You are on page 1of 2

TAJUK 2: REKA BENTUK PENGAJARAN (RP)

Aktiviti 1: Berdasarkan pautan bahan bacaan di Topik 2, bincangkan pengertian, konsep


reka bentuk pengajaran dan peranannya dalam PdP.

a) Pengertian

Reka Bentuk Pengajaran ialah manifestasi bahawa pembelajaran tidak harus berlaku
dalam kelam-kabut, tetapi perlu dibina mengikut proses yang tersusun atur dan
menjurus kepada hasil pembelajaran yang boleh diukur.

Pada asasnya, reka bentuk pengajaran menetapkan apa yang hendak diajar dan
bagaimana hendak diajar agar pembelajaran dapat berlaku. Hal ini termasuk mengukur
pencapaian objektif (hasil pembelajaran) dan merancang semula sehingga objektif
tercapai. Dengan kata lain, reka bentuk pengajaran ialah proses tiga peringkat, iaitu
penentuan objektif yang jitu, perancangan pengajaran pembelajaran, dan penilaian
pengajaran dan pembelajaran.

b) Konsep
Menurut Dick dan Reiser (1988) Reka Bentuk Pengajaran ialah satu proses untuk
mereka bentuk, membangun melaksana dan menilai pengajaran yang dilakukan secara
sistematik dan terancang.

Menurut Briggs (1997), Reka Bentuk Pengajaran ini merangkumi keseluruhan proses:
iaitu menganalisis keperluan pembelajaran dan matlamat pembelajaran, membina sistem
penyampaian untuk mencapai matlamat pembelajaran, melaksanakan perancangan
pengajaran-pembelajaran, dan menyediakan bahan dan aktiviti pengajaran-pembelajaran
serta membuat penilaian pengajaran dan aktiviti pembelajaran.

Reigeluth (1983) mendefinisikan bahawa Reka Bentuk Pengajaran lebih fokus kepada
penyataan kaedah-kaedah pengajaran iaitu sebagai satu disiplin yang memberi kepentingan
kepada kefahaman, peningkatan dan aplikasi kaedah-kaedah pengajaran.

Menurut Richey (1086) Reka Bentuk Pengajaran ialah satu bidang sains untuk mencipta
satu spesifikasi pengajaran yang terperinci untuk pengembangan, penilaian dan
penyenggaraan bagi satu kaedah yang memudahkan pembelajaran.
c) Peranan

Terdapat beberapa peranan Reka Bentuk Pengajaran. Peranan pertama ialah Reka
Bentuk Pengajaran dapat meningkatkan Profesion Perguruan. Misalnya, Reka Bentuk
Pengajaran dapat meningkatkan guru dalam membuat perancangan yang teratur
sebelum P&P dijalankan. Peranan seterusnya ialah, kefahaman keperluan. Reka Bentuk
Pengajaran membantu guru lebih memahami keperluan dalam P&P. Reka Bentuk
Pengajaran juga menentukan pengajaran lebih jelas dan efektif.

Peranan selanjutnya ialah Penyelesaian Masalah. Reka Bentuk Pengajaran dapat


menghuraikan kaedah yang optima yang boleh membawa perubahan terhadap sikap,
pengetahuan dan kemahiran murid. Fokus Pengajaran juga merupakan salah satu
peranan Reka Bentuk Pengajaran. Reka Bentuk Pengajaran menentukan fokus yang
perlu diberikan guru terutama dalam penyediaan aktiviti P&P.

You might also like