You are on page 1of 5

1.

0 Kajian Kes

Kajian kes : Pelajar Tingkatan 4


Jantina : Lelaki
Kes : Buli

2.0 Sinopsis masalah

Buli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau
maksud untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Ini secara tidak langsung,
menjadikan mereka yang lemah mematuhi atau menghormati mereka yang kuat.
Ada maksud lain yang menyatakan bahawa buli bermaksud tingkah laku agresif
sama ada dalam bentuk fizikal atau psikologikal yang dilakukan secara berulang
kali ke atas mangsa dan bertujuan mendatangkan perasaan tidak selesa, aman,
tenteram dan harmoni. Secara keseluruhannya, perbuatan membuli merupakan
perbuatan yang tidak baik serta boleh membuatkan orang lain boleh menjadi
mangsa serta boleh mendatangkan ketidak selesaan kepada orang lain.

Siapakah yang sering membuli dan dibuli?

Pembuli

* Terdiri daripada pelajar menengah atas iaitu tingkatan empat, lima, dan enam.
* Bertubuh besar, tegap, dan tinggi.
* Melibatkan sekumpulan pelajar dan biasanya usia mereka adalah sebaya.
* Membuli satu cara untuk menghilangkan perasaan bosan di sekolah.
* Kejayaan membuli pelajar junior akan menunjukkan mereka kuat, berkuasa,
dan tidak mudah digertak.

Di Malaysia, pelajar-pelajar yang sering menjadi mangsa ialah pelajar menengah


rendah iaitu tingkatan satu, dua, dan tiga serta pelajar sekolah rendah.
* Bertubuh kecil.
* Pelajar yang kerap dipuji oleh guru akan menjadi sasaran.
* Pelajar baru di sekolah.

3.0 Perspektif Teori Behavioris Terhadap Kajian Kes dan Tindakan Kaunselor
dalam Menangani Isu Buli

Kes buli adalah kes yang berkaitan dengan masalah tingkah laku pelajar.
Justeru, kami huraikan kajian kes ini berdasarkan daripada perspektif Teori
Behavioris. Menurut ahli-ahli psikologi behavioral, pembelajaran adalah
perubahan tingkah laku yangberlaku dalam diri seseorang individu yang
disebabkan oleh pengalaman. Prosespembelajaran ini dilalui oleh setiap insan
sejak dia dilahirkan, sehingga sukar bagi kita untukmembeza dan memisahkan
antara pembelajaran dengan tumbesaran, kerana kedua-duanyaadalah saling
berkaitan. Behaviorisme menumpukan perhatian ke atas aspek tingkah
lakumanusia yang boleh diperhatikan dan boleh diukur. Ahli-ahli psikologi
behavioris berpendapat sesuatu benda yang wujud adalah benda yang kita boleh
diperhatikan. Kita tidak dapat melihat pemikiran, tetapi kita dapat membuat
pemerhatian terhadap perlakuan manusia. Dari tingkah laku ini kita dapat
membuat kesimpulan tentang apa yang sedang difikirkan.

Punca kepada belakunya masalah buli dalam kalangan pelajar pada hari
ini ialah disebabkan kekurangan penghayatan nilai-nilai agama yang ada
pada pelajar yang sanggup melibatkan dirinya dalam kes buli. Mereka sanggup
berbuat demikian hanya untuk mendapatkan perhatian orang lain dan
menunjukkan kekuatannya kepada orang lain. Ringkasnya, mereka semakin
ketandusan nilai kemanusiaan dalam diri mereka sendiri. Selain itu, ibu bapa
yang kurang memberikan belaian kasih sayang dan prihatin kapada anak juga
menjadi antara puncanya kes buli ini berlaku. Ibu bapa yang selalu sibuk mencari
wang dan bersikap materialistik telah mengabaikan tanggungjawab mereka
terhadap anak mereka. Di samping itu, para pelajar yang masih berumur 
 setahun jagung  ini mudah terpengaruh dengan tindakan rakan sebayanya. Jika
kawan-kawannya merupakan pembuli, pelajar tersebut juga akan terikut-
ikut perbuatan kawannya supaya dapat diterima oleh ahli-ahli kumpulannya.
Pengawasanyang longgar di sekolah juga menjadi puncanya kerana telah
memberi peluang kepada pelajar yang ingin menjalankan pembulian mereka
terhadap pelajar lain

Berdasarkan kes buli yang berlaku, kami kaitkan dengan pembahagian


teknik-teknik ahli behavior kepada empat bahagian. Bahagian yang pertama
ialah pembelajaran operan. Peneguhan negatif boleh diberikan oleh guru
kepada pelajar yang terlibat dalam masalah buli. Peneguhan  negatif ialah
rangsangan serta merta yang tidak selesa atau menyakitkan yang diberikan
selepas sesuatu tingkah laku ditunjukkan. Contohnya pelajar yang terlibat dalam
masalah buli ini boleh di hukum dengan tidak dapat menyertai apa-apa bidang
sukan yang diminatinya disekola tersebut jika dia aktif dalam bidang sukan.
Dengan peneguhan negatif seperti ini yang diberikan oleh guru, pelajar tersebut
mungkin dapat mengawal tingkah laku buli yang kerap mereka lakukan disekolah
Tersebut. Selain itu, guru juga boleh membawa kes buli ini kepada pihak polis.
Telah menjadi norma kehidupan, pelajar seperti ini amat takut untuk berhadapan
dengan pihak polis jika mereka disabitkan kesalahan. Guru perlu bijak untuk
mengelakkan masalah buli ini daripada merebak ke seluruh kawasan sekolah
dengan adanya kumpulan-kumpulan tertentu. Jika masalah ini dicampur tangan
oleh pihak polis maka pelajar tersebut akan berasa takut untuk membuli pelajar
yang lain. Melalui pembelajaran operan ini, guru dapat mengawal tingkah laku
pelajar untuk membuli di sekolah tersebut. Peneguhan ini boleh dijalankan
secara berterusan ataupun berkala oleh guru untuk kes buli.

Selain itu, dalam teori behavioris juga terdapat pembelajaran imitiatif.


Pembelajaran ini menjurus kepada penerimaan respons baharu yang
didedahkan kepada model-model yang ingin ditiru oleh individu mengikut cita
rasa mereka. Salah satu punca terjadinya masalah buli untuk mendapatkan
perhatian orang lain dan menunjukkan kekuatannya kepada orang lain. Sebagai
contoh, guru boleh menunjukkan kepada pelajar A tersebut bahawa pelajar B ini
juga terkenal disekolah tersebut dengan pencapaian kokurikulum di peringkat
antarabangsa. Ini sekali gus pelajar B tersebut telah mendapat perhatian
daripada semua guru dan murid di sekolah tersebut dan pelajar B ini telah
menggunakan kekuatannya dalam aspek yang betul. Ini bermaksud, pelajar B ini
telah mendapat perhatian daripada kalangan guru dan pelajar lain daripada
aspek yang positf dan bukannya aspek yang negatif seperti membuli orang lain.
Oleh itu, pelajar A ini boleh menjadikan pelajar B sebagai model untuk diikuti
oleh dirinya sendiri. Pada masa yang sama guru tersebut boleh mengawal
tingkah laku murid dengan membuatkan pelajar A mengikut tingkah laku positif
pelajar B.

Sehubungan itu, pembelajaran kognitif juga boleh digunakan untuk


mengawal tingkah laku buli di sekolah. Pendekatan ini meberi penekanan
kepada pembelajaran respons-respons dengan memberikan instruksi kepada
klien dengan cara untuk mengadaptasikan dirinya dalam sesuatu situasi
pembelajaran. Kaunselor boleh menggunakan Terapi Rasional Emotif kepada
klien. Dalam RET, konselor mengambil peranan lebih aktif dari pelajar. Teknik ini
memberikan keleluasan kepada konselor untuk berbicara serta menunjukkan
sesuatu kepada klien, terutama menunjukkan bagaimana ketidaklogikan berfikir
itu secara langsung menimbulkan gangguan emosi kepada klien tersebut.
Kounselor boleh mengubah idea yang tidak rasional kepada idea yang rasional.
Sebagai contoh, pelajar A mendapat keseronokan apabila membuli orang lain.
Kounselor boleh menukar idea tersebut dengan menyatakan bahawa terdapat
pelbagai lagi jalan yang lain untuk mendapat keseronokan diri seperti melakukan
aktiviti lasak, menonton wayang dan sebagainya.

Selain itu, pembelajaran emosional juga boleh digunakan oleh kaunselor


untuk mengawal tingkah laku buli pelajar. Antara teknik yang terdapat dalam
pembelajaran ini ialah teknik sosiodrama yang dimana klien boleh meluahkan
perasaannya melalui lakonan tersebut. Teknik sosiodrama ini kaunselor boleh
memberi kebebasan kepada pelajar untuk membuat skrip dan lakonan sendiri.
Tetapi kaunselor perlu juga pantau bagaimana plot drama tersebut dilakarkan
supaya tidak ada unsur-unsur yang membolehkan kes buli meningkat. Akhir
drama tersebut mestilah positif dan memberi pengajaran kepada pembuli untuk
mengubah tingkah laku negatif kepada positif. Teknik 'Self Modelling' digunakan
dengan meminta klien berjanji dengan konselor untuk menghilangkan perasaan
yang menimpanya. Dia diminta taat setia pada janjinya. Kaunselor bertindak
sebagai fasilitator untuk menjadi pendorong kepada klien untuk mengotakan
janjinya. Dengan adanya pemantauan daripada kaunselor, klien tersebut akan
sentiasa mengawal tingkah laku yang sering diamalkannya. Teknik 'Assertive
Training'  yang digunakan untuk melatih, mendorong dan membiasakan klien
dengan pola perilaku tertentu yang diinginkannya. Teknik ini bertujuan menolong
ahli-ahli yang kurang tegas, seperti mempunyai sikap tidak berani menyatakan
hal-hal tertentu, tidak berani menyuarakan perasaan tidak puas hati, kurang arif
untuk bertindak balas dan sentiasa membenarkan orang lain memperalatkannya.
Berdasarkan masalah tingkah laku ini, apabila teknik ini dilaksanakan, mereka
akan memperingati antara satu sama lain supaya tidak melakukan tingkah laku
buli dan bertegas dengan diri sendiri supaya berkelakuan positif. Krumboltz
(1996) mempopularkan pendekatan behavioral dalam kaunseling untuk
membantu individu menyelesaikan masalah. Pelajar yang mengalami masalah
tingkah laku dapat menyelesaikan masalah secara luaran, khususnya dalam
aspek-aspek yang berkaitan dengan tabiat negatif yang ada pada diri sendiri.

You might also like