You are on page 1of 5

MODEL PENGENDALIAN OPERASI TAKAFUL

1. Model Mudharabah
Model mudharabah adalah salah satu model terawal operasi takaful terutamanya di
Malaysia. (Dr. Engku Rabiah Adawiah Engku Ali, 2010). Di bawah kontrak mudharabah,
pengendali takaful bertindak sebagai mudharib (pengusaha) dan peserta sebagai rabbul
mal (penyedia modal). Kontrak ini menentukan bagaimana lebihan daripada pengendalian
takaful dikongsi antara pengusaha takaful dengan peserta di mana kerugian ditanggung
oleh peserta iaitu selaku penyedia modal. Walau bagaimanapun, pengendali takaful
dikehendaki mematuhi peraturan berhemat termasuk memberi pinjaman tanpa faedah
kepada kumpulan wang risiko takaful sekiranya berlaku kekurangan dalam kumpulan
tersebut demi melindungi kepentingan perserta (IBFIM,2010).

Rajah 2: Model Operasi Mudharabah

Peserta
Takaful
Tabarru’
Pelaburan
Dana Tabarru’ Patuh Syariah

(100%-X)

Keuntungan X%
Sumbangan +
Keuntungan

Pengendali
Tolak
Takaful
Tuntutan

Surplus

100%

Sumber: (Dr. Engku Rabiah Adawiah Engku Ali, 2010)


Rajah 3: Simulasi Mudah Model Operasi Mudharabah

Sumber: (Dr. Engku Rabiah Adawiah Engku Ali, 2010)

Berdasarkan rajah di atas, perlaksanaan model mudharabah berlaku apabila peserta


membuat sumbangan kepada dana takaful sebagai tabarru’. Kemudian, hasil keuntungan
daripada pelaburan tersebut, sekiranya ada, akan diagihkan antara pengendali takaful dengan
peserta dalam bentuk perkongsian keuntungan berdasarkan nisbah yang dipersetujui antara
kedua-dua belah pihak. Sebahagian peratusan keuntungan akan dikembalikan kepada peserta
ke dalam tabung dana tabarru’ selepas ditolak jumlah tuntutan, takaful semula dan rizab (IBFIM,
2010).
2. Model Wakalah
Model wakalah ini menerangkan suatu perjanjian agensi antara pengendali yang
bertindak sebagai ejen atau ‘wakil’ kepada penyertaan prinsipal, untuk menguruskan
penyertaan prinsipal dalam urus niaga pelbagai produk takaful yang diberikan oleh
pengendali. Sebagai balasan atas perkhidmatan agensi yang diberikan, pengendali
dibenarkan untuk mengenakan bayaran di bawah perjanjian itu. Selain itu, pengendali
memperoleh yuran pendapatan dan keuntungan dari pelaburan dana pemegang saham.
Sungguhpun demikian, terdapat pengendali takaful yang mengamalkan model perniagaan
ini dengan mengenakan yuran prestasi atas perkhidmatan dan peranan yang dimainkan
dalam pengurus pelaburan dana Takaful. Sekiranya berlaku pembatalan atau penyerahan
sijil, baki bersih sumbagan/ derma (jika ada) akan dipulangkan kepada peserta, selepas
ditolak semua caj seperti yuran wakalah dan perbelanjaan pengurusan lain (Ahmad, Badrul,
Nasser & Jamil,2012).

Kontrak wakalah ini dibahagikan kepada empat jenis; iaitu:

a) Wakil Am
Wakil Am adalah wakil dalam perkara yang tidak ditetapkan seperti wakil
dalam semua urusan jual beli atau menjadi wakil tetapi tidak ditetapkan
barangan yang hendak dijual atau dibeli.Selain itu, wakil am mempunyai
kuasa untuk sebarang urusan selagi mana tidak mendatangkan mudarat
kepada pewakil.

b) Wakil Khas
Wakil Khas ialah wakil yang dikhususkan untuk urusan tertentu seperti jual
beli rumah, kereta, sewaan harta tidak alih seperti tanah, rumah dan
bangunan. Wakil Khas ini terikat dengan perkara atau pekerjaan yang
dikhususkan kepadanya.

c) Wakil Berupah
Wakil berupah adalah diharuskan oleh syarak. Rasulullah SAW mengutuskan
pegawai (pekerjanya) untuk menerima zakat dan diberi upah. Wakil jenis ini
mestilah melaksanakan tugas tersebut dengan baik dan tidak
mengabaikannya.

d) Wakil Tidak Berupah


Wakil Tidak Berupah ialah wakil yang bekerja secara sukarela tanpa
sebarang habuan. Perwakilan jenis ini tidak mewajibkan seseorang wakil itu
meneruskan kerja malah ia boleh melepaskan dirinya daripada tugas itu pada
bila-bila masa sahaja.

(http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2009&dt=0902&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.ht
m#ixzz4v0RtkcIE)
Rajah 4: Model Operasi Wakalah

Keuntungan
Pelaburan

Pengurusan
wakalah Tolak
Pengendali Sumbangan+
Sumbangan Tuntutan
Takaful Keuntungan

Fi Wakalah
Tabarru’ Tuntutan Lebihan

Caruman Peserta
(100%-X) Lebihan

X% sebagai yuran prestasi

Sumber: (Dr. Engku Rabiah Adawiyah Engku Ali, 2010 )

Rajah 5: Simulasi Mudah Model Operasi Wakalah

Sumber: (Dr. Engku Rabiah Adawiyah Engku Ali, 2010 )


Berdasarkan gambar rajah di atas,

You might also like