You are on page 1of 3

Refleksi Individu

Zairul Hishamuddin Bin Abdul Razak

(901011-06-5677)

Pada semester ketujuh ini, saya telah ditugaskan untuk menyiapkan tugasan Kerja
Kursus Pendek yang melibatkan mata pelajaran Bimbingan dan Kaunseling Kanak-
Kanak (EDU 3107). Tugasan ini mengenai jenis-jenis kemahiran asas kaunseling serta
kepentingannya dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya,
menyediakan satu penulisan kritis tentang penggunaan kemahiran-kemahiran ini dalam
proses pembelajaran dan pengajaran. Tugasan ini telah dilaksanakan sepanjang
menjalani praktikum fasa III di Sekolah Kebangsaan Paya Ara, Temerloh.

Semasa proses melaksanakan tugasan ini, saya telah mempertimbangkan cara


perlaksanaan tugasan dengan membahagikan tugas agar menjadi lebih mudah. Saya
juga berpeluang mendapatkan komen dan tindakan spontan daripada pelajar dan guru
mengenai hasil pengumpulan data yang telah saya lakukan. Saya mendapatkan
pelbagai rujukan dan panduan-panduan asas bimbingan dan kaunseling daripada
pelbagai sumber seperti buku, artikel dan laman sesawang.

Manakala refleksi selepas melakukan tugasan ini, saya merasakan perubahan


telah berlaku pada diri saya terutamanya pada sikap iaitu dapat membina sikap positif
dalam keperluan untuk menjadi guru yang beretika, beradab, berilmu dan berakhlak.
Saya dapat meningkatkan pengetahuan dalam topik kemahiran-kemahiran asas
kaunseling dan kaunseling kanak-kanak terutamanya. Saya telah menunjukkan
komitmen yang tinggi dalam melaksanakan kerja kursus ini dengan berkolaborasi
dengan guru dan rakan praktikum. Seterusya, saya dapat menjalinkan hubungan yang
baik antara, guru-guru, rakan-rakan dan murid-murid Sekolah Kebangsaan Paya Ara.

Bercakap mengenai perasaan terhadap pelaksanaan tugasan ini, saya ingin


berkongsi bersama yang mana saya berasa sangat bangga kerana berjaya menyiapkan
tugasan ini mengikut kriteria-kriteria yang telah ditetapkan. Selain itu saya turut berasa
gembira kerana berpeluang mengambil pengalaman melaksanakan dan mengendalikan
sesi kaunseling bersama murid dengan sendiri. Pengalaman semasa melaksanakannya
banyak membantu saya untuk menjadi guru yang lebih baik daripada pelbagai aspek
terutamanya pengawalan kelas. Selain itu saya turut berasa syukur dengan
keprihatinan serta kerjasama yang telah diberikan oleh murid itu sendiri dan juga pihak
sekolah.

Walaupun begitu terdapat juga beberapa kelemahan yang telah saya kenal pasti
semasa melaksanakan tugasan ini. Antaranya, saya kurang mencari maklumat dan
info-info yang berkaitan daripada pensyarah pembimbing saya kerana lokasi sekolah
saya dengan institut agak jauh. Saya banyak merujuk nota-nota di internet dan
pendapat serta panduan daripada guru-guru di sekolah. Saya akui wujudnya masalah
ini disebabkan kekangan masa menjalani praktikum. Seterusnya saya akan
memperbaiki kelemahan ini dan berusaha untuk tidak mengulanginya lagi.

Apakah pengajaran yang telah diperoleh hasil daripada tugasan ini? Hasil
keseluruhan daripada tugasan ini saya dapat menguasai beberapa sikap sebagai
seorang guru yang reflektif antaranya seperti berfikiran terbuka. Ini dapat dilihat apabila
saya mendapat komen dan kritikan terhadap soalan yang dihasilkan. Saya telah
beranggapan bahawa komen ini adalah nasihat yang berguna daripada orang yang
lebih berpengalaman. Selain itu, saya dapat meningkatkan kesungguhan semasa
pelaksanaan ini. Saya berusaha mencari jalan penyelesaian bagi setiap masalah yang
terjadi seperti mendapatkan nasihat daripada guru dan pensyarah pembimbing dan
membuat rujukan daripada buku-buku dan hasil pembelajaran dalam kelas. Akhirnya,
saya akui bersedia untuk melihat sesuatu masalah daripada pelbagai perspektif dengan
penuh kesungguhan dan tanggungjawab.

Setelah berusaha menyiapkan tugasan yang diberikan ini, dapat saya rumuskan
bahawa seseorang guru yang bertindak sebagai kaunselor yang ingin memberikan
perkhidmatan kaunseling yang baik perlu menguasai serta menggaplikasikan beberapa
kemahiran-kemahiran asas kaunseling. Kecekapan menguasai kemahiran-kemahiran
ini sangat berguna ketika berhadapan dengan klien yang berada dalam
ketidakseimbangan emosi dan psikologi.

Secara umumnya, untuk menjadi seorang kaunselor yang berjaya adalah tidak
mudah kerana ia memerlukan kemahiran-kemahiran yang tertentu. Kaunselor harus
memahami segala kemahiran yang dipelajari dan tahu mengaplikasikannya ke atas
klien pada tempat, masa dan keadaan yang sesuai.

Konklusinya, kerja kursus pendek ini dapat membantu saya dalam memperolehi
pelbagai input atau informasi tentang proses pembelajaran seseorang kanak-kanak dan
kemahiran-kemahiran yang berkesan dalam menguasai kemahiran bimbingan dan
kaunseling. Hal ini penting kepada saya kerana saya akan ditempatkan di sekolah pada
suatu hari nanti. Maka, dengan input-input ini, saya akan mengaplikasikannya ke dalam
suasana pembelajaran yang akan saya wujudkan kelak. Melalui kerja kursus ini juga,
saya dapat meningkatkan tingkah laku dan nilai-nilai etika keguruan yang positif di
samping menjalankan tugas dengan penuh profesional.

You might also like