You are on page 1of 2

Contoh Karangan Surat Rasmi

Setiausaha,
Persatuan Pengakap,
Sekolah Kebangsaan Gong Pasir,
23000 Dungun,
Terengganu.
___________________________________________________________
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Syukur,
23000 Dungun,
Terengganu.                                                                                          2 Mac
2012

Tuan,

Memohon Untuk Meminjam Khemah

Merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan, Persatuan Pengakap


sekolah ini akan mengadakan perkhemahan di Pantai Rantau Abang selama tiga
hari iaitu dari 23 Mac 2012 sehingga 25 Mac 2012.

2.     Masalahnya sekolah kami kekurangan khemah. Jadi, kami ingin meminjam
tiga buah khemah daripada sekolah tuan bagi memastikan tujuan ini dapat
diteruskan.

3.     Kami sangatlah berharap sekiranya pihak tuan meluluskan permohonan ini.
Kerjasama dan perhatian daripada tuan kami ucapkan ribuan terima kasih dan
secara tidak langsung dapat menjayakan hasrat sekolah kami.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

Nurul Syasya
(NURUL SYASYA BT ISMAIL)
Setiausaha,
Persatuan Pengakap,
Sekolah Kebangsaan Gong Pasir,
Dungun, Terengganu.

You might also like