You are on page 1of 15

1

Wacana Utara Siri Pertama 2018


Institut Pendidikan Guru
Kampus Darul Aman
17 Oktober 2018

HISTORIOGRAFI DASAR EKONOMI IMPERIAL BRITISH DI TANAH MELAYU,


1895-1940

Mohd Shazwan Mokhtar1


Universiti Kebangsaan Malaysia
msm@ukm.edu.my

ABSTRAK

Artikel ini membincangkan pensejarahan ekonomi Tanah Melayu ketika era penjajahan British
sejak akhir abad ke-19 hinggalah sebelum Perang Dunia Kedua. Tumpuan diberikan terhadap
kelompongan dan isu baharu yang perlu diselesaikan oleh pengkaji hari ini, bagi melengkapkan
historiografi Malaysia dalam bidang ekonomi. Penelitian terhadap metodologi sejarah khususnya
rekod dan dokumen yang masih lagi memerlukan penerokaan oleh pengkaji bagi menghasilkan
tafsiran terhadap peristiwa atau fenomena ekonomi lampau di Tanah Melayu yang lebih kukuh.
Justeru, rekod dan dokumen terpilih yang tersimpan di ‘The National Archives’, London dan
Arkib Negara Malaysia berkaitan dasar ekonomi imperial digunakan dalam perbincangan artikel
ini. Hasil kajian mendapati bahawa, historiografi dasar ekonomi imperial British di Tanah
Melayu memerlukan kajian lanjutan. Khususnya dalam menilai pengaruh imperialisme British
terhadap Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua. Penelitian ini, membawa rumusan
bahawa golongan kapitalis sebenarnya bukanlah kumpulan yang menguasai ekonomi Tanah
Melayu ketika era penjajahan British kerana kerajaan Britain menerusi Pejabat Tanah Jajahan
terlebih dahulu mempunyai dasar yang jelas untuk mengawal golongan kapitalis Eropah.

Kata kunci: Sejarah ekonomi; Kolonialisme; Pembangunan kolonial; Perdagangan; Governans

Penulis merupakan Pensyarah Universiti di Program Sejarah, Pusat Dasar & Governans Global, Fakulti Sains Sosial
1

& Kemanusiaan, UKM. Bidang kepakaran beliau ialah sejarah ekonomi imperial British di Tanah Melayu & sejarah
Malaysia. Penulis merupakan pemenang Pingat Emas Persatuan Sejarah Malaysia, 2014.
2

PENGENALAN

Imperialisme Britain terhadap Tanah Melayu sejak abad ke-18 merupakan langkah untuk
mempertahankan tanah jajahannya di India. Pertapakan Britain di Pulau Pinang pada tahun 1786
merupakan titik permulaan bagi usaha Britain untuk mempertingkatkan lagi sekuriti armada
lautnya di India dengan menjadikan perlabuhan di Tanah Melayu sebagai tempat membaiki kapal
armada lautnya yang beroperasi di Teluk Benggal. Selain itu, peluasan pengaruh British di Tanah
Melayu merupakan satu langkah untuk menjaga kepentingan ekonominya di rantau Asia.
Kedudukan Tanah Melayu sebagai pintu pasaran Asia menuntut kepada British untuk menguasai
kepulauan Melayu di Selat Melaka untuk mengumpulkan hasil bumi untuk dipasarkan di China.
Oleh sebab itu, British telah menjadikan Singapura sebagai perlabuhan entreportnya di Asia
Tenggara sebagai pusat komersial.1

Seterusnya pada abad ke-20, British berjaya mengawal jaringan ekonomi di Asia
Tenggara menerusi tanah jajahannya2 di Asia Selatan. Sebagai pusat pentadbiran British di Asia
Selatan, Delhi mempunyai kedudukan strategik bagi British untuk bergerak ke Burma, Thailand
dan Tanah Melayu. Kedua-dua negara ini merupakan pintu masuk yang penting bagi British
untuk memasuki pasaran ekonomi di China. Keperluan untuk melindungi perkembangan
imperial ini juga merupakan antara sebab utama British menguasai Tanah Melayu dan Singapura
untuk menjadikan kedua-dua wilayah ini sebagai pengkalan tentera lautnya di Asia. 3 Berbanding
penguasaan pentadbiran British di India, pentadbiran British di Tanah Melayu ialah menerusi
pengabsahan oleh Raja-Raja Melayu. Menerusi perkenan Raja-Raja Melayu, Pejabat Tanah
Jajahan British berjaya mengawal secara terus pentadbiran di Tanah Melayu. Kuasa pentadbiran
yang diperolehi British ini telah membolehkan Pejabat Tanah Jajahan melaksanakan dasar yang
membolehkan Tanah Melayu berperanan sebagai unit ekonomi imperial British. 4 Berdasarkan
dasar ekonomi imperial ini, terdapat tiga unit ekonomi kolonial utama yang dibentuk oleh British
di Tanah Melayu, iaitu Negeri-Negeri Selat (NNS), Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB)
dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB). Selain, mempunyai perbezaan dari segi
pentadbiran politik, ketiga-tiga unit ekonomi ini juga berbeza dari segi sistem ekonominya. NNS
dijadikan sebagai pusat pelabuhan asasi untuk memasarkan komoditi perdagangan, manakala
NNMB dan NNMTB berperanan sebagai pembekal bahan mentah untuk NNS.5
3

PENDEKATAN DAN METODOLOGI

Artikel ini memberi tumpuan terhadap metodologi penyelidikan sejarah yang berasaskan
kajian kepustakaan terhadap dokumen dan rekod yang tersimpan sama ada di Arkib Negara
Malaysia mahupun di Arkib Negara, United Kingdom. Justeru, sebelum meneroka dengan lebih
lanjut terhadap aspek ekonomi imperial, para pengkaji perlu terlebih dahulu meneliti rekod-rekod
Parlimen British, khususnya ‘Records of the Cabinet Office’ (CAB) yang tersimpan di ‘The
National Archives’, London. tumpuan terhadap rekod-rekod ini penting bagi membina
kefahaman pengkaji terhadap sikap dan proses pembentukan sesuatu dasar imperial British di
peringkat perundangannya. Siri penting CAB yang perlu mendapat perhatian pengkaji ialah CAB
23 dan CAB 24.6 Walaupun begitu, jarang atau boleh dikatakan tidak ramai pengkaji tempatan
yang menggunakan rekod Persidangan Ekonomi Imperial seawal tahun 1922 hinggalah 1937.
Penelitian terhadap rekod-rekod Persidangan Ekonomi Imperial ini dapat membuka dimensi
baharu kepada para pengkaji dalam mentafsir peristiwa atau fenomena ekonomi yang berlaku di
Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua. Bahkan, penelitian terhadap dua sumber yang telah
dinyatakan tadi dapat menjelaskan lagi pengaruh dan kesinambungan dasar ekonomi imperial
British dari London ke Tanah Melayu.

Selain itu, hasil penyelidikan penulis di Arkib Negara Malaysia juga berjaya menemui
rekod-rekod baharu yang belum diteroka oleh pengkaji tempatan berkaitan pelaksanaan dasar
ekonomi imperial British di Tanah Melayu. Rekod berkaitan pelaksanaan dasar pembangunan
kolonial7 yang berasal dari negeri Kedah, Selangor, Pejabat Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah
Melayu dan jabatan kerajaan kolonial yang lain membuktikan bahawa wujudnya transaksi
pinjaman dan geran kewangan dari Pejabat Tanah Jajahan, London untuk Tanah Melayu
(melibatkan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu dan
Negeri-Negeri Selat). Secara umumnya, rekod-rekod ini menggambarkan bahawa segala bantuan
pinjaman dan geran kewangan daripada kerajaan Britain adalah semata-mata untuk memberi
manfaat kepada sektor ekonomi imperial di Tanah Melayu.8

Lanjutan itu, pengkaji juga perlu meneroka rekod-rekod kewangan berkaitan ‘Crown
Agents’ dan Perbendaharaan (Treasury- T) yang tersimpan di ‘The National Archives’, London
4

bagi meneliti bagaimana British mengorganisasi kewangan dan pentadbiran perniagaan kolonial
di Tanah Melayu. Keperluan ini adalah disebabkan, norma jabatan-jabatan kerajaan Britain yang
sering tidak sehaluan antara satu sama lain. Khususnya, Pejabat Tanah Jajahan dengan
Perbendaharaan. Contohnya, isu pertikaian Perbendaharaan terhadap cadangan Pejabat Tanah
Jajahan untuk memperuntukkan bantuan kewangan untuk Tanah Melayu selepas Perang Dua
Pertama. Perbendaharaan British membantah cadangan ini, memandangkan taraf Tanah Melayu
sebagai ‘protectorate’ yang tidak menerima imigran British.9

Justeru, penelitian terhadap rekod-rekod FCO 141 dan Pejabatan Tanah Jajahan
(Colonial Office- CO) perlu ditafsir semula berdasarkan pemahaman pengkaji terhadap sumber-
sumber awal yang telah dinyatakan tadi. Antara sumber CO utama yang sering menjadi rujukan
pengkaji tempatan ialah;

i. CO 273 – Straits Settlement Original Correspondence


ii. CO 275 – Straits Settlement Sessional Papers
iii. CO 576 – Federated Malay States Sessional Papers
iv. CO 717- Federated Malay States Original Correspondence
v. CO 716 – Kedah and Perlis Sessional Papers
vi. CO827 – Kelantan Sessional Papers
vii. CO 840 – Terengganu Sessional Papers

Penyelidikan sejarah imperial perlu bersifat pelbagai atau merentas bidang. Keperluan ini
penting bagi memandu penyelidik untuk benar-benar memahami perkembangan, pengaruh dan
hubungkait imperialisme oleh negara penjajah dengan tanah jajahan masing-masing. Tambahan
lagi, pendekatan ini dapat memandu pengkaji untuk mentafsir peristiwa sejarah imperial dalam
perspekktif yang berbeza, memandangkan perkembangan imperialisme itu sendiri bersifat
evolusi dan berbeza mengikut empayar tertentu. 10 Oleh itu, pendekatan naratif yang hanya
memberi tumpuan terhadap satu-satu aspek ekonomi menjadikan proses historiografi ekonomi
(termasuklah sejarah ekonomi imperial) kaku tanpa tafsiran yang mempunyai analisis. Oleh
sebab itu, kerangka analisis diperlukan oleh pengkaji sejarah ekonomi sebagai panduan agar
proses historiografi dapat dilaksanakan dengan koheran.11 Walaupun begitu, kebergantungan
terhadap teori terhadap pembinaan kerangka analisis dalam historiografi ekonomi akan
5

mendorong pengkaji lebih cenderung untuk mentafsir peristiwa atau fenomena ekonomi
berdasarkan teori yang digunakan. Antara teori yang mendapat perhatian pengkaji awal ialah
teori berkaitan peranan teknologi oleh Adam Smith, peranan strategik populasi oleh Thomas
Malthus, peranan keusahawanan oleh Joseph Schumpeter dan idea pergelutan kelas oleh
Marxis.12 Justeru, pendekatan ini jelas bertentangan dengan falsafah sejarah yang digagaskan
oleh Leopold von Ranke, bapa sejarah moden yang menegaskan sejarah itu harus ditulis
sepertimana ianya berlaku (wie es eigentlich).13

SEJARAH IMPERIAL

Sejarah imperial bukanlah satu bidang kajian sejarah yang baharu, sarjana awal seperti
Ronald Hyam14, P.J. Cain & A.G. Hopkins15, Sarah Stockwell16 dan A.J. Stockwell17 terlebih
dahulu membincangkan perkembangan imperialisme Eropah, khususnya Britain sejak akhir abad
ke-19. Secara umumnya sejarah imperial memberi tumpuan penyelidikan terhadap isu perjanjian
dan pihak yang terlibat dengannya, diplomatik, pentadbiran dan sektor ekonomi imperial seperti
pertanian dan perdagangan. Isu-isu ini sering dikaitkan dengan perkembangan empayar Eropah
dengan meneliti ideologi yang mendasari imperialisme mereka dan impaknya di tanah jajahan.18
Walaupun begitu, apakah kaitan imperialisme dengan kolonialisme ? Pusat Rujukan Persuratan
Melayu mendefisinikan imperialisme sebagai fahaman politik yang bertujuan menjajah negara
lain. Manakala, kolonialisme bermaksud dasar atau amalan sesebuah negara meluaskan
penguasaannya terhadap sesebuah negara.19 Definisi ini sebenarnya berakar umbi terhadap
pandangan Nadel & Curtuis yang membezakan pemahaman terhadap imperialisme dengan
kolonialisme. Menurut kedua-dua penulis tersebut, imperialisme ialah idea untuk mengawal atau
menguasai kedaulatan politik atau ekonomi sesebuah negara oleh negara lain, sama ada secara
langsung mahupun tidak langsung. Manakala, kolonialisme ialah idea tindakan negara induk
untuk memiliki tanah jajahan.20 Dalam erti kata lain, kolonialisme merupakan satu tindakan
penjajahan yang terbit daripada imperialisme. Oleh sebab itu, dalam melaksanakan dasar
ekonomi imperial di tanah jajahan, kuasa penjajah seperti British perlu membentuk kerajaan
kolonial yang dikawal terus oleh kerajaan di negara induk.21 Oleh sebab itu, boleh dihujahkan
bahawa perkembangan imperialisme British sejak akhir abad ke-19 telah membawa kepada
kebangkitan merkantilisme (istilah neomerkantilisme atau merkantilisme moden digunakan pada
6

abad ke-20) dalam sistem ekonomi kolonial di tanah jajahan. 22 Neomerkantilisme telah menjadi
asas dalam pembentukan dasar ekonomi imperial British pada abad ke-20, yang memberi
penekanan terjhadap kesatuan imperial, reformasi tarif dan pelaksanaan keutamaan imperial.23

Berdasarkan kefahaman terhadap imperialisme dan kolonialisme tersebut, perkembangan


imperialisme British di Tanah Melayu yang lebih sistematik dan jelas dikesan seawal tahun 1895
apabila Sir Charles Mitchell berjaya mendapatkan persetujuan Pejabat Tanah Jajahan di London
untuk menggabungkan negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang sebagai Negeri-
Negeri Melayu Bersekutu. Matlamat utamanya ialah untuk menyeragamkan pentadbiran
keadilan, sistem pengutan cukai dan penyelesaian masalah pentadbiran tanah.24 Walaupun begitu,
alasan British datang ke Tanah Melayu atas jemputan sultan dan raja Melayu untuk melatih
mereka tentang pentadbiran yang lebih baik,25 sering dijadikan alasan oleh sarjana atau pihak
tertentu untuk menafikan perkembangan imperialisme British di Tanah Melayu. Sedangkan,
kerajaan Britain menerusi Pejabat Tanah Jajahan mempunyai prinsip yang jelas terhadap Tanah
Melayu yang merangkumi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri Melayu Tidak
Bersekutu sebagai tanah jajahan yang bertaraf ‘protectorate’ dalam empayar British.26

PERKEMBANGAN EKONOMI IMPERIAL BRITISH

Ekonomi imperial British ialah dasar ekonomi yang digubal menerusi Persidangan
Ekonomi Imperial yang dianjurkan oleh kerajaan Britain. Menerusi persidangan ini, kerajaan
Britain dapat membentuk kerjasama ekonomi empayarnya yang melibatkan ‘dominion’, tanah
jajahan mahkota dan negeri naungan. Oleh itu, segala dasar dan undang-undang ekonomi yang
dipersetujui dalam Persidangan Ekonomi Imperial perlu dipatuhi oleh seluruh kerajaan kolonial
dalam empayar British. Ketetapan ini adalah berdasarkan persetujuan oleh setiap wakil kerajaan
kolonial yang hadir dalam Persidangan Ekonomi Imperial pada tahun 1923. 27 Seterusnya, ketika
penganjuran Persidangan Ekonomi Imperial pada tahun 1926, kerajaan Britain mula
memperkenalkan konsep empayar baharu yang dikenali sebagai ‘Negara-Negara Kowanwel’
(Commonwealth of Nations). Pengenalan konsep ini merupakan satu langkah oleh British untuk
mengikat keseluruhan negara-negara jajahan British termasuk dominon dibawah satu sistem
imperial. Negara-Negara Komanwel diiktiraf mempunyai kedudukan yang setaraf dengan fungsi
7

yang berbeza.28 Persidangan Ekonomi Imperial 1926 turut mengiktiraf Tanah Melayu, khususnya
Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri Selat sebagai sebahagian daripada tanah
jajahan British yang penting dan kaya dalam jaringan perdagangan antara empayar. 29 Pengenalan
sistem imperial ini membolehkan British untuk memperluaskan lagi pelaksanaan dasar ekonomi
imperial dalam jaringan perdagangan antara empayarnya.30

Kemuncak pelaksanaan dasar ekonomi imperial di Tanah Melayu berlaku pada tahun
1910 hingga tercetusnya Perang Dunia Pertama. Fenomena ekonomi yang berlaku ketika tempoh
masa ini menyaksikan berlakunya peningkatan lebihan baki kewangan dan lebihan perdagangan
yang besar. Justeru, pentadbir British di Tanah Melayu, khususnya di Negeri-Negeri Melayu
Bersekutu mula melaksanakan usaha pembangunan yang besar. Pada tahun 1912, sultan bagi
Negeri-Negeri Melayu Bersekutu bersetuju untuk menghadiahkan kapal perang mewah (H.M.S
Malaya) kepada kerajaan imperial British bagi menghadapi Perang Dunia Pertama. Sejumlah,
£2,000,000 telah dipersetujui Raja-Raja Melayu untuk disumbangkan kepada British untuk
tujuan pembinaan kapal tersebut dan pembangunan pengkalan tentera laut British di Singapura. 31

Selepas Perang Dunia Pertama, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu mendapat perhatian


dalam Persidangan Ekonomi Imperial pada tahun 1921. Sebagai negeri-negeri naungan British,
Negeri-Negeri Melayu Bersekutu mempunyai kedudukan yang penting sebagai pembekal bahan
mentah utama dalam pembangunan ekonomi imperial British. Kebergantungan Britain terhadap
bahan mentah dari Negeri-Negeri Melayu Bersekutu adalah untuk memastikan industri
ketenteraannya dapat beroperasi. Kelengkapan perang diperlukan bagi membolehkan British
mengukuhkan kuasa maritimnya dan berdasarkan kesedaran kerajaan Britain bahawa
empayarnya bakal menghadapi satu lagi perperangan selepas Perang Dunia Pertama. 32 Oleh
sebab itu, peringkat awal pembangunan ekonomi imperial British melibatkan usaha
pembangunan sumber bahan mentah, jaringan komunikasi dan pelaksanaan keutamaan imperial
dalam aktiviti perdagangan.

Pembangunan kolonial merupakan dasar ekonomi imperial awal yang diluluskan


Parlimen Britain sejak tahun 1927. Dasar ini secara rasmi mula dilaksanakan pada tahun 1929
setelah Parlimen Britain meluluskan Akta Pembangunan Kolonial (Colonial Development Act.
8

1929). Kejayaan kerajaan Britain mendapatkan kelulusan parlimen untuk akta ini telah
membolehkan pihak kerajaan menghulurkan bantuan kewangan untuk tujuan pembangunan
ekonomi di tanah jajahan. Dana pembangunan kolonial ini digunakan kerajaan Britain untuk
melaksanakan usaha pembangunan pertanian dan perindustrian di tanah jajahan tertentu.
Walaupun begitu, dana pembangunan kolonial yang disalurkan oleh kerajaan Britain di tanah
jajahan adalah bergantung dengan jumlah populasi masyarakat dan anggaran pendapatan
kerajaan di tanah jajahan.33 Parlimen telah bersetuju untuk memberikan kuada kepada kerajaan
Britain untuk memperuntukkan sebanyak £1 juta setiap tahun untuk tujuan pembangunan
kolonial di tanah jajahan. Walaupun begitu, perbendaharaan Britain mempunyai kuasa untuk
mengeluarkan dana setelah mendapat cadangan daripada Setiausaha Tanah Jajahan.34 Objektif
penting pelaksanaan dasar pembangunan kolonial di tanah jajahan adalah untuk mengatasi
masalah pengangguran di Britain dan merangsang pertumbuhan ekonomi eksport British.35

Dasar Pembangunan Kolonial di Tanah Melayu mula dilaksanakan British setelah


Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu menerima arahan pembentukan pelan perancangan
pembangunan kolonial oleh Setiausaha Tanah Jajahan.36 Walau bagaimanapun, setiap projek
pembangunan yang dibiyai dibawah Akta Pembangunan Kolonial 1929 hendaklah menggunakan
bahan atau peralatan yang berasal dari United Kingdom. Oleh itu, kerajaan persekutuan Negeri-
Negeri Melayu Bersekutu dan kerajaan negeri-negeri Melayu yang lain perlu menggunakan
khidmat ‘Crown Agents’ untuk mendapatkan kontrak bekalan bahan atau peralatan yang
diperlukan.37 Justeru, setiap loji dan mesin yang digunakan untuk pembinaan hendaklah
diperbuat dari United Kingdom dan perlu diinsuranskan dengan syarikat insurans British. Untuk
tujuan ini, ‘Crown Agents’ telah diberikan kuasa oleh kerajaan Britain untuk mengawal
keseluruhan urusan.38

Pada tahun 1930, kerajaan Britain telah menetapkan Tanah Melayu sebagai sebahagian
daripada pusat perdagangan dalam jaringan perdagangan antara empayar yang juga dikenali
sebagai perdagangan komanwel. Pelaksanaan dasar ini turut melibatkan Negeri-Negeri Melayu
Bersekutu disebabkan keperluan British untuk mendapatkan sumber bahan timah dan getah. 39
Pelaksanaan dasar ini turut diperkukuhkan menerusi Persidangan Ekonomi Imperial pada tahun
1930. Kerajaan Britain menggunakan persidangan ini untuk menetapkan bahawa keseluruhan
9

kerajaan kolonial empayar dalam empayarnya untuk melaksanakan dasar pembangunan


perdagangan antara empayar. Dasar ini bertujuan membentuk kerjasama perdagangan antara
empayar British dengan Britain selaku negara induk.40

Usaha pembangunan perdagangan antara empayar ini melibatkan langkah galakkan


pelaburan modal dan perkembangan industri serta pelaksanaan tarif keutamaan antara empayar.
Kedua-dua langkah ini digerakkan menerusi tiga jawatankuasa yang ditubuhkan menerusi
Persidangan Ekonomi Imperial 1930, iaitu Jawatankuasa Ekonomi Imperial, Lembaga
Pemasaran Imperial dan Institut Imperial. Walau bagaimanapun, ketiga-tiga jawatankuasa ini
adalah dibawah kawalan terus kerajaan Britain. Manakala, kerajaan-kerajaan kolonial di tanah
jajahan hendaklah melaksanakan dasar yang telah ditetapkan menerusi Dewan Perniagaan yang
ditubuhkan.41

TUMPUAN DAN PERSOALAN SEJARAH EKONOMI TANAH MELAYU

Kajian berkaitan sejarah ekonomi Tanah Melayu secara komprehensif boleh diteliti
menerusi kajian oleh Wong Lin Ken42, Lim Chong-Yah43 dan J.H. Drabble44. Ketiga-tiga
penulisan ini bersetuju bahawa isu berkaitan ekonomi eksport berasaskan timah dan getah lebih
mendominasi penulisan awal berkaitan sejarah ekonomi Tanah Melayu. Namun, fokus penulisan
oleh pengkaji-pengkaji awal terbatas dalam konteks pembangunan ekonomi yang dibangunkan
oleh golongan kapitalis, tanpa menilai secara terperinci pengaruh imperialisme British terhadap
perkembangan ekonomi, sedangkan British telah berjaya menguasai pentadbiran negeri-negeri
Melayu sejak akhir abad ke-18 lagi. Tambahan lagi, menurut Wong Lin Ken, kebanyakan kajian
sejarah ekonomi Malaysia (Tanah Melayu) tertumpu dalam konteks Persekutuan Tanah Melayu
dan Singapura. Beliau juga menegaskan kajian terhadap sejarah ekonomi Negeri-Negeri Melayu
Bersekutu sebelum Perang Dunia Kedua banyak didominasi oleh sarjana barat yang banyak
berorientasikan soal ‘mission civilisatrice’ British. Justeru, kajian yang mempunyai sentrik
tempatan perlu dilakukan bagi mengisi kelompongan isu berkaitan kekayaan ekonomi Negeri-
Negeri Melayu Bersekutu sebelum tahun 1941. Justeru, isu berkaitan perkembangan ekonomi
bagi unit-unit ekonomi (Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Negeri-Negeri Selat dan Negeri-
Negeri Melayu Tidak Bersekutu) sebelum Perang Dunia masih perlu diberi perhatian. Penulisan
10

J.H. Drabble pula membuktikan berlakunya pertumbuhan ekonomi di Tanah Melayu antara
tahun 1920-an hingga 1930-an. Berdasarkan pola-pola ekonomi yang ditunjukkan, penulisan
beliau tidak menghuraikan dasar ekonomi yang dilaksanakan oleh British di Tanah Melayu,
khususnya Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dengan terperinci sedangkan beliau bersetuju
dengan pandangan bahawa, British telah mengawal kegiatan ekonomi dengan lebih ketat dalam
tempoh tersebut.45 Begitu juga dengan penulisan Lim Chong Yah yang menggunakan pendekatan
melaporkan data-data ekonomi. Berdasarkan data-data dalam kajian beliau, cadangan kajian ini
akan menilai dan menginterpretasikannya berdasarkan sumber sejarah.

Kajian berkaitan ekonomi imperial British telah dibincangkan terdahulu oleh, Stephen
Constantine46, Tim Rooth47 dan Nicholas J. White48. Ketiga-tiga penulis ini bersetuju faktor
ekonomi telah mempengaruhi perkembangan imperialisme British di Tanah Melayu. Tambahan
lagi, kegagalan untuk bersaing dengan kuasa-kuasa besar seperti Amerika Syarikat, Jerman dan
Jepun telah mendorong kerajaan Britain untuk melaksanakan dasar ekonomi imperial. Menerusi
pelaksanaan dasar ini, seluruh tanah jajahan British diikat dengan pelaksanaan keutamaan
imperial sebagai satu bentuk perlindungan terhadap peniaga dan pedagang British. Menerusi
keutamaan imperial ini juga, British berjaya mengawal keseluruhan aktiviti perdagangan
empayarnya menerusi penganjuran Persidangan Ekonomi Imperial. Penulisan Stephen
Cinstantine telah menyumbang literatur bagi isu pembangunan kolonial sejak tahun 1929.
Menerusi pelaksanaan pembangunan kolonial, British menjadikan tanah jajahan sebagai
peminjam wang bagi membiayai pembangunan sumber bahan mentah untuk keperluan Britain.
Menurut Stephen Constantine, menerusi Persidangan Ekonomi Imperial, British melaksanakan
pembangunan kolonial di tanah jajahan bagi mengatasi masalah pengangguran yang berlaku di
Britain.49 Di samping itu, Tim Rooth turut menambah keadaan ekonomi Britain yang lemah ini
menyebabkan British mengalami kemerosotan kuasa untuk bersaing dengan negara lain. 50
Namun, timbul persoalan apakah yang berlaku di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu ? Adakah
Negeri-Negeri Melayu Bersekutu turut menjadi sebahagian daripada agenda Persidangan
Ekonomi Imperial ini ?

Penulisan Nicholas J. White pula, membawa interpretasi terhadap imperialisme British


dari sudut neokolonialisme di Malaysia. Berdasarkan penulisan beliau, wujudnya kawalan
11

British terhadap perkembangan ekonomi Tanah Melayu pada peringkat awal kemerdekaan,
apabila kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dikatakan mempunyai hubungan dengan ekonomi
kolonial British. Menurut Nicholas White, perkembangan ekonomi Tanah Melayu ketika era ini
bersifat homogenus yang mempunyai konflik dalam kepentingan politik, perniagaan dan
kerajaan. Seolah-olah masing-masing ingin menjaga kepentingan mereka sendiri. Beliau
melanjutkan masalah ini dalam karyanya yang seterusnya bejudul ‘Business, Government and
the End of Emipre: Malaya 1942-1957’.51 Dalam penulisan ini, Nicholas White telah
menjelaskan kepentingan pembangunan ekonomi kolonial British selepas merdeka. Isu dasar
kerajaan Britain terhadap pelaburan swasta, perbelanjaan luar negara serta ‘agency house’ di
Tanah Melayu lebih mendominasi penulisan ini Justeru, timbul persoalan apakah peranan
syarikat dan firma British dalam perkembangan ekonomi imperial di Negeri-Negeri Melayu
Bersekutu sebelum Perang Dunia Kedua ?

Kajian penting dalam isu perkembangan ekonomi di negeri-negeri Melayu pula boleh
diteliti menerusi penulisan Anthony Webster52, Tay Gaik Yeong53 dan Lim Teck Ghee54. Ketiga-
tiga kajian ini telah membincangkan pengaruh dan peranan British dalam pembangunan ekonomi
di negeri-negeri Melayu. Walaupun begitu, penulisan Anthony Webster terbatas dalam tempoh
masa abad ke-19. Beliau telah membincangkan perkembangan komuniti pedagang komersial
awal di Negeri-Negeri Selat yang seterusnya mempengaruhi perkembangan ekonomi British di
Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Tambahan lagi, beliau juga membuktikan bahawa pertapakan
British di Singapura telah menjadi titik tolak kepada pembangunan ekonomi imperial di negeri-
negeri Melayu dan Asia Tenggara keseluruhannya setelah kegagalan kerajaan kolonial di India.
Namun, persoalan timbul bagaimana pula keadaan perkembangan ekonomi ini pada abad ke-20,
terutamanya sebelum Perang Dunia Kedua?

Tay Gaik Yeong telah menjawab persoalan tersebut dalam penulisannya secara khusus di
Negeri-Negeri Melayu Bersekutu antara tahun 1921 hingga 1934. Namun, perbincangan beliau
tertumpu terhadap isu pendidikan, pekerjaan, tanah simpanan dan penanaman padi. Timbul
persoalan, bagaimana British membentuk dasar ekonomi pada tempoh tersebut, sedangkan dasar
pembangunan kolonial berlaku sehingga Perang Dunia Kedua? Persoalan ini perlu dijawab
dengan terperinci memandangkan Tay Gaik Yeong juga bersetuju British telah memainkan
12

peranan penting dalam pembangunan ekonomi di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Bagi


menjawab persoalan ini, sorotan terhadap penulisan Lim Teck Ghee penting dilakukan.
Penulisan beliau telah menjelaskan peranan British dan perkembangan golongan kapitalis yang
seterusnya membentuk sistem ekonomi Tanah Melayu sebelum merdeka. Walaupun begitu,
tumpuan Lim Teck Ghee terbatas terhadap golongan tani bagi sektor penanaman padi, pengusaha
kecil getah, kelapa, buah-buahan serta kerja-kerja kampung. Beliau juga membincangkan dasar-
dasar ekonomi seperti pembukaan ladang dan sekatan getah. Namun, berdasarkan penulisan
beliau ini, timbul persoalan dari manakah dasar ekonomi British di Tanah Melayu berakar
umbi ?

Tumpuan pengkaji awal terhadap sejarah ekonomi Tanah Melayu dalam tahun 1920-an
hingga 1930-an adalah terbatas dalam isu perkembangan industri timah dan getah, evolusi sistem
politik dan ekonomi, undang-undang dan buruh. Kerangka kajian-kajian ini turut terbatas dalam
konteks kapitalisme dan dualisme ekonomi, sedangkan rekod-rekod pentadbiran kerajaan Britain
dan Pejabat Tanah Jajahan jelas membuktikan pelaksanaan dasar ekonomi imperial yang
membolehkan British mengawal pentadbiran dan aktiviti ekonomi di tanah jajahan termasuklah
Tanah Melayu. Malah tanpa peruntukan perundangan yang sah, golongan pemodal dan peniaga
Eropah khususnya British tidak mungkin dapat membuka cawangan perniagaan dan memiliki
aset ekonomi secara sah di Tanah Melayu. Justeru, timbul masalah kajian untuk meneliti akar
umbi perkembangan ekonomi kolonial British di Tanah Melayu yang dibangunkan berdasarkan
dasar ekonomi imperial sejak tahun 1927 setelah J. J.M. Keynes, seorang tokoh ekonomi British
mengiystiharkan bahawa amalan perdagangan bebas British telah jatuh atau tamat pada tahun
1926.55

KESIMPULAN

Sejarah ekonomi imperial British di Tanah Melayu memerlukan kajian lanjut oleh para
pengkaji, khususnya bagi calon sarjana ataupun doktor falsafah yang bercadang untuk
melanjutkan pengajian dalam bidang ini. Tumpuan harus diberikan dalam tempoh antara tahun
1918 hingga 1948 yang merupakan ‘Golden Age’ bagi perkembangan imperialisme Eropah.
Jangka masa ini juga merupakan tempoh perkembangan neomerkantilisme yang menyaksikan
13

berlakunya pergelutan ketenteraan (Perang Dunia Pertama dan Kedua) oleh negara kuasa besar
untuk mengekalkan pengaruh imperialnya. Persaingan kuasa Eropah dan persaingan pasaran
ekonomi dunia dalam tempoh ini memberi pengaruh signifikan terhadap perkembangan dan
kegiatan ekonomi di tanah jajahan, termasuklah Tanah Melayu.56

CATATAN
Artikel ini masih lagi diperingkat pemurnian dan memerlukan kajian lanjutan. Sila hubungi
penulis terlebih dahulu untuk sebarang rujukan atau petikan teks.

NOTA AKHIR
1
D.K. Fieldhouse, Economics and Empire 1830-1914, Cornell University Press, New York, 1973, hlm. 185.
2
Dalam rekod British terma ‘Colonies’ sering digunakan untuk merujuk empayar British yang melibatkan tanah jajahan,
negeri naungan dan ‘Trust Territories’. British Aid- 5, Colonial Development: A Factual Survey of the Origins and history
of British Aid to Developing Countries, The Overseas Development Institute Ltd., England, 1964, hlm. 6.
3
Anne E. Booth, Colonial Legacies: Economic and Social Development in East and Southeast Asia, University of Hawai’i
Press, Honolulu, 2007, hlm. 1.
4
Ibid., hlm. 6.
5
CO 273/527, Trade Conditions of British Malaya, 1924.
6
Lihat The National Archives, The Cabinet Papers, http://www.nationalarchives.gov.uk/cabinetpapers/themes/finance-
economy.htm
7
Dasar Pembangunan Kolonial merupakan salah satu daripada dasar ekonomi imperial British selepas Perang Dunia
Pertama. Rujuk, Stephen Constantine, The Making of British Colonial Development Policy, 1914-1940, Frank Cass, USA,
1984.
8
SCH 753/1348, Colonial Development Act. 1929, Arkib Negara Malaysia.
9
Huraian lanjut lihat, Mohd Shazwan Mokhtar, Perkembangan Sistem Perdagangan Merkantilisme di Negeri-Negeri Melayu
Bersekutu, 1909-1925, Tesis Sarjana Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2017, hlm. 196.
10
Linda Colley, 2002, hlm.134-136.
11
Lihat, P.J. Drake, The Economic Development of British Malaya to 1914: An Essay in Historiography with Some
Questions for Historians, Journal of Southeast Asian Studies, Vol. 10, No. 2, 1979, hlm. 263 – 264.
12
Lim Chong Yah, A Comment on P.J. Drake’s “The Economic Development of British Malaya to 1914: An Essay in
Historiography with Some Questions for Historians”, Journal of Southeast Asian Studies, Vol. 10, No. 2, 1979, hlm. 292.
13
Lihat, Paul Bookbinder, “Wie es eigentlich gewesen” or Manufactured Historical Memory, Journal of The Historical
Society, Vol. 10, No. 4, 2010, hlm. 475-506.
14
Ronald Hyam, Understanding The British Empire, Cambridge University Press, United Kingdom, 2010.
15
P.J. Cain & A.G. Hopkins, British Imperialism 1688-2015, 3rd Ed., Routledge, Oxon, 2016.
16
Sarah Stockwell (ed.), The British Empire: Themes and Perspectives, Willey-Blackwell, Oxford, 2008.
17
A.N. Porter, A.J. Stockwell, A. Pasieka & W.S. Ho, British Imperial Policy and De-colonization 1938-64: Vol. 1. 1938-
1951, Palgrave Macmillan, Oxon, 1987.
18
Linda Colley, What is Imperial History Now ?, In, David Cannadine, What is History Now, Palgrave Macmillan, New
York, 2002, hlm. 133.
19
Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustakan, http://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=imperialisme.
Lihat juga, http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=kolonialisme
20
George H. Nadel & Perry Curtuis, Introduction, In, George H. Nadel & Perry Curtuis, Imperialisme & Colonialisme, The
Macmillan Company, London, 1964, hlm. 1-3.
21
Nicholas Tarling, Imperialism in Southeast Asia, Routledge, New York, 2001, hlm. 9-15.
22
Huraian lanjut lihat, Mohd Shazwan Mokhtar, Muhammad Aslah Akmal Azmi & Mohd Samsudin, Perkembangan Sistem
Perdagangan Merkantilisme Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (1909-1913), JEBAT: Malaysian Journal of History, Politics
& Strategic Studies, Vol. 44, No. 2, 2017, hlm. 1-26.
23
Gerard M. Koot, Historical Economics and the Revival of Mercantilism Thought in Britain, 1870-1920, In, lars Magnuson
(ed.), Mercantilist Economics, Springer, New York, 1993, hlm. 189.
24
Ruper Emerson, Malaysia: Satu Pengkajian dalam Pemerintahan Secara Langsung dan Tidak Langsung, Trj., Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1974, hlm. 171.
25
Ruper Emerson, 1974, hlm. 178.
26
Shorthand Report of the Proceedings of the Federal Council, 11 July 1923. Lihat juga, Appendix I, Statement by Mr.
Churchill on the Colonies, ect., In Summary of Proceedings and Documents, Conference of Prime Ministers and
Representatives of the United Kingdom, The Dominions and India, 1921.
27
New Zealand, Imperial Economic Conference, Record of Proceedings and Documents, 1924, hlm. 1-6.
28
CAB/24/215, Imperial Conference, 1930. Imperial Trade Policy and Imperial Economic Machinery.
29
New Zealand, Imperial Conference, 1926. Summary of Proceedings, 1927, hlm. 99
30
Huraian lanjut lihat, Mohd Shazwan Mokhtar, Keutamaan Imperial dalam Pembangunan Perdagangan Antara Empayar
British di Tanah Melayu, 1921-1926, Prosiding Kongres Sejarah Malaysia III, Muzium Warisan Akademik UKM, UKM
Bangi, 2018, hlm. 90-102.
31
Ruper Emerson, 1974, hlm. 191-192.
32
CAB 32/4, Imperial Conference 1921, Notes of a Meeting of Prime Ministers of the Empire, 10 Downing Street, 22 July
1921. Lihat juga, Imperial Cares, Malaya Tribune, 20 April 1921.
33
S.C.H. 753/1348, Colonial Development Act. 1929.
34
Ibid., hlm. 14.
35
George C. Abbott, 1971, hlm. 71.
36
Telegram from The Secretary of States for the Colonies to The Governor of the Straits Settlements / The High
Commissioner for the Malay States, 8 August 1929, In Sel. Sec. G. 1489/1929, Colonial Development Act. 1929.
37
H.C.O. Secretary of State 1045/1930, Colonial Development Fund.
38
H.C.O. Secretary of State 1041/1930, Schemes Under Colonial Development Act.
39
CAB 24/215/47, Memorandum by the President of the Board of Trade, 1930.
40
NAA: 1967/165, 2, The Imperial Conference 1930 – Political and Economic Aspect.
41
CAB 24/215/CP/3, Imperial Trade Policy and Imperial Economic Machinery, Imperial Conference, 1930.
42
Wong Lin Ken, The Economic History of Malaysia: A Bibliographic Essay, The Journal of Economic History, Bil. 2, No.
2, 1965, hlm. 244-262.
43
Lim Chong Yah, Economic Development of Modern Malaya, Oxford University Press, Kuala Lumpur, 1967.
44
John H. Drabble, An Economic History of Malaysia, c. 1800-1900: The Transition to Modern Economic Growth, Mac
Millan, Great Britain, 2000.
45
Ibid., hlm. 124.
46
Stephen Constantine, The Making of British Colonial Development Policy, 1914-1940, Frank Cass, USA, 1984, hlm.
47
Tim Rooth, British Protectionism and the International Economy: Overseas Commercial Policy in the 1930s, Cambridge
University Press, Cambridge, 1992, hlm.
48
Nicholas J. White, Perniagaan British di Malaysia Pascapenjahan 1957-70: Neokolonialisme atau Pengunduran ?, Trj.,
Institut Terjemahan Negara Malaysia, Kuala Lumpur, 2010.
49
Stephen Constantine, The Making of British Colonial Development Policy, 1914-1940, hlm. 189-199.
50
Tim Rooth, British Protectionism and the International Economy: Overseas Commercial Policy in the 1930s, hlm. 45.
51
Nicholas J. White, Business, Government and the End of Empire: Malaya 1942-1957, Oxford University Press, United
States, 1996.
52
Anthony Webster, The Development of British Commercial and Political Network in the Straits Settlement 1800 to 1868:
The Rise of Colonial and Regional Economic Identity ?, Modern Asian Studies, Bil. 45, No. 4, 2011, hlm. 899-929.
53
Tay Gaik Yeong, British Economic Policy Towards the Malay in Federated Malay State’s, 1921-1934, Tesis Sarjana,
Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, 1969.
54
Lim Teck Ghee, Peasant and Their Agricultural Economy in Colonial Malaya 1874-1941, Oxford University Press, Kuala
Lumpur, 1977.
55
Gerrad M. Koot, English Historical Economics, 1870-1926: The Rise of Economic History and Neomercantilism,
Cambridge University, Cambridge, 1987, hlm. 203.
56
Patrick O’Brien, Imperialism and the Rise and Decline of the British Economy, 1688-1989, New Left Review, Vol. I, No.
238, hlm. 49.

You might also like