mohamad L 4 Bestari

6 Muhammad Fahmi Bin Ali L 4 Bestari

7 Muhammad Faris Bin wahab L 4 Bestari

8 Noor Intan Bin Ghazali P 4 Cekal

9 Norhani Nabila Binti Zainol P 4 Cekal

10 Nur Akma Alia Binti Jamaluddin P 4 Dedikasi

11 Nur Suhaimah Binti Firdaus P 4 Dedikasi

12 Nur Syaerah Binti Mohd Saad P 4 Ehsan

13 Nur Syafiqah Binti Ghazali P 4 Ehsan

14 Maria Binti Ahmad Hanafi P 4 Gigih

15 Mastura Binti Mustapa P 4 Gigih

PELAJAR TAHUN 5

BIL NAMA JANTINA KELAS

7
1 Jeffery Bin Ibrahim (Tahun 5) L 5 Arif

2 Khalidah Adibah Binti Ishak P 5 Arif

3 Mohd Izray Bin Mustapa L 5 Arif

4 Muhammad Farouq Bin Isa L 5 Arif

5 Muhammad Hakim Bin Lebai L 5 Bestari

6 Muhammad Hisham Bin Mad Nor L 5 Bestari

7 Muhammad Khairul Naim Bin Nazri L 5 Bestari

8 Muhammad Zahid Bin Wahab L 5 Cekal

9 Muhammad Zahir Bin Aidil L 5 Cekal

10 Nur Amisya Binti Mohd Nawi P 5 Dedikasi

11 Nur Asma Binti Farizal P 5 Dedikasi

12 Sarah Binti Rafee P 5 Ehsan

13 Siti Suhaila Binti Anuar P 5 Ehsan

14 Wan Adibah Binti Hassim p 5 Gigih

PELAJAR TAHUN 6

BI NAMA JANTINA KELAS


L

1 Azizul Bin Rashid L 6 Arif

2 Fairuz Bin Abis L 6 Arif

3 Hanis Salwa Binti Amran P 6 Arif

4 Muhammad Zulhilmi Bin Azhar L 6 Arif

5 Masturina Binti Dahaban P 6 Bestari

6 Nur Farhana Binti Halim P 6 Cekal

7 Nur Syuhad Binti Mohd Arznie P 6 Cekal

8 Naim Daniel Bin Haqim Rusli L 6 Dedikasi

9 Nathan A/L Rajendran L 6 Dedikasi

10 Tan Xin Yin P 6 Gigih

8
11 Tan Ying Sin P 6 Gigih

Tahun 4 : 15 Orang
Tahun 5 : 14 Orang
Tahun 6 : 11 Orang
Jumlah: 40 Orang

LAMPIRAN 4

9
10
LAMPIRAN 5

PERLEMBAGAAN KELAB LESTARI ALAM


SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR LAGUNA MERBOK
08000 SUNGAI PETANI, KEDAH

PERATURAN-PERATURAN (PERLEMBAGAAN) KELAB

FASAL 1 NAMA DAN ALAMAT

1.1 Nama Kelab : Kelab Lestari Alam Sk Bandar Laguna Merbok

1.2 Alamat : Sekolah Kebangsaan Bandar Laguna Merbok 08000 Sungai


Petani, Kedah

FASAL 2 MATLAMAT

2.1 Melahirkan generasi yang mempunyai sifat cinta akan keaslian alam semula jadi.

2.2 Membentuk komuniti murid yang mempunyai kesedaran tinggi terhadap


kepentingan alam sekitar
2.3 Menggalakkan tindakan positif pelajar bagi melindungi dan meningkatkan kualiti

11
alam sekitar.

FASAL 3 OBJEKTIF

3.1 Mendedahkan kepada murid-murid tentang jenis aktiviti yang boleh dilakukan oleh
mereka dalam menanam semangat cintakan alam sekitar.

3.2 Meningkatkan tahap kesedaran dan rasa tanggungjawab para murid serta warga
sekolah akan kepentingan menjaga alam sekitar demi kesejahteraan.

3.3 Melahirkan para murid dan warga sekolah yang mengamalkan budaya kitar semula
dan guna semula barang terpakai.

3.4 Menyediakan struktur organisasi bagi para murid mendalami minat mereka dalam
pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

3.5 Memberi peluang kepada para pelajar untuk melihat ekosistem semula jadi dalam
konteks yang berbeza.

FASAL 4 IDENTITI KELAB

4.1 Visi : Memastikan keunikan dan kualiti alam sekitar dikekalkan bagi menjamin
kesihatan, kesejahteraan, keselamatan dan keselesaan hidup rakyat masa
kini dan akan datang.
4.2 Misi : Menggalakkan, meningkatkan dan mengekalkan pengurusan alam sekitar
yang baik dalam proses pembangunan Negara.
4.3 Logo :

12
4. Penerangan : i. Logo ini mengandungi bentuk kitar semula yang
4 Logo melambangkan menguna pakai semula bahan kitar semula
ii. Gambar di dalam bentuk kitar semula itu merupakan
gambar bumi yang menjadi signifikan kepada seluruh
perkara yang yang berada di dalamnya seperti flora, fauna
dan alam sekitar.
iii. Warna hijau bumi melambangkan alam semula jadi.
iv. Tulisan “Save The Earth” adalah moto bagi Kelab Lestari
Alam yang bermaksud tanggungjawab menjaga bumi
adalah tanggungjawab bersama-sama.
4. Moto : ““Save the Earth”
2
Slogan ini dipilih sebagai satu tanda bahawa tugas menjaga alam
sekitar ini merupakan tanggungjawab yang sangat
4. Lagu : Alam ini ciptaan tuhan,
3 Kurniaan terindah,

Mari bersama menjaga kebersihan,

Ke arah Alam Lestari.

Mari bertanam-tanaman,

Pemandangan kehijauan,

Jauhi pencemaran,

Elakkan pembalakan.

Oh… Sayangi flora dan fauna,

Bersama-sama kita,

Hidup aman sentosa,

Tanpa sebarang noda

FASAL 5 GURU PENASIHAT

5.1 Guru penasihat adalah terdiri daripada guru-guru SK Bandar Laguna Merbok

5.2 Guru penasihat mempunyai kuasa mutlak merancang, melaksana atau


membatalkan sesuatu aktiviti apabila difikirkan perlu.

13
FASAL 6 AHLI JAWATAN KUASA

6. Ahli jawatan kuasa dilantik semasa Mesyuarat Agong.


1
6. Ahli yang hadir dan ahli yang tidak hadir tetapi menulis surat, layak dicalonkan
2 sebagai Ahli Jawatan Kuasa.
6. Pemilihan ahli jawatan kuasa dipilih berdasarkan undian majoriti.
3
6. Ahli Jawatan Kuasa kecil boleh dilantik oleh guru penasihat tanpa mengadakan
4 mesyuarat.
6. Ahli jawatan kuasa yang hendak meletakkan jawatan perlu menghantar surat
5 perletakan jawatan kepada guru penasihat.
6. Jawatan kuasa persatuan mestilah terdiri daripada:
6
6.5. Pengerusi
1
6.5. Naib Pengerusi
2
6.5. Setiausaha
3
6.5. Penolong Setiausaha
4
6.5. Bendahari
5
6.7 Guru Penasihat boleh menambah bilangan AJK jika difikirkan perlu

FASAL 7 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA

7. Pengerusi
1
7.1. Mempengerusikan semua mesyuarat
1

14
7.1. Meneliti catatan mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang
2 diputuskan diambil tindakan sewajarnya
7.1. Memberi arahan yang jelas kepada jawatankuasa dalam melaksanakan tugas
3 atau aktiviti.
7.1. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari masa
4 ke semasa.
7. Naib Pengerusi
2
7.2. Menjadi pengerusi mesyuarat semasa ketiaadaan pengerusi.
1
7.2. Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang
2 diberi.
7.2. Membantu pengerusi dalam melicinkan pelaksanaan aktiviti.
3
7.2. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari masa
4 ke semasa.
7. Setiausaha
3
7.3. Menguruskan hal-hal mesyuarat
1
7.3. Mencatat dan mengesahkan minit mesyuarat/ laporan kegiatan kelab.
2
7.3. Mencatat kehadiran ahli pada setiap perjumpaan
3
7.3. Menyimpan dokumen yang berkaiitan dengan persatuan.
4
7.3. Membuat laporan perjumpaan dan aktiviti kelab.
5
7. Penolong Setiausaha
4
7.4. Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan
1 tanggungjawanya.

15
7.4. Menjalankan tugas setiausaha sewaktu ketiadaan setiausaha.
2
7.4. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari masa
3 ke semasa.
7.4. Membantu menyediakan tempat mesyuarat.
4
7. Bendahari
5
7.5. Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan kelab.
1
7.5. Menyimpan semua resit-resit buku rekod wang keluar masuk dan mengumpul
2 wang.
7.5. Mengeluarkan resit bagi penerimaan dan pembayaran yang dibuat.
3
7.5. Membuat laporan wang kewangan jika diminta oleh ahli jawatan kuasa.
4
7.5. Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta dalam mesyuarat ahli
5 jawatankuasa
7.5. Membuat dan membuat penyata kira-kira berkenaan semua perkara
6 kewangan dan bertanggungjawab atas kesahihannya
7.5. Menyediakan laporan kewangan untuk diaudit dan dan dibetangkan dalam
7 Mesyuarat Agung atau Mesyuarat Jawatan Kuasa.
7.5. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat.
8
7. Ahli Jawatan Kuasa
6
7.6. Menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang dilaksanakan.
1
7.6. Mempengerusi biro sekiranya dilantik.
2
7.6. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat.
3

16
FASAL 8 KEWANGAN

8. Setiap ahli dikenakan yuran pendaftaran sebanyak RM 5.00 semasa mendaftar


1 sebagai ahli.
8. Setiap ahli dimestikan menjelaskan yuran bulanan sebanyak RM 1.00 kepada
2 bendahari kelab.
8. Pindaan bagi kutipan yuran pendaftaran ahli dan yuran bulanan boleh dilakukan
3 mengikut persetujuan 2/3 ahli kelab semasa mesyuarat agung tahunan.
8. Kelab berhak menerima dan mencari sumbangan dalam bentuk wang atau lain-
4 lain dari mana-mana pihak
8. Ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaan besar
5 boleh dikenakan derma khas bagi membiayai tersebut.
8. Semua pungutan/ penyimpanan boleh dimasukkan dalam akaun yang
6 disediakan oleh bendahari
8. Pengeluran wang sebanyak RM 499.99 perlu mendapat persetujuan 2/3 ahli.
7
8. Pengeluaran wang yang kurang daripada RM 500 tetapi lebih RM 199 hanya
8 perlu mendapat persetujuan AJK tertinggi.

8. Penyata kewangan akan diaudit dan diedarkan bagi setiap tahun berakhir pada
9 akhir tahun.

FASAL 9 KEHADIRAN/PENYERTAAN

9. Ahli kelab dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh kelab
1 sepanjang tahun.
9. Ketidak hadiran ahli kelab boleh dikenakan tindakan disiplin dan kehilangan
2 hak-hak keahlian kelab.

FASAL 10 AKTIVITI

10.1 Aktiviti kelab dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung atau
mesyuarat ahli jawatankuasa.

17
10.2 Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh guru penasihat dan diumumkan
kepada pengetahuan ahli.

FASAL 11 PERATURAN-PERATURAN

11.1 Peraturan asas kelab adalah peraturan sekolah.


11.2 Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh ahli.
11.3 Tindakan tatatertib akan dikenakan kepada ahli-ahli yang melanggar
peraturan.

FASAL 12 TINDAKAN DISIPLIN

12.1 Ahli-ahli yang melanggar peraturan dan perlembagaan kelab akan dikenakan


tindakan disiplin.
12.2 Tindakan disiplin adalah mengikutcara berikut:

12.2.1 Amaran Lisan

12.2.2 Amaran Bertulis

12.2.3 Gantung keahlian

12.2.4 Pecat keahlian


12.3 Kesemua hak keahlian kelab akan hilang bagi ahli yang dikenakan tindakan
disiplin.
12.4 Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat
rayuan kepada guru penasihat unit kokurikulum persatuan/kelab secara
bertulis dan keputusan guru penasihat adalah muktamat.

FASAL 13 PINDAAN PERLEMBAGAAN

13.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda


13.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli jawatankuasa,
guru penasihat atau pentadbir sekolah secara bertulis
13.3 Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh guru penasihat dan ahli jawatankuasa

18
akan membincangkan cadangan tersebut dan meluluskan jika perlu.
13.4 Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamerkan dan disahkan
oleh Guru Besar.

FASAL 14 PEMBUBARAN PERSATUAN

14.1 Guru Besar diberi kuasa untuk membubarkan persatuan jika didapati

melanggar perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara.


14.2 Segala hutang wajib dijelaskan. Baki kewangan diputuskan dalam Mesyuarat

Agung Tergempar.

FASAL 15 HAL-HAL LAIN

15.1 Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang
dijalankan.
15.2 Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat.

ismasyazani Azimaziz SHARIMSHAH


………………………………………
………………………………… …………………………………..
(SHARIM SHAH BIN SAAD)
(NUR ISMA SYAZANI BINTI (MUHAMMAD AZIM BIN
Guru Penasihat,
ISHAK) AZIZ)
Kelab Lestari Alam
Setiausaha, Pengerusi,
SK Bandar Laguna Merbok.
Kelab Lestari Alam Kelab Lestari Alam
Tarikh:
SK Bandar Laguna Merbok. SK Bandar Laguna Merbok.
Tarikh: Tarikh:

LAMPIRAN 6

RANCANGAN TAHUNAN KELAB LESTARI ALAM

1. Pendaftaran Kelab/Persatuan
2. Mesyuarat Agong
3. Aktiviti-Aktiviti Kelestarian Alam
19
a) Program Kitar Semula
b) Projek Landskap
c) Program “Save the Earth”
d) Program 3R (Reuse, Recycle, Reduce)
4. Program Inovasi Barangan Kitar Semula
a) Pertandingan Inovasi
b) Pameran Inovasi
5. Jamuan Akhir Tahun

RANCANGAN BULANAN KELAB LESTARI ALAM

Bulan Minggu/Tarik Aktiviti Catatan/Tindakan


h

Januari Minggu 2 Pendaftaran Kelab/Persatuan

Minggu 4 Mesyuarat Agong/Penubuhan


AJK Murid/Pengenalan Guru
Penasihat

Februari Minggu 2 Perancangan aktiviti kelab

Minggu 4 Pelancaran Pertandingan Kelas


Mesra Alam dan Tong Sampah
Kitar Semula

Mac Minggu 2 Cuti Persekolahan Penggal 1

Minggu 4 Projek Landskap

April Minggu 2 Gotong Royong Perdana

Minggu 4 Tayangan Video Dokumentari

Mei Minggu 2 Peperiksaan Pertengahan Tahun

Minggu 4 Cuti Persekolahan Pertengahan


Tahun

Jun Minggu 2 Ceramah “Save The Earth”

Minggu 4 Kempen “Save The Earth”

20
Julai Minggu 2 Explorace “Sayangi Alam Sekitar”

Minggu 4 Lawatan Sambil Belajar

Ogos Minggu 2 Bengkel 3R (Reuse, Recycle,


Reduce)

Pertandingan Inovasi Barangan


Minggu 4
Kitar Semula

Septembe Minggu 2 Pameran Inovasi Barangan Kitar


r Semula

Mesyuarat Agung
Minggu 4

Oktober Minggu 2 Pertandingan Melukis Flora dan


Fauna

Peperiksaan Akhir Tahun


Minggu 4

November Minggu 2 Jamuan Akhir Tahun Kelab


Pencinta Alam

Cuti Persekolahan Akhir Tahun


Minggu 4

Disember Mingg 2 Cuti Persekolahan Akhir Tahun

Minggu 4 Cuti Persekolahan Akhir Tahun

LAMPIRAN 7

BORANG PENDAFTARAN KEAHLIAN


KELAB PENCINTA ALAM
NAMA : __________________________________________
SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR PUTRA
KELAS : __________________________________________
JANTINA : __________________________________________
AGAMA : __________________________________________
BANGSA : __________________________________________
TARIKH LAHIR : __________________________________________

21
ALAMAT RUMAH : __________________________________________

__________________________________________
NAMA WARIS/ PENJAGA : __________________________________________
NO.TELEFON WARIS/ : __________________________________________

PENJAGA

LAMPIRAN 8

KEWANGAN KELAB PENCINTA ALAM SK BANDAR PUTRA

A. PENDAPATAN

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH


1. Yuran Tahunan Ahli RM 5 x 40 orang RM 200
2. Yuran Bulanan Ahli RM 1 x 40 orang RM 40
2. Kutipan Ahli Jawatankuasa Penaja RM 50 x 11 orang RM 550
3. Sumbangan dari unit kokurikulum RM 300
4. Smbangan dari Pihak PIBG RM 350
5. Sumbangan dari Pertubuhan Warisan Alam RM 600
Sekitar Malaysia
Jumlah RM 2 040

B. PERBELANJAAN

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH

1. Tong Sampah Kitar Semula RM 150 x 3 tong RM 450

22
2. Projek Landskap
I. Pokok Kipas RM 30 x 2 RM 60
II. Pokok Englia RM 25 x 4 RM 100
III. Pokok Bunga Orkid RM 12 x 15 RM 180
IV. Pokok Bunga Tahi Ayam RM 10 x 15 RM 150
V. Baja Organik RM 70 RM 70
3. Kempen “Save The Earth” RM 70 RM 70

3. Bengkel 3R (Reuse, Recycle, Reduce) RM 150 150

4. Pertandingan Inovasi Barangan Kitar RM 350 RM 350


Semula

5. Pameran Inovasi Barangan Kitar Semula RM 150 RM 150

6. Jamuan Akhir Tahun RM 5 x 55 RM 275

7. Perbelanjaan Runcit RM 35 RM 55

Jumlah RM 2 040

23
LAMPIRAN 9

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR LAGUNA MERBOK



08000 SUNGAI PETANI, KEDAH
.No. Tel: 04-4445021/ 04-4445105

24
Jawatankuasa Penaja Kelab Lestari Alam, No. Ruj :……………………...
Tarikh : 20 November 2020
Sekolah Kebangsaan Bandar Laguna Merbok
08000 Sungai Petani,
Kedah.

Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Bandar Laguna Merbok,
08000 Sungai Petani,
Kedah.

Melalui:
Guru Penasihat/Pemimpin Jawatankuasa Penaja Kelab Persatuan

Tuan,

PERMOHONAN MENUBUHKAN KELAB LESTARI ALAM SEKOLAH


KEBANGSAAN BANDAR LAGUNA MERBOK

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa sebuah Jawatankuasa Penaja Kelab Lestari


Alam SK Bandar Laguna Merbok diwujudkan pada 10 November 2020 yang lalu
dengan tujuan untuk menyemarakkan lagi kelestarian alam sekitar dalam kalangan
warga sekolah.

3. Sehubungan itu, saya bagi pihak Jawatankuasa Penaja memohon agar pihak
tuan membenarkan penubuhan Kelab Lestari Alam SK Bandar Laguna Merbok
berasaskan Peraturan (4) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan
Sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42. No 11, Tambahan
No.21, Perundangan (A): P.U. (A) 196, bertarikh 21 Mei 1998.

4. Bersama-sama ini disertakan draf perlembagaan dan peraturan-peraturan


persatuan, senarai ahli jawatankuasa penaja dan senarai aktiviti utama sebagai
dokumen sokongan kepada permohonan ini.

5. Jasa baik dan keprihatinan tuan meluluskan permohonan ini amatlah dihargai
dan dan didahului dengan ucapan terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

ismasyazani
……………………………………..
(NUR ISMA SYAZANI BINTI ISHAK)

b.p. Jawatankuasa Penaja Kelab Lestari Alam


25
SK Bandar Laguna Merbok
s.k. 1. Guru Penolong Kanan Kokurikulum
SK Bandar Laguna Merbok.

26

You might also like