You are on page 1of 11

PENGENALAN

Dutch Lady Milk Industries Berhad atau juga dikenali sebagai Dutch Lady Malaysia
merupakan salah sebuah syarikat pengeluar susu lembu dan produk tenusu di Malaysia sejak
tahun 1960-an lagi. Syarikat Dutch Lady sebelumnya bekerja di bawah Royal Friesland
Foods iaitu sebuah syarikat koperasi multinasional yang berada di Belanda. Namun, sejak
pada bulan Disember 2008, penggabungan antara Friesland Foods dan Campina telah
terbentuk dan telah menyebabkan syarikat Dutch Lady Malaysia kini merupakan anak
syarikat kepada Royal Friesland Foods. Produk-produk terkini yang telah berjaya dihasilkan
oleh syarikat Dutch Lady termasuklah susu untuk membesar, susu UHT, susu Pasteur, Susu
Destril, susu rendah lemak dan yogurt minuman lemak 0% serta yogurt rendah lemak.

Pada 28 Mei 1963, syarikat ini sudah mula bertugas untuk menghasilkan susu pekat
manis di kilangnya sendiri di Petaling Jaya, Selangor dengan bernamakan Pacific Milk
Industries (Malaya) Sdn Bhd. Ia juga sekali gus telah menjadi kemudahan pengeluar yang
pertama Friesland Foods di luar daerah Belanda. Selain itu, ia juga telah diperbadankan
sebagai sebuah syarikat Berhad saham gabungan swasta dan telah bermula dengan
pengeluaran yang hanya menghasilkan serta mengeluarkan susu pekat sebelum berkembang
dengan lebih tinggi dalam menghasilkan produk susu tenusu. Namun, sebelum
pengembangannya berlaku, banyak produk-produk yang dihasilkan telah mula diagihkan
kepada negara-negara yang berada di sekitarnya di Asia dan Oseania.

Namun, syarikat ini telah menjadi syarikat susu yang pertama yang telah disenaraikan
di Bursa Saham Kuala Lumpu pada 24 September 1968 dan Singapura pada tahun 1975. Pada
tahun tersebut juga, syarikat ini telah menukar namanya dengan rasmi kepada Dutch Baby
Milk Industries (Malaya) Berhad. Sejak tahun 1970-an, syarikat ini telah menggunakan
pemprosesan suhu dalam kadar ultra yang tinggi (UHT) dan juga teknologi pembungkusan
untuk menghasilkan susu di negara ini. Dek kerana pemodenan syarikat yang telah berlaku,
pada tahun 2000, syarikat tersebut sekali lagi menukar namanya kepada Dutch Lady Milk
Industries.

Syarikat ini terus progresif dalam mengeluarkan dan memperkenalkan produk-produk


yang baharu ke seluruh pasaran Malaysia. Sejak tahun 1983, susu steril syarikat ini juga telah
dikeluarkan dalam negara dan telah dijual dalam botol plastik. Kemudian pada tahun 1986,
pengeluaran susu syarikat ini juga telah bermula dan seterusnya pada tahun 1988, yogurt
buah-buahan serta susu untuk membesar juga telah diperkenalkan. Pada tahun 2011, syarikat
Dutch Lady Milk ini telah dilaporkan sebagai salah satu pemimpin dalam bahagian pasaran
dalam segmen susu membesar iaitu dengan jenama Dutch Lady. Pada tahun yang sama juga,
syarikat tersebut telah memegang sebanyak 40% daripada bahagian pasaran negara.

Pada tahun 2012, rekod kewangan bagi syarikat Dutch Lady bagi suku pertama telah
menunjukkan peningkatan sebanyak 9% dalam pendapatan tahun ke tahun iaitu dengan
keuntungan bersih yang diperolehnya sebanyak RM27.5 juta (AS $8,7200.000). Walaupun
terdapat kelembapan dalam industri susu tenusu dalam Malaysia, syarikat Dutch Lady
Malaysia telah dilaporkan telah berada di landasan yang betul dalam mencapai sasaran jualan
sebanyak RM1 bilion bagi tahun 2013.
CAMPURAN PEMASARAN
Campuran pemasaran (marketing mix) atau lebih dikenali sebagai 4P yang merujuk
kepada beberapa elemen-elemen strategi utama yang perlu direka bentuk dan diurus oleh
pihak pemasar dalam menghasilkan proses pertukaran nilai yang mampu memaksimumkan
kepuasan pengguna. Oleh itu, produk, perletakan harga, pengedaran dan juga promosi
merupakan empat elemen yang terdapat di dalam campuran pemasaran sekali gus yang telah
membentuk campuran pemasaran.

1. PRODUK

Produk merupakan tawaran pemasar untuk diperagakan, dicuba dan digunakan untuk
tujuan-tujuan peribadi, isi rumah, pengeluaran atau jual semula. Produk mempunyai dua
kategori yang utama iaitu produk ketara (tangible) dan produk tidak ketara (intangible).
Produk ketara tersebut dikenali sebagai ‘barangan’ manakali bagi produk tidak ketara pula, ia
dikenali sebagai ‘perkhidmatan’.

2. PERLETAKAN HARGA

Harga didefinisikan sebagai nilai pertukaran sesuatu barangan atau perkhidmatan atau
dengan kata lain jumlah yang terdapat dalam nilai wang yang sanggup dibayar oleh si
pembeli untuk sesuatu barangan atau perkhidmatan. Harga yang dimaksudkan adalah harga
yang tercatat yang merangkumi kos-kos yang tersembunyi. Harga yang tercatat juga
merupakan harag selepas mengambil kira unsur pembungkusan, pengeluaran, pengiklanan,
pengangkutan dan margin keuntungan. Selain itu, perletakan harga merujuk kepada
pengurusan harga akhir yang telah dipilih oleh si pemasar. Keputusan akhir tentang
perletakan harga lazimnya dipengaruhi oleh tiga perkara iaitu kos, pengguna dan pesaing.
Misalnya, syarikat Perodua. Syarikat Perodua telah mengeluarkan kereta Myvi dengan
pelbagai variasi iaitu kereta Perodua Myvi Se, Myvi Premium, dan Myvi Basic. Ketiga-tiga
model kereta ini mempunyai ciri dan harga yang tersendiri dan yang juga bersesuaian dengan
kemampuan para pelanggan.

3. PENGEDARAN

Produk yang telah siap dan telah dipadankan dengan tingkat harga yang perlu disalurkan
ke pasaran melalui sistem yang dikenali sebagai saluran pengedaran bagi memudahkan
produk yang diperolehi oleh para pengguna, Terdapat juga dua keputusan yang penting dalam
saluran pengedaran iaitu keputusan tentang bentuk saluran dan pengurusan saluran. Aspek
dalam saluran pengedaran produk juga berfungsi sebagai medium atau alternatif untuk
menyampaikan produk kepada pengguna sasaran. Ia juga melibatkan aktiviti perkhidmatan
seperti transaksi, inventori dan kelengkapan fasiliti. Seterusnya, strategi ini juga perlu
mengambil kira tentang faktor liputan pengedaran dan kebolehan kakitangan serta rahap
perkhidmatan mereka. Penawaran produk yang betul di lokasi yang strategik dan pada masa
yang tepat merupakan salah satu tujuan kepada strategi ini. Kesemua ini amat bergantung
kepada keberkesanan terhadap saluran-saluran pengedaran yang telah ditetapkan. Ia akan
dinilai melalui cara produk itu ditempatkan dalam kalangan pengguna dan juga penerimaan
mereka terhadap sesuatu produk itu.
4. PROMOSI

Promosi adalah elemen yang terdapat dalam campuran pemasaran yang digunakan
untuk memberitahu, menyuruh dan mengingatkan pengguna tentang kewujudan seseuatu
produk itu. Kaedah-kaedah promosi seperti pengiklanan, promosi jualan, jualan
perorangan, perhubungan awam dan publisiti perlu diurus bagi memastikan kejayaan
menyeluruh untuk mempengaruhi si pengguna. Misalnya, syarikat Samsung biasa
menggunakan kaedah promosi seperti melalui majalah, media cetak, media elektronik dan
sebagainya. Selain itu, syarikat Samsung juga sering mengadakan pameran dagangan atau
pameran formal di mana syarikat Samsung akan memperkenalkan dan mendemontrasikan
produk mereka kepada pelanggan yang berpotensi untuk membeli produk mereka.
Namun, sesetengah pelawat yyang datang ke pameran dagangan tersebut mungkin tidak
akan membeli produk syarikat Samsung pada hari berkenaan tetapi mereka juga turut
berpotensi dalam menjadi pelanggan syarikat tersebut pada masa yang akan datang.

Walau bagaimanapun, bagi perkhidmatan dalam bidang pemasar, campuran


pemasaran bagi organisasi berkenaan dikenali sebagai 7P. Hal ini dikatakan demikian kerana,
selain daripada perlu membentuk strategi produk dalam bidang perkhidmatan, perletakan
harga, pengedaran dan juga promosi, pemasar perkhidmatan tersebut juga perlu menyokong
proses pemasar perkhidmatan dengan menghasilkan bukti-bukti fizikal (physical evidence).
Misalnya, tanda perniagaan, tanda arah, perhiasan dalaman dan sebagainya. Selain itu,
pengurusan manusia misalnya, staf dan juga pengguna serta dalam proses penghasilan
perkhidmatan.

CAMPURAN PEMASARAN DALAM SYARIKAT DUTCH LADY MALAYSIA


Elemen-elemen campuran pemasaran yang terkandung dalam syarikat Dutch Lady
Malaysia iaitu seperti produk, harga, saluran agihan dan juga promosi adalah merupakan
unsur pemasaran yang digabungkan dan dibentuk untuk dijadikan sebagai strategi pemasaran
syarikat tersebut.

 PRODUK (PRODUCT)

Produk merupakan elemen yang penting dan elemen yang utama dalam campuran
pemasaran. Produk yang akan dipasarkan dalam pasaran selalunya mempunyai sifat-sifat
yang dapat menarik perhatian, mudah dimiliki, digunakan dan juga mempunyai faedah
psikologi serta faedah fizikal yang mampu memuaskan kehendak pengguna semasa
melakukan pertukaran. Lazimnya, pengguna bukan sahaja inginkan sesuatu produk, tetapi
juga mereka akan mencari beberapa manfaat dan faedah yang mampu memenuhi keperluan
dan kehendak mereka sebagai pengguna. Oleh itu, tawaran bagi produk syarikat Dutch Lady
Malaysia merangkumi produk-produk yang utama yang turut mempunyai beberapa faedah
sekali gus menjadi faktor utama pelanggan tertarik dalam membeli produk yang dihasilkan
oleh syarikat tersebut.

Selain itu, syarikat Dutch Lady Malaysia juga amat menitikberatkan tentang kualiti,
reka bentuk dan juga kebersihan barangan yang dihasilkannya bagi memastikan produk yang
ditawarkan itu benar-benar mencapai piawaian yang telah ditetapkan. Dari aspek
pembungkusan pula, syarikat tersebut juga menggunakan cara-cara pembungkusan yang
selamat, sesuai dan menarik. Hal ini dikatakan demikian kerana, pelanggan pada masa ini
lebih gemar mencari produk atau keluaran yang mempunyai bungkusan yang turut
mempunyai pelabelan yang menarik.

 HARGA (PRICE)

Harga boleh didefinisikan sebagai nilai yang perlu dibayar oleh si pengguna kepada si
peniaga sebagai salah satu bentuk pulangan terhadapa barangan atau produk yang telah
ditawarkan. Harga terhadap sesuatu produk menunjukkan lambang kepada kualiti produk itu
sendiri. Namun hal yang demikian, realiti dalam bidang pemasaran, fakta tersebut tidak
semestinya betul untuk dijadikan asas terhadap perletakan harga yang lebih strategik. Strategi
penetapan harga menjadi penting terhadap kesedaran pemasar bahawa faktor harga amat
berperanan dalam mempengaruhi pengguna untuk membeli dan kekal sebagai pelanggan
terhadap sesuatu produk.

Pada masa yang sama juga, penetapan harga mestilah berasaskan kepada objektif yang
telah ditetapkan dan hendak dicapai daripada pemasaran dalam sesebuah organisasi itu.
Lazimnya, objektif sesebuah organisasi adalah untuk memperkenalkan produk baharu mereka
ke pasaran, memasuki segmen baru pasaran, menstabilkan harga atau menandingi harga
pesaing, mengadakan jualan habisan stok, mengadakan jualan terhadap barangan yang
spesifik, dan sebagainya. Strategi bagi penetapan harga sepatutnya mempunyai kriteria yang
berlainan daripada pemasar kerana harga merupakan keadah bagi menghasilkan pendapatan
dan mencipta keuntungan. Kepada si pembeli pula, ianya melibatkan aspek seperti
kemampuan untuk membeli, berpatutan dan berfaedah. Dorongan lain seperti diskaun dan
juga harga promosi turut dapat mempengaruhi minat si pengguna untuk membeli sesebuah
produk yang dikeluarkan oleh sesebuah organisasi.

Pihak syarikat Dutch Lady Malaysia telah menghadkan kenaikan harga antara tiga hingga
lima peratus terhadap kesemua produk yang dikeluarkannya bagi memastikan penguasaan
pasarannya tidak akan terjejas. Selain itu, syarikat tersebut juga tidak akan menaikkan harga
sesebuah produk dengan begitu ketara hanya untuk mengaut keuntungan yang bersifat
sementara.

 PENGEDARAN (PLACE)

Tempat atau saluran pengedaran merupakan elemen pemasaran dalam memastikan


sesuatu produk tersebut telah sampai ke tangan pengguna. Antara aspek penting dalam
startegi tempat ialah si pengguna perlulah mendapatkan akses terhadap sesuatu produk atau
perkhidmatan yang telah ditawarkan. Produk yang ditawarkan itu perlulah berada di tempat
yang sesuai dengan kualiti dan kuantiti yang dikehendaki oleh si pengguna.

Pengedaran boleh dilakukan secara langsung mahupun tidak langsung. Pengedaran yang
dilakukan secara langsung ialah pengedaran di mana si pemasar akan berhubung terus dengan
si pengguna atau terus dari pengeluar kepada pengguna. Manakala pengedaran secara tidak
langsung pula lebih kepada penglibatan pihak pemborong, orang tengah, dan peruncit. Antara
faktor-faktor penting yang perlu ada di dalam pemilihan saluran pengedaran adalah seperti
saiz pasaran, ciri-ciri produk dan perkhidmatan yang ditawarkan, strategi pemilihan orang
tengah, saluran pengedaran yang digunakan oleh pasaing dan juga keupayaan syarikat serta
kebolehan pekerja.

Saluran pengedaran yang digunakan oleh syarikat Dutch Lady Malaysia adalah bertujuan
untuk menawarkan produk yang betul, di lokasi yang betul dan pada masa yang tepat.
Kesemua ini adalah amat bergantung kepada keberkesanan saluran-saluran pengedaran yang
telah ditetapkan.

 PROMOSI (PROMOTION)

Promosi adalah bentuk-bentuk atau kaedah-kaedah komunikasi yang digunakan untuk


memberitahu, mengingatkan, dan juga untuk memujuk si pengguna mengenai sesuatu produk
yang dikeluarkan dan yang dijual oleh sesebuah organisasi. Kaedah-kaedah promosi
termasuklah pengiklanan, promosi jualan, publisiti jualan, publisiti dan juga jualan
persendirian. Namun, terdapat juga anggapan bahawa produk yang berkualiti akan terjual
dengan sendirinya. Akan tetapi, dalam strategi mempromosi, pemasar melaksanakan aktiviti
memperkenalkan produk yang hendak ditawarkan kepada si pengguna. Oleh itu, dalam usaha
tersebut, berbagai kaedah promosi yang perlu dilaksanakan agar pihak pengguna dapat
mengetahui, memahami dan juga membuat keputusan untuk menggunakan produk. Tanpa
kewujudan aktiviti promosi dan pemasaran produk yang berkualiti, ia tidak akan menjadi
aktif serta industri sukar untuk memperoleh tahap kompetitif yang dikehendaki di dalam
pasaran. Selain itu, bagi menarik pengguna dalam membeli sesuatu produk bukanlah sesuatu
hal yang mudah. Hal ini dikatakan demikian kerana, pengguna haruslah di pengaruhi dan
bukan hanya diperkenalkan sahaja. Mereka juga perlu diberi kesedaran hingga mereka
merasa perlu untuk membeli produk yang telah ditawarkan.

Bagi mempromosikan produk yang dikeluarkan, syarikat Dutch Lady Malaysia telah
menggunakan saluran pengiklanan hanya melalui media massa yang utama. Walaupun tahap
keberkesanannya agak sukar untuk diukur, namun yang lebih penting di sini adalah faktor
penyebaran maklumat produk mereka secara meluas.

Di samping pengiklanan, kaedah-kaedah promosi yang lain juga digunakan iaitu


antaranya kaedah memberi sample susu secara percuma kepada murid-murid di sekolah.
Dengan memberikan sample susu yang percuma, ia mampu membantu mereka untuk
menanam minat mereka terhadap susu dan sekali gus terhadap jenama susu syarikat Dutch
Lady. Ini merupakan salah satu kaedah untuk mengingatkan mereka kepada jenama syarikat
dan menjadikan mereka sebagai pengguna atau pelanggan tetap serta setia syarikat pada masa
hadapan.

CABARAN KEPADA PENAMBAHBAIKAN ELEMEN CAMPURAN PEMASARAN


1. Mewujudkan dan memantapkan pangkalan pelanggan dan pemasaran pangkalan data

Bagi mengenal dan menjalinkan hubungan erat dengan pihak pelanggan, syarikat
haruslah mengumpulkan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan pelanggannya dan
seterusnya menyimpan maklumat tersebut dalam pangkalan data pelanggan serta
melaksanakan pemasaran pangkalan data. Pangkalan pelanggan adalah satu koleksi
maklumat pelanggan atau bakal pelanggan yang menyeluruh, semasa dan sedia digunakan
untuk tujuan pemasaran seperti penjanaan bakal pelanggan, kelayakan bakal pelanggan,
penjualan produk, perkhidmatan atau penyelenggaraan perhubungan pelanggan.

Pemasar pelanggan pula adalah salah satu proses pembinaan, penyelenggaraan dan
penggunaan pangkalan data pelanggan serta pangkalan-pangkalan yang lain seperti
produk, agen dan pembekal bagi tujuan komunikasi, mengurus niaga dan menjalinkan
hubungan yang erat dengan pihak pelanggan.

2. Penggunaan medium baharu dan terkini

Syarikat Dutch Lady Malaysia haruslah berusaha dalam merebut peluang secepat
yang mungkin menggunakan medium baharu dan terkini untuk menarik pelanggan yang
baharu serta untuk mengekalkan pelanggan yang sedia ada. Perniagaan pada masa ini
dapat dijalankan melalui laman sosial iaitu dengan cara memperkenalkan sesuatu produk
atau perkhidmatan sekali gus dapat mengiklankan produk syarikat tersebut. Laman sosial
kini juga dilihat sebagai satu medium hebahan yang mempunyai pelbagai maklumat dan
ia juga amat berkesan kerana mempunyai rangkaian yang cukup luas, kos yang murah,
pantas serta menarik. Dengan menggunakan sosial media baharu seperti Facebook, Blog,
YouTube dan sebagainya, ia dapat membantu syarikat dalam mendapatkan pelanggan
yang baharu yang lebih banyak dan juga akan mendapat maklum balas dengan lebih cepat
dan pantas hanya melalui laman sosial ini sahaja.

Selain itu, penggunaan medium baharu ini juga dapat membina hubungan yang lebih
baik antara peniaga dengan pelanggan. Membina hubungan yang baik adalah salah satu
cara untuk memperkembangkan sesebuah perniagaan. Dengan penggunaan media sosial
ini juga, ia membolehkan peniaga untuk berkongsi maklumat mengenai perniagaan
mereka kepada orang ramai. Kini, media sosial bukan sahaja menjadi platform untuk
orang ramai berhubung tetapi juga dijadikan sebagai salah satu alternatif seseorang
peniaga untuk berniaga secara maya.

3. Penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan inovasi secara berterusan bagi


menghasilkan produk yang bernilai tinggi serta berkualiti

Kepentingan aktiviti penyelidikan dan pembangunan telah lama diketahui oleh umum.
Aktiviti ini dapat membantu sesebuah organisasi untuk membangunkan industri yang
sedia ada dengan melakukan penambaikan teknologi dan mempertahankan daya saing
dalam pasaran. Aktiviti ini juga dapat membantu dalam penghasilan produk yang lebih
bernilai tinggi dan juga berkualiti.
Pelaburan yang dilakukan dalam penyelidikan dan pembangunan dapat memberi
pulangan atau keuntungan pada jangka masa yang lebih panjang serta dapat
meningkatkan daya saing sektor industri.

Selain itu, pembangunan teknologi juga dapat terhasil melalui penyelidikan dan
pembangunan sendiri. Ini dapat meningkatkan kekuatan, kebangaan dan pengiktirafan
terhadap barangan yang dihasilkan dan yang dikeluarkan oleh syarikat itu sendiri.

RINGKASAN
Pemasaran merupakan salah sebuah bahagian pengurusan dalam bidang perniagaan
yang amat penting dan perlu dititikberatkan. Produk atau perkhidmatan yang tidak berkesan
tidak akan memberikan apa-apa kesan kepada sesebuah perniagaan malah akan merugikan
lagi sesebuah perniagaan tersebut. Ini bermakna aktiviti pemasaran merupakan nadi kepada
kelangsungan sesebuah syarikat dalam bidang perniagaannya. Oleh itu, tidak hairanlah
apabila didapati sesebuah syarikat membelanjakan sejumlah wang yang begitu banyak hanya
untuk tujuan memasarkan produk keluaran mereka.

Selain itu, pelaksanaan strategi yang baik adalah permulaan sesebuah perniagaan
kearah pemasaran yang berjaya. Strategi pemasaran yang mampan tidak begitu bermakna jika
sesebuah syarikat gagal untuk melaksanakannya dengan baik. Perancangan strategic perlulah
dilaksankan bagi menjamin pengurusan perniagaan yang dinamik. Selain itu, sesebuah
organisasi itu juga perlulah membuat perancangan pemasaran yang melibatkan penentuan
strategi pemasaran yang akan membantu untuk mencapai kesemua objektif startegik.

You might also like