You are on page 1of 19

1.

0 PENGENALAN

Imperialisme Britain terhadap Tanah Melayu sejak abad ke-18 merupakan langkah

untuk mempertahankan tanah jajahannya di India. Pertapakan Britain di Pulau Pinang pada

tahun 1786 merupakan titik permulaan bagi usaha Britain untuk mempertingkatkan lagi

sekuriti armada lautnya di India dengan menjadikan perlabuhan di Tanah Melayu sebagai

tempat membaiki kapal armada lautnya yang beroperasi di Teluk Benggal. Selain itu,

peluasan pengaruh British di Tanah Melayu merupakan satu langkah untuk menjaga

kepentingan ekonominya di rantau Asia. Kedudukan Tanah Melayu sebagai pintu pasaran

Asia menuntut kepada British untuk menguasai kepulauan Melayu di Selat Melaka untuk

mengumpulkan hasil bumi untuk dipasarkan di China. Oleh sebab itu, British telah

menjadikan Singapura sebagai perlabuhan entreportnya di Asia Tenggara sebagai pusat

komersial.1 Seterusnya pada abad ke-20, British berjaya mengawal jaringan ekonomi di Asia

Tenggara menerusi tanah jajahannya di Asia Selatan. Keperluan untuk melindungi

perkembangan imperial ini juga merupakan antara sebab utama British menguasai Tanah

Melayu dan Singapura untuk menjadikan kedua-dua wilayah ini sebagai pengkalan tentera

lautnya di Asia.2

Berbanding penguasaan pentadbiran British di India, pentadbiran British di Tanah

Melayu ialah menerusi pengabsahan oleh Raja-Raja Melayu. Menerusi perkenan Raja-Raja

Melayu, Pejabat Tanah Jajahan British berjaya mengawal secara terus pentadbiran di Tanah

Melayu. Kuasa pentadbiran yang diperolehi British ini telah membolehkan Pejabat Tanah

Jajahan melaksanakan dasar yang membolehkan Tanah Melayu berperanan sebagai unit

ekonomi imperial British.3 Berdasarkan dasar ekonomi imperial ini, terdapat tiga unit

1
D.K. Fieldhouse, Economics and Empire 1830-1914, Cornell University Press, New York, 1973, hlm. 185.
2
Dalam rekod British terma ‘Colonies’ sering digunakan untuk merujuk empayar British yang melibatkan tanah
jajahan, negeri naungan dan ‘Trust Territories’. British Aid- 5, Colonial Development: A Factual Survey of the
Origins and history of British Aid to Developing Countries, The Overseas Development Institute Ltd., England,
1964, hlm. 6.
3
Ibid., hlm. 6.
ekonomi kolonial utama yang dibentuk oleh British di Tanah Melayu, iaitu Negeri-Negeri

Selat (NNS), Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) dan Negeri-Negeri Melayu Tidak

Bersekutu (NNMTB). Selain, mempunyai perbezaan dari segi pentadbiran politik, ketiga-tiga

unit ekonomi ini juga berbeza dari segi sistem ekonominya. NNS dijadikan sebagai pusat

pelabuhan asasi untuk memasarkan komoditi perdagangan, manakala NNMB dan NNMTB

berperanan sebagai pembekal bahan mentah untuk NNS.

2.0 SEJARAH DAN PERKEMBANGAN EKONOMI IMPERIAL

Secara umumnya sejarah imperial memberi tumpuan penyelidikan terhadap isu

perjanjian dan pihak yang terlibat dengannya, diplomatik, pentadbiran dan sektor ekonomi

imperial seperti pertanian dan perdagangan. Isu-isu ini sering dikaitkan dengan

perkembangan empayar Eropah dengan meneliti ideologi yang mendasari imperialisme

mereka dan impaknya di tanah jajahan. 4 Walaupun begitu, apakah kaitan imperialisme

dengan kolonialisme ? Pusat Rujukan Persuratan Melayu mendefisinikan imperialisme

sebagai fahaman politik yang bertujuan menjajah negara lain. Manakala, kolonialisme

bermaksud dasar atau amalan sesebuah negara meluaskan penguasaannya terhadap sesebuah

negara.

Dalam erti kata lain, kolonialisme merupakan satu tindakan penjajahan yang terbit

daripada imperialisme. Oleh sebab itu, dalam melaksanakan dasar ekonomi imperial di tanah

jajahan, kuasa penjajah seperti British perlu membentuk kerajaan kolonial yang dikawal terus

oleh kerajaan di negara induk.5 Oleh sebab itu, boleh dihujahkan bahawa perkembangan

imperialisme British sejak akhir abad ke-19 telah membawa kepada kebangkitan

4
Linda Colley, What is Imperial History Now ?, In, David Cannadine, What is History Now, Palgrave
Macmillan, New York, 2002, hlm. 133.
5
Nicholas Tarling, Imperialism in Southeast Asia, Routledge, New York, 2001, hlm. 9-15.
merkantilisme (istilah neomerkantilisme atau merkantilisme moden digunakan pada abad ke-

20 dalam sistem ekonomi kolonial di tanah jajahan.6

Berdasarkan kefahaman terhadap imperialisme dan kolonialisme tersebut,

perkembangan imperialisme British di Tanah Melayu yang lebih sistematik dan jelas dikesan

seawal tahun 1895 apabila Sir Charles Mitchell berjaya mendapatkan persetujuan Pejabat

Tanah Jajahan di London untuk menggabungkan negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan

dan Pahang sebagai Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Matlamat utamanya ialah untuk

menyeragamkan pentadbiran keadilan, sistem pengutan cukai dan penyelesaian masalah

pentadbiran tanah.7 Walaupun begitu, alasan British datang ke Tanah Melayu atas jemputan

sultan dan raja Melayu untuk melatih mereka tentang pentadbiran yang lebih baik, 8 sering

dijadikan alasan oleh sarjana atau pihak tertentu untuk menafikan perkembangan

imperialisme British di Tanah Melayu. Sedangkan, kerajaan Britain menerusi Pejabat Tanah

Jajahan mempunyai prinsip yang jelas terhadap Tanah Melayu yang merangkumi Negeri-

Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu sebagai tanah jajahan

yang bertaraf ‘protectorate’ dalam empayar British.9

Ekonomi imperial British ialah dasar ekonomi yang digubal menerusi Persidangan

Ekonomi Imperial yang dianjurkan oleh kerajaan Britain. Menerusi persidangan ini, kerajaan

Britain dapat membentuk kerjasama ekonomi empayar nya yang melibatkan ‘dominion’,

tanah jajahan mahkota dan negeri naungan. Seterusnya, ketika penganjuran Persidangan

Ekonomi Imperial pada tahun 1926, kerajaan Britain mula memperkenalkan konsep empayar

baharu yang dikenali sebagai ‘Negara-Negara Kowanwel’ (Commonwealth of Nations).


6
Huraian lanjut lihat, Mohd Shazwan Mokhtar, Muhammad Aslah Akmal Azmi & Mohd Samsudin,
Perkembangan Sistem Perdagangan Merkantilisme Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (1909-1913), JEBAT:
Malaysian Journal of History, Politics & Strategic Studies, Vol. 44, No. 2, 2017, hlm. 1-26.
7
Ruper Emerson, Malaysia: Satu Pengkajian dalam Pemerintahan Secara Langsung dan Tidak Langsung, Trj.,
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1974, hlm. 171.
8
Ruper Emerson, 1974, hlm. 178.

9
Shorthand Report of the Proceedings of the Federal Council, 11 July 1923. Lihat juga, Appendix I, Statement
by Mr. Churchill on the Colonies, ect., In Summary of Proceedings and Documents, Conference of Prime
Ministers and Representatives of the United Kingdom, The Dominions and India, 1921
Pengenalan konsep ini merupakan satu langkah oleh British untuk mengikat keseluruhan

negara-negara jajahan British termasuk dominon di bawah satu sistem imperial. Negara-

Negara Komanwel diiktiraf mempunyai kedudukan yang setaraf dengan fungsi yang berbeza.

Persidangan Ekonomi Imperial 1926 turut mengiktiraf Tanah Melayu, khususnya Negeri-

Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri Selat sebagai sebahagian daripada tanah jajahan

British yang penting dan kaya dalam jaringan perdagangan antara empayar.10 Pengenalan

sistem imperial ini membolehkan British untuk memperluaskan lagi pelaksanaan dasar

ekonomi imperial dalam jaringan perdagangan antara empayar nya.11

Kemuncak pelaksanaan dasar ekonomi imperial di Tanah Melayu berlaku pada tahun

1910 hingga tercetusnya Perang Dunia Pertama. Fenomena ekonomi yang berlaku ketika

tempoh masa ini menyaksikan berlakunya peningkatan lebihan baki kewangan dan lebihan

perdagangan yang besar. Justeru, pentadbir British di Tanah Melayu, khususnya di Negeri-

Negeri Melayu Bersekutu mula melaksanakan usaha pembangunan yang besar. Selepas

Perang Dunia Pertama, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu mendapat perhatian dalam

Persidangan Ekonomi Imperial pada tahun 1921. Sebagai negeri-negeri naungan British,

Negeri-Negeri Melayu Bersekutu mempunyai kedudukan yang penting sebagai pembekal

bahan mentah utama dalam pembangunan ekonomi imperial British. Kebergantungan Britain

terhadap bahan mentah dari Negeri-Negeri Melayu Bersekutu adalah untuk memastikan

industri ketenteraan nya dapat beroperasi. Kelengkapan perang diperlukan bagi membolehkan

British mengukuhkan kuasa maritimnya dan berdasarkan kesedaran kerajaan Britain bahawa

empayar nya bakal menghadapi satu lagi peperangan selepas Perang Dunia Pertama

Pembangunan kolonial merupakan dasar ekonomi imperial awal yang diluluskan

Parlimen Britain sejak tahun 1927. Dasar ini secara rasmi mula dilaksanakan pada tahun 1929
10
New Zealand, Imperial Conference, 1926. Summary of Proceedings, 1927, hlm. 99
11
Huraian lanjut lihat, Mohd Shazwan Mokhtar, Keutamaan Imperial dalam Pembangunan
Perdagangan Antara Empayar British di Tanah Melayu, 1921-1926, Prosiding Kongres Sejarah
Malaysia III, Muzium Warisan Akademik UKM, UKM Bangi, 2018, hlm. 90-102
11
setelah Parlimen Britain meluluskan Akta Pembangunan Kolonial (Colonial Development

Act. 1929). Objektif penting pelaksanaan dasar pembangunan kolonial di tanah jajahan

adalah untuk mengatasi masalah pengangguran di Britain dan merangsang pertumbuhan

ekonomi eksport British. Pada tahun 1930, kerajaan Britain telah menetapkan Tanah Melayu

sebagai sebahagian daripada pusat perdagangan dalam jaringan perdagangan antara empayar

yang juga dikenali sebagai perdagangan komanwel. Pelaksanaan dasar ini turut melibatkan

Negeri-Negeri Melayu Bersekutu disebabkan keperluan British untuk mendapatkan sumber

bahan timah dan getah.

3.0 DASAR EKONOMI DUALISME

Konsep ekonomi dualisme adalah satu konsep yang mula digunakan oleh J.H Boeke

(1953) untuk mewakili ekonomi dan masyarakat yang dibahagikan antara sektor tradisional

dan moden. Menurut I. Little,

“ An economy is dualistic when a significant part of it operates under a paternalist


or quasi-feudalist regime, while another significant part operates under a system of
wage employment-which may be capitalist or socialist”.

Dua bentuk eksploitasi ekonomi utama yang dilakukan oleh penjajah ialah

perlombongan dan perladangan getah. Penjajah Eropah telah mewujudkan pembahagian etnik

berdasarkan pembahagian pekerjaan. Orang Melayu berada dalam sektor kerajaan dan

pertanian, manakala Cina sebagai pelombong dan peniaga manakala orang India sebagai

pekerja ladang. Sistem ekonomi penjajah tertumpu kepada perdagangan moden yang

berasaskan perusahaan getah dan perlombongan bijih timah. Sistem ekonomi ini berasaskan

pasaran bandar dan diletakkan di bawah kawalan British. Sistem ini banyak melibatkan

kumpulan etnik Cina dan India. Manakala sistem ekonomi tradisional ialah sektor pertanian,
komoditi utamanya ialah penanaman padi dan perikanan. Teknik pengeluaran, pemasaran dan

tenaga kerja di dominasi oleh etnik melayu dengan berteraskan budaya Melayu luar bandar

atau budaya Melayu tradisional. Secara tidak langsung, ekonomi dualisme ini telah

melambangkan agihan tenaga kerja mengikut tiga etnik utama di Malaysia. Etnik Melayu

tertumpu di sektor pertanian tradisional iaitu pekebun kecil getah, kelapa, pesawah padi, dan

nelayan kecil-kecilan. Dalam sektor ekonomi moden pula, ia di dominasi oleh kumpulan

etnik Cina. Mereka menceburi aktiviti perlombongan, perkilangan dan perkhidmatan.

Ketidakseimbangan antara etnik jelas dilihat dalam sektor ketiga apabila separuh daripada

sektor ini di dominasi oleh etnik Cina manakala etnik Melayu dan India hanya sedikit sahaja.

Sektor ini menjadikan jurang etnik menjadi lebih luas lagi

Secara ringkasnya, dualisme mewujudkan dua jenis sektor ekonomi iaitu pertamanya

ialah sistem ekonomi moden yang mengetengahkan pengeluaran secara besar-besaran dan

aktiviti perdagangan syarikat saham bersama Inggeris yang kebanyakannya diusahakan

oleh pengusaha Eropah dan imigran-imigran China dan India. Manakala, sektor ekonomi

yang kedua ialah kegiatan ekonomi bersifat tradisi yang majoritinya diusahakan oleh orang

Melayu secara kecil-kecilan dan tidak tersusun dari segi perancangan serta pembangunannya.

Melalui sistem dualisme ekonomi yang dibentuk oleh penjajahan barat inilah yang telah

memberi impak dalam kehidupan masyarakat peribumi sehingga menyebabkan peminggiran

mereka di tanah air mereka sendiri.

3.1 EKONOMI TRADISIONAL

Ekonomi tradisional atau juga dikenali sebagai ekonomi sara diri merupakan

antara aktiviti ekonomi biasa (common) bagi masyarakat peribumi khususnya orang

Melayu sewaktu zaman penjajahan Inggeris. Sistem ekonomi yang didasarkan kepada

kaedah-kaedah tradisi yang telah diamalkan sejak berabad lamanya dijalankan tanpa

sebarang struktur atau perancangan di peringkat kebangsaan. Seperti mana namanya


iaitu ekonomi sara diri, sistem ekonomi ini hanyalah dilakukan untuk menampung

keperluan dan menyara keluarga sehari-hari. Disebabkan itulah, hasil

daripadakegiatan ekonomi hanyalah bersifat kecil-kecilan secukupnya untuk

digunakan oleh ahli keluarga mereka. Manakala, jika terdapat lebihan pengeluaran ia

akan ditukar dengan hasil ekonomi lain yang turut menjadi barangan keperluan

yang dikenali sebagai sistem barter. Hal ini jugalah yang dimaksudkan dengan

bentuk ekonomi tidak tersusun dan tidak menentu keadaannya kerana hanya

bergantung kepada desakan kehidupan harian di rumah dan juga di peringkat

kampung sahaja. Aktiviti ekonomi secara tradisional ini hanya mempunyai kitaran di

dalam kawasan kampung dan tidak diketengahkan ke pasaran yang lebih bersifat

kebangsaan dan antarabangsa.

Kawasan penempatan masyarakat peribumi ketika itu turut memainkan

peranan penting dalam pengamalan aktiviti ekonomi tradisional ini. Kebanyakan

kegiatan ekonomi tradisonal adalah berasaskan pertanian dan perikanan yang

kedudukannya sesuai dijalankan di kawasan kampung berdekatan dengan pinggir

sungai, hutan, dan laut. Hal ini menyebabkan, masyarakat peribumi yakni orang

Melayu khususnya lebih cenderung untuk tinggal di kawasan-kawasan desa jauh dari

bandar sewaktu era penjajahan Inggeris. Antara aktiviti ekonomi yang utama ialah

penanaman padi, kopi, kelapa, dan juga aktiviti nelayan. Selain itu, aktiviti-aktiviti

lain juga adalah menternak, memburu dan juga mengumpul hasil hutan yang

dijalankan secara sampingan. Dapat dikenal pasti bahawa, kegiatan ekonomi secara

tradisional yang dijalankan orang Melayu mempunyai sistem pengeluaran yang

mundur teknologinya serta daya produktiviti juga rendah. Tenaga buruh yang

diperlukan juga adalah sedikit dan sangat terhad. Hal ini sangat berbeza jika

dibandingkan dengan sektor ekonomi moden yang berpusat di kawasan-kawasan


bandar yang mana beroperasi dalam satu enklef (kawasan) yang dikelilingi oleh

sektor ekonomi tradisonal.

3.2 EKONOMI MODEN

Seterusnya, sektor ekonomi yang sangat penting pasca penjajahan Inggeris ke

atas negeri-negeri Melayu ialah sistem ekonomi moden. Ianya turut dikenali sebagai

aktiviti ekonomi komersial kerana sangat mengutamakan aktiviti pengeluaran hasil

ekonomi untuk dikomersialkan di pasaran antarabangsa. Antara sektor ekonomi yang

dikembangkan dalam ekonomi moden ini adalah sektor perlombongan dan

perladangan serta sub-sub sektor yang menjadi pelengkap kepada kedua-duanya.

Secara asasnya, ekonomi komersial ini menggunakan teknologi yang moden, tenaga

buruh yang ramai serta menggunakan asas ladang atau estet yang besar. Hal ini

menyebabkan hasil pengeluaran atau daya produktiviti ekonomi moden adalah secara

besar-besaran yang mana turut mengembangkan kegiatan perdagangan.

Kegiatan ekonomi moden adalah tulang belakang kepada ekonomi kolonial

yang menyebabkan tumpuan pembangunan difokuskan kepada sektor ini, manakala

sektor-sektor ekonomi tradisional amnya tidak diberi perhatian. Syarikat-syarikat

saham bersama Inggeris seperti Guthrie, Harrisons dan Crossfield berlumba-lumba

menjalankan kegiatan perdagangan menerusi ekonomi moden di Tanah Melayu ini.

Aktiviti ekonomi bagi sektor moden ini pesat penumbuhannya di bahagian barat

negeri-negeri Melayu yang kaya dengan sumber bumi seperti longgokan bijih timah

serta keadaan tanahnya yang sesuai untuk aktiviti penanaman getah dan kelapa sawit

secara komersial. Hasil pengeluaran secara besar-besaran seterusnya akan dieksport

ke pasaran antarabangsa. Justeru itu, kegiatan ekonomi moden ini sememangnya

memberi keuntungan dan pulangan yang lumayan, utamanya kepada pihak British
berbanding sektor ekonomi tradisional. Jadi, pergantungan kuat terhadap sektor ini

telah menyebabkan sektor ekonomi tradisional yang dikuasai orang Melayu

dipinggirkan dan tidak berjaya menarik minat pelabur-pelabur asing. Walaupun sektor

ekonomi moden di negeri-negeri Melayu kelihatannya berkembang pesat, kuasa-

kuasa yang memonopolinya seperti pelabur-pelabur Eropah, golongan bangsawan,

pekerja-pekerja imigran terdiri daripada orang Cina dan orang India sahaja yang dapat

menikmati keuntungannya.

4.0 KESAN DUALISME EKONOMI DI TANAH MELAYU DARI SEGI EKONOMI

4.1 INDUSTRI PERLOMBONGAN MENINGKAT

Dualisme ekonomi yang dilakukan oleh British telah menyebabkan industri

perlombongan meningkat terutamanya industri perlombongan bijih timah.

Peningkatan industri perlombongan adalah disebabkan oleh kemasukan buruh

daripada China. Kemasukan buruh China secara besar-besaran telah mendorong orang

Cina membuka lombong-lombong di Larut, Lembah Kinta, Lembah Klang dan

Sungai Ujong.12 Kemasukan buruh-buruh ini secara tidak langsung mereka telah

memperkenalkan kaedah perlombongan yang lebih efektif iaitu lombong dedah dan

lombong pam.13 Selain itu mereka juga turut memperkenalkan penggunaan stim.

Hasilnya pengeluaran bijih timah telah bertambah dari 6500 tan dalam tahaun 1850

kepada 50000 tan dalam tahun 1904.14 Dualisme yang dilakukan oleh British yang

membahagikan kegiatan ekonomi berdasarkan etnik telah membawa hasil yang

lumayan kepada pihak British apabila industri perlombongan bijih timah yang

dijalankan oleh orang Cina telah menjadikan perlombongan bijih timah di Tanah

Melayu sebagai pengeluar terbesar di dunia.

12
Mardiana dan Hasnah. Pengajian Malaysia. Fajar bakti sdn bhd. 2000. Hlm 218.
13
Ibid. Hlm 218.
14
Ibid.
4.2 PENINGKATAN PENGELUARAN HASIL KOMODITI

Sebelum perang dunia kedua, ekonomi di Tanah Melayu adalah berdasarkan

kepada dua sumber iaitu bijih timah dan juga getah. Tanah Melayu merupakan

pengeluar bijih timah yang terbesar di dunia.15 Sebelum perang dunia kedua antara 30-

40 peratus jumlah pengeluaran bijih timah duniah telah dibekalkan oleh Tanah

Melayu. Kekayaan dan kemajuan ekonomi Tanah Melayu pada ketika itu adalah

disebabkan jumlah keuntungan yanh diperolehi hasil pengeksportan bijih timah ke

pasaran dunia.16 Akhir kurun ke 19 Tanah Melayu telah menjadi pengeluar bijih timah

yang terbesar di dunia iaitu dengan pengeluaran kira-kira 38000 tan setahun. 17

Selain bijih timah, getah juga turut ditanam di Tanah Melayu sebagai salah satu

tanaman ladang untuk tujuan eksport di Tanah Melayu. Namun begitu terdapat dua

jenis tanaman yang telah ditanam sebelum penanaman getah. Tanaman tersebut ialah

lada hitam dan kopi. Penanaman lada hitam di Tanah Melayu adalah berikutan

daripada keadaan tanah dan muka bumi tanah melayu yang subur. Manakala

penanaman kopi pula telah membawa satu lagi cara pertanian perladangan secara

besar-besaran ke kawasan baru. Peningkatan tanaman kopi di Tanah Melayu telah

menarik masuk ramai pengusaha Eropah. Selain itu juga, tanah melayu merupakan

sebuah negara yang mempunyai kekayaan hasil hutan. Terdapat beberapa hasil hutan

yang dijadikan bahan komoditi seperti kayu kayan, rotan, kayu balak, damar, kapur

barus dan sebagainya yang dilakukan oleh orang Melayu. Berdasarkan penerangan

ini, kegiatan dwi-ekonomi ini secara tidak langsung telah menyebabkan berlakunya

peningkatan pengeluaran komoditi di Tanah Melayu semasa zaman pentadbiran

British.

15
Zainal Abidin Abdul wahid. Malaysia Warisan dan Perkembangan. Edisi kedua. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kuala Lumpur.1996. Hlm 125.
16
Ibid.
17
Ibid. Hlm 225.
4.3 KETIDAKSEIMBANGAN EKONOMI/ MONOPOLI EKONOMI OLEH
KAUM

Dualisme ekonomi yang dibuat oleh British telah menyebabkan ekomomi di

bandar di monopoli oleh orang Cina juga begitu jelas dalam sektor perlombongan dan

perniagaan di bandar manakala orang Melayu diluar bandar menjalankan kegiatan

ekonomi tradisional. Hal ini terjadi akibat tindakan dasar British yang membuat dasar

ekonomi berdasarkan etnik. Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, iaitu Tuanku

Abdul Rahman mempersoalkan mengenai bilangan kedai perniagaan yang dimiliki

oleh orang Cina dan India berbanding dengan orang Melayu. Indikator kepada

kemakmuran dan kekayaan yang dimiliki oleh orang Cina di Tanah Melayu dapat

dibuktikan apabila mereka memberikan sumbangan sebanyak £375,000, kepada

mangsa peperangan di London melalui Malayan Information Agency. Manakala

sebanyak £575,000 telah dikutip daripada penderma tempatan dan dihantar melalui

Malayan Information Agency, atas nama Malayan Bomber Fund. Keadaan ini

membuktikan bahawa matlamat orang Cina hanya untuk menjadikan Tanah Melayu

sebagai batu loncatan untuk mencari kekayaan. Tan Kah Kee telah membentuk

Overseas Chinese Relief General Association. Pertubuhan ini telah menyumbangkan

wang sebanyak 64 peratus ke negara China antara tahun 1937 hingga 1941. 18 Orang

Cina juga mempunyai kepentingan dalam perniagaan di kawasan petempatan orang

Melayu. Keadaan ini dapat dilihat hampir di seluruh lokasi berlakunya pergaduhan

Melayu-Cina. Di kawasan perkampungan Melayu di Perak, peniaga Cina

menjalankan tindakan memboikot orang Melayu.19 Barangan keperluan harian

tidak dijual kepada orang Melayu, sebaliknya mereka dimaki hamun ketika urusan

18
Mohan K. Tracy. ‘The Impact of The Japanese Occupation on Nationalism(s) In Malaya,’. Tesis Sarjana,
University of Wisconsin. 1970. Hlm 34
19
Mohamed Ali Haniffa dan Hikmah Hassan. Prosiding Persidangan Sejarah Sosioekonomi Malaysia :
Kolonialisme British dan Impak Sosioekonomi Tanah Melayu 1874-1950 Suatu Penelitian Awal. Jabatan Sejarah
Universiti Malaya, Kuala Lumpur. 2016. Hlm 330.
jual beli. Di Johor, perniagaan orang Cina di kawasan kampung dan pekan kecil

terjejas kerana kebanyakan pelanggan mereka adalah orang Melayu. Lantaran

daripada kemunduran dan kemiskinan menyebabkan orang Melayu tidak mampu

bersaing dan memajukan diri setaraf dengan golongan imigran khususnya bangsa

Cina.20 maka dengan ini jelas menunjukan bahawa dualisme ekonomi yang dijalankan

oleh British hanya memajukan golongan imigran Cina dan telah menjadikan orang

Melayu yang merupakan penduduk asal tanah melayu menjadi mundur dan tidak

maju serta orang Melayu ini juga turut ditindas oleh golongan imigran Cina dan juga

penjajah British.

4.4 KEHILANGAN TANAH PERTANIAN

Kesusahan hidup telah menyebabkan ladang getah yang dimiliki oleh orang

Melayu dipajakkan kepada orang Cina.21 Terdapat juga sebahagian orang Cina di Parit

Sulong yang menceroboh dan mengambil hasil di tanah pertanian orang

Melayu tanpa kebenaran. Menjelang abad ke-20, kerajaan Johor telah mengeluarkan

Rubber Card yang membolehkan getah diusahakan oleh orang Melayu dan Cina di

Mukim VII, Batu Pahat. Keadaan ini menyebabkan orang Cina berhijrah ke Mukim

VII dan mengusahakan tanaman getah. Orang Cina sering kali mengambil

kesempatan dengan menoreh getah di kebun orang Melayu dan mengerjakan tanah

pertanian orang Melayu tanpa kebenaran.22

Kegawatan ekonomi dunia turut meninggalkan kesan kepada status pemilikan

tanah. British memberikan tanah yang berhampiran dengan bandar kepada orang

bukan Melayu. Pada tahun 1930-an, lesen TOL telah dikeluarkan bagi mengambil
20
Ishak Saat. Malaysia 1945-2000. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 2009. Hlm 222-
223.
21
Victor Purcell. The Chinese in Malaya. London: Oxford University Press. 1948. Hlm 241.
22
Mohamed Ali Haniffa dan Hikmah Hassan. Prosiding Persidangan Sejarah Sosioekonomi Malaysia :
Kolonialisme British dan Impak Sosioekonomi Tanah Melayu 1874-1950 Suatu Penelitian Awal. Jabatan Sejarah
Universiti Malaya, Kuala Lumpur. 2016. Hlm 332.
hati orang Cina yang berminat dalam penanaman padi. T.S. Adam, Residen

Selangor (1932-1937) mengeluarkan arahan supaya tanah TOL di Selangor hanya

boleh digunakan untuk menanam sayur-sayuran. Mereka dilarang menanam tanaman

jangka panjang seperti kopi, kelapa atau buah-buahan. Kehilangan tanah pertanian

juga telah berlaku seawal tahun 1920-an dan 1930-an di Mukim VII, Batu Pahat,

Johor.23 Tanah pertanian orang Melayu dibeli dengan harga yang murah oleh orang

Cina.24 Ini menyebabkan segelintir orang Cina yang tidak memiliki tanah, akhirnya

menjadi tuan tanah. Berdasarkan penerangan ini jelas menunjukan bahawa kegiatan

ekonomi dualisme ini telah menyebabkan orang melayu menjadi miskin sehingga

terpaksa menjual tanah kepada golongan imigran Cina. Kegiatan ekonomi dualisme

ini telah menjadikan orang melayu miskin dan dualisme ekonomi ini merupakan

kegiatan ekonomi yang tidak seimbang. Hal ini kerana hanya menguntungkan

golongan imigran Cina berbanding penduduk asal Tanah Melayu.

Kedatangan British ke Tanah Melayu demi mengaut keuntungan dan kekayaan

telah menyebabkan sistem ekonomi dualisme wujud. Punca utama munculnya sistem

ekonomi dualisme bermula apabila British mengambil buruh asing masuk secara

besar-besaran ke dalam Tanah Melayu. Hasil daripada kemasukan tersebut, maka

muncul kesan-kesan terhadap sosioekonomi masyarakat Tanah Melayu.

Sosioekonomi adalah satu kajian hubungan di antara aktiviti ekonomi dengan

kehidupan seharian masyarakat setempat. Kesan daripada kemasukan buruh asing,

Tanah Melayu terdiri daripada pelbagai jenis bangsa dan etnik. Semasa zaman

pemerintahan British, setiap etnik telah ditempatkan berdasarkan zon kawasan

23
Musak Mantrak. Sejarah Masyarakat Majmuk. Hlm. 40
24
Kenelm O.L. Burridge. Racial Relations in Johore. Australian Journal of Politics and History, Vol. II, No. 2, May
1951, hlm.158.
kesemakmuran ekonomi. Zon ini telah menyebabkan ketiga-tiga etnik utama pada

ketika itu terus terpisah dalam bidang masing-masing.

5.0 KESAN DUALISME EKONOMI DI TANAH MELAYU DARI SEGI SOSIAL

5.1 ORANG MELAYU KEKAL MUNDUR

Kesan pertama adalah kemiskinan kekal bagi bangsa Melayu. British

menganggap imigran Cina dan India merupakan penjana ekonomi utama manakala

Melayu kekal dipinggirkan dan cuma dianggap sebagai pembekal makanan utama

yang mengekalkan sistem tradisional. Dasar kolonialisme British yang mengamalkan

dasar ‘Pecah dan Perintah’ dan ‘Beban Orang Putih’ yang telah dijalankan oleh pihak

British adalah antara dasar yang telah digunakan oleh British dalam menghasilkan zon

kesemakmuran ekonomi dalam mengaplikasikan sistem ekonomi dualisme telah

menyebabkan orang Melayu khususnya berada dalam kepompong kemiskinan 25. Hal

ini juga telah menyebabkan berlakunya masalah-masalah pertengangan hubungan

antara kaum yang mencetuskan pergaduhan-pergaduhan antara kaum. Seperti imigran

Cina, imigran dari India juga telah tertarik dengan Tanah Melayu yang dilihat sebagai

lubuk emas dunia. Sebagai contoh, dari tahun 1786 hingga 1873, sepoi,pelaut dan

buruh India dapat dikesan di Pulau Pinang dan mereka banyak terlibat dalam

perusahaan domestik. Bilangan imigran India juga telah terus meningkat daripada

2000 orang pada tahun 1786 menjadi 33889 orang pada tahun 187126.

Peningkatan imigran asing telah menimbulkan kebimbangan kepada masyarakat

Melayu, namun, walaubagaimanapun, mereka tidak mampu membuat sebarang

perubahan atau tindakan bagi mengubah aliran masuk imigan asing ini kerana mereka

25
Wilfred Blythe, The Impact of Chinese Secret Societies In Malaya : A Historical Study, London: Oxford
University Press, 1969.
26
Kernial Singh Sandhu dan A. Mani, Indian Communities in Southeast Asia. Singapore: Institute of Southeast
Asian Studies, 2006, hlm. 156
sendiri tidak mampu untuk mengubah nasib mereka 27. Akhbar Saudara bertarikh 30

November 1932 mengkritik polisi British seperti berikut: "Kita tidak sekali-kali

terfikir bahawa kerajaan yang maha adil ini hanyalah semata-mata memikirkan

perbendaharaannya sahaja, tidak menaruh timbangan sama ke atas rakyat negeri

yang akan ditimpa oleh marabahaya kesusahan hidup di dalam masa yang dahsyat

yang hendak dijalankannya cukai-cukai bagi maslahat perbendaharaannya itu” 28.

Hal ini menunjukkan polisi-polisi dan dasar British hanya mementingkan hasil

ekonomi mereka dan menafikan hak-hak Melayu.

5.2 PENDIDIKAN VERNAKULAR

Kesan seterusnya dapat dilihat dalam hal pendidikan yang berbeza dengan

kewujudan pendidikan vernakular. Kesan daripada wujudnya sistem ekonomi

dualisme yang membahagikan bahagian-bahagian tertentu mengikut garis etnik

masing-masing, tiada keseragaman terbentuk dalam sistem pendidikan tanah Melayu

semasa zaman penjajahan British. Kemasukan imigran yang pelbagai telah

mewujudkan pelbagai jenis aliran pendidikan vernakular. Sistem pendidikan

vernakular telah membahagikan setiap bangsa membina kerangka identiti mereka

mengikut kaum dan etnik sendiri. Disebabkan bilangan golongan masing-masing yang

semakin bertambah dalam Tanah Melayu, golongan-golongan atasan dan intelek

setiap bangsa masing-masing banyak memikirkan langkah-langkah bagi

meningkatkan taraf pembelajaran generasi baru bangsa mereka terutamanya golongan

Cina yang telah membawa masuk sukatan pelajaran mereka sendiri daripada Negara

China dan mereka turut membawa masuk guru-guru asal daripada Negara ibunda

mereka. Mereka juga banyak membuka sekolah-sekolah dan mereka mementingkan


27
Just Faaland et.al., DEB Pertumbuhan dan Ketaksamarataan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
1991, hlm. 12.
28
Mohan K. Tracy, ‘The Impact of The Japanese Occupation on Nationalism(s) In Malaya,’ Tesis Sarjana,
University of Wisconsin, 1970, hlm. 34.
pendidikan anak-anak mereka. Sekolah pertama Cina telah dibina oleh Persatuan

Pendakwah London pada tahun 1816 di Melaka 29. Berbeza dengan kaum India,

mereka kelihatan kurang berminat untuk menubuhkan sekolah-sekolah. Namun,

pemilik-pemilik ladang telah membina sekolah-sekolah Tamil di estet bagi

mengelakkan kaum India daripada meninggalkan ladang-ladang mereka. Pada

awalnya, sekolah Tamil hanya ditumpangkan di Free School hingga tahun 1850

sebelum Sekolah Anglo-Tamil dibuka di Melaka30. Walaupun Kerajaan India telah

menekankan kewajiban penyediaan sekolah Tamil di setiap ladang sekiranya

memenuhi syarat melalui Akta Buruh 1923, namun, penekanan tersebut tetap gagal

memberikan taraf pendidikan yang baik kepada mereka kerana faktor-faktor seperti

ketiadaan pengalaman mengajar, perbezaan kata pengantar dan kekurangan pelbagai

bahan pengajaran dan pembelajaran telah menjadi punca menyumbang kepada

kegagalan31. Pada tahun 1856, sekolah Melayu di negeri selat telah ditubuhkan setelah

mendapat arahan daripada mahkamah pengarah di India pada tahun 1855. Namun,

akibat daripada kurangnya kesedaran tentang pendidikan telah menyebabkan sekolah

ini terpaksa ditutup. Walaubagaimanapun, pembesar-pembesar Melayu telah meminta

bantuan daripada seorang timbalan Majistret Province Wellesley (Seberang Perai),

A.M Skimmer untuk memikirkan satu cara untuk memartabatkan pendidikan dalam

kalangan kaum Melayu. Oleh itu, pada tahun 1872, rancangan persekolahan secara

dua sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang telah diperkenalkan. Rancangan persekolah ini

menerapkan pembelajaran Bahasa Melayu, Sejarah, Ilmu alam dan Vokasional pada

sesi pagi persekolahan, manakala sesi petang menerapkan pembelajaran bersifat

29
Sufean Hussin, Pendidikan di Malaysia: sejarah, sistem dan falsafah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 2004, hlm. 14.
30
Francis Wong Hoy Kee dan Paul Chang Min Phang, The Changing Pattern of Teacher Education in Malaysia,
Kuala Lumpur: Heinemann, 1975, hlm. 5
31
K.A. Neelakandia Aiye, Indians Problems in Malaya: a Brief Survey in Relation to Emigration. Kuala Lumpur:
The Indian Office, 1938, hlm. 62
keagamaan seperti bahasa Arab dan Al-Quran32. Rancangan pembelajaran ini telah

diterima baik oleh banyak pihak disetiap peringkat dan disebarkan ke negeri-negeri

Melayu lain seperti Selangor yang telah membina sekolah Melayu pertama di Tanah

Melayu pada tahun1875. Namun begitu, pendidikan bagi anak perempuan tidak begitu

ditekankan kerana pemikiran tradisional ibu bapa yang masih kolot menganggap

bahawa mereka tidak setaraf dengan anak lelaki yang lebih memiliki bidang pekerjaan

yang lebih luas berbanding anak perempuan yang cukup hanya sekadar mampu

melakukan kerja-kerja rumah dan mendapat pendidikan tidak formal seperti memasak

dan menjahit33.

5.3 KEPELBAGAIAN BUDAYA DAN MASYARAKAT MAJMUK

Kemunculan sistem ekonomi dualisme yang diperkenalkan oleh British

banyak meninggalkan kesan ke atas masyarakat Tanah Melayu. Tidak dapat dinafikan

bahawa hasil daripada kewujudan sistem tersebut, masyarakat Tanah Melayu menjadi

majmuk dan dihiasi dengan kepelbagaian budaya. Kemasukan imigran asing daripada

Cina dan India secara besar-besaran yang pada asalnya adalah untuk meningkat

ekonomi British telah menyebabkan Tanah Melayu ditambah dengan kaum dan etnik

baru. Setelah berhijrah ke Tanah Melayu, kebanyakkan imigran Cina dan India terus

menetap di Tanah Melayu dan mengembangkan keturunan mereka sebagai

masyarakat Tanah Melayu. Perbezaan etnik dan budaya telah menyebabkan

berlakunya proses asimilasi dalam kelompok masyarakat Tanah Melayu.

Kebanyakkan masyarakat mula mengadaptasikan diri mereka dengan persekitaran dan

mereka mula saling memahami budaya dan adat masing-masing. Meskipun ramai

masyarakat Cina dengan rela hati meninggalkan identiti nasionalisme China mereka
32
Francis Wong Hoy Kee dan Paul Chang Min Phang, The changing pattern, hlm. 11
Khasnor Johan, ‘The Malay College Kuala Kangsar, 1905-1941, British Policy for employment in the Federal
Malay States’, Ph.D Thesis. Universiti Malaya , 1969, hlm. 18.
33
‘Sekolah Melayu Perempuan’, Cenderamata, Jun 1924, hlm. 95
dan menggantikan dengan identiti nasional Tanah Melayu, mereka tetap membina

satu kesedaran komuniti yang kuat bagi menuntut hak komuniti mereka dalam

pembahagian kuasa di Tanah Melayu34. Mereka tidak menganggap lagi kehidupan

mereka di Tanah Melayu sebagai besifat sementara. Percampuran adat dan budaya

juga menghasilkan satu adat dan cara kehidupan baru yang membezakan bangsa Cina

dan India dengan negara asal mereka. Sesetengah percampuran juga melebihi batas

kaum seperti berlakunya perkahwinan antara kaum dan menyebabkan wujudnya

keturunan campuran baru seperti Baba Nyonya, Cina Peranakan, Jawi Peranakan dan

lain-lain35. Kesan daripada itu juga, pelbagai jenis agama berbeza dianuti dan

dirayakan oleh masyarakat dalam Tanah Melayu. Perbezaan ini juga menyebabkan

masyarakat dalam Tanah Melayu saling memahami dan cuba menghormati antara satu

sama lain.

6.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, penjajahan Inggeris ke atas negeri-negeri Melayu sejak 1874

sememangnya telah mewujudkan satu keadaan dualisme dari segi ekonomi yang mana turut

mengakibatkan peminggiran terhadap penduduk peribumi dalam sektor moden. Jurang

perbezaan yang luas antara penduduk peribumi dan kaum lain seperti orang Cina dan India

dapat dilihat dengan jelas dalam berbagai segi seperti pemilikan kekayaan, kawasan tumpuan

ekonomi, pembandaran, pemodenan dan pembahagian kerja. Hakikat daripada dualisme

ekonomi ini telah mewujudkan dua kehidupan ekonomi yang berbeza iaitu sektor moden dan

sektor tradisonal. Kebanyakan orang Eropah, orang Cina, dan orang India terlibat dalam

sektor moden dengan daya pengeluaran yang tinggi seperti perlombongan dan perladangan.

Manakala masyarakat peribumi terutamanya orang Melayu terlibat dalam sektor tradisional

34
Lee Yok Fee, ‘Identiti Cina Malaysia’ Dewan Budaya, Julai 2005, hlm. 54-55
35
Khoo Kay Kim, ‘Malaysia: Immigration and the Growth of a Plural Society’, MBRAS, Vol 71, Part 1, No.274,
June 1998, hlm. 4-7.
yang rendah daya pengeluarannya seperti aktiviti pertanian dan penangkapan ikan. Hal inilah

yang menyebabkan masyarakat peribumi hidup terperangkap dalam keadaan terpinggir di

kawasan-kawasan tradisi yang tidak bertumbuh dan mundur ekonominya. Situasi yang

muncul pada zaman kolonial ini berterusan sehingga negara ini mencapai kemerdekaan yang

mana memberi impak yang besar dalam usaha membina sebuah negara bangsa Malaysia.

You might also like