You are on page 1of 5

Bahasa merupakan alat yang digunakan oleh manusia untuk berkomunikasi antara

satu sama lain. “Communication is the process by which information is exchange between
individuals through a common system of symbols, signs or behaviour. (Salleh, et.al., p. 12,
2016)”. Bahasa juga merupakan sisitem yang terdiri daripada pembangunan dan
penggunaan sistem komunikasi yang kompleks terutamanya bagi manusia. Laras bahasa
pula merupakan sejenis kelainan bahsa yang digunakan oleh seseorang berdasarkan
bidang yang mereka ceburi. “Bahasa yang digunakan dalam bidang keilmuan tertentu
memperlihatkan beberapa perbezaan daripada bahasa yang digunakan dalam ilmu yang
lain (Karim, M. D. A. R. A., p. 4,2010)”. Laras bahasa juga dianggap sebagai satu gaya atau
cara seseorang menggunakan bahasa berdasarkan situasi yang dialami. Karangan ini akan
mebezakan laras bahasa antara laras bahasa biasa dengan laras bahasa sains.

Laras bahasa biasa ialah laras khusus yang digunakan oleh masyarakat umum.
Kebiasaannya, laras bahasa biasa digunakan dalam bidang hiburan seperti laporan sukan
dan berita sukan. Selain itu, laras bahasa biasa juga digunakan di dalam rancana dan iklan.
Laras bahasa biasa tidak melibatkan pengetahuan spesifik bidang tertentu, mudah difahami
dan tiada istilah teknikal. Laras bahasa ini mempunyai gaya ayat yang sederhana, ringkas
dan padat dan digunakan di dalam perbualan seharian. Setelah meneliti perbualan yang
telah saya teliti dalam lampiran, laras bahasa biasa telah digunakan oleh Ikhmal dan
Vincent. Ini adalah kerana mereka telah menggunakkan gaya ayat yang sederhana seperti “
Tahniah Vincent! Gambar foto awak telah memenangi hadiah pertama dalam pertandingan
fotografi sekolah kita.”. Ikhmal telah menggunakkan gaya ayat yang sederhana kerana ayat
dia tidak mempunyai kata hubung dan hanya mempunyai satu ayat tunggal. Bukan itu
sahaja, dalam perbualan Ikhmal, “Hai, Vincent! Awak sedang buat apa?”, ayat Ikhmal adalah
ringkas, padat dan mudah difahami. Vincent tidak memerlukan pengetahuan dalam bidang
lain untuk memahami mesej yang ingin disampaikan oleh Ikhmal.

Selain itu, laras bahasa yang kedua ialah laras bahasa sains.laras bahsa sains
digunakan untuk menyampaikan maklumat secara formal. Hasil yang dibentangkan adalah
berdasarkan hasil kajian dan fakta. Kebiasaanya, teks yang menggunakkan laras bahasa
sains akan menggunakan kosa kata dan formula atau rumus yang berkaitan dengan bidang
sains. Dalam teks yang saya rujuk, saya dapati terdapat banyak istilah sains dan teknikal
seperti polidipsia. Tambahan lagi, teks tersebut juga menggunakkan banyak istilah-istilah
pinjaman terutamanya daripada bahasa inggeris seperti insulin. Laras bahasa sains
berbentuk khusus dan memerlukan pembacanya mempunyai imlu pengetahuan yang
spesifik dan banyak tentang topik yang dibincangkan didalam teks tersebut. Sebagai contoh,
jika teks tersebut membincangkan tentang insulin dan diabetes, pembaca perlu mempunyai
ilmu biologi yang mencukupi supaya mereka mempunyai kemampuan untuk memahami teks
tersebut. Maka, laras bahasa sains adalah lebih susah difahami jika pembaca tidak
mempunyai ilmu yang mencukupi atau pengetahuan yang sesuai berkaitan topik sesebuah
teks.

Konklusinya, laras bahasa biasa adalah lebih mudah difahami berbanding dengan
laras bahasa sains. Bagi laras bahasa sains pula, pembaca perlu mempunyai pengetahuan
yang lanjut atau yang terperinci berkenaan tentang topik perbincangan teks tersebut.
Namun, laras bahasa biasa tidak memerlukan pengetahuan yang terperinci untuk pembaca
memahami sesuatu teks kerana kosa kata yang digunakan adalah mudah dan padat.
Pertandingan Lagu Rakyat Peringkat IPG Kent telah diadakan pada 4 Februari 2020.
Pertandingan lagu rakyat yang dianjurkan oleh unit PPISM SEMESTER 2 AMBILAN JUN
2019 TESL SK 1, SK 2 dan SJK(C) ini telah diadakan di Dewan Serbaguna IPG Kent dan
telah disertai oleh 30 orang peserta kerana pertandingan ini adalah berbentuk terbuka dan
penyertaan adalah tidak terhad kepada para pelatih PPISMP malah pelatih PISMP.
Pertandinagn Lagu Rakyat Prinkat IPG Kent ini diadakan bermatlamat untuk mewujudkan
penglibatan aktif para pelatih dalam mencungkil bakat terpendam mereka dalam menyanyi
lagu rakyat. Di samping itu, dapat merapatkan hubungan silaturahim antara pelatih apabila
bersama-sama menyaksikan persembahan. Seterusnya, memberi peluang kepada para
pelatih untuk meambah pengetahuan tentang nilai-nilai kesenian bangsa sebagai teras
pembentukan masyarakat berbudaya.

Sebulan sebelum 4 Februari 2020, satu mesyuarat antara ketiga-tiga unit TESL
untuk menentukan ahli jawatankuasa yang akan mengendalikan Pertandingan Lagu Rakyat
Peringkat IPG Kent. Selepas mesyuarat tersebut, satu ahli jawatankuasa yang lengkap telah
dilantik dan AJK tersebut bertanggungjawab untuk melaksanakan dan dan menjayakan
pertandingan ini. Saya telah dilantik menjadi ketua biro peralatan dan ditugaskan untuk
menyediakan dan memohon peralatan seperti pembesar suara dan mikrofon dan LCD yang
akan digunakan untuk menjayakan pertandingan tersebut. Oleh itu, saya bertindak serta
merta untuk memohon peminjaman peralatan dengan mengisi borang pemohonan peralatan
di unit uict untuk memastikan tidak tergesa-gesa atau memastikan peralatan adalah sedia
ada pada hari pertandingan tersebut. Selain itu, setiausaha telah menyediakan satu kertas
kerja untuk memohon kebenaran untuk mengadakan Pertandingan Lagu Rakyat.

Dua minggu sebelum Pertandingan Lagu Rakyat ini dijalankan, kami telah
menyediakan borang penyertaan yang dilampirkan dengan syarat pertandingan kepada
setiap kelas serta supaya mereka mempunyai masa untuk berlatih menyanyikan lagu rakyat
yang dipilih mereka. Para pelatih diberi masa 1 minggu untuk menghantar borang
penyertaan supaya setiap peserta yang menyertai pertandingan dapat dipastikan
penyertaan dan dikenal pasti jumlahnya. Anatara syarat pertandingan lagu rakyat ini adalah
durasi persembahan adalah diantara empat sehingga lima minit, markah akan ditola
sekiranya persembahan kerang atau melebihi masa yang telah ditetapkan. Tambahan lagu
borang penyertaan juga dilampirkan contoh-contoh lagu rakyat untuk memberi pelatih idea
kepada lagu rakyat, namun mereka tidak perlu mengikut contoh-contoh tersebut.

Pada 4 Januari 2020, para-para AJK telah datang untuk menghias dewan pada
waktu pagi kerana pertandingan tersebut akan diadakan pada waktu petang, 1.30 petang.
Pertandingan Lagu Rakyat dimulakan pada 1.30 setiap pelatih berkumpul di dewan
serbaguna. Tetamu jemputan, juri serta para pensyarah hadir pada 1.40 petang.
Pertandingan dimulakan dengan urutan yang telah ditentukan melalui cabutan. Sebanyak 30
pelajar telah menyertai pertandingan lagu rakyat tersebut. Pada jam 4.00, semua peserta
telah habus melakukan persembahan mereka. Juri diberi masa untuk menyemak markah
dan para pemenang telah ditentukan. Pertandingan ini tamat pada jam 4.30 petang. Semua
pelatih diminta mengambil gambar bersama tetamu jamputan untuk dijadikan laporan.

Pada hari seterusya, mesyuarat refleksi telah dijalankan. Setelah mesyuarat


tersebut, masalah telah dikenal pasti dan diberi jalan penyelesaiannnya supaya tidak
berulang pada program yang akan dijalankan pada masa hadapan. Sebagai contoh,
sebagai ketua biro peralatan, saya dapati ahli biro saya tidak mencukupi untuk
mengendalikan pertandingan tersebut. Oleh itu, saya mencadangkan bahawa pada program
seterusnya, ahli biro peralatan ditambah.

(1007 patah perkataan)


Atur Cara Pertandingan Lagu Rakyat Peringkat IPG Kent

Tarikh: 4 Februari 2020

Tempat: Dewan Serbaguna IPG Kent

Masa Aktiviti

1.30 pm Kedatangan pelatih

1.40 pm Kedatangan tetamu jemputan dan VIP

2.00 pm – 4.00 pm Persembahan peserta

4.00 pm – 4.10 pm Pengiraan markah

4.10 pm – 4.30 pm Pengumuman keputusan

4.30 pm Bersurai

You might also like