You are on page 1of 2

AKTIVITI TOPIK 4: VISUAL UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

MINGGU 4: 13 SEPTEMBER – 17 SEPTEMBER 2020

AHLI KUMPULAN:

Bersama rakan, berdasarkan satu topik kursus pengkhusuan major anda, bina atau pilih
bahan-bahan visual yang bersesuaian untuk digunakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Apakah justifikasi anda memilih/membina bahan-bahan visual tersebut.
Dengan menggunakan pemprosesan perkataan tuliskan justifikasi anda. Dalam penulisan
tersebut cuba kaitkan dengan reka bentuk pengajaran yang diguna sebagai sandaran untuk
membina/memilih bahan visual tersebut.

Tajuk yang kami memilih ialah teknologi pertanian iaitu menanam benih di dalam bekas.
Bagi topik ini, bahan-bahan visual yang sesuai untuk digunakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran ialah, tayangan video tentang cara menanam benih di dalam bekas, cara menyemai
biji benih, cara melakukan penjagaan semaian dan cara mengubah anak benih ke dalam bekas
tanaman. Hal ini demikian kerana, penggunaan bahan visual ini mampu mempersembahkan sesuatu
imej dalam keadaan yang realistik atau menyerupai keadaan yang sebenar. Ini membolehkan
seseorang pelajar dapat merasakan seolah-olah mereka berada atau turut serta dalam suasana
menanam benih di dalam bekas. Video juga mampu menjadikan sesuatu proses pengajaran dan
pembelajaran lebih berkesan. Penggunaan media ini boleh mempercepatkan kadar pemahaman
seseorang pelajar tentang cara menanam benih di dalam bekas.

Bahan visual yang sesuai untuk digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah,
persembahan e-book. Melalui e-bbok, tumpuan perhatian murid-murid yang lemah dan bosan dapat
ditarik dengan lebih mudah kerana mereka boleh memahami topik menyemai biji benih dengan
berkesan. Hal ini demikian kerana e-book tersebut mengandungi gambar-gambar yang menarik,
animasi dan audio. Dalam konteks ini, guru dapat melibatkan murid dalam persembahan e-book.
Guru juga dapat menilai tahap penguasaan melalui amali menyemai biji benih.

Bahan visual seterusnya ialah power point slaid. Kelebihan bahan visual ini ialah membantu
untuk menyediakan jenis template yang konsisten dan kemas. Selain itu, dapat menyediakan operasi
yang mudah untuk mengorganisasikan kesemua elemen reka bentuk, latar, warna, corak serta aturan
perisian.

You might also like